29 May 2012

Selamat!


Adik yang paling dekat,
sejak dari dalam buaian,
 dijaga Mak Ani,
ke kelas mengaji,
ke seluruh sekolah rendah,
ke seluruh sekolah menengah.
Nasib baik dia tak ikut juga ke Jordan. hah.

Hanis Zikri.

Selamat Hari Lahir.
Selamat terus melangkah.

Go girl!

eceh.












26 May 2012

Now I Know, Why I Miss You

Setiap kita adalah pahlawan. Setiap kita menghunus pedang. Namun untuk siapa?





Dari Warkah Biru, tulisan Abdul Ghafar Ibrahim (AGI),

"Jiwa yang bernilai sentiasa hidup di jiwa manusia yang hidup. Walaupun manusia empunya
 jiwa yang bernilai itu sudah tidak ada lagi di dunia. Kerana kehidupan yang bererti itu sebenarnya 
menghendaki jiwa yang mengerti. Mengerti dalam menyelongkar intipati kehidupan yang besar. "

24 May 2012

Colosseum




Bila sampai sini, teringat masa tonton movie Jumper dengan Ammar Adam di Summit USJ. Ada scene berlawan dalam Colosseum. Dalam movie memang selalu lawa.

Keluar Ahad outing, lewat, tapi aku tetap paksa Ammar teman ke Popular, beli novel. Ammar mengalah. Sudahnya kami terpaksa berlari berkejar pulang ke asrama dengan baju hijau yang hanya disarung semula bila sudah 100 meter mendekati sekolah.

Sampai memang lewat dari 6 30 petang, tapi seingat aku kad hijau tak kena ambil oleh warden.

Haih.

Tiba-tiba.



________________


Selamat Hari Lahir buat Wan. Aku bangga dengan kau. ha



________________


Exam habis, result satu paper belum tahu. Cuak weh.

Moga cuti ni betul-betul boleh aku manfaatkan.


'Camtu je?'

erkk

21 May 2012

War


buat kalian yang kehujanan semalam, langit di sini turut merah.




whatever you do upfront
don't forget your King behind.

19 May 2012

All's Well That Starts Well (Malaga)




" Don't worry about this,
worry about completion of your life. "






17 May 2012

suatu pagi sebelum mentari terlihat terbit




Kirara Beach, Yamaguchi






entahkan kali ini
aku yang menoleh ke belakang 
atau kau melangkah ke hadapan

entahkan ruang ini
sesuatu yang mereka wariskan
cuma belum kita temukan

entahkan detik ini
kita akhirnya menjadi cermin
yang memandang kehidupan.







_______________________________

walau entah apa-apa, hmm.. dia datang lalu aku sambut.
orangnya belum sampai, hantar tulisan dulu!

Pagi Jumaat memang selalu lebih indah daripada biasa.
( Selawat )

13 May 2012

Kemudiannya

a little space between us






Kemudiannya, yang terbawa-bawa dari sini,




dua hati tanpa pena
dua mata tanpa suara
sepasang jiwa tanpa nama





Tiap kali teringat rangkap ini, spontan saya akan terus mencatat semula di atas kertas. 
Bila ulang lecture notes, terlihatlah semula banyak betul rupanya bertebaran.

Entah, saya pun tak dapat membayangkan maknanya, tak tahu maksudnya,
tapi macam dapat..


rasa.





Mungkinkah
begitu lebih mendamaikan?







10 May 2012

Susahnya Nak Jadi Lelaki!

At least, chromosomally speaking.


Untuk menjadi seorang 'lelaki', sekurangnya perlu melepasi 3 syarat.
Pertama, secara genetik. Perlu ada 'Y chromosome'
Kedua, secara 'gonad'. Perlu ada TDF (testis determining factor)
Ketiga, secara 'phenotype'. Perlu ada hormon-hormon 'lelaki' yang dihasilkan oleh gonad.


Sebarang kesilapan antara ketiga-tiga ini boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan 'ketidaklelakian', atau 'kekuranglelakian'.
Boleh jadi Klinefelter syndrome, boleh jadi lelaki XX, boleh jadi lelaki '47, XYY', boleh jadi lelaki XY (Androgen Insensitive Syndrome).


