09 December 2010

Perempuan dan Layang-Layang




Tambah gambar. Rembat dari blog Cikgu Nur. Tanpa izin. haha. 
Nama budak ni Ainul. Teka kat mana?


Pantai Remis!
( seolah-olah macam ada kesinambungan la. hah )





Ambil dari sini. 
Kiri kanan atas bawah tu tulisan mak menafsirkan sajak ini. ha

Perempuan dan Layang-Layang.

Ketika masih gadis sunti,
Sering ia berdiri di ambang jendela,
Kagum melihat layang-layang berwarna,
Menyanggah angin di angkasa,
Dimainkan rakan sebaya,
Di lembah hijau terbuka.

Ketika dewasa,
Dialah layang-layang itu,
Mengapung di angkasa,
Gerun memandang lembah,
Di sana berdiri teguh,
Seorang suami,
Mengendalikan talinya.


A.Wahab Ali - 1979


Baca semasa di Tanah Melayu tempoh hari. Entah, sangat terkesan. Lepas tu, tiba-tiba, di sini,  sesetengah orang ( ye, nampak macam ramai, tapi sebenarnya satu dua je terasa ) sibuk pula bicara kahwin. Padahal banyak lagi tertinggal tak terurus. 

"We, asal dua tiga hari ni aku asek dengar pasal kahwin r?"
"Sebab bapak virus dia ada kat atas!" merujuk kepada.....encik K.

Bantai gelak di tengah jalan.

Tapi, tertarik dengan satu komen dalam entri encik K, Sang Muroqib.

"Ajaibnya seorang wanita, dia boleh tinggalkan seluruh dunia dia untuk bersama dengan seorang lelaki. Tinggal keluarga, tinggal saudara, tinggal teman-teman yang paling rapat. Seorang wanita sanggup menjadi apa sahaja menurut kehendak suaminya.

Maka jadilah tanggungjawab seorang lelaki itu, apabila mengambil seorang wanita sebagai isteri, dialah berperanan untuk mengisi semua yang telah wanita itu tinggalkan."

 Oleh Anonymous Sejati. 


Sangat berkaitan rasanya dengan puisi A Wahab Ali tadi. Layang-layang tidaklah upaya menentukan halanya sendiri. Biar diterpa angin ganas, jika bijak kendalian di bawah, tentulah teguh pula perjuangan di atas. Dan layang-layang, tidaklah harus dibiarkan dihambat sunyi menggadai jiwa raga seorang diri. Tatkala taufan tiba melanda, layang-layang kadang perlu direhatkan sebelum terbang lagi menduga pawana.


Oh, kalau ada menganggap tulisan ini tandanya saya sudah mahu 'gatal-gatal', silaplah. ( Rest assured, mak.)
Tapi, tak logiklah kalau tak fikir langsung, tak merancang langsung. Kahwin. Cuma bukan prioriti.

 Dan saya percaya, mendidik anak bermula dengan mendidik ayahnya. Teringat di rumah Tanjong Karang, bila lepak-lepak dalam perpustakaan, belek buku-buku abah lama. 
Wah, abah baca buku ni?! Baca kitab tafsir ni?! Novel ni?!  Mak pun sama.
( Siap ada novel yang diconteng berdua lagi. Ala-ala ulasan bersama gitu. Yang ini sungguh bikin jeles. Saya bakal doktor, tapi takkan nanti nak tulis history patient sama-sama kot. haha )

Yang baik pada saya, kalau ada,  tentulah dari didikan dan tempias teladan mak abah. Yang buruk, tentulah dari kesengalan, kemalasan, dan ketidakpekaan diri sendiri.

Point entri ni sebenarnya ditujukan buat lelaki. Yang nanti akan jadi tunjang keluarga, pemimpin, suami, ayah anak perempuan, ayah anak lelaki. Ya, untuk lelaki. Untuk KITA. Dalam kadang kita memandang faktor-faktor luaran, 'eh, duit dah banyak sangat ni, ada 2,3 ribu JD, tak tau nak buat apa lagi', 'budak perempuan ni kalau aku ayat, dapat ni ( ayat member )',   'mak ayah dah bagi greenlight', kita tak harus juga lupa faktor dalaman. Faktor utama. Diri sendiri. 

