30 December 2011

Ilmu dan Peperiksaan




Dari syair Imam Syafie,

Aku mengadu kepada Waqi', 'hafalanku lemah'
Dia menasihatkanku untuk meninggalkan maksiat, lalu memberitahuku,
"Sesungguhnya ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat."



Boleh start tulis macam ni kat depan lecture notes. hah.

29 December 2011

Drained. Wishlist.


1)   Mak abah dan adik-adik.



Mak sedang sibuk menanda kertas Sastera Melayu STPM.
Penat tentu penat, dahlah sekolah dah nak bukak, dengan mesyuarat pentadbir, blablabla.
I wonder how she handles them all.
Ok, tipu. Tak 'wonder' sangat sebab sepanjang hidup ni, tengok mak, memang begitulah. =)



2 ) Budak kecik.
.
Having Zuhairah would be ideal.


 3 ) Mahu ke sana. Tawaf. Ziarah Nabi.
Perasaan dalam kapal terbang;
tak sabar, takut, terharu.



4 ) Abang Imran
Dia hanya perlu duduk sebelah saya,
 tak perlu kata apa-apa, dah terasa indahnya.



5) Sunset on plane
Magical.





6 ) Puente Romano
Alir airnya.
Deru bayunya.



7 ) Satu puisi. Ada siapa-siapa nak buatkan untuk saya? 



I

Terfikir.
Siapa antara kita yang benar-benar meluangkan masa berkenalan dengan hati sendiri?
Setelah berdekad hidup bersama, adakah kita benar-benar kenal?
Selama ini adakah kita memang tunduk dengan dia, atau kita mengharapkan dia tunduk pada kita?
Terbayang Jinchuuriki pula, dalam cerita manga Naruto.
Seperti Jinchuuriki, hati punya kuasa yang sangat kuat.

Kita perlu mengawalnya memenjara, menggunakan kuasanya saat perlu;
atau perlu bersahabat, bekerjasama dengannya?

Lagu bagaimana pula mengenal hati itu; cenderung pada kebaikan atau ...
Bagaimana pula perihal mendidiknya? Bagaimana mendidik 'sesuatu' tanpa sendiri punya apa-apa untuk diberi? Sedangkan untuk mendapatkan 'apa-apa' itu,  tentulah memerlukan hati.

Hati liar untuk dijinakkan.
Hati kotor untuk dibersihkan.
Hati keruh untuk dijernihkan.

ya, seperti susu yang mengalir di celah darah dan kotoran.

Mungkin langkah pertama yang benar-benar diperlukan ialah taubat.
atau sebenarnya meminta kekuatan dari Tuhan untuk itu. Doa.


II

Life and our endless crave of 'beauty'. Keindahan. 
Sentuhan keindahan pada hati, nyaman membelai. Tiba menyelinap halus membawa pergi resah dan gundah. Kadang lama ia diam menggugah kadang sebentar cuma ia singgah.
Semua orang mencari.
Namun, kelihatan berbeza caranya. Berbeza pula penemuannya.
Kadang saya terfikir, keindahan yang mana satukah paling diredhai Tuhan?
Atau ia bergantung pada hati yang merasakan? Makanan emosi, makanan rohani?
Bukankah semuanya kembali pada-Nya, lalu sejauhmana kita 'mengembalikannya'?


Pernah dulu saya menuliskan,

Kadang merenung alam,
jiwaku bertanya,
'mengapa aku sebegini cinta?'

Lalu terlintas,
bahawa,

Bulan memilih pencintanya.
Senja memilih pencintanya.
Bunga memilih pencintanya.
Hujan memilih pencintanya.

Dan manusia,
hanya membalas cinta.

Pabila rentetan pilihan itu tiba pada TUHAN,
aku...



diam lama




dan berdoa.






Semoga hati ini sentiasa belajar bersyukur, mengenal sedemikian indah ucapan 'Alhamdulillah'.




________________________

Finals. Exams.

Semoga menjadi minggu-minggu yang diberkati.
Sama-sama mendoakan ya kawan-kawan!

22 December 2011

Masa



Dalam gambar kami berdamai
aku tidak memaksanya berhenti
dia tidak memaksaku pergi.

