29 January 2012

1000 bulan

Bracing for Swiss.


Baru terbaca kelmarin, dalam tulisan Buya HAMKA, katanya, malam lailatul qadar itu boleh sahaja berlaku sepanjang tahun, bukan hanya terhad di bulan Ramadhan. Atau setepatnya, perlu saya katakan, equivalent 'malam yang lebih baik dari 1000 bulan'.

Terkadang ratus tahun boleh berlangsung tanpa peristiwa penting, tanpa mengubah jalan sejarah secara major, tapi lihatlah peristiwa penurunan Al Quran yang dilambangkan dengan awal Surah Al Alaq satu hingga lima itu, betapa banyak sejarah dunia berubah. Dengan rahmat Tuhan.

Terselit di mana Lailatul Qadar kita?

Jika Fudhail Ayyadh mendapatnya tatkala mendengar bacaan;


“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman,
untuk menundukkan hati mereka mengingat Allâh Ta'âla
dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka)?,
dan janganlah mereka seperti orang-orang yang
sebelumnya telah diturunkan al-kitab kepadanya"
(Qs al-Hadîd/57:16)


Life changing experience.

Dalam kembara, ini antaranya yang saya cari. Meski sebenarnya, bukan mandatori pengembaraan fizikal.

__________________________________

'Chance favours only prepared mind.'  Louis Pasteur



 To know where the road lead us, we have to first have the gut to take the first step.
Our whole life is a journey of knowing ourselves. 
So start your journey now.
Or to be more accurate, start realising you ARE in a journey right now, 
for that's when your journey really begin.

_________________

Carilah malam seribu bulanmu. Carilah. Senyum.

25 January 2012

Jalan-jalan Budak Sekolah

 I
"Masa muda ni lah nak jalan tengok dunia, dah kahwin nanti tengok anak.."
ujar Mahdi Ibrahim dengan yakin.

Kami angguk tanda setuju.


II
Tadi siang kami ke Parque de la Ciencias.
Masuk ke satu ruang pameran, kami tiba-tiba ditahan petugas bersut kuning.
Ya, berbahasa Spanish.
Dia 'bertanya', "Mana cikgu kamu?"
"Kami tiada cikgu. Kami sahaja berenam."

Dia buat muka-pelik-'manamungkin'.



Ketua trip kami, Luqman yang sentiasa concern (dengan akhawat Irbid yang ditemui).

 Rahman oppa. Penasihat agama. hah

Cuib Jun 'Pollo'. Jurupandu arah. Pembantu utama Luqman.

Basyir. Biro Persegaran. Juga sering terlibat dalam rundingan perdamaian.


Sadis. Biro Fotografi dan Puisi.



Haniff. Benda-hari dan his-stori.


Esok insyaAllah ke Cordova. 
Harap Puente Romano boleh menanti dengan sabar reunion kami. hah


Moga kembara ini berkembar dengan berkat dan rahmat.
Amin.

21 January 2012

Senyum II

"Ya, saya tidak mahu menjadi seorang doktor.
Juga saya tidak mahu menjadi seorang penulis.
Tetapi saya mahu menjadi seorang doktor yang menulis,
juga penulis yang merawat. Memang cabaran masa depan tidak
dapat saya duga, tatapi, moganya, tekad ini akan dikabulkan."

Fahd Razy,
Kumpulan Puisi Menggeledah Nurani.




__________________________________

Saya pergi ini mencari
penawar luka sendiri.

Spain-Paris-Swiss-UK

Doakan ya kawan-kawan.

(Tulisan Madinah ke Madinah itu tidak lengkap. Lama saya peram, tidak mampu saya sudahkan. Mahu adalah mampu pertama. Hmm. Lalu saya putuskan untuk letakkan jua di blog. Mudah-mudahan akan dapat saya lengkapkan kemudian.)

Senyum I


carilah hingga ke mana
takkan sama senyum keluarga.

=)


Terima kasih Lek Jaja sekeluarga.


Medina Az Zahra ke Madinah Al Munawwarah

Sudah setahun rupanya berlalu dari tarikh itu. Malam 15 haribulan, seusai exam sebelah paginya, kami mula bertolak keluar dari Irbid. Bulan hampir penuh mengiringi di kanan jalan. Jelas terang. Jasad kami dibawa kapal terbang dan tren 'melompat' ke Cairo, Barca, Madrid, Milan Malpensa, Naples. Hati kami (saya) terkadang lebih degil, ingin menetap lebih lama setelah jasad kami meninggalkan tempat itu.

