29 December 2010
'Take my word', he said.
Cikgu memesan, saya menyimpulkan,
"Kalau belum bersungguh,
jangan biar berlabuh."
______________________
Gambar memang takde kaitan. Bukan pelabuhan.
Tapi gambar pantai Tanjong Karang ni saya letak sebab rindu!
Oh, gambar ni diambil pagi sebelum terik mentari, air surut, hari-hari akhir di Tanah Melayu.
27 December 2010
sambil menyelam minum air
ada juga masanya, kita harus diingatkan,
"minum sambil menyelam, takkan lama kau bertahan."
"minum sambil menyelam, takkan lama kau bertahan."
26 December 2010
Apples and Patience
Some excerpt from The Kite Runner.
________________________________________________
"I don't know. A while."
Sohrab shrugged and smiled, wider this time. " I don't mind. I can wait. It's like the sour apples."
"Sour apples?"
"One time, when I was really little, I climbed a tree and ate these green, sour apples. My stomach swelled and become hard like a drum, it hurt a lot. Mother said that if I'd just waited for the apples to ripen, I wouldn't have become sick. So now, whenever I really want something, I try to remember what she said about apples."
_________________________________________________
Simple things that happen around us, can be the door to a great wisdom.
23 December 2010
Tahniah Dik.
Aizat Azmi, Khamim Zikri, Ibrahim Shukri
Keputusan PMR dah keluar. Ha...
Telefon rumah. Tak diangkat.
Telefon abah. Sedang memandu pulang dari mengambil mak yang berkursus.
Saya tanyakan, bagaimana result adik.
Alhamdulillah..Alhamdulillah. 8A
Aha...terus saya lanjutkan,
Satu lagi dapat apa?
C.
Ha?!
C...C...cangkul.
Ooo, subjek apa?
Bahasa Arab.
Kami gelak.
"Ok la...takpelah tu..kalau sekolah kebangsaan, kira dah dapat full la tu..
Haha..tapi lawak gak, abang kakaknya study kat negara Arab. Adik kantoi lak Arab."
Haa..
Alhamdulillah, mak paling lega rasanya.
Mungkin lebih lega dari masa dapat result abang kakak dulu.
Mak tanyakan juga,
Nak hantar adik ke mana? Nak ambil SMA ke tak? blabla.
Ha, ada cadangan.
Adik kan kuat ingatan, apa kata hantar sekolah tahfiz. Hafal 30 juzuk tamm.
Suara sedap, taranum mesti mantap.
Balik nanti, boleh ngajar abang kakak ngaji.
Nak harap abangnya..malas..lalalala
Tahniahlah,
dugaan adik untuk dapatkan ni jauh jauh lebih dari abang kakak.
Of us three, I just know that you are the best!
22 December 2010
21 December 2010
experience
People always say,
experience is the best teacher.
Experience, too is difficult thing to deal with, to compromise with.
Let alone to please.
Experience, or rather, the memory of it, mould us into who we are today.
As will our today to our tomorrow.
Experience influence our action.
Set our vantage point, and thus; how we perceive the world, how we see things beyond things.
Experience is our third eye.
Experience is, indeed, the best teacher...
...provided you have the right one.
And in knowing that, most of the times, is not for others to tell,
You have to decide.
experience is the best teacher.
Experience, too is difficult thing to deal with, to compromise with.
Let alone to please.
Experience, or rather, the memory of it, mould us into who we are today.
As will our today to our tomorrow.
Experience influence our action.
Set our vantage point, and thus; how we perceive the world, how we see things beyond things.
Experience is our third eye.
Experience is, indeed, the best teacher...
...provided you have the right one.
And in knowing that, most of the times, is not for others to tell,
You have to decide.
18 December 2010
Walimatul Urus
Alhamdulillah.
Kakak sepupu saya, Ilmi Syukri aka Cake Mee bernikah hari ini. Tahniah.
Moga selamatlah untuk walimatul urus esok, selamat sampai anak cucu, selamat sampai syurga!
( Tambah satu layang-layang di udara )
Teringat pula, antara cerita feveret mbah ialah tentang Cake Mee dan Kak Wahidah masa kecil-kecil.
Nakal-nakal kalian, ' real politic' Cake Mee, semuanyalah.
