12 October 2010

Subhanallah. Allahu Akbar.



Pantai Tanjong Karang. ....'laut..pernah kau temui hujungnya?'


Mentari terbenam di Sungai Perak.


 Malam akhir di Turki. Gambar ni tiada istimewanya, kecuali memori, ya, memori malam itu.

Bunga entah apa di Hentian Bas JUST. Pantas mekarnya, pantas pula gugurnya.

Rehlah Az-Zikr di Wadi Rum Syuaib.








"Pancaindera bergilir mengunyah makna,
Hati mencicip lazat khasiatnya."




Dan saya jumpa satu kata-kata tercoret dalam sebuah buku (yang saya suka), penulis dan pengarangnya mungkin sama ( saya tak tahu ).

" Kerana alam itu bertasbih pada-Nya,
kerana itu ia tak pernah gagal mentarbiyah manusia"





Sembang-sembang

1.Ya, saya tahu. 'Mengunyah' tu macam agak janggal; tak puitis, lawak pun ada. Tapi sebab 'ini' sungguh datang sendiri, jadi rasanya saya tidak berhak mengubah. Biarlah ia asli begitu. hah.

2. Ini entri ke-100. Pada mulanya mahu menulis sesuatu yang agak besar bagi saya kali ini. Tapi, tentu memakan masa, jadi saya tangguhkan dahulu.

3. Semalam mendengar nasihat daripada cikgu. Tentang prioriti. Dan juga memandangkan kitab-kitab Pathology, Pharmacology, dan Microbiology, beserta lembar-lembar Genetics, dan Biostatistics begitu menarik untuk dibaca, maka saya rasa masa patut didahulukan untuk bergembira bersama mereka. 

4. Oh, doakan saya kiranya sudi. Hati ini, ada kala, terasa keras sekali.


Until then, thank you....thank you, thank you, thank you, thank you, thank you, thaaaaaaank you.
(nada choral speaking darjah lima.haha)


10 comments:

Anonymous said...

first!

Salsabila said...

Eh itu sakura. Kan? Allah, lawanya ! Sesungguhnya seluruh alam bertasbih kepada-Nya. Dan sepenuhnya ia adalah milik Allah. Kita hanya menumpang. Allah. Hanya Menumpang..

kakasyi said...

Ok baru faham

Terhasil pada malam Memoir tersebut beralih tuan. (Oh baru teringat, kalau tak, tentu langsung tak terkenang)

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

moga kamu terus diberi kekuatan untuk membelah arus bisikan syaitan.

:)

Allah. suka sangat kata-kata yang dibesarkan tu. kedua-duanya.

tepianmuara said...

>Anonymous
hah, xyah rebut2. blog picisan je



>Husna
terfikir begitu juga, cuma agak pelik sakura di Jordan.



>Kakasyi
Lain kali tulislah lawa-lawa sikit!
hah.



>nhmnrh
Terima kasih.

Alhamdulillah.

Anonymous said...

choral speaking f3 pon mcam tuh la.. hehe

.: nia :. said...

teringat lak kt conductor choral speaking tym drjh 5..hehe..

tepianmuara said...

>aeisyulillah
hehe..aku dah lupalah.

sungguh rindu ngan ko.
( lagi-lagi muka berfikir sebelum keluar pendapat tu..ha )


>nia
ish..jangan..jangan.hah

rakan jaulah se"TURKI said...

anip,haha..memOri mlm terakhir d turki..aq msh ingat lagi..
hnya yg ade kat situ je yg dapt rasa "memOri" tu kn..isk2..memOri2...

tepianmuara said...

>rakan sejaulah


hua,

selamat untuk trip2 seterusnya!