Setahun yang panjang sebenarnya.
Sedikit sebanyak melelahkan.
Sedikit menjatuhkan.
Sebanyak mematangkan.

Saya jarang dan kurang meraikan tahun-tahun baru, tapi saya setuju kita harus memilih sempadan-sempadan tertentu untuk memuhasabah diri. Lebih kerap lebih baik tentunya. Here goes mine, saya tulis apa yang saya mahu kalian baca. Ya, dalam banyak keadaan penulis jarang jujur sepenuh, dan pada saya, tidak perlu sebenarnya, kerana sentiasa akan ada yang membaca, melihat di sebalik bayang tulisan. Between the lines. Cuma, penulis tidak boleh berkhianat menipu dan menulis melebihi takah dirinya sendiri. Begitu saya percaya.
Again, here goes mine.


1) Kembara Spain Itali.
Banyak yang telah tertulis. Penanya bukan satu. Namun, banyak juga yang belum; samada akan atau takkan ditulis. Maybe you should let it remains as it is.

Kembara 3 minggu penuh warna warni.
Melihat kota tamadun dunia. Granada, Cordova, Florence, Rome.

Manusia dan pelbagai ragamnya. Sejarah kemanusiaan yang mengalir, kadang pantas alirnya menghakis, kadang sunyi diam di pelusuk tak terjejak. Di setiapnya, Tuhan meninggalkan tanda-tanda. Buat sesiapa untuk  melihat, mendengar, dan menafsir. Buat 'sesiapa' yang telah Dia tentukan.

Melawat Naples. Begitu sunyi dan ngeri.





2 ) Belajar sistem.
HLS, RS, CVS, MSS, GIT, ES.
Saya tak pernah tahu cara studi terbaik. Dulu sejak sekolah, studi selalu baring atas katil, bantal mengalas kepala, letak buku, baca jelah. Masa exam tulis apa yang ingat. Rupanya di peringkat ini cara demikian tak berkesan lagi. haha. And it took me years to find out that!

Sekarang harapnya dah jumpa. Cuba lagi nanti 2nd sem. Kalau silap juga, teruskan mencari! heh

Marvel at human body, its creation.


3) Fiqh Medik
haha. tak berani tulis pasal ni. Cuma nak kredit kawan-kawan kerja yang sangat bes dan macho. Banyak dapat belajar daripada mereka. Balas senyum (tiba-tiba).


4) Cuti balik Malaysia.
" Abang, abang dah berjaya kali ni", ujar mak ketika kami baring-baring, mak baru pulang dari sekolah, saya baru menyidai kain, cuaca panas, dan saya mengambil ketul-ketul ais untuk diletakkan atas kepala. Habis basah-basah.

"Berjaya mende?" saya tanya mak semula.

"Kali ni abang balik, abang berjaya untuk tak buat pun satu kali usrah. Lepas subuh ke lepas maghrib ke..."
Kami sama-sama gelak. Tapi saya tahu dalam gelak kami ada luka sebenarnya. Maaflah mak, abang pulang kali ini juga terluka, cacat tanpa upaya tersisa untuk merawat. Lebih sakit, tak bersedia pula untuk dirawat.

Selain berjaya mendapat cium mak di ubun-ubun saya sebelum bertolak pergi di lapangan terbang, saya kira cuti saya di Malaysia tempoh hari adalah masa-masa yang gagal saya manfaatkan.


5) Cuti Umrah Mekah Ziarah Madinah
Kunjungan kali ketiga.

Jujurnya, ada tika-tika dalam kunjungan kali ini, saya lost.
Setiapnya, saya harus bermula semula.
Menggali semula, merancang saliran, menyiapkan benih.
Agar tika hujan yang saya pohon akhirnya tiba, saya sudah bersedia bercucuk tanam semula di tanih yang lebih subur. Biarlah berkali ribut datang, lalang menyerang, moga setiapnya Tuhan membantu saya untuk 'bermula semula', tanpa putus asa.

___________________________________________

Dalam menulis novel, ada pengarang memilih teori
latar = plot = perwatakan.

Saya lantas memikirkan 'novel' kehidupan saya. Tentunya Pengarang novel kita Maha Bijaksana mengatasi pengarang novel manusia. Dan tentunya Dia tidak tertakluk kepada mana-mana teori.

Namun, mungkin harus kita fikirkan sejenak, apa yang sebenarnya yang kita pelajari dari seluruh latar hidup kita?

