21 November 2010

Sebuah Perjalanan Muhasabah

Assalamualaikum.



Sudah lama sebenarnya ingin menulis tentang ini. Tapi, rasanya sebuah tajuk yang agak besar bagi saya, jadi saya mahu, sekurangnya, menyediakan masa yang cukup buat berfikir.

Masa berlalu.

Dan saya masih tidak tahu bila 'cukup' akan cukup. Bila 'sedia' akan sedia.

Akhirnya saya memutuskan, biarlah ditulis sahaja. Biarlah ia mengalir. Yang baik, ambillah. Yang salah, perhatikanlah, perbetulkanlah. Kerana memang demikian tujuan muhasabah kan; mencari-betulkan salah. Mohon jua bantuan kalian.



Sejarah Menulis


( eee..tak potong kuku..nasib baik bersih.haha )




Apa sebenarnya tujuan saya menulis?
Oh, saya akan menjawab kerana saya suka menulis!

Ya, suka menulis.
Kalau di sekolah rendah, Penulisan adalah antara subjek paling seronok.
'Rumah Idaman Saya',
'Saya Sebuah Buku',
Sambung cerita, akhirkan cerita.

Markah pun ok. Sebab cikgu selalu murah hati.


Ingat lagi, masa masuk tahap dua. Subjek BI. Saya tak tahu pun format soalan dah lain. Ada karangan. Wah, tulis sepotong dua sahaja. Seperti dijangka, markah teruk, saya ingat lagi. 56. Rasa sangat down.

Nasib baik mak hantar ke rumah Teacher Vaneeta, kelas tuisyen. (alamak, harap-harap tak salah eja.)
Belajar grammar.
Belajar buat-buat ayat.

Pendek kata, memang betul-betul belajarlah. Rasanya macam mula dari 'zero'.
Seronok, sebab dapat siapkan satu buku latihan tebal.
( walaupun kadang-kadang selalunya sampai kelas baru nak buat kerja rumah tuuu. )

Terima kasih teacher.

Masuk sekolah menengah. Guru-guru BI saya memang cuma 'passing-passing' antara Teacher Norkiah dan Teacher Iqma.
Dan dua-dua suka suruh buat karangan cerita.
Zaman ni kira zaman produktif tulis karangan-karangan BI la.

Cikgu-cikgu BM saya Cikgu Kasmani, Cikgu Hashim Wahdi, Cikgu Umi Khasiebah.
Masing-masing dengan gaya tersendiri.
Saya kira paling legend Cikgu Hashim Wahdi. Satu kelas dengan beliau macam masuk 10 kelas. Padat. Banyak yang boleh ingat sampai sekarang.

Regu tulis saya masa sekolah menegah, Syazwan Adzhar. Dia ni budak skorer. Sekarang dengar cerita dah jadi philosopher.heh
Saya bolehlah duduk rendah sedikit, berdiri kurang tinggi sedikit dari dia dalam subjek BM, BI ni.
Subjek lain memang ketinggalan habis.
Suka duk banding-banding markah sejak peperiksaan akhir tahun tingkatan satu lagi.
He's a notch better (at least) than me.

( Wan, banyak sangat nama kau dalam blog aku nii...demam rindu woo..hah )


Semasa SPM, malam sebelum peperiksaan BM dan BI adalah malam untuk berehat, dan teruja untuk menjawab.






Puisi


Pertamanya, saya kira 'coretan-coretan' saya tiada pun yang layak menjadi puisi. Kerana puisi, pada saya, tentu perlu lebih indah. Kata-katanya perlu benar-benar mengikat makna.
Apa yang saya tuliskan mungkin lebih sesuai disebut prosa.

Tapi, ikut sahajalah pandang umum. Tak perlu pertikai tentang istilah. Itu dia, maka itulah dia.
( err, faham ke ni? )

Bagaiman sampai menulis 'puisi'?
Ha, ini sebenarnya, dari adik saya, Hanis Zikri.

Adik masuk satu pertandingan di 'sekolah pondok atas bukit' dulu. Menulis puisi sempena Maulidurrasul.
Menang tempat kedua.

Satu malam, entah lupa atas apa urusan, saya mengunjunginya di kelas.
Dan seperi biasa, dating di koridor, lihat bintang-bintang sambil menikmati angin malam kota. (ceh!)