Sekarang dah jadi isteri orang woo.
Moga perkahwinan ini menyatukan hati-hati, kedua mempelai, kedua famili, dan hati-hati yang tak pernah kita tahu.
'Orang baru' yang Cake Mee bawa masuk sangat bes! Terkesan saya, masa pertemuan pertama tempoh hari. Untung Cake Mee.
I'm looking forward to know him better. =)
( Macam pe je cakap camni. Selamatlah bang )
Ha, Cake Mee, selamat jadi isteri solehah. Anip balik nanti sila tuntut hadiah.
Kalau anip balik dah ada anak saudara, hadiah berganda la. =)
Sori la tak dapat tolong, tak dapat datang. hah.
Majlis esok kat sini. Cake Mee? ha, dia tangkap gambar.
Pengantin mana boleh tunjuk sebarang, ye dak?
Hmm, jeling-jeling.
Kak Wahidah, Bang Yes, bila??
Kami adik-adik lain beratur dengan taat.
Yang penting, jangan bagi Bang Yem dulu! Main PES pun kalah, macam mana nak jadi suami. haa (ini tipu).
lalala.
Anti Histamine?
Laa... Ana Phalaxis.
cis. hambar. haha
Bahana Pharma.
Saya rasa musim exam Pharma adalah masa pelajar-pelajar perubatan di sini belajar paling ganas sekali.
Ya, ganas.
Exam lain macam masih bertamadun lagi. Tapi, Pharma... memang 'istimewa'.
cis. hambar. haha
Bahana Pharma.
Saya rasa musim exam Pharma adalah masa pelajar-pelajar perubatan di sini belajar paling ganas sekali.
Ya, ganas.
Exam lain macam masih bertamadun lagi. Tapi, Pharma... memang 'istimewa'.
First exam dulu.
Tadi.
manusia dalam gambar tu langsung tak bersalah.
Penyeri gambar je. ha
Best sungguh suasana 7-8-9 orang datang bertapa di rumah.
Masing-masing semangat (gila) study.
Berbincang. Bertukar-tukar 'pendapat'.
Rugi saya terlelap awal malam tadi. Cadangnya mahu habis study dulu, baru bincang.
Adeh, lena pulak tu tidurnya.
Tapi part paling bes, masa makan, berbuka laaa.
Semua tak berkira.
Ini musim sejuk. Jadi, makanan memang diperlukan dalam kuantiti yang 'luar biasa'.
Tapi, dengan semua tak larat, tak sempat masak, selalu order je.
Kalau masak pun, sesimple mungkin.
Yang ada, kongsi bersama.
Oh!
Gap dua minggu. Exam berturut. Tiada alasan.
Selamat kawan-kawan untuk final exam!!
_______________________________
( Ya ya ya..sepah-sepah tu kami dah kemas la. haha.
14 December 2010
Ajloun
Jarak Ajloun dari Irbid tak sampai setengah jam pun.
Kami naik MPV, pergi balik 15 dinar sahaja. Kongsi.
Masing-masing berharap, salji ada lagi.
Alhamdulillah, selamat sampai.
Salji masih bersisa untuk kami hari ini. Pemandangan dari atas.
Semangat naqib kita ni.
(Asalnya nak tangkap gambar lompat..Takpelah, tiada rotan akar pun berguna. ha )
Err..main tangkap je.
Lawa sebenarnya senja belakang tu. Tapi kamera tak cukup mantap lak.
Gambar ni, saya nak tunjuk bulan je.
Separuh. Awak nampak kan.
Bawah pokok epal. Tuan Naqib dan khadamnya.
Kalau ada lawan kumpulan PINTAR paling jiwang, mesti kami menang. hah.
Cis, tipu. Muara mana ada salji. hah.
Pergi lepas Asar, main-main, pengisian sikit, balik lepas maghrib.
Seronok jugalah, setahun tak jumpa salji.
Dan memang seronok, dapat mengumpulkan hati-hati.
"Jaga hati tak boleh sorang-sorang"
Saling mengingat, saling membantu, InsyaAllah.
Ha, badan macam nak demam pulak.
Makanya,
telan panadol dengan penuh semangat Pharma!
