1) Mak abah dan adik-adik.
Mak sedang sibuk menanda kertas Sastera Melayu STPM.
Penat tentu penat, dahlah sekolah dah nak bukak, dengan mesyuarat pentadbir, blablabla.
I wonder how she handles them all.
Ok, tipu. Tak 'wonder' sangat sebab sepanjang hidup ni, tengok mak, memang begitulah. =)
2 ) Budak kecik.
Having Zuhairah would be ideal.
3 ) Mahu ke sana. Tawaf. Ziarah Nabi.
Perasaan dalam kapal terbang;
tak sabar, takut, terharu.
4 ) Abang Imran
Dia hanya perlu duduk sebelah saya,
tak perlu kata apa-apa, dah terasa indahnya.
5) Sunset on plane
Magical.
6 ) Puente Romano
Alir airnya.
Deru bayunya.
7 ) Satu puisi. Ada siapa-siapa nak buatkan untuk saya?
I
Terfikir.
Siapa antara kita yang benar-benar meluangkan masa berkenalan dengan hati sendiri?
Setelah berdekad hidup bersama, adakah kita benar-benar kenal?
Selama ini adakah kita memang tunduk dengan dia, atau kita mengharapkan dia tunduk pada kita?
Terbayang Jinchuuriki pula, dalam cerita manga Naruto.
Seperti Jinchuuriki, hati punya kuasa yang sangat kuat.
Kita perlu mengawalnya memenjara, menggunakan kuasanya saat perlu;
atau perlu bersahabat, bekerjasama dengannya?
Lagu bagaimana pula mengenal hati itu; cenderung pada kebaikan atau ...
Bagaimana pula perihal mendidiknya? Bagaimana mendidik 'sesuatu' tanpa sendiri punya apa-apa untuk diberi? Sedangkan untuk mendapatkan 'apa-apa' itu, tentulah memerlukan hati.
Hati liar untuk dijinakkan.
Hati kotor untuk dibersihkan.
Hati keruh untuk dijernihkan.
ya, seperti susu yang mengalir di celah darah dan kotoran.
Mungkin langkah pertama yang benar-benar diperlukan ialah taubat.
atau sebenarnya meminta kekuatan dari Tuhan untuk itu. Doa.
II

Life and our endless crave of 'beauty'. Keindahan.
Sentuhan keindahan pada hati, nyaman membelai. Tiba menyelinap halus membawa pergi resah dan gundah. Kadang lama ia diam menggugah kadang sebentar cuma ia singgah.
Semua orang mencari.
Namun, kelihatan berbeza caranya. Berbeza pula penemuannya.
Kadang saya terfikir, keindahan yang mana satukah paling diredhai Tuhan?
Atau ia bergantung pada hati yang merasakan? Makanan emosi, makanan rohani?
Bukankah semuanya kembali pada-Nya, lalu sejauhmana kita 'mengembalikannya'?
Pernah dulu saya menuliskan,
Kadang merenung alam,
jiwaku bertanya,
'mengapa aku sebegini cinta?'
Lalu terlintas,
bahawa,
Bulan memilih pencintanya.
Senja memilih pencintanya.
Bunga memilih pencintanya.
Hujan memilih pencintanya.
Dan manusia,
hanya membalas cinta.
Pabila rentetan pilihan itu tiba pada TUHAN,
aku...
diam lama

Semoga hati ini sentiasa belajar bersyukur, mengenal sedemikian indah ucapan 'Alhamdulillah'.
________________________
Finals. Exams.
Semoga menjadi minggu-minggu yang diberkati.
Sama-sama mendoakan ya kawan-kawan!
8 comments:
salam jumaat, Anip. :)
ayat ko x pnh failed pujuk hati aku yg tgh 'merajuk'
tQ~ =]
mak aku tanya, dar baraka apa cerita.
lepastu aku baca jasad dar baraka disini.
kena perbincangan serius demi masa depan nih. keh3
ehem.
kakak tiri pun tanya dar baraka macam mana...
takpe, Allah mudahkan.
haniff,
apa yang tak terluah dalam komen ni,
lebih indah disimpan sendiri. cuma mahu ucap: terima kasih kerana menulis lagi.
mahu puisi?
bayangkan seorang yang setiap tulisannya terilham dari tuhan lewat kamu? duhai!
hee.
>_<
Kak Arina,
salam Sabtu kak.
=)
Qus,
Malangnya aku tak dapat pujuk diri sendiri. haha.
hazen,
kita kena masak lagi la rasanya.
tanak tanya kak arina? ataupun kak yang kau baru jumpa tu? ah, tak ingat nama dia. haha
lagipun, kita kan akan keluar sekali lagi ni, insyaAllah.
masa depan cerah, mudah-mudahan.
BBQ esok kat tepi bukit tengok sunset jom?
>anon
oh, terilham dari saya?
ok takut. haha.
juga terima kasih masih menulis. range pembacaan saya tak besar pun. jadi, apa yang dibaca juga menentukan apa yang saya tulis.
ya, tuan jugalah antaranya.
ha.
hati hati mengajar hati~
berkenalan dengan hati?
aah eh. tetiba macam tersedar selama ni pun sebenarnya takde kenal sangat hati sendiri. isk3.
hanis,
yup! u too dear.
Kak Ainul,
uhuks.
terfikir juga, agak-agak selama ni dia 'puas hati' tak duk dalam kita?
hah
Post a Comment