"Tahniah la menang."
"Hehe. Adik saja cuba-cuba. Abang takde tulis sajak ke puisi ke?"
"Abang lagi suka tulis cerpen." ( jawapan mengelak sebab tak reti pun tulis puisi. )
"Adik lagi suka tulis sajak. Cepat sikit siap, lagi senang tengok hasilnya."
"Oh."

Sedari itu, saya mula 'berjinak-jinak' menulis puisi.
Dan, adverse effectnya, saya mula jarang menulis cerpen.
( Cerpen terakhir saya yang menemui penamat, adalah cerpen bodoh yang ditulis senggang-senggang masa selepas menjawab kertas soalan UP2 tingkatan tiga. Dan ada seorang makhluk kantoi curi buku tu lepas prep petang dari bawah meja saya. Prep malam tengok ada semula. cis )


Bahasa Melayu vs Bahasa Inggeris     (Bahasa Jawa..Bahasa Arab)


Pernah sekali nak test mak,

"Mak, abang rasalah kan, Bahasa Inggeris ni, lebih kaya dari Bahasa Melayu. Cara nak sampaikan tu pelbagai-bagai. Perkataan untuk satu benda tu banyak."

Mak diam. Saya amati raut wajahnya. Tiada kerut. Tiada lafaz kata terungkap. I got it. Silent disapproval.

Mungkin mak mahu membalas, namun tahu, diam ini lebih mampu menyampaikan mesej,
 'Nak, nanti kau akan faham'.

Haha. Dalam hati, saya tergelak kecil. ( keji! )
Sudah tahu pun sebelum bertanya, mana mungkin pemegang ijazah sarjana muda Sastera ( Kesusasteraan Dunia ) ini setuju!

Semua bahasa pun saya sayang.

Bahasa Melayu bahasa tanah air saya. Bahasa utama saya. Bahasa pertuturan saya sehari-hari.

Bahasa Jawa...err..bahasa ibunda-nenda saya. Jawa juga rumpun melayu. Cuma, memang seronok lah ada bahasa ni. Kalau-kalau makcik pekerja Indon mengumpat kita di LRT, bolehlah kita 'tembak' balik sikit-sikit.hah..kalau menonton cerita Indonesia pun, tak perlu ternganga-nganga tak faham maksud. Tapi, tentu, lebih dari itu, bahasa jawa sangat halus dan indah bunga-bunganya. ( teringat makcik Tri, moga sihat-sihat sahaja )

Bahasa Inggeris membolehkan saya membaca lebih luas buku-buku tulisan penulis antarabangsa..dan, haaa, buku-buku teks sekolah perubatan ni!

Sayang juga, bahasa Arab saya tidak ke mana, walaupun menetap di sini.
Sedang sedar juga, ini bahasa primer Islam. Sumber rujukan utama.
 Ok..ok..saya cuba perbaiki.


Guru

Tiga blog yang saya sangat selalu baca ketika mula menulis dahulu.
Blog Kak Balqis
Blog Syazwan
Blog Amin Hudi.

Oh, semua punya persamaan. Semua pun sekolah pondok atas bukit. haha. Asobiyah? tak kisahlah.

Entah, saya suka mengambil contoh yang dekat. Orang yang saya betul kenal. ( err..kecuali Kak Balqis..sebab beliau jauh senior )

(Abang) Amin saya kenal sejak tingkatan satu. Dorm sebelah. Suka sakat dia. Sebab dia baik. Sangat baik. Dia ni selalu kelihatan dalam pencarian. Gaya memang orang sastera habis. Tulisan dia, pada saya, memang istimewa. Memang satu sekolahlah kenal Amin Hudi.

Syazwan? Penat dah nak cerita. Baca sendirilah blog dia.

Kak Balqis? Segan pula nak cerita orang besar-besar ni. Baca jugalah blog beliau. Tapi dah jarang update, orang sibukkk.

Tu jelah 'cikgu-cikgu' saya berblogging. Saya pun bukan seorang blogwalker, cepat semput kalau jalan-jalan blog orang ni. Banyak juga blogger ribu-ribu follower yang saya tak tahu pun.

Mak Abah? Hmm, tak pernah ajar secara langsung pun macam mana nak menulis.
Walaupun abah Cikgu Bahasa Melayu atau officialnya pemegang ijazah sarjana muda Sastera ( Pendidikan Bahasa Melayu )  sangat jarang saya bertanya abah tentang bahasa.hah.