Masa memenjara kita dalam hidup.
Hidup memberi kita kebebasan melangkaui ruang.

Medina Az Zahra, letaknya di Cordova, suatu ketika ibu kota Andalusia yang makmur. Di mana rakyat tiga agama samawi bernaung, memacu segala bentuk kemajuan segala bidang yang terbayangkan oleh manusia sezaman itu. Bidang matematik, falsafah, perubatan, dan kesusasteraan. Ribuan buku dihasilkan. Ribuan madrasah ilmu. Zaman keemasan Islam, kata sesetengah sejarawan.

Medina Az Zahra menjadi simbol kemakmuran. Adanya jalan benderang pada waktu malam, yang pertama di Eropah ketika itu, seolah petanda, dari Islamlah cahaya akan tiba menerangi Eropah semula.

Madinah Al Munawwarah, kota pertama kerajaan Islam. Kota ketibaan Rasulullah saw dan Muhajirin disambut meriah riang gembira oleh Ansar penduduk Madinah. Muhajirin Ansar dipersaudarakan. Dari mereka benih benih Islam berkembang. Cinta sungguh baginda pada Ansar, sehingga ketika terjadinya peristiwa mengharukan di penghujung Perang Hunain, semasa harta rampasan perang diperselisihkan, Rasulullah mengatakan,

 Apakah kalian tidak rela dengan berangkatnya orang-orang dengan mendapatkan unta dan kambing , sementara kalian kembali ke tempat kalian bersama Rasulullah saw? Maka Demi jiwa Muhammad saw. Yang berada di genggaman-Nya, seandainya bukan karena Hijrah maka saya adalah termasuk orang Anshar, seandainya seseorang berjalan dalam sebuah perjalanan dan orang-orang anshar memilih jalan yang lain maka aku akan mengikuti jalan anshar, ya Allah rahmatilah orang-orang Anshar, anak-anak anshar dan cucu-cucu kaum anshar!

Dari jalan jauh Medina Az Zahra ke Madinah Al Munawwarah, saya mencari diri saya. Ke mana haluan harus dibawa.


وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ
Setiap hari adalah tahun baru. Hari untuk kita pulang semula ke tanah makmur iman kita, Madinah yang bercahaya. Saya pasti, akan ada Ansar yang akan membantu.


________________________________

Saya ini jiwa kecil yang mengaku cinta. Cinta di tempat kecil mudah disingkir haloba, hasad, dan benci.
Semua kita mahu berjiwa besar; diisikan penuh cinta, hingga jika tiba haloba, hasad, dan benci, cinta upaya mengusir.

Cuma selalu saya lupa; cinta punya saudara;
pengorbanan namanya.

13 January 2012

melepas pulang


kita memilihnya tanpa lambaian

12 January 2012

20 minit

Saya manfaatkan masa 20 minit exam tadi untuk memerhatikan pattern soalan dan merancang strategi belajar GIT summer break nanti.
haha.

Provided nothing catastrophic happen to my CNS, and UGS, insyaAllah.

lalala.

Sekarang saya serahkan baton exam untuk buahhatibuahhati Mesir. Serius rindu ( Chef ) Cha ar.
Selamatlah kalian!


(cuba teka emosi-emosi dalam entri ni. hah)

08 January 2012

Suatu Masa

Suatu masa, di musolla tahfiz, jam dua tiga pagi. Dingin sekali.
Selimut ditebar buat alas. Sobah dipasang buat pemanas.
Teh kurang manis buat peneman bicara.

Di tengah sembang panjang (dan hampir kencang), setelah tiba di negeri-negeri atas angin dan negeri timur di tanah air, dia membuat satu 'kenyataan',

" Kalau pisah-pisah takde jodoh ni biasa perempuan yang sedih terasa lama-lama."

Dia tatap wajah saya, kemudian menyambung,
"Lelaki biasanya ok je."

Jeda.
Saya pandang mukanya, lihat matanya.

Awkward seawkward-awkwardnya.

bibit-bibit terkeluar sedikit-sedikit,
dan serentak berubah, berdebur tawa!

hahahahaha...


Malam terus berlalu.
Tidak pelik esoknya kami hanya hantar satu muka. haha

_________________________________________



Juga, entri ini seharusnya tak difahami.
Juga sperti biasa, terjumpa dalam lecture note.
pergh, terasa lecture note adalah diari pula. hah.

Chong Wei Menang!







Fuhhh.

