30 December 2014

teduhlah dari









Aku suka, bagaimana kata-kata sederhana buat kita rasa bermakna.
Tulisan ini, aku salin ke hati.

Terima kasih.

15 December 2014

Neonatal Sepsis

Untuk anon komen ke-7 dalam entri lepas, ini saya temukan dalam case study neonatal sepsis,

"These are necessary and basic to understanding the problem of neonatal sepsis and perinatal infections. However, the evaluation and management will de-emphasize empiric treatment for risk alone, and variation in practice will be seen as a necessary consequence of our lack of knowledge and the inherent variation in individual practitioner's tolerance of degree of risk and uncertainty."

Bagaimana kita berhadapan dengan ketidakpastian hidup?
Sejauhmana keberanian mengatasi pertimbangan risiko?
Atas apa kita memilih?

Redah sahaja, kawan.

Semuanya necessary consequence.

Bak kata abam Leo Tolstoy,
"Man lives consciously for himself, but is an unconscious instrument in the attainment of historic, universal aims of humanity."

Diam.

Tapi, yelah, 'masalahnya' kita ada sekali hidup je kan. Dan masa, tren hidup, tak mendengar rungutan kita, 'wait, wait, I'm happy here' atau ' wait, wait, I need to sort myself here'. Dia main jalan je, samada menghantar kita lebih cepat kepada bahagia, atau..

Dah zillion tahun, takde pulak tren tu rosak, berhenti baiki kejap, dan kita boleh hidup dalam dunia tanpa akibat, tren jalan semula dan kita buat biasa.

Adakah semuanya tentang destinasi? Atau (dan) ada sesuatu baru yang perlu kita cari?

Ok, merapu dah tu. Kena sambung study ni.

Jap, teringat ayat ni. Masa tu tengah minggu, saya jalan-jalan pekena kebab balad. Lepas kenyang, masuk masjid tengah pasar untuk solat maghrib. Rakaat pertama, tok imam baca dua muka akhir Surah Luqman. Sampai akhir ayat ni, beliau berhenti. Kemudian, ulang, ulang sambil teresak-esak menangis.



Your creation and your resurrection will not be but as that of a single soul. Indeed, Allah is Hearing and Seeing.

Saya terpinga-pinga. Terpinga dalam keindahan.

Siapa tahu tafsirnya, mohon kongsi ya.

Esok exam.
Aaaaaaa. Woargh.
Tinju Maut Pendekar Laut.

Mohon doa juga. =)

29 November 2014

Selamat Malam

Tak, tak, saya tak punya suatu apa untuk ditulis, apa-apa yang menarik untuk dibaca. Saya hanya ingin menulis. Kepala saya kosong.

Oh ya, saya sedang dengar lagu: Kau Ilhamku.

Mungkin saya harus menulis tentang mimpi malam tadi, atau bagaimana saya tetap terus tidur sepanjang hari.

Mungkin tentang buku yang sedang saya baca, kata-kata yang buat saya senyum tiba-tiba.
Minggu ini, entah daripada siapa,
'meski kau diam, angin akan membelahmu perlahan'

Tentang movies yang baru saya tonton.

Tentang anak-anak kejiranan ni yang keriangan bermain lopak dan hujan.

Tentang musim sejuk yang semakin buat saya senang hati.

Tentang esok ada round dengan Dr Hala, specialist pediatrics dalam endocrinology. Atau endocrinology dalam pediatrics. Entah. Saya cuak juga dimarah, jadi saya cuba juga membaca sehelai dua topik endo...

Ah.

Bicara apa lagi yang tersisa antara kita, teman
malam ini, mimpi pun bungkam.

Semenjak dua ni, saya semacam terpinga. Saya datang ke tanah ini hujung tahun 2009, umur lapan belas. Seingat saya, baru habis lima tahun di sekolah menengah. Tiba-tiba kini sudah di tahun enam, beberapa bulan sebelum grad (insyaAllah).

Menginjak masa, kita melangkah semakin tinggi.
Pokok sawit dibawah semakin kecil, laut semakin besar.

Saya gayat.

Semalam semakin jauh. Saya belum kenal esok.

