30 November 2010

Biostats!

Kesalahan pertama kau menolak kebenaran.
Kesalahan kedua kau menerima kebatilan.





______________________________________


Ya Allah.
Tetapkanlah kami dalam keimanan.
Telinga kami mendengar,
Mata kami, keduanya; memandang,
Akal kami menafsirkan,
hingga tiada nikmat-Mu yang kami dustakan.

Amin.

28 November 2010

Alam





Sudah sering kita dengar kan,

"Alam adalah buku tulis kehidupan,
dan sebahagian ayat-ayat Tuhan"


27 November 2010

budak kecil




Hei kamu budak kecil!

air deras tu.
kamu bukan pernah kuat.


balik sini!

...

(akur)

23 November 2010

Lidah Lembu Masak Paprik

banyak minyak..tak bagus woo.






Bak kata orang muda-muda,

"Biar pedas di mulut, 
jangan pedas di perut"






___________________________________________

Sorila kawan-kawan.
Aku dah agak dah.
Masak tak cukup hati camnilah jadinya.
haha.

22 November 2010

Childhood

Abang Papan, in front of Kak Ika.



Adik Yaya..alahai~



"Naivety at its paramount beauty"

21 November 2010

Sebuah Perjalanan Muhasabah

Assalamualaikum.



Sudah lama sebenarnya ingin menulis tentang ini. Tapi, rasanya sebuah tajuk yang agak besar bagi saya, jadi saya mahu, sekurangnya, menyediakan masa yang cukup buat berfikir.

Masa berlalu.

Dan saya masih tidak tahu bila 'cukup' akan cukup. Bila 'sedia' akan sedia.

Akhirnya saya memutuskan, biarlah ditulis sahaja. Biarlah ia mengalir. Yang baik, ambillah. Yang salah, perhatikanlah, perbetulkanlah. Kerana memang demikian tujuan muhasabah kan; mencari-betulkan salah. Mohon jua bantuan kalian.



Sejarah Menulis


( eee..tak potong kuku..nasib baik bersih.haha )




Apa sebenarnya tujuan saya menulis?
Oh, saya akan menjawab kerana saya suka menulis!

Ya, suka menulis.
Kalau di sekolah rendah, Penulisan adalah antara subjek paling seronok.
'Rumah Idaman Saya',
'Saya Sebuah Buku',
Sambung cerita, akhirkan cerita.

Markah pun ok. Sebab cikgu selalu murah hati.


Ingat lagi, masa masuk tahap dua. Subjek BI. Saya tak tahu pun format soalan dah lain. Ada karangan. Wah, tulis sepotong dua sahaja. Seperti dijangka, markah teruk, saya ingat lagi. 56. Rasa sangat down.

Nasib baik mak hantar ke rumah Teacher Vaneeta, kelas tuisyen. (alamak, harap-harap tak salah eja.)
Belajar grammar.
Belajar buat-buat ayat.

Pendek kata, memang betul-betul belajarlah. Rasanya macam mula dari 'zero'.
Seronok, sebab dapat siapkan satu buku latihan tebal.
( walaupun kadang-kadang selalunya sampai kelas baru nak buat kerja rumah tuuu. )

Terima kasih teacher.

Masuk sekolah menengah. Guru-guru BI saya memang cuma 'passing-passing' antara Teacher Norkiah dan Teacher Iqma.
Dan dua-dua suka suruh buat karangan cerita.
Zaman ni kira zaman produktif tulis karangan-karangan BI la.

Cikgu-cikgu BM saya Cikgu Kasmani, Cikgu Hashim Wahdi, Cikgu Umi Khasiebah.
Masing-masing dengan gaya tersendiri.
Saya kira paling legend Cikgu Hashim Wahdi. Satu kelas dengan beliau macam masuk 10 kelas. Padat. Banyak yang boleh ingat sampai sekarang.

Regu tulis saya masa sekolah menegah, Syazwan Adzhar. Dia ni budak skorer. Sekarang dengar cerita dah jadi philosopher.heh
Saya bolehlah duduk rendah sedikit, berdiri kurang tinggi sedikit dari dia dalam subjek BM, BI ni.
Subjek lain memang ketinggalan habis.
Suka duk banding-banding markah sejak peperiksaan akhir tahun tingkatan satu lagi.
He's a notch better (at least) than me.

