22 April 2012
Komik
"Compared to the 'righteous' greed of the rulers, the villains of the world seem much more honourable"
"A wound of the heart is different from a flesh wound. Unlike a flesh wound, there are no ointments to heal it and they are times when they never heal."
"He who has felt deepest grief is best able to experience supreme happiness."
Leo Tolstoy menulis dalam War and Peace,
" Man lives consciously for himself, but is an unconscious instrument in the attainment of the historic, universal aims of humanity."
________________________________________
Kalau ditanya bagaimana mula-mula saya belajar menulis, tentunya 'entah'.
'Mula-mula' mungkin sedari dalam kandungan mak. Sebab mak pun suka menulis.
Tapi secara sedarnya, saya berani jawab, dari komik!
Pinjam buku abang saudara, Alam Perwira, kisah dua beradik Ji Kao dan Ji Fat.
Beli sendiri, juga singgah ke rumah mbah di Ayer Tawar, Sabak Bernam membaca Dewata Raya, dari awal kisah Harimau Hitam dan Naga Merah sehinggalah generasi mereka seterusnya.
Pendekar Laut pun ada. Paling setia, dengan Wira Tunggal. Dari Paichow, Wira Infiniti, Harimau Kumbang, sampailah zaman Wunan bermaharajalela.
Dulu masa sekolah rendah, ada jual komik Hong Kong 30 sen dalam plastik hitam. Hari-hari simpan duit belanja sanggup tak makan masa rehat sebab nak beli komik! ceh.
Gempak pun layan gak. Sokong produk tempatan lah katakan.
Masa naik sekolah menengah, komik-komik Hong Kong ni dah surut sikit. Orang beralih pada manga. Paling best, aktiviti seludup masuk Kreko tiap-tiap hari Jumaat. Lepas tu, sakan lah beratur orang nak pinjam baca.
_________________________________________
Apa mesej sebenarnya tulis ni?
Err, selamat membaca lah.
Yang penting, digest.
Ambil yang baik. Buang tak bes.
Hantar jugak kat nephron. Sekali lagi, ambil semula yang baik.
haha.
Satu lagi, saya terfikir, penulis ni sama sahaja sebenarnya,
samada penulis agama, penulis novel, penulis motivasi, penulis blog, penulis falsafah.
Penulis menulis yang dia tahu, yang dia mahu orang tahu, hingga kadang dalam tulisan memang tertumpah jalan hidupnya. Tiada penulis akan terus menulis kalau tidak mencintai tulisan!
Juga pelukis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
"Penulis menulis yang dia tahu, yang dia mahu orang tahu, hingga kadang dalam tulisan memang tertumpah jalan hidupnya. Tiada penulis akan terus menulis kalau tidak mencintai tulisan!"
betul. walau sering penulis menafikan, itulah hakikat!
komik dalam plastik hitam. Selalu melihatnya walau tidak pernah membaca.
kenapa siang tadi akak tengok ideonya lain?
hah.. kalau org tny Hanis,,sape ajar baca komik n tengok anime aksi..
mmg Abanglah jawapannya..hehe
dulu mmg kiter layan Gempakstarz an..
pastu gelak2 baca lawak kampus..haha
Kak Jamilah,
Ha, akak penulis datang. =)
Moga kita sentiasa berusaha menulis untuk kebaikan.
anon,
takdelah kak. saya tak tukar langsung pun.
rasanyalah.
hanis,
bad influence.
haha!
Post a Comment