( kami exam Pharma hujung minggu ni. Doakan ya. )
___________________________________
Semua orang dah tahu kan, sembilan sepuluh Muharam ni.
Selamat berpuasa.
Hujan, akhirnya.
Alhamdulillah.
يبشر الى الخير
Irbid salji tak tahun ni??
علمه عند الله
Harap-harap jugak
Dari tingkap rumah. Langit putih.
Perjalanan ke Jamiah. Indah. Tapi, ya, di luar tidak terlihat jelas.
______________________________________
Selalu menjadi soal,
jawabnya gagal kita temukan.
Ke mana harus dialirkan;
sederas mana.
ke mana pula harus diempangkan;
seteguh mana.
(Tidak lengkap, dan memang bukan saya yang harus melengkapkan)
___________________________________
Selamat menikmati musim sejuk kawan-kawan.
( dan menyahut 'cabaran' Subuh berjemaah di masjid..ketuk pintu rumah saya ya!haha )
09 December 2010
Perempuan dan Layang-Layang
Tambah gambar. Rembat dari blog Cikgu Nur. Tanpa izin. haha.
Nama budak ni Ainul. Teka kat mana?
Pantai Remis!
( seolah-olah macam ada kesinambungan la. hah )
Ambil dari sini.
Kiri kanan atas bawah tu tulisan mak menafsirkan sajak ini. ha
Perempuan dan Layang-Layang.
Ketika masih gadis sunti,
Sering ia berdiri di ambang jendela,
Kagum melihat layang-layang berwarna,
Menyanggah angin di angkasa,
Dimainkan rakan sebaya,
Di lembah hijau terbuka.
Ketika dewasa,
Dialah layang-layang itu,
Mengapung di angkasa,
Gerun memandang lembah,
Di sana berdiri teguh,
Seorang suami,
Mengendalikan talinya.
A.Wahab Ali - 1979
Baca semasa di Tanah Melayu tempoh hari. Entah, sangat terkesan. Lepas tu, tiba-tiba, di sini, sesetengah orang ( ye, nampak macam ramai, tapi sebenarnya satu dua je terasa ) sibuk pula bicara kahwin. Padahal banyak lagi tertinggal tak terurus.
"We, asal dua tiga hari ni aku asek dengar pasal kahwin r?"
"Sebab bapak virus dia ada kat atas!" merujuk kepada.....encik K.
Bantai gelak di tengah jalan.
Tapi, tertarik dengan satu komen dalam entri encik K, Sang Muroqib.
"Ajaibnya seorang wanita, dia boleh tinggalkan seluruh dunia dia untuk bersama dengan seorang lelaki. Tinggal keluarga, tinggal saudara, tinggal teman-teman yang paling rapat. Seorang wanita sanggup menjadi apa sahaja menurut kehendak suaminya.
Maka jadilah tanggungjawab seorang lelaki itu, apabila mengambil seorang wanita sebagai isteri, dialah berperanan untuk mengisi semua yang telah wanita itu tinggalkan."
Maka jadilah tanggungjawab seorang lelaki itu, apabila mengambil seorang wanita sebagai isteri, dialah berperanan untuk mengisi semua yang telah wanita itu tinggalkan."
Oleh Anonymous Sejati.
Sangat berkaitan rasanya dengan puisi A Wahab Ali tadi. Layang-layang tidaklah upaya menentukan halanya sendiri. Biar diterpa angin ganas, jika bijak kendalian di bawah, tentulah teguh pula perjuangan di atas. Dan layang-layang, tidaklah harus dibiarkan dihambat sunyi menggadai jiwa raga seorang diri. Tatkala taufan tiba melanda, layang-layang kadang perlu direhatkan sebelum terbang lagi menduga pawana.
Oh, kalau ada menganggap tulisan ini tandanya saya sudah mahu 'gatal-gatal', silaplah. ( Rest assured, mak.)
Tapi, tak logiklah kalau tak fikir langsung, tak merancang langsung. Kahwin. Cuma bukan prioriti.
Dan saya percaya, mendidik anak bermula dengan mendidik ayahnya. Teringat di rumah Tanjong Karang, bila lepak-lepak dalam perpustakaan, belek buku-buku abah lama.
Wah, abah baca buku ni?! Baca kitab tafsir ni?! Novel ni?! Mak pun sama.