( Wan, banyak sangat nama kau dalam blog aku nii...demam rindu woo..hah )


Semasa SPM, malam sebelum peperiksaan BM dan BI adalah malam untuk berehat, dan teruja untuk menjawab.






Puisi


Pertamanya, saya kira 'coretan-coretan' saya tiada pun yang layak menjadi puisi. Kerana puisi, pada saya, tentu perlu lebih indah. Kata-katanya perlu benar-benar mengikat makna.
Apa yang saya tuliskan mungkin lebih sesuai disebut prosa.

Tapi, ikut sahajalah pandang umum. Tak perlu pertikai tentang istilah. Itu dia, maka itulah dia.
( err, faham ke ni? )

Bagaiman sampai menulis 'puisi'?
Ha, ini sebenarnya, dari adik saya, Hanis Zikri.

Adik masuk satu pertandingan di 'sekolah pondok atas bukit' dulu. Menulis puisi sempena Maulidurrasul.
Menang tempat kedua.

Satu malam, entah lupa atas apa urusan, saya mengunjunginya di kelas.
Dan seperi biasa, dating di koridor, lihat bintang-bintang sambil menikmati angin malam kota. (ceh!)

"Tahniah la menang."
"Hehe. Adik saja cuba-cuba. Abang takde tulis sajak ke puisi ke?"
"Abang lagi suka tulis cerpen." ( jawapan mengelak sebab tak reti pun tulis puisi. )
"Adik lagi suka tulis sajak. Cepat sikit siap, lagi senang tengok hasilnya."
"Oh."

Sedari itu, saya mula 'berjinak-jinak' menulis puisi.
Dan, adverse effectnya, saya mula jarang menulis cerpen.
( Cerpen terakhir saya yang menemui penamat, adalah cerpen bodoh yang ditulis senggang-senggang masa selepas menjawab kertas soalan UP2 tingkatan tiga. Dan ada seorang makhluk kantoi curi buku tu lepas prep petang dari bawah meja saya. Prep malam tengok ada semula. cis )


Bahasa Melayu vs Bahasa Inggeris     (Bahasa Jawa..Bahasa Arab)


Pernah sekali nak test mak,

"Mak, abang rasalah kan, Bahasa Inggeris ni, lebih kaya dari Bahasa Melayu. Cara nak sampaikan tu pelbagai-bagai. Perkataan untuk satu benda tu banyak."

Mak diam. Saya amati raut wajahnya. Tiada kerut. Tiada lafaz kata terungkap. I got it. Silent disapproval.

Mungkin mak mahu membalas, namun tahu, diam ini lebih mampu menyampaikan mesej,
 'Nak, nanti kau akan faham'.

Haha. Dalam hati, saya tergelak kecil. ( keji! )
Sudah tahu pun sebelum bertanya, mana mungkin pemegang ijazah sarjana muda Sastera ( Kesusasteraan Dunia ) ini setuju!

Semua bahasa pun saya sayang.

Bahasa Melayu bahasa tanah air saya. Bahasa utama saya. Bahasa pertuturan saya sehari-hari.

Bahasa Jawa...err..bahasa ibunda-nenda saya. Jawa juga rumpun melayu. Cuma, memang seronok lah ada bahasa ni. Kalau-kalau makcik pekerja Indon mengumpat kita di LRT, bolehlah kita 'tembak' balik sikit-sikit.hah..kalau menonton cerita Indonesia pun, tak perlu ternganga-nganga tak faham maksud. Tapi, tentu, lebih dari itu, bahasa jawa sangat halus dan indah bunga-bunganya. ( teringat makcik Tri, moga sihat-sihat sahaja )

Bahasa Inggeris membolehkan saya membaca lebih luas buku-buku tulisan penulis antarabangsa..dan, haaa, buku-buku teks sekolah perubatan ni!

Sayang juga, bahasa Arab saya tidak ke mana, walaupun menetap di sini.
Sedang sedar juga, ini bahasa primer Islam. Sumber rujukan utama.
 Ok..ok..saya cuba perbaiki.