Yalah. Contoh terdekat; saya. Macam manalah 'sampai hati' nak jaga anak orang kalau subuh pun rongak-rongak lagi, basuh baju pun kadang 'terlupa' tinggal dua hari sehari tak rinse, lepas masak pun 'terlupa' basuh periuk belanga, barang hilang pun tanya mak lagi ( sebab mak yang kemas ), study pun terumbang-ambing.

See?


Memanglah, kalau sungguh difikirkan ( tak perlu dalam ), umur-umur begini, seperti sahabat-sahabat Rasul, sultan-sultan, pejuang-pejuang empayar Islam, persoalan ini sudah lama dilangsaikan. Sudah gagah memimpin perang mengagungkan syiar Islam, sudah cekap mengatur pemerintahan.  

Yalah, tapi, bagi saya, yang ini pun masih membelenggu.
Usahkan mengatur pemerintahan, mengatur bilik sendiri pun terkapai-kapai.


Eh, lupa pula kan. Itu saya. Kalian, lelaki-lelaki matang tentulah tidak begitu. Kira saya tulis ini ditujukan hanya yang sebahtera saya laa. Tapi, mungkin ada juga yang kata, lepas kahwin, lagi cepat proses matang tu. Terpulang. Dipersilakan.

Lalu, yang memilih 'nanti dulu' bagaimana?
Persiapkan diri.
Biarlah berdikit-dikit.
Tinggalkan satu-satu sengal-sengal kita.
Belajar menerima tanggungjawab.
Belajar menerima 'percaya' dan membalas 'percaya'.
Lunaskan yang asas-asas.
Tambahkan yang berguna.


'Kurangkan mengeluh, banyakkan membina'.

Sampai bila mahu jadi kanak-kanak kan.

Untuk apa?
Kahwin??

Tak.Tak. Untuk jadi dewasa.
( dewasa yang berumahtangga lah )


Dari saya, yang sejujurnya, sesungguhnya, masih kanak-kanak.


Dah-dah. Habis.
Serius. Entah macam mana ending jadi begini pun tak tahu.
Haha.





________________________________________________________


Gadis Kecil


Pada yang tiba,
Dengan mata yang tak lagi sendu.
dengan hati yang seolahnya tiada ditimpa hiba.
Namun suara masih gemersik sayu,

Ia katakan,


        "Hati saya,
         kini sudah tidak mendaki,
         mana mungkin ia jatuh lagi.

         Dan lihatlah saudara,
         di kaki gunung ini,
         yang mengalir,
         nyata deras sekali"

Maka, biarlah si gadis kecil  itu,
Sampai nanti ada yang menemukan,
dan berkongsi dunia.

'Buat untuk kawan. Kisahnya, kawan saya itu melamar seorang wanita. dan wanita itu setuju, kemudian tidak, kemudian setuju, kemudian tidak. Maka tertulis lah bendalah kat atas ini.

dan bila saya kata 'lamaran', ia benar-benar satu lamaran. Bukan minta kapel.

Bukan 'sudikah awak menjadi kekasih saya?' tetapi ' sudikah awak menjadi isteri saya?'.

sabar ye kawan, kalau semuanya sempurna, bukan hidup namanya.
:)'

haha.


( tapi sebenarnya, takde kaitan laa. )

Untuk 'kau', aku doakan yang terbaik. 




_________________________________________________


31 comments:

Anonymous said...

ciut!

.: nia :. said...

utk mereka yg bergelar lelaki,

'You hold happiness for another person in your hands. Somewhere in this world, a girl is waiting to receive that happiness. So you have to make sure that girl gets the happiness you hold.'

persiapkanlah diri kalian..yg nnt akan jd tunjang keluarga, pemimpin, suami, ayah anak perempuan, ayah anak lelaki..berilah kegembiraan bukannya menambah kedukaan.. ^^,

Anonymous said...

jika ditadabbur ayat 1 surah an-Nisa. pasti semua lelaki jadi mengerti :)


dalam 'Kedudukan wanita dalam Islam' oleh Buya HAMKA:

"kalau wanita itu baik, baiklah negara. dan kalau mereka rosak, rosak pulalah negara. merkea adalah tiang; dan biasanya TIANG RUMAH TIDAKLAH BEGITU KELIHATAN. tetapi kalau rumah sudah condong periksalah tiangnya. tandanya tiannyalah yang lapuk. Ba'dhuhum auliaa-uba'dhin"

di halaman lain,

"Jelas sekali bahawasanya rumahtangga yang aman damai ialah gabungan antara tegapnya lelaki dan halusnya perempuan. lelaki mencari dan perempuan mengatur"



"maka apabila bertemu pimpinan LELAKI YANG SEJATI dan taat setia pada perempuan, timbullah mawaddah dan rahmah; cinta dan kasih"




sebenarnya tak ketahuan dan kurang mengerti tulisan kamu yang ini.


jalan baik-baik ya haniff.

