08 January 2012

Suatu Masa

Suatu masa, di musolla tahfiz, jam dua tiga pagi. Dingin sekali.
Selimut ditebar buat alas. Sobah dipasang buat pemanas.
Teh kurang manis buat peneman bicara.

Di tengah sembang panjang (dan hampir kencang), setelah tiba di negeri-negeri atas angin dan negeri timur di tanah air, dia membuat satu 'kenyataan',

" Kalau pisah-pisah takde jodoh ni biasa perempuan yang sedih terasa lama-lama."

Dia tatap wajah saya, kemudian menyambung,
"Lelaki biasanya ok je."

Jeda.
Saya pandang mukanya, lihat matanya.

Awkward seawkward-awkwardnya.

bibit-bibit terkeluar sedikit-sedikit,
dan serentak berubah, berdebur tawa!

hahahahaha...


Malam terus berlalu.
Tidak pelik esoknya kami hanya hantar satu muka. haha

_________________________________________



Juga, entri ini seharusnya tak difahami.
Juga sperti biasa, terjumpa dalam lecture note.
pergh, terasa lecture note adalah diari pula. hah.

4 comments:

Aimi Syahirah said...

Hahahahaha!
Saya tergelak.

(pandang kiri kanan member tengah hantar muka *apesal dia nih?*)

HAHA

Itu namanya random thought :D

-hazen said...

haha. haruslah tidak difahami!

Anonymous said...

baik kau jelaskan. tak tidur mlm aku tak faham benda ni. hahaha

atiqah said...

nk buat2 faham je lah..