Panik. Seolah dulu waktu lebih lambat berlalu.


Kanan kiri, saya kenal kawan yang benar merancang hidupnya, lima sepuluh dua tahun hadapan. Ada yang masih terus mahu hidup suka-suka, capai apa yang datang, lupakan apa yang hilang. Dan ada orang macam saya, terus tertanya-tanya.

Saya tertanya, tentang umur kita dan umur dunia.
Saya tertanya, tentang manusia, pencapaiannya, hukuman atasnya, pujian atasnya.
Saya tertanya, tentang semua yang pernah dan akan kita senyum dan tangiskan.
Saya terus tertanya, tentang cahaya; semalam dan akan datang.
Saya tertanya, betapa Tuhan terlalu baik, sudi mengenalkan kita dengan-Nya.
Meski mungkin dengan darjah berbeza.

Sekali lagi kita di sini
diam memandang tanya
sebilah pena sekujur rasa
kita memilih kata-kata.

blablabla, tapi

tiada kata pernah mengalami maut
tiada kata yang akan tahu
ke mana akhirnya jiwa terpaut.


Teman, dalam hidupmu, di mana kau sekarang?

Mungkin benar kita pernah berjanji
pada suatu hari, tika bulan lebih hangat dari ini.

Apa yang saya tulis ni? Kopi? Hah

Sudah masa rasanya saya masuk tidur. Dan bangkit esok pagi, semangat pergi sekolah, ambil histori, jawab soalan cikgu, atau diam bila tidak tahu.

Tiada siapa tahu,
tapi takdir selalu berlaku.

Ah, sudah.

Selamat malam!














16 November 2014

Illegal Smile, Puente Romano






Hampir 4 tahun,
apa khabar John?

Mimpi telah membawamu ke mana?




14 November 2014

Wadi Hidan

Awal lagi, semua happy full energy.


 Mula sejuk dah. Pura-pura steady.


Dia dah mula. Air dalam demi air dalam.  


 Masa ni tak nak masuk air dah, sejuk sangat.



 Nyawa-nyawa ikan masing-masing.




Banyak gelongsor air. Part camni kitorang suka. 
Cuma lepas tu selalunya kena berenang lagi. Cis.

Cuma lepas tu selalunya kena berenang lagi. Cis.



 Rehat kejap makan epal. Paling legend, orang semua bawak snickers, buah, tapi Amir bawak hotdog ngan meatball. Berebut.




Hai!



lompat sikit.


Tempat hujung.
nobody said it was easy
no one ever said it would be this hard.





Wadi Hidan lagi senang dari Wadi Mukheires...katanya.
Alaa, tak guna pun nanti life jacket ni, semua boleh je berenang...katanya.
3 kilometer je ni, kejap je sampai...katanya.

Geleng gelak.

Awal perjalanan dah terkejut, banyak betul masuk air.
Oklah, memang suka air pun.
Tapi rupanya airnya dalam-dalam.
Hujan deras pulak tu, angin kuat, air tambah dalam, batu licin.
Masa ni, masing-masing rasa nak balik. 
Nak baring-baring dengar lagu atas katil.

Amir Jusnan awal-awal paling steady. Simpanan lemak cukup, yang lain tak keruan dah.
Cukupla buat 5 minit, lepas tu join sekali menggeletar.

Ada dua passage saya kantoi pancit berenang. Ingatkan dah boleh la, rupanya jauhhh dan dalamm.
Kawan-kawan duk gelakkan je, diri sendiri pun gelak sekali.
Kayuh-kayuh takleh gerak dah, terapung tempat sama je. Haha

Sampai hujung semua lega.
Semua sakit-sakit badan.
Semua fikir nak balik rehat.

Balik dengan pengalaman,
jangan underestimate Jordan.
Hah.




end of an era



sobs. 

23 October 2014

-

Sebenarnya

"Bukankah lebih baik kita kekal begini
mengapa kau ingin lebih berani?"