Anonymous said...

entry menarik!!

N.I said...

ada satu artikel dalam majalah Muslimah, 'Memilih Ibu Untuk Si Anak'. sebenarnya, mendidik anak-anak mulanya seawal mencari pasangan lagi. samada lelaki mahupun perempuan. memilih isteri atau suami bukan sekadar untuk menjadi teman hidup sepanjang hayat, tetapi untuk menjadi pembimbing keluarga dan membentuk jiwa anak-anak juga. besar tanggungjawab tu. dan untuk itu, kita kena tahu kita sendiri sudah bersedia tau tidak. ye dak?

entri ni untuk perempuan pun ye jugak. :)

zikri said...

teringat plak smlm ade ustz ckp; kahwin ni tak payah ikut hukum n adat manusia..usia paling sesuai ialah pasangan saidina ali r.a dan saidatina fatimah r.a..

ukur iman di amal sendiri..ikut kemampuanlah ye..

aik bang, nak adek carikkan en...hik3

ahmad alkhani said...

sumpah...aku bce full ko nye post ni

jgn gatai2 yea..hehe

kepalakotak said...

selepas baca ni, saya rasa saya jatuh hati dengan awak. <3

Aeman said...

cuba utk fhm sajak atas.

tepianmuara said...

>Anonymous
Cuit!





>Farhana

berilah kegembiraan bukannya menambah kedukaan.

lelaki perempuan sekalilah.

trimas.




> i doubt, can you ever be anonymous??

juga dari Buya HAMKA, dalam Lembaga Hidup,

'Perempuan dijadikan kepala dalam rumahtangga. Untuk menjadi ibu, pendidik, dan pengasuh yang utama. Perempuan adalah "per-empu-an". Empu ertinya ibu atau peribuan, perkumpulan daripada suami dan anak-anaknya. Lelaki berusaha, perempuan mengatur. Dengan itu tercapai keseimbangan hidup."


Sebenarnya bukan tidak tahu, tidak mengerti. Bahkan...


Alhamdulillah, jalan ini, ramai yang mahu menunjukpimpinkan. Alhamdulillah.

Oh ya, tuan. Nanti kalau buat majlis, jemput saya dan rakan-rakan ya!



>Anonymous
kalau ya, Alhamdulillah.
(dengan segenap pengertiannya)


>Nisha.
err, kena panggil akak ya nih?

yup. untuk anak-anak juga.

"kita kena tahu kita sendiri sudah bersedia tau tidak"
which, in my case, sangat-sangatlah belum.

=)





>hanisku zikri

abang suka yang ini,
"ukur iman di amal sendiri"
Yeah!

ala, abang main2 je. kalau ye pun nak carik, tunggu 6,7 tahun lagi.

selamat ya di sana, dik.




>budak adab.
aku gatal dengan ko je, moja.

haha!

geli.





>kepalakotak

Saya dah lama jatuh hati dengan awak, awak tahu.
Sejak nampak awak berdoa dalam dom waktu hujan lebat tu.
Awak, awak tak ingat kan?
Tapi, awak dah berubah. Saya tak kenal awak sekarang.


HAHA!
amek ko amin.Sihat tak ni? Takpe, budak medik, faham je.

tepianmuara said...

>najwa aiman.

fes tyme anda di sini.

sajak atas tu memang bes.

maksud, sebenar-benar, kena tanya penulis kot. kita mungkin hanya dapat membaca satu dua lapis.

Itupun, rasanya, sudah cukup.

N.I said...

kenapa kena panggil akak?

haha. (tak nak mengaku tua). yela dik, akak pun akak la. tak kesah. :)

Anonymous said...

tertekan malam exam.
tak tahu nak menerewang mana, padahal banyak lagi tak baca.

nice one.

Anonymous said...

Sajak layang-layang. Memang tepat. Macam seronok, macam dah lengkap hidupnya.

Tapi sekarang (walaupun masih belum dewasa), hm, tak tahu nak kata apa.



Tak menanti sebarang tali mahupun pengendali. Takut kedua-duanya lari.