Mula-mula tengok macam Chong wei nak tak nak je main. 
Rashid Sidek ngan Teh Seu Bock pun gaya dah ready to accept yet another defeat.

Mata-mata yang Chong Wei dapat diiringi sorakan berdesibel tinggi
 peminat-peminat (pelajar-pelajar rasanya) Malaysia.

Dah masuk set ketiga, saya sekali join menjerit. haha.

Tahniah la Chong Wei.
Happy satu hari.




07 January 2012

Tuhan Sembilan Senti tulisan Taufiq Ismail


Tuhan Sembilan Senti

Indonesia adalah sorga luar biasa ramah bagi perokok, tapi tempat siksa tak tertahankan bagi orang yang tak merokok.
Di sawah petani merokok,
di pabrik pekerja merokok,
di kantor pegawai merokok,
di kabinet menteri merokok,
di reses parlemen anggota DPR merokok,
di Mahkamah Agung yang bergaun toga merokok,
hansip-bintara-perwira nongkrong merokok,
di perkebunan pemetik buah kopi merokok,
di perahu nelayan penjaring ikan merokok,
di pabrik petasan pemilik modalnya merokok,
di pekuburan sebelum masuk kubur orang merokok.
Indonesia adalah semacam firdaus-jannatu-na’im sangat ramah bagi perokok, tapi tempat siksa kubur hidup-hidup bagi orang yang tak merokok.
Di balik pagar SMU murid-murid mencuri-curi merokok,
di ruang kepala sekolah…ada guru merokok,
di kampus mahasiswa merokok,
di ruang kuliah dosen merokok,
di rapat POMG orang tua murid merokok,
di perpustakaan kecamatan ada siswa bertanya apakah ada buku tuntunan cara merokok.
Di angkot Kijang penumpang merokok,
di bis kota sumpek yang berdiri yang duduk orang bertanding merokok,
di loket penjualan karcis orang merokok,
di kereta api penuh sesak orang festival merokok,
di kapal penyeberangan antar pulau penumpang merokok,
di andong Yogya kusirnya merokok,
sampai kabarnya kuda andong minta diajari pula merokok.
Negeri kita ini sungguh nirwana kayangan para dewa-dewa bagi perokok, tapi tempat cobaan sangat berat bagi orang yang tak merokok.
Rokok telah menjadi dewa, berhala, tuhan baru, diam-diam menguasai kita.
Di pasar orang merokok,
di warung Tegal pengunjung merokok,
di restoran, di toko buku orang merokok,
di kafe di diskotik para pengunjung merokok.
Bercakap-cakap kita jarak setengah meter tak tertahankan asap rokok,
bayangkan isteri-isteri yang bertahun-tahun menderita di kamar tidur
ketika melayani para suami yang bau mulut dan hidungnya mirip asbak rokok.
Duduk kita di tepi tempat tidur ketika dua orang bergumul saling menularkan HIV-AIDS sesamanya, tapi kita tidak ketularan penyakitnya. Duduk kita disebelah orang yang dengan cueknya mengepulkan asap rokok di kantor atau di stop-an bus, kita ketularan penyakitnya. Nikotin lebih jahat penularannya ketimbang HIV-AIDS.
Indonesia adalah sorga kultur pengembangbiakan nikotin paling subur di dunia, dan kita yang tak langsung menghirup sekali pun asap tembakau itu, bisa ketularan kena.
Di puskesmas pedesaan orang kampung merokok,
di apotik yang antri obat merokok,
di panti pijat tamu-tamu disilahkan merokok,
di ruang tunggu dokter pasien merokok,
dan ada juga dokter-dokter merokok.
Istirahat main tenis orang merokok,
di pinggir lapangan voli orang merokok,
menyandang raket badminton orang merokok,
pemain bola PSSI sembunyi-sembunyi merokok,
panitia pertandingan balap mobil, pertandingan bulutangkis, turnamen sepakbola mengemisngemis mencium kaki sponsor perusahaan rokok.
