12 July 2011

Winter Break 2011 ( Part Two )

Setelah berbulan, baru nak menyambung Part One. DI SINI
Cebisan-cebisannya sebenarnya ada yang telah saya tuliskan. Yang ini kira ringkasanlah. Lama dah siap tulis. Hari ini baru menurunkan. Tiba-tiba teringat. ( Ok tipu. taklah tiba-tiba sangat. )



_____________________________________________________








Mengapa Kembara?

Tempoh hari, semasa kelas Anatomy, Dr Rashed Al Jomard menyebutkan,

"Everywhere you are, always ask yourself, 
'Why am I here?'

It is more honourable to leave 
if you cannot find the reason you are here."


Aha. terus teringat perbualan kami yang dimulakan semasa menunggu bas di Roma Termini.
Di hujung-hujung kembara itu, sambil 'terhuyung-hayang' kehilangan buku tulisan, saya bertanya kepada Shafiq, "Kenapa Tuhan suruh kita kembara?"

Diam.

Lalu kami melanjutkan soalan...
....dan terus kembali ditanyakan,

" Korang takde letak target ke sebelum mula kembara?"

"Ada. Ada. Mestilah ada set. Cuma dah hujung-hujung ni nak muhasabah la"

Blablablabla...

Jawapan yang saya paling tertarik ialah , 'untuk mengenal diri'.
Bukanlah tak pernah tahu, tapi, sungguh, kali ini terasa betapa benarnya.
Pertama kali saya kira, mengembara sejauh ini, selama ini, sepanjang hidup.

Kita keadaan mendesak, kita perlu memilih satu keputusan.
Dan dalam satu kembara panjang, kita seolah boleh melihat satu 'pattern' keputusan yang kita buat.

Lebih besar daripada itu saya kira, kita dapat melihat sikap sendiri, bila keluar dari zon selesa.
Kekuatan kelemahan diri.
Dan betapa sebagai teman sekembara, kita saling melengkapi.
Manusia tak sama, setiapnya istimewa. Dari itu terlihat indahnya kerjasama.

Dan tentulah, disebutkan dalam Al Quran,
Siru fil ardhi fanzhuru kaifa kana akibatul mukaddzibiin




Agar kita mengambil teladan atas kemusnahan, kejatuhan umat terdahulu apabila mendustakan ayat-ayat Tuhan.





23 hb. Al Cazar. Plazza Espana. Panjat La Giralda Tower.

Al Cazar di Sevilla. Dibuat pemerintah 'baru' sebagai cubaan menandingi Al Hambra. 
Indah tapi tidak asli. Terasa kurangnya.


Ditemukan dengan pencinta kucing, Cristina.
 Setelah penat memahamkan bahasa isyarat, rupanya dia boleh berbahasa Inggeris!



Plaza Espana. 



Menyayat hati. Penyerahan kota kepada Kristian.


Pandangan atas dari La Giralda, dahulunya sebuah masjid terbesar di Sevilla.












24 hb. Selepas subuh, ke Madrid. Ke taman. Malamnya, setelah longlai berjalan, kami dihadiahkan dengan kolam ais!


Tersentuh dengan ini. Amat.

Taman di Madrid. Lupa dah nama.

Pun lupa. Parlimen rasanya.

Simbol di Madrid. Di pekarangan ini, ada diletakkan 'titik' pusat bandar Madrid.

Paling excited dengan ini. Penat main baling-baling, pecah-pecah.








25 hb. Ke lapangan terbang Madrid. 'Patah balik' ke Milan Malpensa, Ferno, Itali. Ke Venice. Berpolitik dengan Aziz. Night walk with Minh.

Di airport. Solat dulu....


...lepas tu, kami lena selena-lenanya.

Perjalanan ke Venice

First sight of Venice.


26 hb. Piazza San Marco. Palazzo Ducale. Museums. Rialto Bridge.

Sadis di Palazzo Ducale.