19 December 2011

Alam terkembang jadikan guru.


"...it was a very convincing impersonation"




Amazing bird. Subhanallah.


Funny he has to imitate others to impress.

Irony when the question imposed on us humans;
are we much different?




_________________________

The rest is here.
http://www.youtube.com/watch?v=yPQjF7gAWQs

an hour well spent. =)

18 December 2011

Aiskrim




Saya jarang membeli aiskrim berpaket begini.
Selalunya hanya beli aiskrim kerpok 20 qursy perisa vanilla coklat di Syarik Jamiah.
Jadi, memang saya tak kenal nama-nama jenis-jenisnya lain.

Di satu tempat, hujung perjalanan,
" Haniff, tolong belikan aiskrim?"
"Boleh je. Yang macam mana? Jenama?"
"Beli jelah apa-apa. Kalau ada Magnum pun ok"

(camtulah lebih kurang. bukan saya ingat sangat)

Saya pun bergegas ke kedai itu. 
Meja kerusinya sudah disusun, hampir ditutup.
Ke kaunter, bertanya,

"Ada aiskrim tak?"
"Ada. Tengoklah"

Dia menghulurkan aiskrim dalam cup. 
Vanilla dengan strawberi 'lining'(?)
"Berapa harga?"
"X"
"Mahal", balas saya. "Ada yang lain tak?"
"Tiada"

Tiba-tiba ada kakitangan lain menegurnya. "Adalah, tinggal satu."
Dia 'korek-korek' dalam freezer tu, dan menghulurkan paket aiskrim pada saya.
Oh, aiskrim coklat...
Eh, Magnum??
(first time rasanya nampak jenama ni)
Eh, ada 6?

Saya tergelak (sambil tergamam..dahla tinggal satu..)
Sambil nakal terfikir, "Haa, ni semua boleh dapat niii"

Tak tahulah.
Kebetulan mungkin.
Mungkin dia dah terlihat Magnum itu di situ sebelum ini,
 tak pula saya bertanya.

Tapi.
Saat itu, saya tersenyum.
Perjalanan ini, sehingga sekecil-kecil perkara, seluruhnya terasa,
"Betapa Tuhan meraikan hamba-Nya."





17 December 2011

Beyond Hormones

1. Saya selalu membayangkan diri ini adalah sebuah alam yang sangat luas. Lengkap dengan bulan, bintang,planet, dan cakerawala. Lengkap dengan serba serbi rahsianya. Cuba bayangkan, bakteria dalam badan kita adalah sepuluh kali ganda bilangannya berbanding sel-sel badan. Bukankah setiapnya berjiwa, dan bernyawa?   Dan ini berkaitan bilangan terlalu banyak tak terkira.

2. Baru-baru ini (dan sedang) belajar tentang hormon. Pelbagai. Dikatakan dikawal oleh pituitary gland dikawal oleh hypothalamus.  Hormon, bersama dengan nervous system mengawal 'alam kita' dan tindak tanduknya. Sedar atau tidak sedar.

3. Hormon dihasilkan oleh glands dan organ tertentu kemudiannya dihantar ke lebuhraya darah untuk bergerak melewati seluruh bahagian tubuh. Bukankah disebutkan Nabi kita bahawa syaitan itu juga bergerak dalam lebuhraya darah kita. Dan kita dinasihatkan berpuasa untuk menyempitkan lorong lebuhraya itu. Lalu saya terfikir, mungkin syaitan itu menunggangi hormon untuk bergerak ke mana-mana. agak-agak ada tak apa-apa translocation kalau syaitan menunggangi hormon itu? Kalau tanya Dr Fayeq nanti, silap-silap dikatakan saya gila. haha.

4. Baiklah, bagaimana agaknya alam diri, semasa kita sedang mengerjakan kebaikan? Sedang membaca Al Quran? Sedang berzikir? Sedang menolong orang? Tentu ada alunan yang sangat indah, ketika alam dalam keadaan seimbang, ia redha kepada kita kerana memenuhi tujuan ia tercipta. Ya, seluruh alam itu, dengan bulan, bintang, dan cakerawala, microbes, cells, nerves, lymphs, dan lebuhraya darahnya.

