04 April 2012
Di Hujung Suatu Perjalanan
Pompeii adalah destinasi akhir kami, setelah Granada-Cordova-Seville-Venice-Florence-Rome.
I
Sejarah tidak harus dilihat hanya dari sudut 'romantis', yang manis-manis.
Dikenang untuk abadi gemilangnya dalam lembar-lembar yang tak lagi dapat diubah.
Luput dalam khayal.
Parut-parut pada dada sejarah
adalah hadiah luka buat manusia,
'setelah sembuhmu, jangan lupakan aku!'
II
Kata orang, sejarah adalah untuk pengajaran
buat mendiami hari ini, melangkah ke hadapan.
Juga tentu, sejarah bukan hanya itu.
Sejarah juga himpunan perasaan.
Dari jiwa-jiwa yang telah meninggalkan
buat jiwa-jiwa yang akan mewariskan.
III
Di hujung perjalanan, kita kembali ke tempat kita bermula.
Hidup tak lelahnya menuntut kita mencari pengertian, memberi pengertian.
Mungkin, setelah semua ini, sejarah hanya mahu kita untuk jujur.
Begitu kita melihat, kita membaca sejarah dunia.
Begitu kita melihat, kita membaca...
sejarah diri sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Beautifully quoted :) haila.. sy cemburu dgn indah bahasa awak...
=]
eh, ke italy lagikah last winter?
"tuan hamba ialah pujangga,
tugasnya berat, semuanya mesti dijaga,
bahasa dan urutan peristiwa,
kebesaran negeri dan hati kecil manusia,
tapi yang amat agung,
perkatakanlah yang benar,
kerana kebenaran itu isi sejarah,
pembetul raja dan pengingat orang lupa,
petunjuk yang lurus
dan tiada patah di bawah pukulan."
"Ulama yang saleh. Ulama yang berani mengatakan yang benar, walaupun dunia menjadi lawannya. Ulama yang berani menegakkan yang hak walaupun lehernya akan putus. Perangainya lain benar. Dia laksana orang yang sombong apabila berhadapan dengan penguasa dunia.Tetapi dia sangat merendahkan diri apabila berhadapan dengan orang yang lemah."
begitulah..pesanan utk diri juga
sejarah hanya mahu kita untuk jujur
hamizah,
terima kasih.
tapi jujurnya, tengok gambar, dan main tulis sahaja. cikgu saya beritahu, kadang2 tulisan post experience tu lebih err, baik dari semasa kembara.
akhyar,
aceh, senyum2 pulak.
anon,
eh, takdelah, ni first trip, 2011.
ain,
ain mana ya? kalau Batu 9, selamat hari lahir. kalau bukan, selamat hari-hari lah. ha
rasa macam pernah baca tulisan ni. bes bes. hamka?
yup, terima kasih.
Post a Comment