13 April 2012

seorang ketabahan

Rome, 2011



melintasi redup dan terang
seorang Jiwa dalam Persoalan
berbicara diam-diam
tentang hidup dan keinginan.

terserempak ia,
seorang Ketabahan 
berlama-lama di jalan derita
dengan jubah emasnya.

tanpa diminta Ketabahan bersuara,
 "bosan hanya menjadi penyakit orang berduit."

Jiwa dalam Persoalan
berpaling lalu
meneruskan perjalanan.


3 comments:

tumpangteduh said...

scary pulak si jubah emas ni,ada sixth sense boleh baca fikiran Jiwa dalam Persoalan.

di fasa menimbang nimbang semua soal,kadang terpaksa juga pilih dan rempuh walau keliru.

Hamizah said...

Ya, kadang2 perjalanan hidup melelahkan jiwa, mengelirukan rasa.Tapi, mungkin hidup sememangnya memerlukan kelelahan dan kekeliruan untuk mencari jalan pulang. Kan, pengalaman itu guru terbaik kehidupan? :)

tepianmuara said...

tumpangteduh,

haha. scary. yup2.

oh yeah, tetap lebih baik dari diammmmm berlama-lama kan.


Hamizah,
mencari jalan pulang.

kadang jalan pulang sebenarnya ada di hadapan, bukan di belakang.

kan?