5. Bayangkan semasa kita mengangkat takbiratul ihram, dalam solat berjemaah. Kemudian mengucapkan 'alhamdulillahi rabbil 'alamin. Kerana saya memikirkan alam yang pertama itu adalah diri, maka ia lah yang dirujuk. Kalau jemaah ada empat puluh orang, saya membayangkan empat puluh alam berserta segala isi dan rahsianya sedang mengakui Allahlah Tuhan mereka. Rabbil 'Alamin. Bayangkan pula kalau di Masjidilharam itu, berpuluh, malah ratusan ribu alam mengakui yang sama, serentak! Subhanallah.

6. Bagaimana pula kalau sedang melakukan maksiat. Tentu sebenarnya setiap komponen alam dalam diri itu memberontak. Berubah serta merta. Bintang enggan bercahaya, atau cahayanya bertukar rupa. Malap dan hiba. Lebuhraya kacau, traffic light tidak berfungsi, kenderaan bersimpang siur, menabrak sesama sendiri. Orbit pusingan planet lari daripada fitrahnya. Saya membayangkan hodoh sekali ketika itu. Dan kalau pula, seorang hamba bertaubat sepenuh hati, segala sistem kembali pulih semula. Ia kembali redha, dan melagukan muzik bahagia.

7. Bagaimana agaknya kalau dibandingkan alam-alam kita. Khabarnya di syurga nanti, antara setiap orang apabila melihat darjat orang lain yang lebih tinggi darinya, jauhnya seperti dia di dunia melihat bintang di angkasa. Saya membayangkan alam ahli Quran itu, yang sebati dengan Al Quran, berakhlak dengan Al Quran, tentu sangat indah bukan. Manakan tidak, kalam Tuhan menempati dunianya, menyerikan alamnya. Dalam semua ini, di mana letaknya darjat 'alam' kita agaknya?

8. Baru-baru ini, saya seolah membuat satu kesimpulan. Tak tahulah berapa lama 'renungan' ini bertahan; bahawa perjuangan hidup sebenarnya adalah perjuangan hati. Baik hati, baiklah seluruh alam kita. Lalu apakah sebenarnya hati itu? Saya pun tidak tahu menjawab. Cuma kita tahu, hati itu di dada, dan gagahnya ia bergantung kepada bagaimana hubungan dengan Yang Maha Esa. Seluruh hidup, adalah untuk mengharmonikan alam itu, dengan hati sebagai raja, yang tunduk sepenuhnya kepada Raja Segala raja. Perjuangan lain adalah lebih kecil berbanding dengannya, bahkan bisa sahaja berhasil kalau ini berhasil.

9. Pernah suatu ketika, tidak semena-mena, saya mengungkapkan pada seorang teman,
"Aku rasa antara kebahagiaan terbesar menjadi manusia ialah, kita boleh merasa bahagia melihat orang lain bahagia."
Sehabis sahaja ayat itu diluncurkan, saya sendiri terkejut, kerana seolahnya saya sendiri tidak tahu hulu ayatnya akan sebegitu. Lalu tentang 'rasa' dan segala misterinya, saya terfikir, kalau kita sedang mempunyai rasa yang sama dengan orang lain, itu bermakna alam kita sedang tersusun sama. Entah, saya rasa terlalu ajaib. Melihat aliran air, mendengar derunya. Dibelai bayu dan rasa kita pula membelainya. Melihat cahaya, dan merasa diteranginya. Alam di luar sedang bertanya. Alam di dalam sedang menafsir dan mencari jawabnya.



Dan di bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang yakin.
dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?

Surah Adz Zariyat. Saya rasa sangat amat terlalu ajaib kedua ayat ini digandingkan. Subhanallah!