Membaca dan Menulis








Pada saya, penulis perlu banyak membaca. Malah, perlu jauh lebih membaca dari menulis. Agar lebih terpandu, agar lebih faham, agar lebih berkesan apa yang disampaikan.

Namun tidaklah saya nafikan, ada penulis yang berkelebihan dikurnia pancaindera yang tajam. Pemerhatiannya luas, mendalam. Pengalamannya, pengalaman manusia sekeliling dijadikan bahan menulis. Alam, baginya adalah buku tulis kehidupan. Dan istimewanya, selalunya, mereka menulis terus dari hati, dan sampainya pula ke hati. 

Namun, pada saya, lebih risikonya. Tatkala 'jiwa' tidak stabil, 'rasa' turut terganggu. Dan tulisan yang terhasil dari jiwa dan rasa ini akan turut menemui jalan buntu, atau menemukan manusia dengan jalan 'salah'.




Erk..Muhasabah?


Dah tak macam muhasabah je, macam sesi bercerita pula jadinya.
Hmm, takpelah..sebab namanya perjalanan...takkanlah dekat-dekat je ye dak?

Beberapa hari saya telusuri semula tulisan-tulisan saya dalam blog ini.
Ada sesetengahnya, saya sendiri lupa, "Bila masa pula aku tulis ini, begini?".
Banyak juga tulisan, yang rasanya mengarut, tidak berfaedah.

Bulatan. Mari kembali ke awal.
Saya tanyakan semula pada diri, mengapa aku menulis?

Mungkin jawapan yang boleh dipilih ialah, 'untuk mati bergaya', bak kata guru saya.
Ya, mati bergaya.
Tentunya membawa maksud, mati dalam keimanan.
Mati mengucap, menggenggam jitu syahadah.
Mati dengan keredhaan Tuhan.
Mati bersambut senyum para malaikat.
Kalau dapay mati syahid lagi stylo mylo.
Dan, memang sesungguhnya, kita perlu sediakan kehidupan kita untuk itu.

Mungkin juga saya boleh katakan, saya menulis untuk mengisi masa lapang. Namun setelah ditilik-tilik, masa yang saya habiskan untuk menulis pun meratah hidup saya.  Jadinya, kalau menulis sekadar 'mengisi masa lapang' tanpa tujuan lebih besar, kita akan tiba pada satu persoalan,' berapa banyak masa lapang yang ingin saya persiakan?'

Jawapan pertama tadi, sejujurnya, seolah terlalu besar untuk saya. Sedang tahu juga, itulah yang sepatutnya, itulah layaknya seorang hamba; menulis kerana Allah.

Jawapan kedua rasanya terlalu longgar.

Jadinya, saya hanya berani memberikan jawapan sederhana.

Menulis untuk memaknakan pengalaman.
Menulis untuk senyum orang-orang tersayang.
Menulis untuk menzahirkan betapa saya menghargai kehidupan.
Menulis untuk menyampaikan yang baik, dan dibetulkan yang salah.
Menulis untuk meraikan diri, kerana menulis seperti sudah sebahagiannya.
Menulis untuk hati hari ini. Moga ada yang dipelajari dari diri semalam.
Menulis untuk hati esok. Moga ada yang dipelajari dari diri hari ini.


Rasanya, dalam banyak-banyak komen yang pernah dicatatkan dalam blog, inilah yang paling banyak saya ulang baca.

"sebab tulisan saya yang berjela-jela ini lah saya takut untuk ber'blog'.saya takut prioriti saya berubah.takut tidak jujur dgn diri.tapi blog semacam anda mengikat balik prioriti saya.Semoga kedua-dua belah pihak penulis dan pembaca tetap atas landasan taqwa,itupun jika ada,biarlah walau sedikit."

- sukainah


Ketakutan itu adalah ketakutan saya juga.
Harapan itu adalah harapan saya juga.


Kesimpulan

Saya sebenarnya tak pandai pun mahu buat kesimpulan-kesimpulan ni. Tapi cubalah. Tak mahu tulisan ini hanya 'lepas bebas tanpa haluan jelas'.

Hmm..hmm..hmm.

Bagaimana ya?

Saya cuba, saya harap, tulisan saya tidak sia-sia, baik dari segi isinya, penyampaiannya, dan hasrat di sebaliknya.

Dan untuk itu, dari itu, dan sepanjang itu, saya belajar.
Saya belajar.