Mungkin kerana kau cantik, dan kau baik.
Mungkin aku kehabisan pilihan dan kau tunggal belum memberi jawapan.
Mungkin kerana aku suka bagaimana senyum lincahmu menghangat ketenangan,
bagaimana pipimu merah diusik rindu, bagaimana marahmu mengundang cemas dadaku.
Mungkin kerana aku tak lagi mahu mencuri pandang bucu matamu,
melihat keindahan terjaga dan merasa bersalah untuk itu. Mungkin kerana
bintang-bintang yang kita namakan malam itu dengan nama yang cuma
kita tahu, terlalu sering meneriakkan kata-kata yang aku sembunyikan darimu.
Mungkin ini balasku setelah diam tika kau tanyakan antara bayu dan hujan,
antara kelip-kelip dan bulan, antara laut dan awan; bahawa aku memilihmu
lebih dari semua pilihan.
Mungkin aku hanya ingin tahu,

"Kita sudahpun begini,
mengapa kau tak ingin lebih berani?"

Morning report Surgery
14 September 2014


17 October 2014

gugus dari surat lama

Bagaimana mungkin air mata tidak mengalir di hadapan maqam Nabi kita itu. Sedang tahu Nabi tahu kita hadir di situ. Malu, terharu, kasih. Hiba sekali saat berpisah meninggalkan bandar Nabi itu. Entah bila dapat bertemu lagi. Akankah Nabi memalingkan wajahnya dari saya atau memandang penuh rindu di padang mahsyar nanti...

Berbicara mengenai sahabat, saya rasa, kita akan serasi dengan mereka yang punya minat dan pemikiran dan yang agak-agak sama dengan kita. Dan pastinya Allah swt yang menyatukan hati-hati kalian, kalau paksinya Allah swt, insyaAllah Allah swt akan menyatukan. 

Tentang sahabat, menemukan seorang pun bagi saya seperti menemukan permata yang amat berharga. Sahabat mungkin memandang dari kejauhan saat kita senang,  namun sahabat takkan melepas membiarkan waktu kita susah. 

Cuma, saya juga terfikir untuk refleksi diri. Tentang pilihan dari 'kebebasan'. Teringat juga berjumpa lelaki sebegini. Dia menegur saya dan kami berbual selepas waktu Asar di Masjidilharam. Dia menyebutkan betapa bahawa di padang mahsyar nanti antara golongan yang mendapat naungan arash Allah ialah mereka yang  bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya. Atau sudahkah saya ceritakan? Pelupa amat saya ini.

Tapi, jujurnya ada juga kisah sedih yang saya rasakan di sana. Malam 27, dan Syeikh Sudays membaca doa panjang semasa witir setelah tarawikh. Serasa seolah Masjidilharam basah dengan tangisan. Usai berdoa panjang, jemaah beredar pulang. Bersesak-sesak keluar. Dan saya tergamam mendengar ada yang bergaduh memaki hamun bertolakan semasa keluar. Terhiris hati saya. Tak tahu bagaimana mahu memandang, menafsir apa yang saya lihat itu.

Bintang. Cahaya. Saya pula, kagum dan puzzled dengan cahaya. Sering rasanya mahu memeluk cahaya. Sering memikir-mikir apa bezanya cahaya pagi menyambut hari dan cahaya senja yang membuka pintu untuk malam. Rasanya lain. Asyik. Terfikir jua ke mana perginya 'cahaya semalam' yang telah jutaan tahun menerangi dunia. 'Cahaya esok' yang entah bagaimana tibanya. Juga adakah kita masih sebahagian dari cahaya esok.




II


Benar sekali! X membuatkan saya berfikir perkara yang tidak pernah sama sekali saya fikirkan selama ini. Kemana cahaya 'semalam' pergi? Aduh. Membias ke mana? Atau terus lansung menuju ke tempat lain? Sedangkan kita tahu bahawa cahaya bergerak dengan kelajuan yang amat-amat pantas. Tapi saya pernah dengar, bahawa doa kita jua berjalan lebih pantas lagi menuju ke Arasy (atau ke mana jua, entah saya kurang pasti). SubhanAllah. Maha Suci Allah.

Bagi saya, saya lebih senang dengan rona-rona petang. Ada satu petang (yang lebih hampir ke maghrib), kami ke Kubah Hijau Maqam Nabi untuk menziarahi Habibullah. Satu perasaan yang tidak dapat saya gambar kan, dengan cuaca yang amat dingin, mentari merah yang kelelahan, orang ramai yang berteleku membaca doa dan salam pada baginda, sekali lagi, empangan air mata ini pecah. 