Guru

Tiga blog yang saya sangat selalu baca ketika mula menulis dahulu.
Blog Kak Balqis
Blog Syazwan
Blog Amin Hudi.

Oh, semua punya persamaan. Semua pun sekolah pondok atas bukit. haha. Asobiyah? tak kisahlah.

Entah, saya suka mengambil contoh yang dekat. Orang yang saya betul kenal. ( err..kecuali Kak Balqis..sebab beliau jauh senior )

(Abang) Amin saya kenal sejak tingkatan satu. Dorm sebelah. Suka sakat dia. Sebab dia baik. Sangat baik. Dia ni selalu kelihatan dalam pencarian. Gaya memang orang sastera habis. Tulisan dia, pada saya, memang istimewa. Memang satu sekolahlah kenal Amin Hudi.

Syazwan? Penat dah nak cerita. Baca sendirilah blog dia.

Kak Balqis? Segan pula nak cerita orang besar-besar ni. Baca jugalah blog beliau. Tapi dah jarang update, orang sibukkk.

Tu jelah 'cikgu-cikgu' saya berblogging. Saya pun bukan seorang blogwalker, cepat semput kalau jalan-jalan blog orang ni. Banyak juga blogger ribu-ribu follower yang saya tak tahu pun.

Mak Abah? Hmm, tak pernah ajar secara langsung pun macam mana nak menulis.
Walaupun abah Cikgu Bahasa Melayu atau officialnya pemegang ijazah sarjana muda Sastera ( Pendidikan Bahasa Melayu )  sangat jarang saya bertanya abah tentang bahasa.hah.


Membaca dan Menulis








Pada saya, penulis perlu banyak membaca. Malah, perlu jauh lebih membaca dari menulis. Agar lebih terpandu, agar lebih faham, agar lebih berkesan apa yang disampaikan.

Namun tidaklah saya nafikan, ada penulis yang berkelebihan dikurnia pancaindera yang tajam. Pemerhatiannya luas, mendalam. Pengalamannya, pengalaman manusia sekeliling dijadikan bahan menulis. Alam, baginya adalah buku tulis kehidupan. Dan istimewanya, selalunya, mereka menulis terus dari hati, dan sampainya pula ke hati. 

Namun, pada saya, lebih risikonya. Tatkala 'jiwa' tidak stabil, 'rasa' turut terganggu. Dan tulisan yang terhasil dari jiwa dan rasa ini akan turut menemui jalan buntu, atau menemukan manusia dengan jalan 'salah'.




Erk..Muhasabah?


Dah tak macam muhasabah je, macam sesi bercerita pula jadinya.
Hmm, takpelah..sebab namanya perjalanan...takkanlah dekat-dekat je ye dak?

Beberapa hari saya telusuri semula tulisan-tulisan saya dalam blog ini.
Ada sesetengahnya, saya sendiri lupa, "Bila masa pula aku tulis ini, begini?".
Banyak juga tulisan, yang rasanya mengarut, tidak berfaedah.

Bulatan. Mari kembali ke awal.
Saya tanyakan semula pada diri, mengapa aku menulis?

Mungkin jawapan yang boleh dipilih ialah, 'untuk mati bergaya', bak kata guru saya.
Ya, mati bergaya.
Tentunya membawa maksud, mati dalam keimanan.
Mati mengucap, menggenggam jitu syahadah.
Mati dengan keredhaan Tuhan.
Mati bersambut senyum para malaikat.
Kalau dapay mati syahid lagi stylo mylo.
Dan, memang sesungguhnya, kita perlu sediakan kehidupan kita untuk itu.

Mungkin juga saya boleh katakan, saya menulis untuk mengisi masa lapang. Namun setelah ditilik-tilik, masa yang saya habiskan untuk menulis pun meratah hidup saya.  Jadinya, kalau menulis sekadar 'mengisi masa lapang' tanpa tujuan lebih besar, kita akan tiba pada satu persoalan,' berapa banyak masa lapang yang ingin saya persiakan?'

Jawapan pertama tadi, sejujurnya, seolah terlalu besar untuk saya. Sedang tahu juga, itulah yang sepatutnya, itulah layaknya seorang hamba; menulis kerana Allah.

