04 October 2010

Selamat.

Adik saya belah kiri.



Ini adik lelaki kebanggaan saya. ( saya ada satu sahaja adik lelaki )
Muhammad Khamim Zikri.

Ingat lagi masa dia lahir, (di sebuah Klinik Swasta Sabak Bernam)
Saya tengah main daun terup (apakah?) dengan pakcik.
Dengar suara tangisannya.
Saya tak semena-mena pucat. Entah kenapa.
Doktor seolah menjulang dan menepuk-nepuk belakang,
(dan beberapa prosedur lain yang saya macam ingat tapi tak tahu nak sebut)


''Hanif, kita namakan adik, Hamim ya?"
Mak dalam lemah-lemah senyum bersuara meminta 'izin'.
Masa tu, rasa nama tu macam tak berapa nak sedap, tapi mana tahu nama lain lagi.
( yelah, saya empat tahun..haha)
Saya angguk-angguk takut.


Oh, trademark 'Zikri' tak tinggal.

Sekarang Khamim ni dah besar panjang. Tingkatan tiga ( tapi belum masuk 15 pun sebab lahirnya lewat )




Selamat menyambut PMR.


Selamat mengukir kenangan, menyimpulkan tingkatan tiga, 'tahun kemuncak kehidupan sekolah menengah'.


Abang tahu adik pun dah berusaha, kami doakan yang terbaiklah!
Dan tawakallah, di tangan Tuhan segala pemberian.

Abang tahu, Adik bukan makan pun ayat-ayat ni,
Faham-faham sendirilah ya!

11 comments:

Unknown said...

haha.

ish aku tak percaya.

adik ko mesti juara bahasa punyaaa.

belum nampak lagi kot.

Anonymous said...

bile mak anda mahu rest?
saban tahun orang exam..

Anonymous said...

wah wah wah

adik kita semua pmr ni.



nak kenal2 dengan khamim la. manalah tahu nanti boleh jadi adik ipar,jodohkan dengan adikku.

ngeh. apakah sengal punya kakak

Akhyar said...

hak3..
aku gelak bca komen.
gudlak lah sume.
aku doa,aku tunggu.
i'Allah.

tepianmuara said...

>hazen

galakkan saja.
tapi, memang banyak kelebihan dia dah ada.


>Raihana Nazri

kalau sudah namanya cikgu..

ha.


>Akak Klinik Panel

huh.

maaf ya, saya tidak punya abang.

(gelak dulu)

(ya, lari tajuk)



>Akhyar

tunggu??
haih.

arekymz said...

assalam.
same la kite ade sorang adek laki.
tp ade sorg adek pompuan gak.
pastu ade 2 org abg ngan 3 org kakak.
hahaha.
nak sebok jugak.
selamat maju jaya untuk adik mu.
:)

timme said...

lupe pulak khamem tu form 3,

emm..saye kawan hanis zikri~

say bitaufiq wannajah kat khamem..

pertanyaan,kenape hanis zikri jarang on9 kat mesir??

tepianmuara said...

>Luqman
Oh, begitu.

selamat berkenalanlah ya.
terima kasih.




>timme
worgh!

dak sambest.
kawan hanis.
dan budak JUST!

hah..excited.
terima kasih. doakanlah.

susah la online kat sana. setengah jam nak ke cc.
bab ni Jordan memang lagi maju, kat syarik jamiah je nak muntah tengok cc.

timme said...

:)
rase sgt junior~

zikrie92 said...

abg,penat je org kol td..huhu.utk amem,gud luck mendaki gunung kinabalu thn dpn..sje je wat abg n kakak jeles.huhu.eh,xde kene mengena..pmr dulu ye dek.

timme,skang dh pndh umah smntara dkat dgn u,bolehla on9 selalu.hee.slmt brkenalan gn dua zikrie lg..kih3

tepianmuara said...

>timme.

huk alah.

takdenye.




>hanis
tulis zikri tak payah tambah 'e' lah.

tulah. takpe, kte ade banyak can lagi nak buat de jeles.

huh.