13 April 2012

langit mengutus bintang ke dadamu

I

Malam dan Permaidaninya


Malam dan permaidani rahsia yang ia hamparkan.
Kali ini aku gagal menerka bunga dan coraknya.
Asing sekali.
Lelah mencari,
Akhirnya senyum sendiri,
"Keindahan tak sentiasa pada pengetahuan."

( hela nafas panjang dilepas perlahan )
Hidup ini,
mohon Ya Tuhan,

Kami Kau hantarkan, walau ke mana; dalam keimanan.
Kami Kau jemput, walau di mana; dalam keimanan.




II

Antara yang mengujakan tentang musim bunga (selain bunga-bunga tentunya) ialah malamnya yang nyaman. Tidak terlalu sejuk, tidak pula panas. Berlama di sutuh lagi malam tadi.

Bulan di hujung penjuru langit tinggal separuh, namun masih terang. Langit sedikit kemerah-merahan. Awan tipis, berserakan. Di celah 'podocytes' awan, terlihat bintang-bintang. Ya, masih gemerlapan seperti selalu.

Tataplah langit.
dekapkan tanganmu ke dada.
perlahan-lahan, cuba rasakan..

saat kelip bintang itu
seirama dengan degup jantungmu.



senyum.



III

Menelefon mak abah. Rupanya mereka sedang memancing tilapia di sungai.

Di hujung perbualan, saya pesankan,
'Kirim salam ya dengan ikan-ikan tu!'

Ah.

I wish to be there.



3 comments:

-hazen said...

Study woi. Keh3

Hamizah said...

jujur, saya kagum dengan penulisan ini.

Keindahan, kalau sentiasa diketahui, tidak akan menjadi keindahan.Hilang rasa ingin tahu dan juga rasa ingin peduli :)

tepianmuara said...

hazen,

ok2.




hamizah,
mudah-mudahan, keindahan yang kita rasakan adalah keindahan yang benar.