Di kamar kecil 12 meter kubik, sambil ‘ek-’ek orang goblok merokok,
di dalam lift gedung 15 tingkat dengan tak acuh orang goblok merokok,
di ruang sidang ber-AC penuh, dengan cueknya, pakai dasi, orang-orang goblok merokok.
Indonesia adalah semacam firdaus-jannatu-na’im sangat ramah bagi orang perokok, tapi tempat siksa kubur hidup-hidup bagi orang yang tak merokok.
Rokok telah menjadi dewa, berhala, tuhan baru, diam-diam menguasai kita.
Di sebuah ruang sidang ber-AC penuh, duduk sejumlah ulama terhormat merujuk kitab kuning dan mempersiapkan sejumlah fatwa.
Mereka ulama ahli hisap.
Haasaba, yuhaasibu, hisaaban.
Bukan ahli hisab ilmu falak,
tapi ahli hisap rokok.
Di antara jari telunjuk dan jari tengah mereka terselip berhala-berhala kecil, sembilan senti panjangnya, putih warnanya, kemana-mana dibawa dengan setia, satu kantong dengan kalung tasbih 99 butirnya.
Mengintip kita dari balik jendela ruang sidang, tampak kebanyakan mereka memegang rokok dengan tangan kanan, cuma sedikit yang memegang dengan tangan kiri.
Inikah gerangan pertanda yang terbanyak kelompok ashabul yamiin dan yang sedikit golongan ashabus syimaal?
Asap rokok mereka mengepul-ngepul di ruangan AC penuh itu.
Mamnu’ut tadkhiin, ya ustadz. Laa tasyrabud dukhaan, ya ustadz.
Kyai, ini ruangan ber-AC penuh.
Haadzihi al ghurfati malii’atun bi mukayyafi al hawwa’i.
Kalau tak tahan, di luar itu sajalah merokok.
Laa taqtuluu anfusakum. Min fadhlik, ya ustadz.
25 penyakit ada dalam khamr. Khamr diharamkan.
15 penyakit ada dalam daging khinzir (babi). Daging khinzir diharamkan.
4000 zat kimia beracun ada pada sebatang rokok. Patutnya rokok diapakan?
Tak perlu dijawab sekarang, ya ustadz. Wa yuharrimu ‘alayhimul khabaaith.
Mohon ini direnungkan tenang-tenang, karena pada zaman Rasulullah dahulu, sudah ada alkohol, sudah ada babi, tapi belum ada rokok.
Jadi ini PR untuk para ulama.
Tapi jangan karena ustadz ketagihan rokok, lantas hukumnya jadi dimakruh-makruhkan, jangan.
Para ulama ahli hisap itu terkejut mendengar perbandingan ini.
Banyak yang diam-diam membunuh tuhan-tuhan kecil yang kepalanya berapi itu, yaitu ujung rokok mereka.
Kini mereka berfikir. Biarkan mereka berfikir.
Asap rokok di ruangan ber-AC itu makin pengap, dan ada yang mulai terbatuk-batuk.
Pada saat sajak ini dibacakan malam hari ini, sejak tadi pagi sudah 120 orang di Indonesia mati karena penyakit rokok. Korban penyakit rokok lebih dahsyat ketimbang korban kecelakaan lalu lintas.
Lebih gawat ketimbang bencana banjir, gempa bumi dan longsor, cuma setingkat di bawah korban narkoba.
Pada saat sajak ini dibacakan, berhala-berhala kecil itu sangat berkuasa di negara kita,
jutaan jumlahnya, bersembunyi di dalam kantong baju dan celana, dibungkus dalam kertas berwarni dan berwarna, diiklankan dengan indah dan cerdasnya.
Tidak perlu wudhu atau tayammum menyucikan diri, tidak perlu ruku’ dan sujud untuk taqarrub pada tuhan-tuhan ini, karena orang akan khusyuk dan fana dalam nikmat lewat upacara menyalakan api dan sesajen asap tuhan-tuhan ini.
Rabbana, beri kami kekuatan menghadapi berhala-berhala ini.
_______________________________________________
ambil dari sini

