21 September 2011

sesuatu yang kita tinggalkan untuk kita teruskan.

Granada, menanti muzium dibuka.

Kanak-kanak gembira bercempera.
Seorang dewasa masuk kerja.


_________________________



Setiapku membutir batu
pada masa lalu
gelombang beriak wajahmu.
hujung lingkarnya
alam kanak-kanak kita
tersenyum mesra.

( Akhir sebuah puisi panjang.)


______________________

sesuatu yang kita tinggalkan untuk kita teruskan.

mengenang sambil mengaduh;
 menyakitkan.
mengenang sambil mengeluh;
 melemahkan.

kenanglah sambil tersenyum;
memikirkan.

di celah jemari
terhimpun kemudi
sesuatu yang kita teruskan untuk kita tinggalkan.

3 comments:

~PENCHENTA~ said...

Walaupun aku tahu jawapannya, tapi nak tanya jugak. kau amik sastera Melayu ke?

Anonymous said...

dia tak pernah amik.

sebab tak perlu pun.

sastera itu, sudah lama mengalir dalam pembuluh darahnya, dan melayu itu jantungnya.

ia jadi, dengan izin Allah... kot.

kita tinggalkan, dan teruskan :)

tepianmuara said...

Penchenta,
walaupun kau dah tau, aku nak jawab jugak. tak, secara formal.

tapi sentiasa mahu belajar.





Syazwan,
wah, wah.

haha.

kita teruskan. kita tinggalkan dengan senyuman, insyaAllah.