Kagum, bagaimana ya cermin mempermainkan cahaya?
Atau, kalau boleh ditanyakan soalan yang lebih besar; mengapa?
Atau cahaya yang sebenarnya bahagia menghibur cermin?
Setiap hari kita melihat cermin, dalam pelbagai bentuknya.
lalu pernahkah kita tanyakan pada diri, apa yang dilihat sebenarnya?
Mengapa semalam seolah berbeza dengan hari ini?
Alam dalam cermin, alam di luarnya; manakah yang lebih indah?
Yang lebih benar?
Setelah semua yang cahaya bongkarkan kepada kita, apakah yang ia sembunyikan?
Cahaya dan keajaibannya.
Cermin dan hikmahnya.
Seerat mata dan cahaya.
seakrab cermin dan nurani.
'nur'ani.
ALHAMDULILLAH,
moga sampai bila-bila,
menjadi hujung persoalan,
bagi setiap yang kita pasti,
atau yang tidak kita temukan.
_____________________________________________
Allah ( pemberi) cahaya ( kepada ) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang didalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tidak tumbuh di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya) yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya diatas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.
Ayat yang sangat-sangat indah. Dalam segala susunanannya, perlambangannya...dan lain-lain yang tidak terlintas dalam fikiran, hanya terlintas dalam rasa, atau apa-apa yang lepas dari batas keduanya..segalanya indah.
Boleh baca tafsir sini
dan sini
Hmm, rasa nak baca Tafsir Azhar, HAMKA tentang ni lah nanti.
Semasa saya darjah lima, guru kelas kami, Cikgu Alimah menuliskan ayat ini cantik-cantik di atas kertas manila oren dan menampalnya di hadapan kelas. Beliau meminta kami menghafal. Dan membacanya kuat-kuat ramai-ramai sebelum memulakan pembelajaran. Lama-lama memang ingat melekat dalam kepala. Selain itu, beliau juga selalu menyuruh membaca selawat, zikir munajat dan lain-lain. Selalu, selepas memberikan apa-apa tips, beliau menyebutkan dengan senyum, "Kalau tak percaya, cubalah!"
Pengulangan.
Didikan.
Seperti Doktor Ziad yang seolah selama-lamanya takkan lupa dan bosan mengingatkan " Wash your hands!"
atau Doktor Rashid menanyakan, "Why you are here?"
Buat saya teringat; didikan. Nilainya. Harganya.
Siapa antara kita masih mengamalkan baca asmaulhusna, selawat shifa pagi-pagi, dan solat hajat tiap selepas maghrib, al mathurat subuh-subuh petang-petang, al-mulk sebelum lena? (sekolah menengah)
Siapa antara kita masih tak 'lupa' untuk membaca doa sebelum makan, doa selepas makan, doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa sebelum tidur, doa bangun tidur yang kita pelajari dan tuturkan dengan riang gembira semasa tadika?
Betapa keberkatan punya ufuk yang luas.
Eh, melalut pulak.
Tadi cuma nak ajak kawan-kawan semua baca ayat Quran ni (Surah An Nur ayat 35) sebelum mula belajar. Saya dah lamaaaaa tak buat. Ni baru terdetik. Atau apa-apalah amalan yang rasanya kita boleh istiqamah. Mula balik. Bukan kita tak pernah buat ye dak? Cuma.. lupa?
Tiba-tiba terfikir,
bagaimana ya cermin melihat dirinya sendiri?
Ok, random sangat. Kalau ada siapa-siapa tanya sebab tak faham lepas ni, sorilah, saya pun rasa saya tak faham. haha.
4 comments:
cahaya ats cahaya~
suka jgk ayat tu (anNur:35)..
moga selamatlah di sana!
Eh. Betul lah post si hazen. Baru perasan ayat kamu. O.O Heheh.
Btw, sebenarnya saya ada persoalan. Dan sedar tak sedar, post ni sedikit sebanyak membari makna, pada sebuah pertanyaan yang sangat perlukan jawapan. Saya agak, inilah 'nur' Nya, untuk saya.
Jazakallah.
hanis,
=)
nora,
terima kasih ya.
penchenta,
alhamdulillah.
selamat terus menulis juga.
Post a Comment