ambil dari sini


Rasanya boleh sahajakan kita gantikan kata 'Indonesia' itu kepada 'Jordan'.
fuhh..
Saya pernah melihat rakan-rakan yang berusaha berhenti merokok.
Susah. Sangat susah.
Withdrawal symtoms. 
Mata merah berair. Pening. Muka ketat. Mulut kering. Insomnia. Batuk. 
Buang air besar kurang nikmat (malah sembelit).
Lepas makan seolah rasa 'kehilangan', 'ketidaksempurnaan' tanpa rokok.

Sungguh. Jihad mereka besar.
Ada yang berjaya, ada yang belum.
Antara yang belum itu pernah mengucapkan pada saya, "dah berguni azam nak tinggal rokok ni..tapi.."

Kita doakanlah mereka. Juga, diri sendiri. Moga terpeliharalah kita, dan seluruh keturunan kita, dari berhala-berhala ini.






05 January 2012

jumpa dalam slide Patho MSS, lalu...





____________________________


Bulan Kehujanan

Saat ia mengenakan payung putih itu
dan berjalan perlahan dalam renyai hujan,
bayu debar menghantar bisik daunan.
          'kering rindu
          lebih pantas membara
          dari basah cinta.'

_____________________________

...saya menyelak halaman seterusnya sambil mendengus,
"Cis. siapa conteng kertas aku ni.."

03 January 2012

cermin dan cahaya

See the world

Kagum, bagaimana ya cermin mempermainkan cahaya?
Atau, kalau boleh ditanyakan soalan yang lebih besar; mengapa?
Atau cahaya yang sebenarnya bahagia menghibur cermin?

Setiap hari kita melihat cermin, dalam pelbagai bentuknya.
lalu pernahkah kita tanyakan pada diri, apa yang dilihat sebenarnya?
Mengapa semalam seolah berbeza dengan hari ini?

Alam dalam cermin, alam di luarnya; manakah yang lebih indah?
Yang lebih benar?

Setelah semua yang cahaya bongkarkan kepada kita, apakah yang ia sembunyikan?

Cahaya dan keajaibannya.
Cermin dan hikmahnya.

Seerat mata dan cahaya.
seakrab cermin dan nurani.

'nur'ani.


ALHAMDULILLAH,
moga sampai bila-bila,
menjadi hujung persoalan,
bagi setiap yang kita pasti,
atau yang tidak kita temukan.





_____________________________________________




Allah ( pemberi) cahaya ( kepada ) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang didalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tidak tumbuh di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya) yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya diatas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.


Ayat yang sangat-sangat indah. Dalam segala susunanannya, perlambangannya...dan lain-lain yang tidak terlintas dalam fikiran, hanya terlintas dalam rasa, atau apa-apa yang lepas dari batas keduanya..segalanya indah.

Boleh baca tafsir sini
dan sini

Hmm, rasa nak baca Tafsir Azhar, HAMKA tentang ni lah nanti.

Semasa saya darjah lima, guru kelas kami, Cikgu Alimah menuliskan ayat ini cantik-cantik di atas kertas manila oren dan menampalnya di hadapan kelas. Beliau meminta kami menghafal. Dan membacanya kuat-kuat ramai-ramai sebelum memulakan pembelajaran. Lama-lama memang ingat melekat dalam kepala. Selain itu, beliau juga selalu menyuruh membaca selawat, zikir munajat dan lain-lain. Selalu, selepas memberikan apa-apa tips, beliau menyebutkan dengan senyum, "Kalau tak percaya, cubalah!"

Pengulangan.
Didikan.
Seperti Doktor Ziad yang seolah selama-lamanya takkan lupa dan bosan mengingatkan " Wash your hands!"
atau Doktor Rashid menanyakan, "Why you are here?"

Buat saya teringat; didikan. Nilainya. Harganya.

Siapa antara kita masih mengamalkan  baca asmaulhusna, selawat shifa pagi-pagi, dan solat hajat tiap selepas maghrib, al mathurat subuh-subuh petang-petang, al-mulk sebelum lena? (sekolah menengah)

Siapa antara kita masih tak 'lupa' untuk membaca doa sebelum makan, doa selepas makan, doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa sebelum tidur, doa bangun tidur yang kita pelajari dan tuturkan dengan riang gembira semasa tadika?

Betapa keberkatan punya ufuk yang luas.

Eh, melalut pulak.

Tadi cuma nak ajak kawan-kawan semua baca ayat Quran ni (Surah An Nur ayat 35) sebelum mula belajar. Saya dah lamaaaaa tak buat. Ni baru terdetik. Atau apa-apalah amalan yang rasanya kita boleh istiqamah. Mula balik. Bukan kita tak pernah buat ye dak? Cuma.. lupa?


Tiba-tiba terfikir,
bagaimana ya cermin melihat dirinya sendiri?


Ok, random sangat. Kalau ada siapa-siapa tanya sebab tak faham lepas ni, sorilah, saya pun rasa saya tak faham. haha.

01 January 2012

Mimpi

Kita sebenarnya berada dalam satu mimpi yang panjang.
Percayalah, ramai yang sebenarnya memerhatikan.
Saat leka ada yang tidak teragak-agak mengambil peluang.

Namun, kita punya Tuhan.
Tuhan yang berpesan,
"Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka."

Kita perlu takut, tapi kita tidak perlu takut.

Astaghfirullah.
Keampunan di tangan-Nya semata.