Jawapan kedua rasanya terlalu longgar.

Jadinya, saya hanya berani memberikan jawapan sederhana.

Menulis untuk memaknakan pengalaman.
Menulis untuk senyum orang-orang tersayang.
Menulis untuk menzahirkan betapa saya menghargai kehidupan.
Menulis untuk menyampaikan yang baik, dan dibetulkan yang salah.
Menulis untuk meraikan diri, kerana menulis seperti sudah sebahagiannya.
Menulis untuk hati hari ini. Moga ada yang dipelajari dari diri semalam.
Menulis untuk hati esok. Moga ada yang dipelajari dari diri hari ini.


Rasanya, dalam banyak-banyak komen yang pernah dicatatkan dalam blog, inilah yang paling banyak saya ulang baca.

"sebab tulisan saya yang berjela-jela ini lah saya takut untuk ber'blog'.saya takut prioriti saya berubah.takut tidak jujur dgn diri.tapi blog semacam anda mengikat balik prioriti saya.Semoga kedua-dua belah pihak penulis dan pembaca tetap atas landasan taqwa,itupun jika ada,biarlah walau sedikit."

- sukainah


Ketakutan itu adalah ketakutan saya juga.
Harapan itu adalah harapan saya juga.


Kesimpulan

Saya sebenarnya tak pandai pun mahu buat kesimpulan-kesimpulan ni. Tapi cubalah. Tak mahu tulisan ini hanya 'lepas bebas tanpa haluan jelas'.

Hmm..hmm..hmm.

Bagaimana ya?

Saya cuba, saya harap, tulisan saya tidak sia-sia, baik dari segi isinya, penyampaiannya, dan hasrat di sebaliknya.

Dan untuk itu, dari itu, dan sepanjang itu, saya belajar.
Saya belajar.

Kalian, sebagai pembaca, saya mohon untuk menegur.



Tak tahulah saya akan menulis di sini sampai bila. Tapi, sudah terlanjur berjanji pula tidak menutup blog.
(err, tak tutup tak makna kena tulis kan. hah. mayat hidup)

Baiklah, sedaya ada, seizin Tuhan, janji itu akan saya tunaikan.

TAMMAT
_______________________________________________________




Koo Kien Kiat, Tan Boon Heong kalah. Sengit. Sedih.
Chong Wei pun sama.
Alahai.
Nasib baik bulan masih penuh.
Boleh buat ubat.

18 November 2010

jujur itu memudahkan,

...jujur juga menyakitkan.









Jumpa satu tulisan. entah siapa penulisnya.



 “Perempuan, makhluk yang kaya rasa.
dan harus, seiring masa, belajar mengendalikannya. ..agar tidak lepas bebas tanpa haluan jelas, tidak menyapa yang tidak selayaknya.

untuk akhir nanti, saat si perempuan dan rasanya dikemudi sang lelaki bergelar suami,
menuju Tuhan, kebahagiaan hakiki”



Oh, begitu rupanya...


Tapi, saya macam tak setuju juga. Lelaki perempuan, dalam hal ini, harus sama sahaja bukan?



Alhamdulillah.

Lega.

16 November 2010

Clarification

Assalamualaikum.

Saya dengan ini dengan tanpa segan silu, ingin memperkenalkan diri kepada semua. Takut ada yang salah identiti pula. Yang kaca diingatkan permata. Yang cuka ditafsir gula.
Alahai, merah tak mesti saga.

Sebenarnya, yang membaca blog ni pun rata-rata kawan-kawan sepupu-sepapat sahaja. Jadi, memang tahulah saya siapa. (Dan tahu segala sengal-sengal cacat cela saya). Tapi, well..just in case.



Baru teringat, ada tag dari Syazwan. Err, buat-buat lupa jelah. 
Ataupun Wan, anggap la ni 'menjawab' ok?


Macam biasa, kita mula dengan nama.
Nama diterima Muhamad Haniff Zikri Mohd Nahrawi.
Panggil Anip.

