penat, berat, kerut, dan kantuk. membaca untuk berehat.
Banyak sebenarnya yang mahu saya tuliskan.
Banyak sebenarnya yang saya cuba coretkan.
Banyak sebenarnya yang masih ingin saya simpan.
Peristiwa besar berlaku di tanah air. Manusia berkumpul beramai-ramai. Yang menuntut yang dituntut. Peristiwa besar juga bakal menunjukkan wajahnya beberapa bulan lagi. Bertegas 'menentukan sikap' tidak bermakna bergegas menentukan pilihan, seharusnya juga bukan bermakna lengah dan melupakan.
kerna jiwa dan keberaniannya
bukanlah permainan bahasa.
terlalu banyak yang saya perlu belajar.
_______________________________________________
Saya sudah punya mimpi ini sedari dahulu. Berulang-ulang.
Saya sedang duduk, di hadapan saya ada sebuah buku yang telah lengkap. Bermula dari baris-baris atas, saya membaca. Sebuah cerita. Pada masa yang sama 'saya' juga sebenarnya sedang mengarang baris-baris seterusnya yang saya belum baca.
Ah, entah bagaimana mahu menerangkan.
Saya membaca.
Saya juga mengarang.
'Karangan' saya kemudiannya timbul sendiri sebagai tulisan.
(padahal memang telah tertulis pun sebelumnya)
Semuanya berlaku pantas.
Saya memilih tapi seolahnya saya tidak punya pilihan.
Biasanya saya benar-benar terjaga sebelum habis membaca satu mukasurat.
Detik itu, kebanyakan masa saya masih ingat apa yang dibaca, hanya untuk lupa selang detik-detik kemudiannya.
Hidup.
entah bagaimana tanpa pimpinan Tuhan.
_______________________________________
Alhamdulillah.
Hari lahir ke 21.
Memandang ke hadapan,
saya tidak mahu menjadi manusia
yang hanya mewah kata.
6 comments:
barakallahu fik.
moga menjadi manusia yang mewah kata, sarat erti.
hmm.. menarik. penah jgk mimpi macam tu.
apa2 pun, semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita. umur makin bertambah, hidup makin mencabar.
bittaufiq.
-messy-
Selamat hari lahir Haniff :)
lawa chin strap ;)
Selamat ulang tahun, brader!
:D
Najwa,
Allah yubarik
Amin.
=)
Kak,
oh, serius?
mudah-mudahan. amin.
masih!
Aimi,
eceh, trimas.
doakan ya.
syazwan,
Trimas wan!
chin strap??haha
Post a Comment