10 December 2011

Gerha(Na V)

 dari sini


Khabar gerhana.
seperti selalu, Na
sehelai kertas sebatang pen
sebuah hati penuh
kubawa ke sutuh.

malam gelita
bintang semerbak cahaya

Bulan setentang menghilang perlahan.
Bumi cemas, tangis ia teriak
'Bulanku! Bulanku!'

Bumi bertanya hiba,
'Mentari, kauapakan bulanku?
Biarkan ia gembira
biarkan ia purnama
aku ingin menatapnya.'

Mentari lebih purba
lebih bijaksana.
' Lihatlah dirimu,
lantas kaulah
menghalang cahayaku.'

Bumi tunduk mahu
sekalian bintang menggumam diam,
'Sedari dulu, begitulah berulang
 setiapnya, bumi mudah lupa.'

mentari bulan dan bumi
siapalah mereka tanpa cahaya.
siapalah cahaya tanpa Tuhannya.

Bumi melangkah meninggalkan
Bulan semula dengan cahaya.


Ajaib malam ini
ku berpatah pulang
kertas masih kosong
hati masih penuh.

seperti selalu, Na
kau memilih jalan tak tersangka
untuk bersuara.


__________________________

i ) Ni lah bahana tak pergi solat sunat gerhana. Merapu.

ii ) Saya tak hadir mesyuarat hari ni sebab nak lihat gerhana. Seteguh karang segagah konkrit tak jawapan ni? haha

iii) Tulisan atas ini tiada kesinambungan. Celaru tidak mesra. Seperti saya tika ini. (lantaran itu saya tiada daya mengubahnya.)

iv ) Subhanallah. Gerhana adalah dari jutaan kekuasaan, kebesaran Tuhan. Taqwalah yang sebenar harus pertama dipesankan.

v )Tersentuh dengan ayat surah An Nisa' ini,
So how [will it be] when We bring from every nation a witness and we bring you, [O Muhammad] against these [people] as a witness?

Membayangkan bagaimana agaknya perasaan Nabi kita tatkala  menerima wahyu yang ini dan membacanya...Bagaimana agaknya jika ayat ini ditujukan kepada kita..

Membayangkan bagaimana pula gerhana tadi menyaksikan kita, dan bagaimana jika ia dipanggil menyebutkan persaksiannya. (untuk kita, terhadap kita)



5 comments:

Raihana Nazri said...

Sambil berjalan dengan Kakashi.

"Pasti ada yang bermadah malam ini, tentang bulan.." - ingat-ingat lupa..

Hah!

Aishah Nur Hakim said...

beruntunglah,
yang hatinya penuh,
hatinya patuh.



tak terlihat cerah bulan dengan awan yang mendung, ya kan haniff?



semoga takkan pernah berbagi sayang kamu.
pada bulan, bintang, atau tulip kuning!



.

Aishah Nur Hakim said...

alaaaa.lupa nak anon.

hah.

Anonymous said...

Na stand for?

tepianmuara said...

raihana,

haaa.
kakashi memang...(?)


Kak Aishah,

takpelah, awan pun dah cukup indah.
(cubaan untuk tidak menjawab 'ya')

ayat akhir tu tak faham. bagaimana mungkin sayang tak terbahagikan?

kalau tenggelamkan semua dalam sayang boleh? nanti xdelah sape claim,
'aku dapat sayang lebih!'

ok. merepek. abaikan.


> anon

Na could stand for you.
kerna 'aku' tak mesti saya.