( Siap ada novel yang diconteng berdua lagi. Ala-ala ulasan bersama gitu. Yang ini sungguh bikin jeles. Saya bakal doktor, tapi takkan nanti nak tulis history patient sama-sama kot. haha )
Yang baik pada saya, kalau ada, tentulah dari didikan dan tempias teladan mak abah. Yang buruk, tentulah dari kesengalan, kemalasan, dan ketidakpekaan diri sendiri.
Point entri ni sebenarnya ditujukan buat lelaki. Yang nanti akan jadi tunjang keluarga, pemimpin, suami, ayah anak perempuan, ayah anak lelaki. Ya, untuk lelaki. Untuk KITA. Dalam kadang kita memandang faktor-faktor luaran, 'eh, duit dah banyak sangat ni, ada 2,3 ribu JD, tak tau nak buat apa lagi', 'budak perempuan ni kalau aku ayat, dapat ni ( ayat member )', 'mak ayah dah bagi greenlight', kita tak harus juga lupa faktor dalaman. Faktor utama. Diri sendiri.
Yalah. Contoh terdekat; saya. Macam manalah 'sampai hati' nak jaga anak orang kalau subuh pun rongak-rongak lagi, basuh baju pun kadang 'terlupa' tinggal dua hari sehari tak rinse, lepas masak pun 'terlupa' basuh periuk belanga, barang hilang pun tanya mak lagi ( sebab mak yang kemas ), study pun terumbang-ambing.
See?
Memanglah, kalau sungguh difikirkan ( tak perlu dalam ), umur-umur begini, seperti sahabat-sahabat Rasul, sultan-sultan, pejuang-pejuang empayar Islam, persoalan ini sudah lama dilangsaikan. Sudah gagah memimpin perang mengagungkan syiar Islam, sudah cekap mengatur pemerintahan.
Yalah, tapi, bagi saya, yang ini pun masih membelenggu.
Usahkan mengatur pemerintahan, mengatur bilik sendiri pun terkapai-kapai.
Eh, lupa pula kan. Itu saya. Kalian, lelaki-lelaki matang tentulah tidak begitu. Kira saya tulis ini ditujukan hanya yang sebahtera saya laa. Tapi, mungkin ada juga yang kata, lepas kahwin, lagi cepat proses matang tu. Terpulang. Dipersilakan.
Lalu, yang memilih 'nanti dulu' bagaimana?
Persiapkan diri.
Biarlah berdikit-dikit.
Tinggalkan satu-satu sengal-sengal kita.
Belajar menerima tanggungjawab.
Belajar menerima 'percaya' dan membalas 'percaya'.
Lunaskan yang asas-asas.
Tambahkan yang berguna.
'Kurangkan mengeluh, banyakkan membina'.
Sampai bila mahu jadi kanak-kanak kan.
Untuk apa?
Kahwin??
Tak.Tak. Untuk jadi dewasa.
( dewasa yang berumahtangga lah )
Dari saya, yang sejujurnya, sesungguhnya, masih kanak-kanak.
Dah-dah. Habis.
Serius. Entah macam mana ending jadi begini pun tak tahu.
Haha.
________________________________________________________
Gadis Kecil
Pada yang tiba,
Dengan mata yang tak lagi sendu.
dengan hati yang seolahnya tiada ditimpa hiba.
Namun suara masih gemersik sayu,
Ia katakan,
"Hati saya,
kini sudah tidak mendaki,
mana mungkin ia jatuh lagi.
Dan lihatlah saudara,
di kaki gunung ini,
yang mengalir,
nyata deras sekali"
Maka, biarlah si gadis kecil itu,
Sampai nanti ada yang menemukan,
dan berkongsi dunia.
'Buat untuk kawan. Kisahnya, kawan saya itu melamar seorang wanita. dan wanita itu setuju, kemudian tidak, kemudian setuju, kemudian tidak. Maka tertulis lah bendalah kat atas ini.
dan bila saya kata 'lamaran', ia benar-benar satu lamaran. Bukan minta kapel.
Bukan 'sudikah awak menjadi kekasih saya?' tetapi ' sudikah awak menjadi isteri saya?'.
sabar ye kawan, kalau semuanya sempurna, bukan hidup namanya.
