Begitu saya ditanya sebelum majlis ditangguhkan.
Diminta membentang minggu hadapan.
Senyum akur
dan terus berfikir.
Selalu, apabila suatu soalan ditanyakan, saya akan menilik hasrat orang yang bertanya sebelum memberi sebarang jawapan.
Berdasar sejauhmana saya mengenal dia, dan sejauhmana saya kira dia mengenal saya.
Kerana sebuah soalan bisa sahaja semudahnya adalah nasihat, adalah provokasi, adalah dugaan, atau sebenar-benar pertanyaan.
Begitu biasanya.
Namun tidak kali ini.
Senyum akur
berfikir
bertanya diri sendiri.
As the sun rise, 2011.
After sunset, 2012.
Pada pertemuan seterusnya, saya memilih 'membebel' tentang sejarah Andalusia.
Menceritakan sedikit zaman kejatuhannya, pemberontakan, perpecahan dalaman.
Menceritakan kesakitan.
(Sehingga kami terlewat solat Isya' di masjid. hah)
Benar. Saya pertama ke Andalusia kerana didedahkan sejarahnya.
Kunjungan kedua juga kerana ingin mencari lanjut.
Atau begitulah sebahagiannya.
Di hujung pertemuan, yang mula bertanya mengatakan, kurang lebih, atau memang begini yang saya mahu simpan dalam ingatan,
" Kita perlu belajar mencari ketenangan dalam diri sendiri."
For whatever it means.
Saya membalas dalam diam,
"Cuma dalam hidup,
selalu ada
peluang kedua."
again, for whatever it means.
2 comments:
mengapa haniff ke andalusia kali kedua?
sebab haniff ada duit.
mengapa cidak tak pernah ke andalusia?
sebab cidak takde duit.
haha !
hai cidak,
haha. betullah, sebab ni jugak aku peram entri ni lama. dan terfikir-fikir jugak.
alhamdulillah.
last2 aku buat kesimpulan, moga kunjungan aku dapat menyebar manfaat. kalau bukan hari ni, esok. kalau bukan esok, esok lagi.
aku pun taknak kunjungan ni hanya seronok2, angan-angan, dan semalam-semalam.
apa-apapun, niat kita hari akan menentukan hasilnya nanti. doakan weh.
=)
Post a Comment