07 August 2010

Istimewa II

Assalamualaikum.

Entri ini adalah sambungan dari sini.

Tentang malu itu memang sangat-sangatlah. Patutlah beliau tanya sebelum itu,
"Rasanya makanan apa paling special kat Irbid ni?"

Rupanya mahu belanja.



Baru pembuka selera ni. 
(Tiba-tiba teringat semasa potong kek Yon.)


Bersama Afnan yang kini makin menjadi-jadi.


Kami mula belajar kenal Abang Imran apabila beliau mengambilalih kelas tahfiz kami semasa semester dua. Dan, alhamdulillah diberi peluang mengenal dengan lebih dekat lagi dalam program '25 Hari Mencari Cinta'.


Murabbi kami, halus jiwanya, mulus tuturnya. (pandai mengusik, dan kelakar juga..he )


Tulis ringkas-ringkas sahaja untuk hari ini. Saya simpan baki lain-lain untuk entri-entri lebih istimewa bila beliau dah grad nanti. (kalau saya panjang umur, insyaAllah)

Senyum.



Saya pernah tulis dulu,

"Duduk dengan orang berilmu tidak pernah rugi.

Halusilah kata dan tingkahnya, ada 'hadiah' tersedia untuk kita..."




Sedikit kata-kata beliau yang sungguh saya terkesan.

1.
Hari Khamis, sebelum subuh. Kami terjaga lewat. Abang kejutkan. Dalam mamai-mamai, saya menyuarakan,

"Bang, ni tinggal 15 minit, agak-agak kalau sahur sempat tak?"
"Hm, tinggal 15 minit...agak-agak kalau solat sunat dulu sempat tak?"

Pergh!
Headshot.



2.
Ada satu masa, sudah dua hari saya tak terjaga bangun qiam. Tidur berselimutkan bacaan quran jela. Mereka beri salam kedua Solat Subuh baru saya spontan terjaga. Dramatik sungguh. Orang selalu sebut kalau macam tu maknanya dosa merantai kita dari bangun. Isk!

Masa lepak-lepak malam esoknya, abang bertanya,
" Dalam banyak-banyak penceramah, Anip paling suka yang mana?"

Err...saya set mode 'separa bersedia'. Tentu ada 'sesuatu'.

"Hm..suka Ustaz Shamsuri sebab dulu abah selalu pasang kaset ceramahnya dalam kereta. Saya suka juga, Ustaz Harun Din. Abang?"

"Abang paling suka Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Dengar dia ceramah, rasa macam nak gugur jantung. Dia tu orang kuat beribadat. Tok Guru Nik Aziz lagilah."

Saya diam panjang. Dalam hati terdetik,' hanya jauhari mengenal manikam.'

Mungkin juga itu hanya satu 'insiden', tapi yang pasti mesejnya sampai.

_________________________________________________

Abang pernah cerita, lagu 'Tujuh Nafas Lagi', M Nasir disukainya kerana ada nostalgia semasa tahun satu.
Hari ini, saya menikmati rasa yang sama dengan lagu Nyanyian Serambi, Ramli Sarip, dengan nostalgia bersama abang yang tercipta malam semalam.


"Andai kasturi hilang harum,
Mawar tak berkuntum,
Cinta tak bersambung...

Biar emas setinggi gunung,
Kan kupeluk rimbun ampun,
Rahmat yang Maha Agung."

_________________________________________________________

Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga;
Sudi meneman sanggup bersusah,
Tanpa serik diuji diduga.


Masa nan deras ufuk nan cerah,
Dalam tersemat merindu lagi;
Takkan terbalas kasih dicurah,
Taut hormat terjunjung tinggi.


Saya dan rakan-rakan mohon ampun atas segala silap langkah, salah tingkah, gerak dan gurau sumbang. 
Mohon halal semua ilmu, makan minum, dan kasih sayang.




p/s: Bang, setia dengan Gen 5 ya? he.

7 comments:

Hattarazian said...

anep salah seorang yg ebat,,malu ana...huhu

pakurawan said...

"Hm, tinggal 15 minit...agak-agak kalau solat sunat dulu sempat tak?"

masa abang cakap ni, langsung tak ada niat memerli kan?huk.

kalau aku sehebat tu, boleh la tarik siapa2 yang leka.

isk.

Miss X said...

Gile bodek! (hidup K.Bie!)

tepianmuara said...

>Hatta
eceh, hatta.
pandai perli.
ble lagi ko nak ajar aku baaz macam dlu2?

>hazen.
tula pasal.
hah.

>Kakashi.
terpulang yang melihat untuk menafsir.

Miss X said...

(Itu komen org jeles.. Sekain. Ini bukan syntax error)

mujahidah said...

dduk dgn org berilmu ni..mmg best!!
kata-katanya berhikmah...
buat kita pon berangan lebih jdi cm dia..

untung..dikelilingi sperti mereka..

=)

tepianmuara said...

>Kak Shie
logical error kot.
hopefully, by time, I'll learn.

hah.

>mujahidah
yup2!
harapnya peluang begini tak dilepas begitu saja.