10. Kak Nur menyebutkan, rakannya memberitahu, tulisan yang terbaik itu yang terus ditulis tanpa diedit-edit (atau begitulah seingat saya). Maka, inilah yang saya cuba untuk yang ini. Tetapi, hampir setiap kali saya menulis yang 'begini', hampir pasti selepasnya saya akan 'jatuh'. Sakit sekali. Saya hairan dan tertanya-tanya, adakah ini kerana niat saya sedari awal telah cacat dan terpesong? Atau ini adalah bisikan syaitan yang seolahnya selalu sahaja berhasil tika dan waktu begini? Ataukah peringatan dan teguran halus Tuhan untuk saya? Ataukah kesemuanya? Kadang serik. Takut juga. Kerna saya tidak tahu dengan sesungguhnya bagaimana alam saya ketika ini. Namun saya berharap alam saya sedang redha dengan saya, setelah pemilik sebenarnya jua redha.

11. Akhirnya, saya teruskan juga menulis ini untuk tatapan semua, dengan bersedia untuk jatuh. Bersedia (harapnya) untuk bangkit semula. Kerna mungkin anda juga pernah melewati jalan ini. Mungkin juga sebenarnya jalan ini menanti anda sedikit lagi di hadapan. Seramai manusia seramai itu peneroka. Maka itu saya menuliskan. Lalu, permintaan kecil saya, tolong doakan saya, jua kita semua seluruhnya, agar nanti bertemu Tuhan, memandang wajah-Nya dengan alam terindah kita.

16 December 2011

Masa dan Manusia

Rome



masa belum pernah lelah
menghantar manusia ke hentian seterusnya.

masa jua nantinya
yang akan mempersila,
'Ini rumah yang kita bina.
di sini
kau takkan lagi menemukanku.'

14 December 2011

Parit Jawa



I
Entri panjang. Membebel. Kalau tak nak bazir masa, scroll bawah baca kesimpulan je. hah.

Saya menonton kisah ini pagi Jumaat lepas, setelah diuar-uarkan oleh Moja dalam fb.
Pergh. Sangat menarik.

Hmm, tak tahu nak mula macam mana.

Latar cerita ini di Parit Jawa, Johor. Dan ya, masyarakat jawa.

Mungkin sedikit komen tentang cerita.

1. Skrip sangat mantap. Bagi saya, ini memang prasyarat pertama untuk meneruskan tontonan. Disusun sangat rapi. Lagi-lagi dengan watak Eman Manan dan Zaharil Adzim yang memang ber'aura' bila menuturkan baris-baris puitis.

2. Satu kelemahan yang sukar dielakkan mungkin, kefasihan watak dalam cerita berbahasa Jawa. Semua orang Jawa boleh mengesan rasanya yang mana satu 'ori', mana satu baru berlatih berhari-hari. Dialog berbisa bahasa jawa, bila dituturkan biasa-biasa, terasa kurang ummphnya. Terbaik tentulah Ruminah Sidek, yang memang sebenarnya orang jawa, menguasai sekali halus lenggok bahasanya.

3. Scene baca Yasin yang sangat real, memang macam di Tanjong Karang. Maksud saya, pakcik-pakcik berumur hampir setengah abad membaca yasin dengan loghat jawa bersisa. Nasi ambeng, tempe. Budaya-budaya jawa yang masih diamalkan hingga kini.

4. Scene paling menyentuh hati tentulah scene akhir, ketika Ruminah Sidek duduk di pokok, yang memberi 'tazkirah padu' buat anak-anaknya, seperti dalam sedutan video di atas. Seminggu saya ulang-ulang je scene ini. Sangat hidup. Lagi scene bes perbualan Zahiril dengan abangnya tentang burung botak di tepi pantai. Zahiril membawa diri ke pantai dengan pen dan kertas. 'Tipikal'. hah.


II

Menonton cerita ini terus teringat seisi keluarga di tanah air. Terutama mbah. Memang tersentap mendengar dialog Ruminah, 'adik-beradik janganlah gaduh'. Intonasi, perkataan, semuanya seolah 100% yang mbah pernah ucapkan untuk meleraikan.

Ahad tempoh hari, menelefon keluarga. Kebetulan mereka sedang 'berkelah' di Pantai Remis. Dapat bersembang sekaligus dengan Abah, Lek Zakaria, Mak, Lek Jaja, dan mbah.
(Lek Jaja sempat bikin kecur air liur memberitahu sedang menggoreng keropok malinjo)

Ni gambar-gambar kami, di tempat sama, pada bulan 6 lepas, ketika saya pulang.

