22 February 2010

Adik, Abang

Satu pagi,
Terjaga dari tidur..
Saya menerima offline message dari yang tersayang.
Yang akhirnya saya kongsi buat semua,
Jangan lupa dalam diam-diam ramai yang benar-benar menyayangi kalian setulus hati...






EPILOG BUAT ABANG


Saat adek masih kecil,
Hanya abang rakan dan lawan.




Adek tahu  abang sentiasa...

Biarkan adek menangis,
kerana dukanya abang menyimpan.

Biarkan adek tertawa,
kerana riangnya abang gembira.

Biarkan adek merajuk,
kerana dinginnya abg merasa.

Terimalah adek seadanya,
adek insan biasa cuma.
Bukan Khaulah Al Azwar Al Kindi,
srikandi berkuda kencang,
menderap tapak berdebu harapan,
"di mana akhi??aku mencarimu!!"
terjelopok dia di padang gersang,
tatkala tawanan perang dipertaruhkan.

Adek tak pernah bermimpi...

Punyai abang,
seperti si sulang Hum Saath Saath Hain,
di kepala adiknya,
Vivek bersumpah,
"kebahagiaan abang milikmu, kedukaanmu milik abang".

Adek lebih mengenali abang,
cukuplah abang satu inspirasi,
memenuhi ruang hati.

Adek di sini tetap mendoakan,
pulangnya abang membawa bangga,
seisi keluarga.


Salam rindu;
sweetie sister of zikris.
___________________________________________

Aduhai....
Kelu.
Berat.
Kelu.
Berat.

Setelah sekian lama,
Saya 'terbitkan' balasnya, buat adik tercinta,



PROLOG BUAT ADIK

Minda berfikir.
Hati menafsir...


Rasa...kadang tak mampu diungkap kata.
Kata...kadang bisa saja menipu rasa.


Lama abang cuba cari balasnya,
Hati tenggelam rasa,
dasarnya telah abang jejak,


Namun dada sesak,
Mana mungkin ini yang terdalam!


Minda berfikir.
Hati menafsir...


Rencah hidup ini dik,
laksana seribu lautan,
nyata banyak yang belum kita cicip.

Saat manis, 
izinkan abang lebih bahagia,
melihatmu tersenyum.

Saat pahit, 
dari diam yang jauh abang titipkan pesan,
agar tabah kukuh di jiwamu. 

Langkah ke depan,
jalan kita masih panjang,
Abang mohon menemanimu,
Hingga tiba di penghujungnya.

Moga di Syurga!

_____________________________________________________


Adik, debar menanti result  SPM ya?? Kita panjatkan doa.

p/s....Sambil mendengar halwa telinga di blog fav ini .Sungguh menenangkan.
        Sayang Adik! seru blog ini.
       

        

15 comments:

Berd said...

serius mntap puisi2 ko.
mne blaja?
ekeke

gud luck to ur sis btw.

Anonymous said...

Blood is always thicker than water..

I thought it was your brother, and i was surprised how that overflowing poetic touch runs in your veins..

but then, it was your sister? haha.. how could i forget that..

Bittaufiq wannajah 'alaikuma =)

Norashikin Abdullah said...

hui trharunya kalo adik bg puisi gtu
adik sme umo ngan sy

Unknown said...

aku memang admire ko doe!

memang pencinta seni sejati.

ajar aku.

-link blog aku bai,tq-

bawahbumi said...

paku dulang
paku serpih
...........

=I

Anonymous said...

stuju dgn aesyulillah..
blood is always thicker than water..

*tak sgka bijak jg zikri yg lagi sorg bermain kata..*

mujahidah said...

........

terkedu jap ble bce..
terharu..
mcm2 rasa..

hebat,adik n abang..

bittaufiq wannajah anis!!
bioteknologi...

wa enta aidhon..=)

tepianmuara said...

>Berd
Aku taram je..haha. Tq for the wish.

>aeisyulillah
Zikri yang last tu aku pun tak tau macam mana.Mungkin kami terdedah baca sajak-sajak mak sejak kecil. Terikut-ikut.n Terima kasih.
bes an..to be able to switch from english to bahasa to lughah effortlessly..aku jeles da..

>Ekin
Sama umur??
Good luck SPM ya!

>SADIS
Alahai..banyak yang aku boleh belajar dari kau sebenarnya.

>bawahbumi
OK...ok...ngalah...ngalah..xnk ngengkel lagi.

>Raihana.
Belum dia keluarkan hujah lagi.Aku rasa Wan ni boleh jadi PM Malaysia r satu hari nanti.Yeah, kita tumpang bangga.(errr...xde kaitan eh ngn komen ko).

Tapi,Hanis memang lagi bagus r.n I'm glad with that!

>mujahidah
Produk SK Batu 9 Jalan Bomba...ha

Anonymous said...

syazwan adzhar: Malaysia's next PM?

mudah2 an..

tepianmuara said...

>Raihana

Ko pun bley gak la.
Dasat debat.ha.

Najwa Najihah said...

Subhanallah,indah bait2nya..Tersentuh andai dikirimkan kepada diri ini.Pertalian yang akrab.
Baguslah dah terbiasa dengan seni yang indah ini.Penggemar bahasa semakin berkurang,moga kalian dapat memugarkannya kembali,Insya-Allah. ^_^

tepianmuara said...

Insya Allah.

Bahasa Melayu memang amat indah dan penuh khazanah.

gReeN iS pEAce said...

wan leh jadi pm..

"blood is thicker than water"
>>mcm ayat dlm buku teks bio

tepianmuara said...

>Green is peace

Yeah!
Vote2...haha

gReeN iS pEAce said...

calonkan dulu la..:D