:)'
dan bila saya kata 'lamaran', ia benar-benar satu lamaran. Bukan minta kapel.
Bukan 'sudikah awak menjadi kekasih saya?' tetapi ' sudikah awak menjadi isteri saya?'.
sabar ye kawan, kalau semuanya sempurna, bukan hidup namanya.
:)'
haha.
( tapi sebenarnya, takde kaitan laa. )
Untuk 'kau', aku doakan yang terbaik.
_________________________________________________
08 December 2010
Baca II
Adeh. Tak boleh study. Kena menulis kot. Hmm, layankan jela.
Masa study Pathology hari tu, saya tertarik dengan pernyataan ini, pada mukasurat 183.
After mentioning 'cigarette smoking', 'chronic alcohol consumption', 'age at first intercourse', 'number of sexual partners' as possible factors causing cancers, our book has this to say;
" There is no escape. It seems that everything one does to earn a livelihood, to subsist, or to enjoy life turns out to be illegal, immoral, or fattening, or -most disturbing- possibly carcinogenic"
Tersentak juga masa mula-mula baca.
Kita tahu kan, penulisan begini...err, 'hampa iman'.
Teringat pula saya pada tulisan Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin, halaman 61.
" Oleh sebab ilmu pengetahuan itu tiada neutral, maka kalau dibiarkan sahaja dia diadun serta disuguhkan kepada kita oleh jiwa serta fikiran dan kebudayaan yang asing pada Islam, sanya sudah tentu akan terjamin bagi kita penyesatan kaum kita Muslimin"
Mungkin ini antara contoh yang boleh kita lihat.
Sekilas, mungkin terasa tidak ada apa-apa.
Mungkin seolah 'cukup manusia' berkata demikian.
Tapi, kita sendiri tahu kan, Islam tidak mengajarkan begitu. Putus asa. 'There is no escape'.
Let it be intentional or not, it could have certain influence on us to a cerain extent, whether we realise or not.
Ya. 'Ilmu' tidak neutral. Ia ditanggapi, dicorakkan, dan diwarnakan oleh ' pemilik ilmu'.
Dan kita, selaku penerima ilmu, kadang terleka menerima semua, lalu teradun bersama acuan asing, menghasilkan bentuk yang 'tidak menjadi'.
Ilmu yang sebenar, milik Allah jua.
Moga Allah memudahkan, dan memberi petunjuk.
__________________________________
Moga selamat ke kelas Genetics esok.
( Cis la korang, ketawa sungguh-sungguh, rasa nak gigit kepala katil je )
Masa study Pathology hari tu, saya tertarik dengan pernyataan ini, pada mukasurat 183.
After mentioning 'cigarette smoking', 'chronic alcohol consumption', 'age at first intercourse', 'number of sexual partners' as possible factors causing cancers, our book has this to say;
" There is no escape. It seems that everything one does to earn a livelihood, to subsist, or to enjoy life turns out to be illegal, immoral, or fattening, or -most disturbing- possibly carcinogenic"
Tersentak juga masa mula-mula baca.
Kita tahu kan, penulisan begini...err, 'hampa iman'.
Teringat pula saya pada tulisan Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam Risalah Untuk Kaum Muslimin, halaman 61.
" Oleh sebab ilmu pengetahuan itu tiada neutral, maka kalau dibiarkan sahaja dia diadun serta disuguhkan kepada kita oleh jiwa serta fikiran dan kebudayaan yang asing pada Islam, sanya sudah tentu akan terjamin bagi kita penyesatan kaum kita Muslimin"
Mungkin ini antara contoh yang boleh kita lihat.
Sekilas, mungkin terasa tidak ada apa-apa.
Mungkin seolah 'cukup manusia' berkata demikian.
Tapi, kita sendiri tahu kan, Islam tidak mengajarkan begitu. Putus asa. 'There is no escape'.
Let it be intentional or not, it could have certain influence on us to a cerain extent, whether we realise or not.
Ya. 'Ilmu' tidak neutral. Ia ditanggapi, dicorakkan, dan diwarnakan oleh ' pemilik ilmu'.
Dan kita, selaku penerima ilmu, kadang terleka menerima semua, lalu teradun bersama acuan asing, menghasilkan bentuk yang 'tidak menjadi'.