Kalian, sebagai pembaca, saya mohon untuk menegur.



Tak tahulah saya akan menulis di sini sampai bila. Tapi, sudah terlanjur berjanji pula tidak menutup blog.
(err, tak tutup tak makna kena tulis kan. hah. mayat hidup)

Baiklah, sedaya ada, seizin Tuhan, janji itu akan saya tunaikan.

TAMMAT
_______________________________________________________




Koo Kien Kiat, Tan Boon Heong kalah. Sengit. Sedih.
Chong Wei pun sama.
Alahai.
Nasib baik bulan masih penuh.
Boleh buat ubat.

28 comments:

Aliyah Al~Istiqamah said...

memang betol2 muhasabah la akh hanif
syukran ^^

`Izzati Idris said...

nak tekan button like!

Unknown said...

ok nanti aku baca buat kali kedua.

bukan selalu encik tepianmuara meluahkan dengan jelas apa yang dia simpan.

selalu sekerat2 je.

payah.

timme said...

macam penah nampak je zikri 1 n zikri 2 berdating kat sekolah atas bukit dulu~


ini mmg muhasabah

sbb tu la panjang~

Anon said...

~nice~

InsyaAllah ape yg ditulis byk memberi manfaat...truskan usaha..^_^

Iqin said...

:D

nak tengok kriket, macam best jek.

"Sayang juga, bahasa Arab saya tidak ke mana, walaupun menetap di sini."

aiseh, sgt terasa lah.

najihahusna said...

he.

"skola atas bukit itu..."

Anonymous said...

Selalunya kautulis pendek-pendek je. tapi terpanjang pula kali ini. Tapi memang best.

hah, I always look up at your view and opinion, which is always moderate and for me, out of box. Writing kau? rubbish la kau pnh duduk lagi rendah daripada aku.

Oh, my blog, compared to you is like mozilla compared to chrome. Walaupun baru, tapi lagi better in many ways.

Moga kita sama-sama istiqamah.

p/s:Sori Haniff, aku stay up mlm tadi.. so bila kau call pagi2,(ok fine tidur lepas subuh) I didnt even care to bother sebab nak tidur...tak check pun, tapi bila aku tau itu kau.. aish, bersalahnya. (dan rasa bersalah itu takde kena mengena dengan fact yang aku sangat, sangat, sangat, sangat terharu dengan post ini)

lagi sejam 15 min, aku exam.. calculus.. Pohon doakan ye.

mode: rindu kau juga:")

tepianmuara said...

>aliyah
ahlen2.
muhasabah patutnya hari-hari kan?


>izzati idris
=)


>hazen.
alahai kawan.

sekerat2 sebab aku kira tak penting pun untuk habiskan.
(tapi, tentu menyeksa sebab aku yang mula bicara..haha)

yang (kebetulan) habis tu, sama2 kita manfaatkanlah.




>timme
itulah. dating terang-terangan.
bila mengalir, susah pula nak menghentikan.




>danradzz

siapa ya ni?
(walaupun tau sukar berjawab)

Amin..amin.



>iqin
aiya..tak pernah layan kriket daaa
saya jauh lagi terasa bila anda terasa.



>husnanajihah
tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat tumbuh.



>aeisyulillah.
well, i really mean what i said.=)

aha..bermadu kasih pula kita di sini.

Ya ya ya, wan. Moga kita sama-sama istiqamah.

all the best=)

Anonymous said...

Quote.

Jadinya, saya hanya berani memberikan jawapan sederhana.

Menulis untuk memaknakan pengalaman.
Menulis untuk senyum orang-orang tersayang.
Menulis untuk menzahirkan betapa saya menghargai kehidupan.
Menulis untuk menyampaikan yang baik, dan dibetulkan yang salah.
Menulis untuk meraikan diri, kerana menulis seperti sudah sebahagiannya.
Menulis untuk hati hari ini. Moga ada yang dipelajari dari diri semalam.
Menulis untuk hati esok. Moga ada yang dipelajari dari diri hari ini.

End quote.


-you're doing really well-

semoga disayangi Pencipta bulan dan cahayanya.

