06 May 2012
Cinta Benci
I
Petikan tulisan Buya Hamka, dalam Kenang-kenangan Hidup.
Air yang hanya bergenang adalah bahaya. Batin yang tidak memberi, dan tidak menerima adalah lebih berbahaya.
Pepatah lama mengatakan 'Cinta itu buta' memang, orang yang bercinta sekali, tidak melihat ada kecacatan pada yang dicintainya. Atau sekali-kali tidak melihat kepada yang lain, hanya kepada yang dicintai. Itu sebabnya ia dikatakan orang buta. Kalau itu yang dikatakan buta, itulah buta yang seindah-indahnya. Aku rela dikatakan buta, lantaran aku memang tidak melihat lagi kepada sesuatu, melainkan kepada yang aku cintai.
Tuan silap sebenarnya! Cinta bukan buta. Cinta mempunyai suatu penglihatan yang dapat menembus segala hijab. Maka berbahagialah kita kalau mata kita telah dibersihkan oleh cinta, sehingga tidak ada lagi di dalam alam ini satu apa pun yang tidak kita cintai. Mata yang memandang segala sesuatu cacat, mata itulah yang sebenarnya cacat.
Cinta menghimpunkan dan benci memecahkan.
Cinta adalah perdamaian dan benci adalah pemakluman perang. Dan perang adalah maut, dan perang adalah neraka.
II
Aku menuliskan ini kembali, mengharapkan ia berbicara terus dengan hatimu. Khusus untukmu.
Kerana mungkin sekali menebar tulisan sendiri hanya mengundang kaku dan beku.
Sahabat, moga kita diselamatkan Tuhan dari kebencian-kebencian yang liar.
Moga kita ditunjukkan Tuhan pada kecintaan-kecintaan yang benar.
Mari berdoa, dan teruskan usaha kita.
III
Setelah semalaman berjemur dengan terik bulan,
"Mungkin tiada 'rezeki' itulah rezeki..."
Nak mimpi pun patut-patut lah! Grr..
haha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
terik bulan ke terik matahari?
:p
bulan semalam memang terik. tapi tahi bintang semalam memang rezeki aku, dan mimpi juga.
haha.
mungkin tiada rezeki itulah rezeki...keh3
macam ayat pujuk diri je?
-sadis
Konotasi negatif terhadap cinta satu kepalsuan.
Buaian angan-angan kerana cinta meloyakan.
Haih. Pilih jalan tengahlah. Atau pilih cinta yang benar?
:)
cidak,
terik matahari too mainstream laa.
bulan, bulan.
sadis,
tak cayelah tahi bintang tu, silap mata, silap mata. heh
memang pun nak pujuk diri...kau.
bab 'jaga hati' dalam mimpi paling takbleh blah. naim harap bertabah.
haha.
Syazwan,
siapa pun mungkin meyebut ayat sama, dengan masing-masing bermaksud berbeza.
have it as u like, wan? hah
gambar ni menarik!
Post a Comment