InsyALLAH, insyaAllah baginda akan mengenali kita.



__________________________

Dari draf lama. Entah mana hujung pangkal.

Tahun-tahun telah sudah, tapi aku masih tertanya-tanya pada cahaya.


13 October 2014

Suatu Malam



Perempuan itu bertanya
siapa gerangan di halaman
malam gelap dia seorang.

Jendela dibuka, bayu
memaut lembut keningnya
mengibar cindai
pemberian abang.

Mersik sayup jauh menghilang
derik dahan ranap daunan
halaman kemudian diam
tiada bulan tiada bayang.

Sepanjang malam
perempuan itu memandang
pohon pelam dan buaian
cermin dan masa silam.

23:25
13 Oktober 2014

______________________________

Masalah biasa bila nak exam. Slide abdominal trauma baru muka surat dua dia dah cari pasal. Cis. Sigh. Geleng. Senyum sengih.

"like a wish that's remained concealed,
like a wound that has never healed.."

Tolong doakan ye exam kami Surgery nanti. Adalah dalam seminggu lagi.

Lalalalala.



12 October 2014

tak siap tapi nak simpan sini

Tidak seperti Tanjong Karang
hujan di sini tak kurasakan nyaman.
Atau sebenarnya aku hanya
salah mengukur masa.
Bahawa setiap tanah ada nafasnya
setiap bumi tidak mahu menerima noda
setiap jiwa, bahkan dalam mana-mana kotak kaca.

Siapa yang bakal memberi jawapan
pada yang tidak bertanya
siapa yang akan melunas dendam
pada yang tidak berdosa.

, Amsterdam
Jan 2014

11 October 2014

senja


just smile your smile
and we'll be fine.

09 October 2014

Lelaki



"Lelaki semua sama."
"Aah, perempuan semua baik-baik."

Haniff Zikri




"Lelaki semua sama.
Yang membezakan, iman."

Khamim Zikri.






Amboi dia. 

Case closed.


07 October 2014

Wadi Mukheires

Alahai si baju merah.

Awal trip, kami diminta memilih antara dua laluan. Kami sepakat memilih yang lebih sukar (kononnya).


Menuruni, melerengi lembah.

Calok; buat comel.

Meet Peter, a humble guy from Norway. Ambil course bahasa Arab di sini. Dalam kepala, "pergh!"

Buat geli.

Abseiling ketiga. Gambak Calok banyak sebab dia rajin pandang kamera. Istilah lain,  err camfriendly?


Dari dulu, gambar lompat-lompat ni memang rutin. Selagi lutut boleh guna, kita gunalah ye dak.

Empat Malizi 09. 


Buat poyo.

Buat poyo II.

Buat poyo III.

Meet Luka, from Berlin.

Dalam trip kali ni, 4 orang rakyat Malaysia, 11 orang dari Jerman, seorang satu Norway dan Belanda, 6 rakyat Jordan. Nasib baik semua kecik-kecik dulu belajar cakap omputih, bolehlah sembang.

Abseiling akhir dan paling best.


_____________________________
I

Wadi berakhir di Laut Mati. Kami semua selamat sampai di hujung senja. 
Alhamdulillah, puas hati dan lega. 

Tukar baju, kemudian kumpul ramai-ramai buat bulatan gembira bercampfire. 
Hazim menyanyi main golek-golek tak tentu arah, yang lain diam, tenaga cuma tinggal 2-3%.
Kami melahap roti dengan hotdog, qosor jamak ta'khir lunch-dinner. 

Bulan terang, hampir penuh. Teringat semasa kami berbelas bermalam di Wadi Zarqa, bulan penuh juga, suasana seram dalam lembah, tapi seolah ada air of invincibility.
 Rasa yang serupa.
Dalam kepala duk main lagu,
" tonight we are young...so let's set the world on fire..we can burn brighter..than the sun.."
( Only so far, the sun is better equipped to face the test of time, I guess. Hah)

II

Masa jalan-jalan dalam lembah tadi, sembang-sembang dengan depa, saya dengan bajet senior, tanyalah respon budak-budak baru sampai Jordan ni, "Camne Jordan setakat ni?"