Tak boleh ada abnormality pada gene SRY, SOX9, SF1, WT1 juga.


Knowing that the incidence of those abnormality is 1 in 400/500, which is quite high, you do appreciate yourself more. Alhamdulillah.


Alhamdulillah (InsyaAllah), normal je semua. Takde ambiguous-ambiguous.




Selesai satu bab.


Menjadi lelaki bukan cukup dengan berjantina lelaki, kerana lelaki itu juga dikaitkan rapat dengan keberanian, kegagahan, ketangkasan. Perempuan mungkin lebih dikenali dengan kesetiaan, dan kehalusan.


Lelaki tak berani, dikata orang lelaki bacul.
Tidak sanggup melawan untuk mempertahankan haknya, maruahnya, dan lebih penting, mempertahankan kebenaran.


Lelaki tak gagah, tak tangkas dikata orang lelaki lemah, lembik. Hanyut dibawa arus, hilang diterbang taufan. Tak gagah tak tangkas menghadapi musuh, menghadapi perasaan, dan tingkah sendiri.




Lelaki takut bini, dikata orang lelaki dayus.
Sedangkan disebut Buya Hamka dalam satu tulisannya,
"Lelaki adalah kepunyaan dunia, sebelum dia menjadi kepunyaan rumah; lelaki kepunyaan dunia, sebelum dia, menjadi kepunyaan seorang perempuan."


( Haa, dah tengok Jujur Aku Dayus, carekarama TV3? Skripnya mantap, Cikgu Rizal Beto Qushairi berlakon. )


Lelaki, kalau terlebih aromatase di otak, dikaitan dengan cara fikir yang lebih feminin. Entah juga dianggap kurang lelaki?


Juga seperti petikan daripada cerpen Bahruddin Bekri ini, wujud perbezaan antara 'anak lelaki' dan 'anak yang ditanggung',


“Kamu masih menjadi 'anak yang ditanggung', belum lagi menjadi 'anak lelaki'. Besar bezanya anak yang ditanggung dengan anak lelaki. 'Anak yang ditanggung' bukan bermakna ditanggung belanjanya tetapi bermaksud 'tanggungjawab' kamu pun ayah dan ibu yang perlu tentukan dan susun. Itulah yang ayah maksudkan kamu belum bersedia. Kamu belum mampu berdikari daripada segi menyusun keutamaan tanggungjawab. Anak lelaki pula walaupun masih belajar dan ditanggung oleh ibu bapanya, mereka lebih tahu keutamaan tanggungjawab mereka. Tahu mana yang perlu diutamakan dan mana tidak. Sekiranya kamu sudah menjadi anak lelaki, barulah kamu mampu menjadi suami yang baik. Dan menjadi anak lelaki dimulakan dengan menjadi anak yang baik, anak yang mendengar kata dan berani ditegur.” 




Juga sehingga ada pantun mengingatkan semua tentang bahaya lelaki, atau buayanya lelaki!



Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.



Fuh, susah nampaknya nak jadi lelaki. Perlu jadi lelaki yang ada sifat kelelakian, berani, gagah, tangkas, bertanggungjawab sekaligus. Perlu pula berhadapan pantun-pantun sedemikian! haha


Susahnya nak jadi lelaki langsung tidak bermakna senangnya nak jadi perempuan.


Kepada masing-masing sudah ditetapkan perjuangannya, ditetapkan bahagiannya. Kita, lelaki dan perempuan, berdua, berbeza, bersama diturunkan Tuhan saling membantu memakmurkan dunia. Bukan atas nama 'lelaki', bukan atas nama 'perempuan', tapi kerana atas nama 'manusia', di bawah petunjuk dan kekuasaan-Nya. Kalau ditulis terus dengan tulus, semata-mata untuk menjadi hamba! 


Dan betapa mulianya manusia yang menjadi hamba Tuhan.



Juga jangan kita lupa.