Tinggal di Tanjong Karang. Di bawah jagaan Dato' Noh Omar.
Tu di Malaysia.
Ha, sekarang di Irbid, Jordan.
(sayang Tanjong Karang lebih, sebab tu sebut dulu)




fergh, abah..makan tak ajak.


Mak Abah bekerja sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Ringkasnya...cikgu.hah
Mak Abah mengajar Sejarah, boleh mengajar Bahasa Melayu.
Mak sekarang mengajar Sastera untuk STPM.
Itulah, saya pun musykil, mak abah orang bahasa, bagaimana pula saya dan Hanis ambil Medic?
hah.


Copy ayat Syazwan. This happen to me too, Wan. Maybe, it is true, in Nidzam's words, that we do have 'stylo' mums.

"My dad always stalks my blog at night... and he has been a silent reader for a while. Then he will have some chat with my mother later on. I would like to take this advantage to tell them that I love them so much, maybe they are not perfect parents but they are the best for me and my siblings. Thanks ibu and ayah :')"


Saya anak sulung. Dua orang adik.
Tapi tak nampak macam sulung pun.
Fikiran masih kanak-kanak.


Saya sukaaaaa membaca!
(buku medic pun saya sebenarnya suka baca, lagi-lagi Microb, Patho..banyak terselit pedoman hidup..cuma masalahnya, saya malas nak hafal, jadi markah exam memang ya3ni ya3ni laa)

Kelmarin ke Amman, saya beli 'Nelson Mandela: Conversation With Myself'.
Teruja. (Tapi ada banyak lagi buku-buku lain sudah lama beli tak khatam-khatam. haih)

Dan semasa sekolah menengah, seperti anak-anak Teacher Iqma yang lain, saya pembaca tegar Harry Potter dan Twilight. Dan kerana kroniknya 'sakit' ini, saya merembat New Moon Husni, Breaking Dawn Syazwan, dan baca malam-malam senyap-senyap di Bilik Seterika. cis cis cis.

Ramai penulis yang saya minat tulisannya, tapi if i were to name two, it would be, Faisal Tehrani, and Buya HAMKA.


Hah, harini birthday Nidzam. Selamat!



Dah dah dah.
Banyak-banyak nanti orang kata perasan la pulak.









"Selamat Hari Raya Aidil Adha" buat semua.

13 November 2010

letak semula entri lama



Gemerlapan












Pada dada langit malam itu kita bicara,
Kalaupun nanti siang menjelma,

                 " Bintang itu,
                   jangan kau lepaskan pergi.
                   Biar ia jadi tatapan,
                   Teman.
                   dan panduan.
                   Buat mengharung,
                   perjalanan esok."

Tapi sayang,
terkadang manusia lupa,
Bintang bukan milik malam.









10 November 2010

Haji


Assalamualaikum.

Saya menonton cerita ini setelah membaca blog abang Naqeb. 



Usai menonton, saya tuliskan,

"Ada orang tidak pernah menjejak kaki ke tanah suci,
namun hajinya seolah sudah berkali-kali."


Banyak scene mengharukan.

Si anak kecil terpaksa (kerana terlalu teringin) memakan bangkai burung peliharaan  jirannya lantaran tidak cukup wang. (sedang makanan sering sahaja saya bazirkan)

Watak utama, Zein yang bersujud langsung apabila mengetahui terpilih dalam cabutan bertuah pakej menunaikan haji. Lalu malafazkan 'Labbaikallah' dengan sepenuh hati...sedalam rasa..seluruh jiwa. ( sedang saya dahulu tidak mampu menikmati 'rasa sesarat' itu)


Babak si ibu mencantumkan semula gambar Kaabah yang terkoyak di rumah majikannya, kemudian memandang sayu penuh rindu. Begitu sekali hormat, dan cinta yang ditunjukkan.

Dan sepanjang cerita, akhlak mulia yang ditonjolkan si ibu, tabah menggenggam cita, walau begitu banyak dugaan menimpa. Akhlak mulia si anak yang sesungguh upaya cuba membahagiakan ibunya, membantu merealisasikan cita.



Allah.





Itulah.
Kadang orang yang telah pernah ke Tanah Suci mencemburui yang belum.

