I
Saya tak ingat di mana dan bila sebenarnya abang menuturkan kata-kata itu.
Mungkin dalam sembang-sembang kami sebelum lena ketika 20 HMC dua musim panas yang lalu.
Mungkin juga seusai subuh, bersandar di almari Quran sisi kiri ruang masjid.
Mungkin ketika bersarapan di kedai, di rumahnya, atau ketika berjalan sama untuk 'muraqib'.
Cuma yang pasti, abang benar-benar memaksudkannya. Sayu tunduk malu. Kata-kata itu berbekas jelas di hati saya, sehingga hari ini. Begini abang katakan,
"Ada orang yang bila siang, kalau boleh dia nak cepat-cepat datang malam, supaya dia dapat beribadat kepada Tuhan. Bila malam pulak, kalau boleh dia nak cepat-cepat datang siang, supaya dia boleh berkhidmat kepada orang, berdakwah..."
Abang diam sebentar, membuang pandangan jauh, kemudian menyambung,
"Hanya yang merasa je yang akan faham."
'Yang tidak merasa tidak akan faham'.
Tadi, saya mendengar lagi kata-kata ini.
Ketidakfahaman yang tajam itu, sekali lagi saya rasakan!
Tahniah dan terima kasih kepada Fatimah.
Semoga terus menjadi semangat untuk 'adik-adik' ini.
(ayat yang selayaknya, ayat yang ingin saya ungkapkan, adalah lebih besar dari ini, tapi. Fuh, Allah jualah sebaik-baik pembalas.)
II
Kemudian, saya membelek tulisan-tulisan cikgu.
Antaranya saya turunkan di sini,
'Hati
hiduplah
bersedialah menghadapi kuliah
pelajaran
Hati hiduplah
awan di luar
memanggilmu keluar
Hati hiduplah
sujud nanti tempat pulangmu
kalam Tuhan nanti kan
menitir di bibirmu
Hiduplah hati'
___________________
'Mari menyerbu ke ruang yang kedua.
Di sana ada kehidupan hijau yang telah tersedia
untuk sekumpulan mereka yang mengaku telah, akan dan sentiasa
memadamkan kertas-kertas hati dari kotoran-kotoran.
Demi ditulis ke atasnya ayat-ayat Tuhan.'
Saya tak tahu bagaimana menyebutkan, tapi kesemua 'mereka-mereka' ini, ada sentuhan yang.. err, ajaib.
III
...musim bunga hati-hati kami...
Doa sama-sama jom.
اَللَّهُمَّ نَحْنُ عَبِيْدُكَ بَنُوْ عَبِيْدِكَ بَنُوْ إِمَائِكَ نَوَاصِيْنَا بِيَدِكَ مَاضٍ فِيْنَا حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيْنَا قَضَاؤُكَ نَسْأَلُكَ اَللَّهُمَّ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ الْعَظِيْمَ رَبِيْعَ قُلُوْبِنَا وَنُوْرَ صُدُوْرِنَا وَجَلاَءَ أَحْزَانِنَا وَذَهَابَ هُمُوْمِنِا وَغُمُوْمِنَا وَسَائِقَنَا وَقَائِدَنَا إِلَى جَنَّاتِكَ جَنَّاتِ النَّعِيْمِ
Ya Allah, kami adalah hamba-hamba-Mu, anak dari hamba-hamba-Mu laki-laki dan perempuan, ubun-ubun kami berada dalam tangan-Mu, telah berlaku atas kami hukum-Mu, adil pasti atas kami keputusan-Mu, kami memohon kepada-Mu dengan menggunakan semua nama yang menjadi milik-Mu dan Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau nama yang Engkau turunkan dalam kitab suci-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada salah satu di antara hamba-Mu, atau dengan nama yang Engkau simpan dalam rahasia ghaib di sisi-Mu, jadikanlah Al-Qur’an yang agung ini taman bunga sepanjang musim di hati kami, jadikan ia cahaya di dada-dada kami, pelipur lara dan penghapus gulana, jadikan pula ia pembimbing kami menuju syurga-Mu yang penuh kenikmatan.
