Bagaimana ya mahu tahu langkah kita-yang ini- diredhai Tuhan?
Oh. DIA yang Mendengar, yang Melihat.
Bagaimana ya kalau tiba-tiba rasa Tuhan berpaling tidak memandang?
Oh. Siksa. Siksa paling siksa.
Maka, hati- sebenarnya kau telah tahu-kau telah akui,
Tuhan itu segala. Tuhan itu segala.
Maka, tali kepada Tuhan,
mana kau sembunyikan?
Maka, pada dirimu,
apa yang kau isikan?
Maka, duhai hati,
Merintihlah!
Merayulah!
kerana di situ-sebenarnya,
telah zahir kasih sayang Tuhan,
telah nyata Rahim Rahman Tuhan,
pada dirimu.
Dan DIA- tidak pernah berpaling.
9:30 malam,
Lecture Note 2,
esok first exam Genetics.
Setelah melihat,
-senyum paling manis-
yang itu.
__________________________________________________
errr...
Selalu saya terkesan,
betapa Tuhan sudah tahu,
akhir titiknya tulisan kita,
akhir lafaznya doa kita,
dan terima kasih kita,
yang seolah tak terlayak,
keluar dari kerongkongan,
apatah lagi buat disimpan.
___________________________________________________
ergh, serius takut nak keluarkan entri-entri macam ni.
Jadi, seperti sebelumnya,
'Salah silap tolong tegur.
Doakan niat di hati ini lurus ya!'
5 comments:
assalam.
selamat menjawab exam.
doa sblom mula jwb jgn lupa.
insyaallah lulus dgn cemerlang.
p/s:terima kasih bnyk buat nukilan mcm diatas.
bnyk beri ppedoman n pengajaran.
syukran.
siapa?
> Luqman
=)
Terima kasih.
Alhamdulillah.
Ya, dan mohon doakan, kalaupun belum mampu ikhlas, mudah-mudahan setidaknya, luruslah.
>anonymous
haha.
seorang anonymous menanyakan 'siapa?'
mungkinkah saya balas dengan soalan yang sama?
=)
tangan yang bercantum dengan badan..
lebih dahulu mengetahui
justeru, ia juga perlu jadi yang pertama untuk menghayati
tapi ilmu n peringatan bukan untuk sendiri2,
tapi untuk dikongsi
mungkin dengan lebih memberi
Allah akan kita beri pertolongan yang lebih lagi
wassalam
takut itu, kenapa?
doakan yang terbaik exam! :)
Post a Comment