Assalamualaikum.
Saya menonton cerita ini setelah membaca blog abang Naqeb.
Usai menonton, saya tuliskan,
"Ada orang tidak pernah menjejak kaki ke tanah suci,
namun hajinya seolah sudah berkali-kali."
Banyak scene mengharukan.
Si anak kecil terpaksa (kerana terlalu teringin) memakan bangkai burung peliharaan jirannya lantaran tidak cukup wang. (sedang makanan sering sahaja saya bazirkan)
Watak utama, Zein yang bersujud langsung apabila mengetahui terpilih dalam cabutan bertuah pakej menunaikan haji. Lalu malafazkan 'Labbaikallah' dengan sepenuh hati...sedalam rasa..seluruh jiwa. ( sedang saya dahulu tidak mampu menikmati 'rasa sesarat' itu)
Babak si ibu mencantumkan semula gambar Kaabah yang terkoyak di rumah majikannya, kemudian memandang sayu penuh rindu. Begitu sekali hormat, dan cinta yang ditunjukkan.
Dan sepanjang cerita, akhlak mulia yang ditonjolkan si ibu, tabah menggenggam cita, walau begitu banyak dugaan menimpa. Akhlak mulia si anak yang sesungguh upaya cuba membahagiakan ibunya, membantu merealisasikan cita.
Allah.
Itulah.
Kadang orang yang telah pernah ke Tanah Suci mencemburui yang belum.
"Kau belum berjejak ke sana, tapi bagaimana hatimu sudah ?"
Mari kita doakan seluruh umat Islam yang menunaikan haji tahun ini, yang khabarnya mencecah tiga juta manusia, diperkenankan Allah memperoleh haji yang mabrur.
Ha, dan ini......istimewa.
Tulisan seseorang yang saya (amat) hormati.
Saya berbesar hati beliau sanggup membiarkan puisinya 'mencemar duli' tertulis di blog ini.
Buat hati yang putih
Seluruh pelusuk jalan disapu cahayamu
Terang benderang pula
-
Jalan-jalan kotor
Akur dan bersinar dengan laluanmu
Riang menerima kehadiran saudara
-
Kini hati itu bertandang
di hati Bumi
Tanah kecintaan Nabi
-
Kau renunglah sejarah
Ketika Nabi itu berat belakangnya
Ditohmah di tempat itu
-
Ketika kau sujud
Kau ingatlah
Ketika Nabimu sujud dengan tenang di situ
Walau kuffar menunggu di belakang
-
Pasti kau menangis
Dengan hatimu yang putih.
-
-
20 Ramadhan 1431
......untuk si pemilik hati putih yang (entah siapa) tentunya saya hormati juga.
ya ya ya... curiosity boleh membunuh!
10 comments:
kau buat mata aku bergenangan.
Alhamdulillah, Allah masih peduli untuk campakkan rasa itu.
pada hati hitam membatu.
Allah.
terasa dengan soalan yang kamu ajukan.
betul, kadang-kadang yang dah menjejak ni, jadi cemburu dengan mereka yang belum mencecahkan kaki, tapi hatinya seolah sudah terbang terlebih dulu.
haih.
moga Allah balaskan kerinduannya untuk menjejak ke sana. ameen.
Hm. Bila tak mampu nak pergi, hati merayu dan merindu nak ke sana. Yang telah pergi, cemburu pula untuk memeliki hati semacam ini.
Kita manusia, memang selalu menzalimi diri sendiri
anip,
mana dapat muvie tu? nak boleh?
>aeisyulillah
Allah.
terima kasih ya Allah kerana mengurniakan air mata ini.
>nhmnrh
itulah.
sungguh.
ameen.
>danradzz
tak tahu macam mana nak balas muka comel tu. selamatlah.
>intonasi
itulah.
kuncinya pada diri sebenarnya.
jiwa yang tenang, tetap mampu tenang walau keadaan serabut bagaimanapun.
jiwa yang gelisah tetap gelisah walau keadaan bagaimana 'tenang' sekalipun.
moga jiwa kacau dahaga kita ini menemui sumur ketenangannya.
>najib
ana tengok kat youtube je. hah
hmm..ade rezeki nk pegi lg.. bang,jom. jd mahram adek..hee
'emak ingin naik haji'
tak tengok lagi cerita ni,tp tajuk nye mengingatkan pada kisah uwais al-qarni dan ibunya yang nak naik haji.Uwais menggendong emaknye dari Yaman ke Mekah,dan memangku emaknya dalam perjalanan pulang.
banyak kali kite bile tengok cerita,bila baca cerite,bila tengok gambar,bile tengok gelagat orang,bila dengar sesuatu,ada time2 kita nangis (hati kita,atau mata kita),dan setiap kali air mata kita jatuh,pernah tak kita terfikir,apakah nilai air mata yang setitis tu.
saya seorang 'major weeper'.sekarang baru saya terfikir tentang tu.
pernahkah anda?
pernahkah anda ketika anda menangis,anda tidak ingin hentikan tangisan tu?
Nabi bersabda 'anugerahilah kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu,sebelum tidak ditemuinya air mata'.
semoga tangisan kita berjaya mengubah diri kita,membuat kita tak tidur malam,membuat kita sentiasa berfikir,di samping memberi penawar kepada fizikal dan spiritual.
sebab tulisan saya yang berjela-jila ini lah saya takut untuk ber'blog'.saya takut prioriti saya berubah.takut tidak jujur dgn diri.tapi blog semacam anda mengikat balik prioriti saya.Semoga kedua-dua belah pihak penulis dan pembaca tetap atas landasan taqwa,itupun jika ada,biarlah walau sedikit.
- sukainah
> zikri yang perempuan
hanis...hanis..sampai titian sirat pun abang tetap mahram.
haa..tadehal, my pleasure.
>sukainah.
Allah.
sungguh.
sungguh.
Pengorbanan begitu, sungguh manis kan.
Ya kak.
air mata memang tinggi nilainya.
lebih-lebih lagi setelah lama ia tak berkunjung.
dan saat akhirnya 'terpaksa' melepaskan,dalam syukur, sungguh sayu, kerna entah bila ia kan tiba lagi.
...entah bila ia kan tiba lagi.
'saya takut prioriti saya berubah.takut tidak jujur dgn diri.'
cantik.
terima kasih singgah di sini. terima kasih menegur.
harap akak sudi datang (dan menegur) lagi.
taqwa.
Ilahi..La takilni 'ala nafsi
Ameen.
jumpa link ni,,dan tetiba ingat post ni,,maka nak kongsi;
http://www.youtube.com/watch?v=_ck6sGfDsYA
=>
> anon
alaaaaaaa
dah takde laa
Post a Comment