-kelawar

tepianmuara said...

>nisha
baguss.

ha.




>Rai.
"Kau, tak habis study?!
poyolah.."

(spesies skorer memang selalu kena diskriminasi camni. sabarkan jelah)






>kelawar
Satu hari, tentu tentu ada yang cukup besar jiwanya bersedia untuk 'kau'.
sooner, we hope.

belum-belum dah buat nada camtu, eleh.

selamatlah ya.

Anon said...

nice entry...

tp x terpikir lg nak tmtkan zaman bujang....or maybe x rase diri ni bersedia nak trima insan lain dlm hidup....

=)

Anonymous said...

bagus2
nasihati kelawar tu,
'si kecil' yang perlu selalu dipujuk
entah kenapa. pernah merajuk kah?
sabar,
moga Allah tunjukkan jalan

tepianmuara said...

>danradzz

ala, muda lagi. kutip ilmu banyak-banyak.





>anonymous

dia tak perlu nasihat pun, dia lebih tahu.

cuma yalah, kita manusia ni, tahu tak mesti faham, faham tak mesti mahu faham.

u just need to be there, i supposed.
moga Allah tunjukkan jalan untuk kita semua.

nurdia said...

amboi... sempat papar gambar ainul mardiah anak buah ku... ambil ler...

dalam hidup kita harus punya perancangan... bila perkata tu kan terlaksana... hanya Allah yang Maha mengetahui... siapa ler kita utk mempertikaikan....

kita hanya insan kerdil yg menumpang dimuka bumi... yg ader tanggungjawab yg perlu kita laksanakan dengan penuh keikhlasan dan istiqamah...

best sajak tu.... leh tak cikgu ambil.... nak post kat blog or fb...

nurdia said...

*Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya.. *-John Petitsenn

pakurawan said...

bapak virus yang bahaya. kah3!


sengaja aku komen luar topik.

:D

Aswadsky said...

I think I'll just appreciate the fact you acknowledge your wife's sacrifice for you-bravo!

Nurul Afiqah Fuzai said...

"Saya bakal doktor, tapi takkan nanti nak tulis history patient sama-sama kot. haha )"

Adakah ini bermakna calon anda juga seorang bakal doktor?

Wah~

kami said...

like comment pikah....

Adakah ini bermakna calon anda juga seorang bakal doktor?

whoaaa!

tepianmuara said...

>nurdia
=)

google 'layang-layang', jumpa gambar ni. mukanya ada iras-iras cikgu.ha

yup, setuju. dan kita tak hidup seorang. sekecil-kecil perkara pada kita boleh jadi sebesar-besar sentuhan buat yang lain. yang mungkin mengubah hidupnya.

selamat mengajar, semoga segala ujian sepanjang itu membuah senyum,dari tabah dan sabar yang diusahakan.

silalah.ambil sajak tu dalam satu antologi sajak kat umah. kalau nak pinjam buku sekali pun, dialukan.

kata2 tu sanagt bes.





>hazen

kalau dia perempuan, agak2 kita nak lamar dia tak???
haha!!

(jawab komen pun luar topik)





>aswadsky
oh, bos datang sini?
entah apa2 je saya tulis.

hargai mak juga sebenarnya. membahagi waktu, menjadi isteri dan ibu.

>Afiqah dan 'korang'
Amboi.


ok gak kot. agak2 junior 5-6 tahun.
ha~

ainshams said...

bley jek nk 'handle' history same2, klu dpt same rotation & same hosp la..=P
wish u luck then.
ungkapkan ucapan terima kasih & sayang buat ibu kandung terlebih dahulu sblm mengungkapkan kata-kata cinta buat isteri.

tepianmuara said...

Eh, akak. terharu akak singgah

(padahal tak kenal. Tapi akak kira legend la. Orang lama.)


haha. Takdepun sebenarnya, tak kisahla apa-apa profesion pun.

Ayat last tu. Yup, seribu kali tentu. Malah hampir seluruh entri ini terilham dari ibu.

Nurul Afiqah Fuzai said...

kot ye junior 5-6 taun.
entah-entah sebaya?

eh3?

tepianmuara said...

>afiqah


"Abang Imrannn, tengok dia niii"

fergh, ngadu.

haha!

kelawar hijau mutated said...

hai

kembali membaca entri ini;
dengan keluhan panjang

tepianmuara said...

haha.

selamattttt