IV
Malam ini adalah malam yang indah. Saya membayangkan juga kalau abang bersama kami tadi. Walau kami seisi dewan tersenyum, tentu takkan sama 'kedalaman' gembiranya; pembimbing-pembimbing, jiwa-jiwa yang mula-mula mendirikan Az-Zikr ini. Malam ini adalah malam mereka.
Saya cuba memujuk diri sendiri,
'Lama-lama nanti, biasalah.'
Lalu sekali lagi, kata itu seakan tersenyum pada saya,
"Hanya yang merasa je yang akan faham."
Manisnya, siapapun, kita setidaknya boleh mengiring dengan doa.
7 comments:
Abang cakap kat Yamani.
sebelum pukul 11. Sampai pukul 11 abang bergegas balik untuk tidur.
rindu dia pada Tuhan, setiap pagi setiap malam.
***
Sampai sekarang cuba adaptasi kata-kata beliau yang ini bila bangun-bangun dah subuh.
Tapi kalau hari-hari macam tu tak guna juga ye. haha.
tak sempat baca habis lagi entry. nak ke kelas.
haha.
يا ربنا لك الحمد
betullah, kalau kita tak rasa, kita takkan tahu. kalau kita dah rasa, tapi kemudian hilang rasa, kita mungkin belum betul2 faham.
gembira yang dirasakan mereka, mungkin lain dengan apa yang kita rasa. kerana kita sememangnya tak lagi merasa apa yang mereka maksudkan.
tapi ajaibnya kita ni pun 'terliur' dengan apa yang telah mereka dapatkan, walaupun kita belum merasa. sebab semalam mungkin Allah dah beri tanda kepada hati2 yang terbuka; bahawa ini adalah sebenar2 kegembiraan seseorang hamba di dunia.
sepatutnya lah kita berusaha merasa manisnya yang mereka rasa tu, tanpa jemu. sebab, merasa kadang lebih indah dari memahami. faham sahaja mungkin belum cukup untuk jadi teguh.
'merasa' dan 'memahami' itu yang menjadikan hari2 kita begitu bererti. hari2 mereka yang apabila siang datang, mereka tertunggu2kan malam. apabila malam berlalu, mereka bersedia menyambut siang.
--
mengharapkan dapat hadir lagi majlis2 sebegini.
may Allah bless snr imran. dia lebih layak untuk berada bersama kita semalam.
MC
jom target khatam jom. ade 3 taun lg kan?
gen 5
jom target khatam jom. ade 3 taun lg kan?
gen 5
sadis,
haaa, ingat-ingat.
ah.
aku rasa masih banyak lagi kata-kata dia yang belum kita betul faham. moga jadi mutiara untuk hidup kita hari ini dan esok-esok.
anon,
dulu ada yang cadangkan kat abang, nak bagi nama untuk gen kita. cam sama dan hayat lah kot.
tapi abang kata, tak payah, nanti-nanti korang taulah apa kepentingan 'gen' tu.
haaa, jom2. tolong saling ingatkan.
Kak,
saya baca berkali-kali tulisan akak ini.
juga tersenyum-senyum kerana janggal, that..
'kita' doesn't necessarily include me.
'mereka' definitely doesn't exclude you.
'bahawa ini adalah sebenar2 kegembiraan seseorang hamba di dunia.'
benar. juga 'sentiasa ada impian yang lebih besar' buat mereka yang telah sampai.
persaudaraan rasa dan faham. juga seperti yang disebut, cinta bersaudara dengan pengorbanan. Cinta belum cukup 'cinta' tanpa...
_____________
Terima kasih menulis, berkunjung, dan menuliskan di sini.
Bila akak sebutkan 'may Allah bless snr imran. dia lebih layak untuk berada bersama kita semalam.',
mungkin hanya inilah satu-satunya perkara yang saya berani katakan, 'saya rasa, dan saya faham'.
and honestly, I'm glad u are there, last night.
________________
saya terfikir (kemudiannya), antara helang dan tuannya, mungkin persefahaman mereka hari ini terbentuk dari salah faham salah faham silam, lalu mereka mengambil pelajaran.
mereka sebenarnya melalui perjalanan panjang sebelum menjadi,
'dua hati tanpa pena
dua mata tanpa suara'
sepasang jiwa tanpa nama
dalam perjalanan itu, kita semua sedang berada di mana?
Post a Comment