Lelaki semulia lelaki adalah
manusia semulia manusia adalah
makhluk semulia makhluk.

Hari Jumaat pula. Jom selawat. =)


_______________________________________________




Oh, jadi lelaki yang kena 'ignore' friend request ni sakit juga nampaknya. Takpe-takpe bro, ramai lagi yang sayang. Aku, misalnya. eceh. 


( Balancing act. Jangan percaya lelaki, kan? haha )


09 May 2012

Selamat Exam!


mama n yaya

Tempoh hari sempena hari lahir, mak memberi mesej semangat. Dah kongsi dengan tiga orang sebelum ni. Kalian yang keempatlah kiranya. hah

Saya kongsi, kalian anggaplah ini luahan semangat daripada ibu-ibu, ayah-ayah kita yang tak terungkap.





Pada mama 20 tahun yang abang lalui adalah keindahan buat mama. Kelahiran abang dan adik-adik adalah kurniaan yang tak terhingga.


Alhmdulillah,  mama terus belajar bersyukur di atas stiap pemberian-Nya. Ingat sayang, setiap inci penyesalan adalah kerinduan pada suatu kejayaan, kerna apa yg kita tinggalkan adalah kenangan dan usah ditinjau andai membuku keresahan. Biarkan ia terus berlalu mencatat zaman. Pasti ada hikmah yang Allah sisipkan.

Sememangnya tika maya semakin rencam berencana penghuni kerap hilang wacana. Tarian kita bukan lagi gemalai rentaknya tapi bersama gendang peniup tekad dan smangat juang. Kembalinya nanti dari rantauan adalah kudup-kudup yang kan terus berkembang menyeri taman-taman nusa. InsyaAllah.  







'kudup-kudup yang kan terus berkembang menyeri taman-taman nusa.'







Kasih diterima, mak.





Okeh, sambung study!
=)


08 May 2012

Mengapa Haniff Ke Andalusia Kali Kedua?


Begitu saya ditanya sebelum majlis ditangguhkan.
Diminta membentang minggu hadapan.

Senyum akur
dan terus berfikir.

Selalu, apabila suatu soalan ditanyakan, saya akan menilik hasrat orang yang bertanya sebelum memberi sebarang jawapan.
Berdasar sejauhmana saya mengenal dia, dan sejauhmana saya kira dia mengenal saya.
Kerana sebuah soalan bisa sahaja semudahnya adalah nasihat, adalah provokasi, adalah dugaan, atau sebenar-benar pertanyaan.

Begitu biasanya.
Namun tidak kali ini.

Senyum akur
 berfikir

 bertanya diri sendiri.




As the sun rise, 2011.


After sunset, 2012.




Pada pertemuan seterusnya, saya memilih 'membebel' tentang sejarah Andalusia.
Menceritakan sedikit zaman kejatuhannya, pemberontakan, perpecahan dalaman.
Menceritakan kesakitan.
(Sehingga kami terlewat solat Isya' di masjid. hah)

Benar. Saya pertama ke Andalusia kerana didedahkan sejarahnya.
Kunjungan kedua juga kerana ingin mencari lanjut.
Atau begitulah sebahagiannya.





Di hujung pertemuan, yang mula bertanya mengatakan, kurang lebih, atau memang begini yang saya mahu simpan dalam ingatan,

" Kita perlu belajar mencari ketenangan dalam diri sendiri."



For whatever it means.


Saya membalas dalam diam,
"Cuma dalam hidup, 
selalu ada
peluang kedua."



again, for whatever it means.















07 May 2012

Note Pharma



ada masa, kita terfikir, manusia punya 'desire' berbeza
agar dunia sempurna.

ada masa-masa lain, kita terfikir, manusia punya 'desire' berbeza
hanya agar dunia tidak musnah.

suatu masa yang entah mana-mana, kita terfikir,
sebenarnya kita
boleh jadi siapa-siapa.



_______________________________

tajuk misleading. jumpa dalam celahan note Pharma.
 entah apa kaitannya, entah dari mana munculnya.
Drugs and Desire kot.
haha

06 May 2012

Cinta Benci




I

 Petikan tulisan Buya Hamka, dalam Kenang-kenangan Hidup.