Terkejut berkali-kali saya bila semua respon positif. Rakyat Jordan in general baik blablabla. 
Wah, memang Amman ngan Irbid ni planet lain ke?
Atau depa belum 'kena'?
Atau 'orang tua' ni memang senang fikir negatif?

Moga kami semua dapat belajar dengan selamat, 
bawa balik Malaysia Jerman Norway nanti nilai-nilai positif dari masyarakat Arab sini.



III

Serius tak sangka Jordan ada tempat best camni.
Tanya kawan-kawan Arab, ramai yang tak tahu tempat ni.  Padahal seumur hidup duduk Jordan.
Kami dah lebih 5 tahun menetap di sini pun baru jumpa.
Hiking mate Germans ni, kurang sebulan sampai Jordan dah merasa. Kebanyakan mereka cuma ambil setahun, ada yang satu semester

Entah. Memanglah pelik nak buat perbandingan, sebab ada banyak faktor lain ( costs, interests, circle of friends, etc..) tapi perkara ni buat saya terfikir.

Berapa banyak yang kita nak buat (dan capai dalam dunia ni)
 bergantung kepada berapa banyak masa kita fikir kita ada.

Dan saya teringat sesi morning report dengan Dr Rami tempoh hari, beliau bercerita tentang pesakit kanser tahap terminal. Samada beritahu atau tidak. Ramai dalam kalangan keluarga akan menegah, dengan alasan mahu pesakit 'pergi dengan lebih aman'.
Tentulah, dari segi medico-legal, memang wajib maklumkan, tapi doktor beritahu selain itu..

 Betapa hampir semua pesakit berubah hidupnya setelah maklum tentang penyakit dan prognosis kanser. Berubah perspektif. How they value things, their awareness of time. Patients are always stronger than their family. They stop whining over 'small' things. They intent to put values in times remaining. Seek forgiveness, bury the hatchet, resolve hatred, make peace with themselves.

They become a better .



IV

Na,
Kata orang, puisi adalah senjata
orang tidak tahu
kau seribu kali lebih berani
dari puisi.







27 September 2014

dinding dan catatan


Kiri atas : Somewhere in Perak. Dalam perjalanan ke rumah Ismi katanya.
Kanan atas : Ke pergunungan Uludag, Istanbul
Kiri tengah : Kad lukisan dari Venice.
Kanan tengah : Kad ucapan dari Mesir
Kiri bawah : Mak, Adik, Aku di Gunung Stong, Kelantan
Kanan bawah : Salinan puisi feveret, Katakan Padaku oleh A Latiff Mohidin.

dan kulat-kulat ternak. haha!







22 September 2014

06 September 2014

Dua Kata buat Renungan

Saya petik dari muka-muka awal Mukaddimah Ibnu Khaldun terjemahan Pustaka Al Kautsar,

I

" Sementara kerajaan dan kekuasaan merupakan pasar dunia. Kepadanyalah ilmu-ilmu dan keahlian didatangkan, di dalamnya hikmah-hikmah yang hilang dicari, dan kepadanyalah kenderaan-kenderaan riwayat dan berita dikendalikan. Sesuatu yang laku di sana, tentu akan laku di semua tempat.

Jika kerajaan menjauhkan diri dari sikap sewenang-wenang, kezaliman, kebodohan, sifat-sifat yang hina, dan menempuh jalan yang lurus, maka yang laku adalah emas yang murni dan perak yang bersih. Namun jika kerajaan bertindak secara pragmatis, berpihak kepada orang-orang dengki dan menjalinkan kerjasama dengan makelar-makelar kebatilan dan kesesatan, maka yang laku adalah sesuatu yang buruk dan palsu."


II

" Analogi dan peniruaan dalam kehidupan manusia adalah peristiwa alami yang sudah terkenal. Adalah sebuah kesalahan ketika anda menceritakan sejarah namun melupakan maksud dan tujuannya. Terkadang seseorang mendengar banyak sejarah orang terdahulu, namun ia tidak bisa menangkap adanya perubahan-perubahan keadaan. Ia memahaminya secara dangkal lalu menyamakannya dengan yang sudah ia saksikan. Padahal bisa jadi perbezaan antara keduanya sangat jauh sehingga ia terjerumus kepada kesalahan."



