Kerana kami menyangka akan ada lagi malam 30. Ramadhan satu hari lagi. Terpinga-pinga juga awalnya. Takbir sayup-sayup sahaja kedengaran, tidak dilaungkan berjemaah selepas maghrib seperti kebiasaan kita di tanah air.
Pagi itu saya pakai baju melayu putih kiriman mak dari tanah air. Kawan-kawan bergurau, raya kita 3 tahun belakang ini semua di tempat berbeza, Jordan, Malaysia, dan tahun ini, di Mekah. Usai solat raya (?), kami singgah di Felda. Sembang panjang 3 jam dengan pelajar Mara Mesir. Bayangkan betapa kejam kami, kupon makan Felda 70 riyal untuk seorang itu kami kongsi sampai lebih 7 orang! Dapatlah merasa sedikit sate, kuah kacang, kuih-muih. Nikmat akrab sembang itulah yang lebih terasa.
Istimewanya kami dapat melihat bagaimana pelbagai bangsa menyambut raya. Pakistan, Arab-arab pelbagai negara, Hindustan, Turki bersama anak-anak kecil comel mereka.
Hari seterusnya, memang sudah tiada suasana raya. Berjalan seperti biasa.
Malam tadi sampai ke rumah. Demam bertandang pula di akhir perjalanan. Buka peti ais. Jamah kuih raya yang juga mak kirimkan. Sayu juga. Terkenang mak ayah dan adik-adik.
Oh, perlu bersiap menyambut adik-adik baru. 'Adik' Emma, selamat datang ke Jordan! Selamatlah menikmati musim-musimnya, nanti akan kita lihat bagaimana benar-benar bumi hidup semula selepas musim sejuk. Tentu, selepas mengharung dengan tabah gigilnya musim sejuk itu!
Sekarang, untuk balas dendam, mahu turun ke dapur memasak rendang. Rendang belasan Syawal..jadilah..dari tiada. hah.
7 comments:
nama penuh adik 'Emma' siapa?
rasa nak komen.
wah,mcm seronok je beraya kat mekah.lagi seronok ye dpt puasa kt sana?
rezeki org di perantauan.
>anon,
tanya kat ym laaa. =)
nurhidayah,
alhamdulillah.
alhamdulillah.
hidayah pun nanti berpeluang juga, insyaAllah.
"pakai baju melayu putih kiriman mak dari tanah air"
patutlah!
anon,
oh?
selamatlah.
moga diterima amalan.
walau pun beraya ditempat berlainan... pengalaman yg berlainan gak kita perolehi... sekurang2 nya pengalaman tu amat bermakna kan... kan...
Cikgu Nur,
Pengalaman.
Tentu sekali.
Moga pengalaman itu menjadi penambah sebenar usia.
Post a Comment