mama n yaya
Tempoh hari sempena hari lahir, mak memberi mesej semangat. Dah kongsi dengan tiga orang sebelum ni. Kalian yang keempatlah kiranya. hah
Saya kongsi, kalian anggaplah ini luahan semangat daripada ibu-ibu, ayah-ayah kita yang tak terungkap.
Pada mama 20 tahun yang abang lalui adalah keindahan buat mama. Kelahiran abang dan adik-adik adalah kurniaan yang tak terhingga.
Alhmdulillah, mama terus belajar bersyukur di atas stiap
pemberian-Nya. Ingat sayang, setiap inci penyesalan adalah kerinduan pada suatu
kejayaan, kerna apa yg kita tinggalkan adalah kenangan dan usah ditinjau andai membuku
keresahan. Biarkan ia terus berlalu mencatat zaman. Pasti ada hikmah yang Allah
sisipkan.
Sememangnya tika maya semakin rencam
berencana penghuni kerap hilang wacana. Tarian kita bukan lagi gemalai
rentaknya tapi bersama gendang peniup tekad dan smangat juang. Kembalinya nanti
dari rantauan adalah kudup-kudup yang kan terus berkembang menyeri taman-taman
nusa. InsyaAllah.
'kudup-kudup yang kan terus berkembang menyeri taman-taman nusa.'
Kasih diterima, mak.
Okeh, sambung study!
=)
8 comments:
baik,mama~ hehe
amboi,,mata yaya yg tu..
Habis baca ini,
satu jeh benda yg terlintas..
"Ayat Mama... puitisnya! Brader, kalah kalah."
Haha
Perkongsian yg tak dapat kat mana-mana kecuali tepianmuara =')
Cantik nya tulip tu!!
fadh, tulip tu cantik kan? ^_^
haniff, ya, berkongsi semangat ibu dan bapa yang tak terluah!
*semangat.exam.study.membuak-buak*
aah mcm penah nmpk tulip tu. haha
terima kasih makcik!
oh, now i know where the puitis gene come from :) hebat mama kamu. :)
Hari tuh mama kau pun ada kongsi butir-butir untuk aku, sekisar BERSIH.
Benarlah kata itu lebih tajam dari pedan tapi lebih lembut pula dari kapas - senang membalut.
Dan mungkin lebih indah dari tulip?
Hanis Z,
ha, study betul2, adik belum habis exam lagi.
rindu yaya!
Aimi,
Memang sentiasa akan kalah dengan mak. kalah dengan redha.
selamat ya.
Fadh,
ya ya ya...
macam negaranya lah kan kan?
=)
Najwa,
Selamatlah untuk exams akak!
ati,
yela, haruslah kau pernah nampak kan. wakilkan makcik untuk 'sama-sama'. hah
Hamizah,
sayang mama saya!
Syazwan,
Masing-masing dengan keindahannya. Tulip dan kata, ada ruang sendiri-sendiri tidak dapat mereka isi.
Yup, mak aku pun ada cerita.=)
Post a Comment