Untuk satu, tentang kekuasaan sebagai pasar yang menentukan nilai murah mahalnya barangan.

Untuk dua, tentang sejarah dan tujuannya, manusia dan helahnya.



03 September 2014

Nota Minggu Ke-2 Surgery

Jannatularif, Granada, 2012


Aku ingin tahu
apakah warna cahaya
bagaimana ia menghimpun semua
namun terlihat biasa.

Aku ingin tahu
apakah rahsia jiwa
bagaimana ia melerai rasa
namun masih bermakna.

27 August 2014

Salam Abdullah

kami pernah sama-sama muda
dan bercinta dengan dunia.


______________________________

Sale dah nak kahwin.
Cis.
Gembira.
Sedih jugak.

Sepanjang lima tahun di Jordan, Sale adalah kawan, sahabat yang...
entah, bes la. 

Semoga selamat semuanya, le.


Kami relakan kau pergi.
haha!


26 August 2014

Surgery



Sori, gambar sudut yang tak menyelerakan. Ni saya selongkar lecture notes lama, untuk cari semula nota Surgery tahun empat.

Tadi siang round dengan Dr Mohd Khammash, mengimbau kenangan round kali pertama masuk alam klinikal. Dr masih stylo dan baik. Tapi 'tak usah kau terangkan ku tahu', all the malignancies are coming!

Jadi, itulah. Saya merangkak semula dalam timbunan kertas, mencari nota Surgery. Rupanya, banyak lagi penemuan pelik (bagi saya). Puisi-puisi dan catatan lama pada muka belakang, pada bucu kertas, yang selalunya tiada kaitan langsung dengan nota, tapi tentu berkaitan langsung dengan apa yang saya rasa. Atau, nyaris-nyaris.





Ok. Yang last ni tipu. Bukan jumpa dalam timbunan, tapi dari 'catatan' dinding.

Moga-moga round Surgery kali ni berjalan lancar. 
Doktor manis-manis, kita pun seronok belajar. Ha


24 August 2014

Padamu Jua

PADAMU JUA
Amir Hamzah



           Habis kikis
           segala cintaku hilang terbang
           pulang kembali aku padamu
           seperti dahulu

           Kaulah kandil kemerlap
           pelita jendela di malam gelap
           melambai pulang perlahan
           sabar, setia selalu.

           Satu kekasihku
           aku manusia
           rindu rasa
           rindu rupa.

           Di mana engkau
           rupa tiada
           suara sayup
           hanya kata merangkai hati

           Engkau cemburu
           engkau ganas
           mangsa aku dalam cakarmu
           bertukar tangkap dengan lepas

           Nanar aku, gila sasar
           sayang berulang padamu jua
           engkau pelik menarik ingin
           serupa dara di balik tirai

           Kasihmu sunyi
           menunggu seorang diri
           lalu waktu - bukan giliranku
           mati hari - bukan kawanku...

           
       ____________________________________________

Rangkap feveret saya,

Engkau cemburu
engkau ganas
mangsa aku dalam cakarmu

bertukar tangkap dengan lepas



Setiap kali baca puisi ini, khususnya rangkap ini, lebih-lebih lagi pada kata 'tangkap-lepas, tangkap-lepas', saya akan teringat baris ayat, dari Ali Imran




(Ingatlah) pada hari (ketika) setiap jiwa mendapatkan (balasan) atas kebajikan yang telah dikerjakan dihadapkan kepadanya, (begitu juga balasan) atas kejahatan yang telah dia kerjakan. Dia berharap sekiranya ada jarak yang jauh antara dia dengan (hari) itu. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (siksa)-Nya. Allah Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. 


The Day every soul will find what it has done of good present [before it] and what it has done of evil, it will wish that between itself and that [evil] was a great distance. And Allah warns you of Himself, and Allah is Kind to [His] servants."


Gila. Macam mana ntah.
Tapi, macam tu lah.