Ilmu yang sebenar, milik Allah jua.
Moga Allah memudahkan, dan memberi petunjuk.
__________________________________
Moga selamat ke kelas Genetics esok.
( Cis la korang, ketawa sungguh-sungguh, rasa nak gigit kepala katil je )
06 December 2010
Bagaimana ya?
Pada sesetengah orang kita katakan,
"Bersihkanlah hatimu..
sepertimana kau membersihkan mangkuk, selipar, dan dinding tandasmu, seperti kau membersihkan sinki,dan dapur masakmu...seperti kau memberus baju seluarmu, seperti kau memvakum karpetmu, seperti kau membersihkan lalang-lalang halaman rumahmu, seperti kau mandi saban hari membersihkan daki-daki.
Dan pada sesetengah orang pula kita katakan,
Bersihkanlah mangkuk, selipar, dan dinding tandasmu... sinki, dan dapur masakmu...basuhlah baju seluarmu, vakumlah karpetmu, bersihkanlah lalang-lalang halaman rumahmu..
sepertimana kau membersihkan hatimu.
Haaa!
Lalu bagaimana pula mahu kita katakan pada orang yang belum membersihkan keduanya (seperti saya) ??
Mahu mula dengan yang mana??
_______________________________________________
Dalam Pandangan Hidup Muslim, Buya HAMKA (sekali lagi tanpa jemu) menulis,
"Kita perlu meratakan jalan di bumi,
untuk meningkat tangga ke langit. "
Renung-renungkan dan selamat beramal lah!
Sekian.
Salam Tahun Baru.
Selamat memperingati peristiwa Hijrah.
"Bersihkanlah hatimu..
sepertimana kau membersihkan mangkuk, selipar, dan dinding tandasmu, seperti kau membersihkan sinki,dan dapur masakmu...seperti kau memberus baju seluarmu, seperti kau memvakum karpetmu, seperti kau membersihkan lalang-lalang halaman rumahmu, seperti kau mandi saban hari membersihkan daki-daki.
Dan pada sesetengah orang pula kita katakan,
Bersihkanlah mangkuk, selipar, dan dinding tandasmu... sinki, dan dapur masakmu...basuhlah baju seluarmu, vakumlah karpetmu, bersihkanlah lalang-lalang halaman rumahmu..
sepertimana kau membersihkan hatimu.
Haaa!
Lalu bagaimana pula mahu kita katakan pada orang yang belum membersihkan keduanya (seperti saya) ??
Mahu mula dengan yang mana??
_______________________________________________
Dalam Pandangan Hidup Muslim, Buya HAMKA (sekali lagi tanpa jemu) menulis,
"Kita perlu meratakan jalan di bumi,
untuk meningkat tangga ke langit. "
Renung-renungkan dan selamat beramal lah!
Sekian.
Salam Tahun Baru.
Selamat memperingati peristiwa Hijrah.
05 December 2010
Untuk Mak Abah
Salam.
Exam dua hari setel. . Genetics lulus, alhamdulillah. (ha). Markah Pathology tak tahu lagi, harap-harapnya 'tak membarah' lah.
Sepatutnya, ini tulis semalam. Tertangguh sehari.
Hmm, sebenarnya tak tahu mahu mula bagaimana.
Baiklah.
Saya mahu ucapkan "Selamat Hari Lahir" buat kedua ibu ayah saya.
Missinon Haji Ahmad Damanhuri pada 5 Disember
dan Mohd Nahrawi bin Yusof, 20 November yang lepas.
Saya jamakkan jelah.
Semoga bertambah taqwa, bertambah bahagia.
(heh. macam pelik lak cakap camni ngan mak abah)
Tak pula wish depan-depan, segan. Tak lupa, buat-buat lupa. Padahal, semalam dah call pun, tahu je mak menanti-nanti....tapi saya biarkan sahaja mak ternanti-nanti, sehingga hari ini. eceh.
Sambut-sambut birthday ni bukanlah tradisi sangat dalam famili. Tapi, bila dah jauh-jauh ni, rasa nak memeriahkan jugalah kan.
Ok. Terasa bahasa terabur-terabur, ni mesti side effect bantai berpaket-paket kopi Radix dua hari berturut.
