03 October 2010

Ranting Senja



Baiklah, saya amik quote orang sekali lagi.

Dipetik dari Di Tengah Kota, Memoir Sasterawan Nora.


"Bagaimanakah hidupku?
Usia hidupku cuma tiga hari saja 
Semalam, hari ini dan esok
Semalamku sudah menjadi sejarah
Hari ini apa yang aku lakukan
Esok hari yang belum pasti
Hidupku cuma dua nafas
Nafas naik
Nafas turun."


( NORA adalah nama pena Haji Ali Haji Ahmad, seorang penulis mapan yang sudah lama berkecimpung dalam arena penulisan. Dan hari lahirnya 25 Jun, sungguh saya (aku) rasa bukan sekadar kebetulan. Cuba risik-risik )


Eh, kejap.
 Tiba-tiba ini mengalir sendiri.



Ranting Senja

Di sini pernah bertunas daunan hijau segar,
Tempat sukaria sang kelip-kelip,
Saat malam mahu bertamu.

Semusim berlalu,
daunan berubah warna,
gugur satu demi satu,
disambut kocak riak air,
sedikit sedetik cuma.

 dan alam meneruskan langkahnya.

Tidak.
Enggan ia tertipu,
Mengah megah jasa semalam.

Tidak.
Enggan ia ditangis,
Mata yang memandang.


Ia kekal di situ,
menyaksikan siang malam,
Hingga satu masa.
Hingga satu masa.





Pejam mata perlahan. Dan senyum. Begitu?



"Mungkin banyak yang kita hilang, tapi sebenarnya banyak yang kita dapat"

 Saya sendiri belum pernah teruji dengan ini. Harapnya, jika tiba saat, sahabat-sahabat sudi mengingatkan.

Oh, aduhai.
Dari lain-lain, ini kutafsirkan sebagai risau sebenarnya.




Hmm, dari awal hingga akhir entri ini, berlapis-lapis...saya sendiri pun pening. Bengong. Cis.

9 comments:

Anonymous said...

acey.

=]

Dia tahulah tahap ujian pada dia.

-sadis malam login

Hattarazian said...

sel otakku gugur bagaikan daun2 kering dan meninggalkan ranting kesepian tanpa dedaunan ketika mana membaca entri ini..hahahha

Anonymous said...

ok, membaca kamu sudah mula jadi seperti membaca tulisan karyawan entah yang mana-mana.



ha, tak tahu cengkelat itu apa.


nafas naik, nafas turun.
singkatnya hidup
iman keluar, iman masuk.

haih~

nora said...

haish..
xde kaitan kot rasanya..
serius,
tak pernah dengar pun nama beliau.
(malu*)

tepianmuara said...

>Shafiq
hah, 'malam login' ya?

macamlah tahu konteks.
oh, lupa.kau 'baru hampir' tahu.
yayayaya, dia lebih tahu.


>Hatta
kesan baru sampai jordan ya?
haha.


>Anonymous

alamak, tak tahu siapa nh.

'entah mana-mana'

itulah, terabur, serabut, tanpa teguh makna kan.

masih mencari identiti kot.

Tuan pandai membaca.=)



>Nora
ha, masih berkeras.

takpe, alhamdulillah sihat.

Anonymous said...

puan la. eh bukan, cik :)


maksud entah mana2; seperti tulisan penulis wibawa yang tidak pasti siapa.





er, berjaya.

Akhyar said...

macam knl anon di ats.
ehek3..

bez la anip..

biarlah ujian datang dan pergi,baru manusia reti.

Anonymous said...

wah,
NORA sudah berkarya..

kenapa tiada penulis mahu pakai nama pena HANIF?

tepianmuara said...

>Anonymous

Mahu kekalkan maksud awal gak. sebab maksud kedua tu sangat jauh.
(keras kepala)




itulah.



>Akhyar

=)

menulis untuk orang rasa lebih bermakna.



>Raihana Nazri

haha.

tak 'market' kot.