05 December 2010

Untuk Mak Abah




Salam.


Exam dua hari setel. . Genetics lulus, alhamdulillah. (ha). Markah Pathology tak tahu lagi, harap-harapnya 'tak membarah' lah.


Sepatutnya, ini tulis semalam. Tertangguh sehari.
Hmm, sebenarnya tak tahu mahu mula bagaimana.

Baiklah.
Saya mahu ucapkan "Selamat Hari Lahir" buat kedua ibu ayah saya.
Missinon Haji Ahmad Damanhuri pada 5 Disember 
dan Mohd Nahrawi bin Yusof, 20 November yang lepas.
Saya jamakkan jelah.

Semoga bertambah taqwa, bertambah bahagia.
(heh. macam pelik lak cakap camni ngan mak abah)

Tak pula wish depan-depan, segan. Tak lupa, buat-buat lupa. Padahal, semalam dah call pun, tahu je mak menanti-nanti....tapi saya biarkan sahaja mak ternanti-nanti, sehingga hari ini. eceh.

Sambut-sambut birthday ni bukanlah tradisi sangat dalam famili. Tapi, bila dah jauh-jauh ni, rasa nak memeriahkan jugalah kan.

Ok. Terasa bahasa terabur-terabur, ni mesti side effect bantai berpaket-paket kopi Radix dua hari berturut.



Teringat dulu, masa dalam kereta, dalam perjalanan ke Taman Negara kalau tak silap, kami pasang lagu Sudirman. Oh ya, satu famili minat Sudirman. Mak Abah di depan. Kami bertiga muat-muat di belakang. 

Keluarlah lagu Ayah dan Ibu. Semua feeling dah semacam je.
Hamim, yang terkenal paling penyayang, berbisik, "Jom kita nyanyi sama-sama. Untuk mak abah."
Hanis, menurut, "Ok..ok...jom-jom"
Oh! Berdua pandang saya.
"Ish, takpelah, tak naklah...lain kali lain kali jelah". Si sulung menggunakan kuasa veto.
Muka masa tu dah merah padam 'blushing'. Darah penuh di kepala.

Entah kenapa saya tak setuju. Malu kot. Cis.
Atau saya rasakan begitu lebih indah. Silence. 
Tapi semua faham, semua merasakan, semua mengertikan.
Love in the air. eceh!

( dan saya rasa mak abah dengar je 'bisik' kami di belakang...alah, kereta bertutup rapat, masakan tidak )






Teringat masa 'badalan' raya hari tu.
Saya katakan pada mak,
 "Alaa..macam mane abang nak mintak maaf nii. Lepas ni nak buat banyak salah lagii."
Mak gelak. Kami gelak. Lepas tu mak senyum. Lalu menghadiahkan pandangan 'itu'.
Tapi tiada jawapan.

Peluk cium.








Abah posing kat depan rumah, bawah pokok pelam tepi buaian. hah.
Tak tahu la kalian, tapi saya lihat gambar ni, ada gaya Cikgu Bahasa Melayu la.
Dengan cermin mata tersisip begitu. Ha.

Dengan lelaki, saya selalu percaya, bahasa mereka bukan kata-kata.




Masa kami sekeluarga pergi kenduri kahwin. 
Ha, mak abah dulu nikah takde sanding-sanding tau.

Sandingkan kat sini jela. aha.
Terbayang pula mak abah dua puluh tahun lepas.

(Nidzam, betullah kau...mak aku stylo!)
Trimas 'akhi' Shafiq tolong sarungkan.=)



Tadi ada orang ( Hatake?Hakisha? ) mention 'mussel'. Terus teringat yang ini.
Sepulangnya dari KLIA menghantar Hanis, kami singgah di Pantai Remis.
Menikmati 'mussel' paprik sepinggan besarrr, air laut surut, bayu masin pantai, mentari terbenam perlahan. 
Combo. Bukan sebarang tempat ada.

..dan mak yang buat-buat gagah ditinggalkan anak perempuannya seorang.

Menelefon Hanis yang sudah tiba di Dubai.

Dan saya kini di sini.






Meninggalkan mereka bertiga. Eceh!

_________________________________________





Mungkin orang mengatakan,

"Tanah Melayu,
dengan segala indah pantainya, debur ombaknya, lembut bayunya, titis hujannya..

kan menanti.
untuk menyambut anak muda pulang dari perantauan."

( lupa. nak quote, dah takde. takpelah )



Tapi...


Tidak. Tidak. Bukan itu cinta saya yang utama sebenarnya.


Cinta saya pada Tanah Melayu kerana ia bumi  berpijak ibu bapa saya.



___________________________________

Untuk adik-adik Az-Zikr, 
Hanis, Hamim.
 (haha, jangan marah ya kawan-kawan (adik beradik juga) akademi saya guna ini. )

Inilah wajah-wajah yang menghabiskan berdekad usia mendidikbesarkan kita
Yang memberi sejak mula.
Sedaya ada tanpa pernah berkira.

Maka, selayaknya, buat mak dan abah, 
 cinta kita dengan segenap lapis jiwa.



Ingatkan abang tika lupa ya?



___________________________

Untuk kita semua.