::numumono::

Anon said...

kwn lame....
haha...
suke ati je declare jd kwn anip...:p

|nurhidayah| said...

faham bahasa jawa?
bgs2.
kita aslnye sama,org jawa jgk,cuma selalu terkebil-kebil nak jawab apa bile org tnya dlm bahasa jawa.

not a very good successor I am.

bahasa inggeris lebih kaya drpd bahasa melayu?
ermmmmm,boleh marah org sastera.

teruskan menulis.
it's a good platform to convey messages.

Anonymous said...

panjang!

aku tiru hazen.
nanti baca semula

tepianmuara said...

>numumono


oh.ni memang bikin semangat.

mohon tunjuk ajar ya cikgu.

Amin.





>danradzz
yalah.yalah.

kalau tak dulu, kita kawan sekaranglah, ok?



>nurhidayah.
faham je. cakap pun boleh.
(tanpa kelibat saudara mara, sebab sangat segan kalau salah)

haha. tulah. masing-masing kaya sebenarnya.

ya, insyaAllah.




>Raihana.

tulah.
takut juga membazir masa kalian.

hah

nurdia said...

seronok gak tumpang baca sesekali tu...

salah eja nama teacher... vanitha tu....

kadang menulis nie meluah aper yg kita rasa... sekurang2 leh releast tension....

tepianmuara said...

>cikgu


=)
terima kasih.


ya juga.
dann ada pula tulisan yang mahu disimpan buat diri sendiri.

Nur said...

Salams,

Taking me for a long time to comment on this post due to busyness. Balqis's blog is seriously awesome, as you already highlight it. I just couldn't believe that there is a medical student that could write so beautifully and the words sometimes stay so deep in me for a long long time.

Just strive for perfection, and leave the rest to Allah's. Isn't life wonderfully delicious?

tepianmuara said...

wasalam.

found you thru her, honestly.

'the words sometimes stay so deep in me for a long long time.'

So true,
especially this,
"Never have I thought what others will feel when I wrote. I just listened to my heart, what it says and there it goes. For whatever impact my writing had, if it's good - I thank Him, and if it's bad, His refuge I seek"


Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah.
maybe it happens that we are doctors, engineers, economists, teachers, but i'm glad for the passion we share.

ok, rindu tulisan Kak Balqis.

=)

Nur said...

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah.
maybe it happens that we are doctors, engineers, economists, teachers, but i'm glad for the passion we share.

is the sentence above yours or Balqis's?

tepianmuara said...

err.

mine.

Nur said...

It's beautiful.

tepianmuara said...

oh, kalaupun ya,tentu masih takkan sebanding dengan kalian 'orang lama' ni kan?

=)

Nur said...

Owh please dont feel offended Haniff, I'm asking because I'm quite confused whether it's yours or Balqis's as the previous sentences are hers, aii?

And I'm telling the truth about its beauty :)

tepianmuara said...

haha.

kalian perempuan ni memang sensitif ya takut 'melukakan' orang?

(tak perlu jawab, sudah tahu jawapannya)

saya takde terasa langsung laaa.masih lelaki. hah

ya ya ya. faham je maksud akak. jangan risaulah.

(gelak senyum-senyum je baca komen akak atas ni..saya memang selalu, dari kes2 sebelum ini pun, buat orang keliru. dan antara bahagian senyum itu, adalah dari 'risau' akak tu, which to me...is beautiful)

lalalalala.

Nur said...

Hahahhaha,

No no no, I'm just practising the below hadith:

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Seorang Muslim ialah orang yang terselamat kaum Muslimin yang lain dari bencana lidahnya dan tangannya. Dan seorang Mu’min pula ialah orang yang teraman daripadanya kaum Mu’minin lainnya ke atas diri dan harta benda mereka. Dan orang Muhajir (yang berpindah negeri), ialah orang yang meninggalkan kejahatan dan menjauhi daripadanya.”

Panjang2 plak komentar kali ni. Segan. Take care. Salams.

tepianmuara said...

Terima kasih untuk hadith tu.

"Segan. Take care. Salams."

Balasnya,
=). ya ya ya. Wasalam.

Jangan 'pergi' lama-lama pulak.
You are most welcome here.

kepalakotak said...

istimewa eh?

hahaha, sibuk la, x sempat nk baca sangat pon. idea habis kering.

orang berubah.

terharu gak r. mengingatkn aku dulu skola atas bukit jugak.

tepianmuara said...

tulah. aku tak dapat bayangkan kau berubah.

nak bayangkan gak kau gaya kaki pukul..tapi tak berjaya.

haha.