Mak dan mbah. Permata hati.


adik Yaya; 'nak terjun ke tak nak'

semua pakat pujuk adik Yaya terjun. hah

Lepas adik Yaya, Zafran pula. Lagi penakut dia rupanya.

1, 2.... tak terjun-terjun juga..

last-last Khamim  yang tolak dia. hah


Tentulah tidak selamanya kita boleh menjadi kanak-kanak. Tidak selamanya kita akan tertawa. Kita akan mengenal hidup setelah hidup mengenal kita. Persimpangan jalan yang kita lalui dalam mencari arah masing-masing akan membuahkan pengalaman berbeza yang membentuk siapa kita. Semoga kita tak pernah lupa, lalu semoga kita diingatkan semula, 'kita berasal dari akar yang sama'. Sengketa bukan pilihan.

Jangan nanti ada yang mengucapkan begini kepada kita
"Angger la urip kie kenek diundurke, aku arek kue kabeh cilik silawase"

.....


"Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang muslim."

Semasa membaca ayat ini, saya sering terfikir mungkin sekali kebaikan pada hari ini adalah berkat doa atuk nenek kita. Menjadi tugas kita pula mengalirkannya terus.



III

Persoalan utama yang ditimbulkan dalam kisah ni, kesetiaan anak menunaikan amanah bapanya ( pendapat sayalah ).

Amanah secara spesifiknya, untuk menebus tanah.
Tanah memang mempunyai konotasi istimewa kepada orang Jawa, khususnya di Malaysia. ( Sebab saya tak tahu di Indonesia bagaimana. )

Sekadar cerita lisan dari ayah saya, orang Jawa yang datang berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu, banyak membuka penempatan baru. Bergotong royong menebas hutan, dan mendirikan kampung. Abah memberikan contoh, Tebuk Mufrad, Sabak Bernam. Setiap keluarga pula mempunyai sebuah kebun untuk dikerjakan. Kebun, ketika itu, seolah 'hidup-mati'; sebagai mata pencarian orang Jawa. Rajin memerah keringat, banyaklah hasilnya

Dulu, kalau balik hujung bulan dari asrama atas bukit, abah selalu mengajak ke kebun sawit.
Waktu itu, sawit baru ditanam, dan memerlukan penjagaan rapi. Tebas semak, meracun rumpai, racun tikus, racun kumbang, membaja ( urea dan tahi ayam ), memangkas, dan 'menyulam' sawit.
Ruang-ruang yang 'kosong' ditanam jagung, pisang, dan berjenis-jenis ubi.
Bila sawit berbuah sedikit, kami gunakan tajak untuk menuai hasil.
Memang saya tak rajin langsung pun, cadangnya balik rumah dua hari tu nak lena je, tapi lama-kelamaan datang sayang. Dah jauh-jauh ni terkenang-kenang pula kebun.

Ingat lagi kata abah,
"Berbudi pada tanah tak pernah rugi."

Abah dan kebun durian.
Tahun ni kali pertama menikmati hasil.


IV

Saya tuliskan di sini ayat-ayat yang menjadi pembuka dan penutup kisah ini, cukup berbaloi untuk kita halusrenungkan.

Di awal cerita,

Petunjuk memancar kebenaran
antara maruah dan masyhur,
redha dan takabbur,
simpati dan luhur.
Mohonlah pada yang Satu
bukan untuk diriku,
tetapi agar yang menang akhirnya ialah kebenaran jua.
Sesungguhnya di sini kita berdiri
Allah Maha Mengetahui.




Di akhir cerita,


pulangkan kasih pada saudara
pulangkan cinta pada ibunda
pulangkan sirih pada gagangnya
pulangkan pamur pada kerisnya
pulangkan mahkota pada takhtanya.


Saya berharap karya-karya sebegini akan terus dihasilkan oleh Astro. Moga kemajuan Malaysia seiring dengan kemajuan nilainya. Moga kemajuan Malaysia bukan dengan meninggalkan warisan.