Merpati putih yang gemuk  sihat.


Gondola!




27 hb. Museo Navale. Ke  Florence. Melompat ke Pisa.

Pagi akhir di Venice. Bendera diturunkan separuh.
 Entah berkabung kerana apa...

Naval Museum. 
Mempamerkan senjata perang Venice semasa keagungannya sebagai kuasa imperialis.

Malamnya tiba di Menara Pisa. Betul-betul senget woo!



28 hb. Arca 'David' di Galleria Academia. Santa Maria Novella. Shopping.



Cathedral.


Antara ukiran pada 'Gate Of Paradise' di San Giovanni Baptistery.
Menggambarkan Ratu Balqis dan Raja Sulaiman disatukan.
( Dalam Islam, kita dilarang 'merupakan' nabi-nabi kan )

Santa Maria Novella.


Teringat tulisan Kak Balqis. 
'Seni di mata kananku, vandalisme di mata kiriku.'
Kononya melambangkan cinta. Tulis nama, dan anak kuncinya dicampakkan dalam sungai.
Nak kata, 'terkunci mati' lah kot.

Mengharukan.
 Seorang pakcik berdiri sambil memerhati sungai, meneguk beer, 
bersarapan, berkongsi rezekinya,
memberikan potong-potong kecil roti kepada si burung. 
Si burung melayah pantas, sarapan percuma.


'Kami' shopping.


Gabrielle, anak kepada Sandro pemilik Hotel Etrusca. 
Hotel terbaik bagi saya sepanjang kembara kami.

Di Plaza Michaelangelo.


Pemandangan Florence.



Mesti Cheria!!
Jangan masam-masam.

Setelah berpenat-lelah mencari kedai halal.
'Kemenangan untuk orang-orang yang sabar.'


Part 3 sambung kemudianlah. Ada lagi enam hari.


__________________________________________________________




Antara lirik Balada Seorang Teman, M Nasir.

Sebutir pasir sebuah pantai,
Batu bata dari sebuah kota.
Cerminlah, cerminkanlah kejadian ini...


Cerminkanlah. Dirimu.
Hari-hari di atas dan lagu ini seolah sebati. Itulah yang bermain, yang dimainkan dalam fikiran.





7 comments:

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

salam. err, mintak sorry kalau tk ada kaitan dgn entri tp kan... nak tanya!

emm your escapade to spain-italy ni kan, rancang sendiri (the places nak pergi maksudnya) ataupun ada tour guide ye? transportation kat sana mcm mana? and ouh, budget? kalau tak keberatan nak cerita :)

lagi satu kan, agak-agak kalau saya pergi dengan kawan berdua je tanpa musyrif selamat tak...?

Unknown said...

'kami' shopping.

haha. setuju.

zikri said...

ooh.mood suria di cordoba kah?

~PENCHENTA~ said...

grr. seronoknyaa kome. :|

tepianmuara said...

nhmnrh,
wasalam. silakan.
kami berenam. dua orang syabab. tugas merancang dibahagikan bersama. sorang lebih kurang satu tempat. masing-masing kena buat homework dan jadi ketua kat tempat tu. ( macam cik kena buat proposal masa nak pi london, newcastle tuu)

cara ni sangat bes.

dari jordan ke spain ke italy naik flight. between state naik train.
budget average 1200 euro, full 3 weeks. kalau nak kurang boleh je, bawak periuk nasi. =). eh, serius.

oh, pergi berdua? saya sangat tak galakkan. carilah musyrif yang sanggup. ha. selamatlah!


hanis,
ay ya ya. malaslah, tunggu dia sampai cordoba baru tengok balik. hah.


Penchenta,

=)

Alhamdulillah.

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

jazakallah sangat sudi kongsi ye. err, moga dapatlah syabab yang sudi iring perjalanan kami nanti.

terima kasih sekali lagi. :)

tepianmuara said...

nhmnrh,
sama-sama kasih.

selamat bekerjasama lah ya.