Teringat dulu, masa dalam kereta, dalam perjalanan ke Taman Negara kalau tak silap, kami pasang lagu Sudirman. Oh ya, satu famili minat Sudirman. Mak Abah di depan. Kami bertiga muat-muat di belakang.
Keluarlah lagu Ayah dan Ibu. Semua feeling dah semacam je.
Hamim, yang terkenal paling penyayang, berbisik, "Jom kita nyanyi sama-sama. Untuk mak abah."
Hanis, menurut, "Ok..ok...jom-jom"
Oh! Berdua pandang saya.
"Ish, takpelah, tak naklah...lain kali lain kali jelah". Si sulung menggunakan kuasa veto.
Muka masa tu dah merah padam 'blushing'. Darah penuh di kepala.
Entah kenapa saya tak setuju. Malu kot. Cis.
Atau saya rasakan begitu lebih indah. Silence.
Tapi semua faham, semua merasakan, semua mengertikan.
Love in the air. eceh!
( dan saya rasa mak abah dengar je 'bisik' kami di belakang...alah, kereta bertutup rapat, masakan tidak )
Teringat masa 'badalan' raya hari tu.
Saya katakan pada mak,
"Alaa..macam mane abang nak mintak maaf nii. Lepas ni nak buat banyak salah lagii."
Mak gelak. Kami gelak. Lepas tu mak senyum. Lalu menghadiahkan pandangan 'itu'.
Tapi tiada jawapan.
Peluk cium.
Abah posing kat depan rumah, bawah pokok pelam tepi buaian. hah.
Tak tahu la kalian, tapi saya lihat gambar ni, ada gaya Cikgu Bahasa Melayu la.
Dengan cermin mata tersisip begitu. Ha.
Dengan lelaki, saya selalu percaya, bahasa mereka bukan kata-kata.
Masa kami sekeluarga pergi kenduri kahwin.
Ha, mak abah dulu nikah takde sanding-sanding tau.
Sandingkan kat sini jela. aha.
Terbayang pula mak abah dua puluh tahun lepas.
(Nidzam, betullah kau...mak aku stylo!)
Trimas 'akhi' Shafiq tolong sarungkan.=)
Tadi ada orang ( Hatake?Hakisha? ) mention 'mussel'. Terus teringat yang ini.
Sepulangnya dari KLIA menghantar Hanis, kami singgah di Pantai Remis.
Menikmati 'mussel' paprik sepinggan besarrr, air laut surut, bayu masin pantai, mentari terbenam perlahan.
Combo. Bukan sebarang tempat ada.
..dan mak yang buat-buat gagah ditinggalkan anak perempuannya seorang.
Menelefon Hanis yang sudah tiba di Dubai.
Dan saya kini di sini.
Meninggalkan mereka bertiga. Eceh!
_________________________________________
Mungkin orang mengatakan,
"Tanah Melayu,
dengan segala indah pantainya, debur ombaknya, lembut bayunya, titis hujannya..
kan menanti.
untuk menyambut anak muda pulang dari perantauan."
( lupa. nak quote, dah takde. takpelah )
Tapi...
Tidak. Tidak. Bukan itu cinta saya yang utama sebenarnya.
Cinta saya pada Tanah Melayu kerana ia bumi berpijak ibu bapa saya.
___________________________________
Untuk adik-adik Az-Zikr,
Hanis, Hamim.
(haha, jangan marah ya kawan-kawan (adik beradik juga) akademi saya guna ini. )
Inilah wajah-wajah yang menghabiskan berdekad usia mendidikbesarkan kita
Yang memberi sejak mula.
Sedaya ada tanpa pernah berkira.
Maka, selayaknya, buat mak dan abah,
cinta kita dengan segenap lapis jiwa.
Ingatkan abang tika lupa ya?
___________________________
Untuk kita semua.
Dalam Lembaga Hidup tulisan Buya Hamka, disebutkan satu hadith,
"Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.
Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu."
( Diriwayatkan oleh Bukhari)
Tentu ibu ayah kita telah memberikan yang terbaik kan selama ini.
Moga kita pula, sebagai anak, menjadi 'hadiah' yang terbaik.
di dunia.
dan utamanya,
di akhirat.
Amin.
____________________________
Menulis untuk senyum yang tersayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)