Dalam Lembaga Hidup tulisan Buya Hamka, disebutkan satu hadith,

"Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka. 
Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu."

( Diriwayatkan oleh Bukhari)



Tentu ibu ayah kita telah memberikan yang terbaik kan selama ini.

Moga kita pula, sebagai anak, menjadi 'hadiah' yang terbaik.

di dunia.

dan utamanya,

di akhirat.


Amin.


____________________________


Menulis untuk senyum yang tersayang.



13 comments:

pakurawan said...

Kami bertiga muat-muat di belakang.

ah terus ingat peristiwa yang sama kami 3 beradik.

er kira sarong tangan tu aku 'hadiah'kan sempena hari jadi mak kau la.

:D

Anonymous said...

gaya cikgu BM.
haha.ntah mane cirinya aku blur..

stail2.boleh nangis mak ko.
eceh.
selamat2lah semua,terutama untuk ummi mu itu.

-ke-

Anonymous said...

masih hangat terasa senyum dan peluk seorang ibu di tempat keramat itu. tempat yang 'memisahkan' si ibu dari anaknya.

salam hormat buat Puan Ainon dan ayahnya Haniff :)

bilamana bahasa lelaki bukan kata-kata. sering juga perempuan melihat dengan hatinya. saat si anak selalu segan-segan mahu menzahirkan cinta, tentu si ibu telah dulu merasa segenap kasihnya.

sifat Tuhan itu bukan saja cinta malah adil kan?



oh, nasib baik radix -_-"

Anonymous said...

Hatake???? Ceh! Ingat senang-senang je ke aku dapat nama Hakisha Farisha tu? Chait!

Semalam berborak-borak dengan sorang kawan. Cerita ayahnya tiba-tiba dapat heart attack, disebabkan kandungan kolestrol badan yang tinggi, sangat. Padahal ayahnya kurung meleding je pun.

Jadi kawan yang seorang lagi syorkan, bila umur ibu bapa kita dah 40 dan ke atas, kita perlu selalu ingatkan mereka buat checkup.

Setakat suruh buat checkup je lah, tu la kasih sayang yang mampu diberi oleh anak yang doktor-to-be. Konon dulu membayangkan balik kampung buat free checkup untuk satu femili. Entah sempat ke tidak pulang berbakti. Sigh

Anonymous said...

Satu lagi. Baru tahu, mussle bila dirujuk kamus Indon, bererti remis. Patutlah Pantai Remis!

Anon said...

u r s0 lucky to have her as your mum...

she's a nice person n care 'bout people ar0und her very much...

wish her a hepy birthday n may Allah bless her...insyaAllah..^_^

Anonymous said...

aku tak tahu kenapa, tapi mata aku yang sense.

gambar pertama mak kau, nampak ada iras mantan bonda pengetua sambest. ha

tepianmuara said...

>hazen
ahaaa.

selamat menjadi abang.

aku wakilkan cakap terima kasihlah.






>ke

haha. tulah. aku pun tak tau.

terima kasih.



>Anonymous
hmm..

sehingga bahasa yang dianggap dalam, sedang mungkin tidak.

ok. saya kontang bahasa.


......







>ShaSha (haha!)

wah. memang perlu diambil perhatian.trimas


Pantai Remis memang legend!




>danradzz
Alhamdulillah. alhamdulillah.

fergh, memang betullah.
(makin tertanya siapa nh sebenarnya)





>raihana

yelah...kau perempuan kan?

tau kan suami pengetua dua pupu mak aku. kalau pengetua ngan mak bersembang...fuh..
kita tegur pun tak pandang.

ok. ezajeret...

(sorila mak. hehe)

Anonymous said...

Iye?aku tak tahu..(kalau tahu, tiap kali aku kena denda boleh aku mintak kau tolong)

Itu yg dipanggil khusyu' dlm setiap perbuatan,keh2

tepianmuara said...

>raihana

cis.

takde bias codon kat sini ye. tak pernah pun.

khusyu'?aku anggukkan jelah.

ha.

zikri said...

hmm..dlm kereta.di situ juga kami menghabisknn masa membesarkn pndgn hidup.yelah,pntg cuti..mak abah pastikn kami belajar silibus khas yakni DIDIKAN ALAM..so ade je destinasi jln2..

abg,thanx for being there..(erm,almost be here)
huh.

nurdia said...

selamat hari lahir kak non n cikgu nahrawi....

siapa lah kita tanpa kedua ibu dan bapa.... kadang2 mereka bukan meminta wang dari kita... sekadar perhatian pun cukup bermakna... gunakan kesempatan yg ader sebelum mereka menutup mata...

tepianmuara said...

>hanis zikri.

Alhamdulillah.
kadang-kadang 'buah didikan' tu baru terasa manisnya sekarang.setelah lebih dahulu belajar memandang mungkin.

hah. tak boleh dimanjakan sangat budak-budak zaman sekarang nii.
(ada tetamu tyme tu)




>cikgu nur

Allah.

saling sayang. saling mendoakan. bagaimanapun nanti perpisahan, moga bertemu semula. pertemuan yang lebih bermakna.

sungguh, siapalah kita tanpa ibu bapa.

sungguh.