Air yang hanya bergenang adalah bahaya. Batin yang tidak memberi, dan tidak menerima adalah lebih berbahaya. 


Pepatah lama mengatakan 'Cinta itu buta' memang, orang yang bercinta sekali, tidak melihat ada kecacatan pada yang dicintainya. Atau sekali-kali tidak melihat kepada yang lain, hanya kepada yang dicintai. Itu sebabnya ia dikatakan orang buta. Kalau itu yang dikatakan buta, itulah buta yang seindah-indahnya. Aku rela dikatakan buta, lantaran aku memang tidak melihat lagi kepada sesuatu, melainkan kepada yang aku cintai.


Tuan silap sebenarnya! Cinta bukan buta. Cinta mempunyai suatu penglihatan yang dapat menembus segala hijab. Maka berbahagialah kita kalau mata kita telah dibersihkan oleh cinta, sehingga tidak ada lagi di dalam alam ini satu apa pun yang tidak kita cintai. Mata yang memandang segala sesuatu cacat, mata itulah yang sebenarnya cacat.


Cinta menghimpunkan dan benci memecahkan.


Cinta adalah perdamaian dan benci adalah pemakluman perang. Dan perang adalah maut, dan perang adalah neraka.










II


Aku menuliskan ini kembali, mengharapkan ia berbicara terus dengan hatimu. Khusus untukmu.
Kerana mungkin sekali menebar tulisan sendiri hanya mengundang kaku dan beku.



Sahabat, moga kita diselamatkan Tuhan dari kebencian-kebencian yang liar.
Moga kita ditunjukkan Tuhan pada kecintaan-kecintaan yang benar.

Mari berdoa, dan teruskan usaha kita.



III

Setelah semalaman berjemur dengan terik bulan,

"Mungkin tiada 'rezeki' itulah rezeki..."




Nak mimpi pun patut-patut lah! Grr..
haha




03 May 2012




She is, after all

a woman.

01 May 2012

Jeriji, Jendela, dan Pintu

 penat, berat, kerut, dan kantuk. membaca untuk berehat.





Banyak sebenarnya yang mahu saya tuliskan.

Banyak sebenarnya yang saya cuba coretkan.

Banyak sebenarnya yang masih ingin saya simpan.








Peristiwa besar berlaku di tanah air. Manusia berkumpul beramai-ramai. Yang menuntut yang dituntut. Peristiwa besar juga bakal menunjukkan wajahnya beberapa bulan lagi.  Bertegas 'menentukan sikap' tidak bermakna bergegas menentukan pilihan, seharusnya juga bukan bermakna lengah dan melupakan.

kerna jiwa dan keberaniannya
bukanlah permainan bahasa.


terlalu banyak yang saya perlu belajar.


_______________________________________________


Saya sudah punya mimpi ini sedari dahulu. Berulang-ulang.

Saya sedang duduk, di hadapan saya ada sebuah buku yang telah lengkap. Bermula dari baris-baris atas, saya membaca. Sebuah cerita. Pada masa yang sama 'saya' juga sebenarnya sedang mengarang baris-baris seterusnya yang saya belum baca. 

Ah, entah bagaimana mahu menerangkan.
Saya membaca.
Saya juga mengarang.
'Karangan' saya kemudiannya timbul sendiri sebagai tulisan. 
(padahal memang telah tertulis pun sebelumnya)

Semuanya berlaku pantas.
Saya memilih tapi seolahnya saya tidak punya pilihan.

Biasanya saya benar-benar terjaga sebelum habis membaca satu mukasurat.
Detik itu, kebanyakan masa saya masih ingat apa yang dibaca, hanya untuk lupa selang detik-detik kemudiannya.


Hidup.
entah bagaimana tanpa pimpinan Tuhan.


_______________________________________


Alhamdulillah.
Hari lahir ke 21.

Memandang ke hadapan,
saya tidak mahu menjadi manusia

yang hanya mewah kata.