"Kau belum berjejak ke sana, tapi bagaimana hatimu sudah ?"



Mari kita doakan seluruh umat Islam yang menunaikan haji tahun ini, yang khabarnya mencecah tiga juta manusia, diperkenankan Allah memperoleh haji yang mabrur.
















Ha, dan ini......istimewa. 
Tulisan seseorang yang saya (amat) hormati. 
Saya berbesar hati beliau sanggup membiarkan puisinya 'mencemar duli' tertulis di blog ini.


Buat hati yang putih
Seluruh pelusuk jalan disapu cahayamu
Terang benderang pula
-
Jalan-jalan kotor
Akur dan bersinar dengan laluanmu
Riang menerima kehadiran saudara
-
Kini hati itu bertandang
di hati Bumi
Tanah kecintaan Nabi
-
Kau renunglah sejarah
Ketika Nabi itu berat belakangnya
Ditohmah di tempat itu
-
Ketika kau sujud
Kau ingatlah
Ketika Nabimu sujud dengan tenang di situ
Walau kuffar menunggu di belakang
-
Pasti kau menangis
Dengan hatimu yang putih.
-
-
20 Ramadhan 1431






......untuk si pemilik hati putih yang (entah siapa) tentunya saya hormati juga.




ya ya ya... curiosity boleh membunuh!

06 November 2010

Orang Muda

wah.wah.wah. 'Segalanya di sini menggamit memori'.



Sahabat yang dikagumi, dalam kelasnya tersendiri (eceh), mensyarahkan 'Bumi Cinta' untuk saya yang malas membaca.


Nidzam, dua dari kanan. Mahal senyum dia tu. Right place, right time. ha




'Bicara tentang orang muda,
adalah bicara tentang potensi.'



Moga kita semua, 'tumbuh' dengan baik.


Majulah pemuda, bangsa, dan negara untuk agama.









___________________________________

Ha, New Moon.

Bulan Zulhijjah.

Jom!Jom!
Sepuluh yang istimewa.

02 November 2010

Senyum






Kawan,
Ada senyum yang kita kongsikan,
Ada senyum yang (harus) disimpan,
Ada senyum yang kita biar tanpa balasan.



Senyum itu sedekah,
Namun salah langkah,
Senyum juga bisa jadi pemusnah.

01 November 2010

Untuk Adik Saya Hanis Zikri

Salam.



Baru call mak. Dan merasa sayu rindunya mak pada dua anaknya yang dipinjamkan ke tanah ini.
( Seorang ibu layaknya bukan hanya ditelefon-minta-restu-kerana-esok-periksa kan?)


Lalu mahu kongsikan puisi adik saya, Hanis Zikri.



JAUH

semalam masih ada
malam-malam berteman
melodinya semarak jiwa ria
dicicipi segenap ruang
kuncupan jarak yang memisahkan
jua masa yang membezakan

amanah tetap janji
jauhku untuk mendekat
melamar bahagia akhirat
mendakap dunia yang kejap

kerana kasih fitrah itulah
ayuh musafir hikmah juang
pedoman hidup punya ertinya
erti pada makna
makna untuk agama!


Ya, Hanis. Abang takde surat cinta macam abah beri.
( Takde sape pernah dapat any sort of-surat-cinta dari abang ok).
(Hmm, err, kena fikir balik statement nh)

 Abang pun (lagilah) tak cakap, seperti mak,  'nanti mesti rindu abang kan'.

Hanis ke Mesir dulu pun abang tiada titipkan apa-apa pesan 'istimewa'. 
Ya ya ya, abang tahu, you did expect something.
cuma kadang itu buat kita segan tuk menunaikan.

haih.


Puisi di atas, akan tiba balasnya, InsyaAllah.
( Biasa tak orang duet buat puisi? Kita cuba jom!ha )


Hanis di Mesir bukan sekejap. 

Kutiplah mutiara-mutiara pengalaman dari lautan kehidupan.
Juga kalam ilmu dalam debu-debu halus menggelisahkan.

Kerana di tanah ini, pelangi lebih dihargai.





Sila jangan pulang dengan tangan kosong.





( Err, maksud abang, sila balik bawa akak ipar, ok? )

haha.