____________________________

Nota 1. Rasa nak terus practise Jawa dengan Ustaz Salihin.
Nota 2. Terfikir pulak tiba-tiba, study medik dengan berkebun sawit mana lagi penat eh? haha
Nota 3. Terlupa tanya mak, kat mana uri kami ditanam. Rasanya mak dah pernah bagitau, tapi lupa.
Nota 3. Apa khabar orang Jawa seJordan? ha


11 December 2011

Karak


Opps, gambar sesat. haha
Di Kubu Karak.


Meneman Piqa dan Fara ke Mu'tah.
Memerhati, diperhati.

Jalan jauh.
Mu'tah sejuk.

Ziarah maqam sahabat.

Itu jelah ingat.





10 December 2011

Gerha(Na V)

 dari sini


Khabar gerhana.
seperti selalu, Na
sehelai kertas sebatang pen
sebuah hati penuh
kubawa ke sutuh.

malam gelita
bintang semerbak cahaya

Bulan setentang menghilang perlahan.
Bumi cemas, tangis ia teriak
'Bulanku! Bulanku!'

Bumi bertanya hiba,
'Mentari, kauapakan bulanku?
Biarkan ia gembira
biarkan ia purnama
aku ingin menatapnya.'

Mentari lebih purba
lebih bijaksana.
' Lihatlah dirimu,
lantas kaulah
menghalang cahayaku.'

Bumi tunduk mahu
sekalian bintang menggumam diam,
'Sedari dulu, begitulah berulang
 setiapnya, bumi mudah lupa.'

mentari bulan dan bumi
siapalah mereka tanpa cahaya.
siapalah cahaya tanpa Tuhannya.

Bumi melangkah meninggalkan
Bulan semula dengan cahaya.


Ajaib malam ini
ku berpatah pulang
kertas masih kosong
hati masih penuh.

seperti selalu, Na
kau memilih jalan tak tersangka
untuk bersuara.


__________________________

i ) Ni lah bahana tak pergi solat sunat gerhana. Merapu.

ii ) Saya tak hadir mesyuarat hari ni sebab nak lihat gerhana. Seteguh karang segagah konkrit tak jawapan ni? haha

iii) Tulisan atas ini tiada kesinambungan. Celaru tidak mesra. Seperti saya tika ini. (lantaran itu saya tiada daya mengubahnya.)

iv ) Subhanallah. Gerhana adalah dari jutaan kekuasaan, kebesaran Tuhan. Taqwalah yang sebenar harus pertama dipesankan.

v )Tersentuh dengan ayat surah An Nisa' ini,
So how [will it be] when We bring from every nation a witness and we bring you, [O Muhammad] against these [people] as a witness?

Membayangkan bagaimana agaknya perasaan Nabi kita tatkala  menerima wahyu yang ini dan membacanya...Bagaimana agaknya jika ayat ini ditujukan kepada kita..

Membayangkan bagaimana pula gerhana tadi menyaksikan kita, dan bagaimana jika ia dipanggil menyebutkan persaksiannya. (untuk kita, terhadap kita)



09 December 2011

Khabar

Seminggu sudah arwah Illham pergi ( dari kita ).
Seminggu sudah arwah Illham pulang ( pada asalnya ).
Bagaimana ya khabarnya?
Bagaimana pula khabar kita?

Al Fatihah

kerana diingatkan
sungguh adalah anugerah.

02 December 2011

Dedikasi buat bakal pesakit-pesakit kami


Malam ketiga OTD (Open Table Discussion).
Kali ni dari jam 7 malam hingga 1 30 pagi.



no acid no ulcer.
(alaaa, macam 'no woman no cry' laaa) 

Selang rehat, bantai roti canai Puskom.


caught in action

Haaa, beginilah kami study arteries, veins, lymphatics, nerves of GIT.
All in one. hah

Medan selepas berjuang.

Ok, masa untuk lena.
Selamat malam (pagi).


err, dedikasi (?)

________________________________

Doa untuk Ilham Elani. Moga perjuangan kami diteruskan bersama. 

( Al Fatihah buat Ilham Ellani yang meninggalkan kita jam 3 20 petang tadi. Moga beliau ditempatkan bersama ruh orang-orang soleh. Hingga bertemu lagi, Lan. )