14 February 2011

Madinah Az Zahra, bukan puisi cinta.











Cherry blossom. Sama namun membawa kisah berbeza.



Apa kau ingat tu tongkat sakti?? haha





Taj Mahal,
sedari kecil agungnya dikisahkan.
Hari ini, kita saksikan sendiri,
Madinah Az Zahra,
berkongsi jalur yang sama.
Dan sepanjang kemanusiaan,
entah berapa yang terbina
untuknya perempuan.

...........
...........
...........
...........
...........
Dan sepanjang kemanusiaan,
entah berapa yang musnah
kerananya perempuan.

Teman,
di Cordova,
wajahmu terbias duka.
Saat sama,
walau seribu kali berulang,
takkan pernah bisa aku senyumkan.

Seperti bicaramu teman,
'Cinta dan perempuan'.
Telah cukup kita lalu untuk tahu,
setelah itu,
tentang mengapa,
tak perlu lagi kita lanjutkan.


Redup cahaya mentari,
deru merdu semilir pawana,
hijau tua hikmah pohonan pain,
hijau tunas muda saujana rerumputan,
kuning bungaan kecil menghiasnya,
biru muda langit cermin ketenangan,
dan putih mulus lagenda cherry blossom. 




Adalah ciptaan Tuhan,
tiada tertanding binaan manusia,
menjadi lagu,
nyanyian suara alam.
menjadi warna,
lukisan wajah alam.

Biarlah mereka menjadi saksi,
adalah hari ini,
untuk kita kenang, dan abadikan,
'Lelaki dan persahabatan'.




___________________________________________


Aku tak rancang pun untuk ini,
Aku tak niat pun untuk ini,
Aku bukanlah nak pun ini,
It just decides to be born.
Takkan aku nak biarkan terbuang tak bernama yatim piatu kan.
Jadi, harapnya, kau tak terharu. haha.

=)

Apa-apa pun, selamat hari lahir. Walau tak sepertinya, anggaplah ini satu hadiah ya.

Hari ini dalam sejarah. Pertama kali tulis puisi untuk lelaki!

.....ha, pasal perempuan. Dari awal kembara sampai hari ini, ramai pula pak-pak arab yang kita (dan aku) jumpa bersungguh berminat mengambil perempuan melayu sebagai isteri. Beruntunglah kita lelaki melayu! hahahalal.

14 comments:

pakurawan said...

jangan macam ni.

menangis aku kang!

terima kasih la hanip. cukup indah.

terlalu.






tak rasa bertuah, aku rasa tercabar. haha!

tepianmuara said...

kat luar, macam biasa, buat tak tahu k.


tercabar?
aku mengalah awal-awal.

kakashi said...

Nak gelak boleh? *tahan napas*

tepianmuara said...

>kakashi

suka hati.

lalalalala

kakashi said...

kensel ah. nanti sadis dendam. hahaha

Ain Mardhiah said...

salam.
ada dapat tak email akak baru-baru nih?

tepianmuara said...

>kakashi
pandai pun. hah




>Kak Ainul
err, tak dapat la plak kak.
whitefin_91@yahoo.com

tepianmuara said...

oh!


>Kak Ainul.

ok.

ada rupanya. ( tulah, carik pakai mulut, tak pakai mata, patutlah tak jumpa )

segan.

kena buat mesyuarat tingkap dulu nampaknya.

hah.

Anonymous said...

selama ni sajak tepianmuara untuk perempuan?

gotcha!

tepianmuara said...

tentang lelaki, ada.
tentang perempuan, ada
tentang diri, alam dan Tuhan, banyak.

untuk perempuan, ada 4. ( dua darinya orang order, kita kenalah raikan kan )
untuk lelaki, ini yang pertama.

ok tak penjelasan ni?

QURRATULAIN said...
This comment has been removed by the author.
QURRATULAIN said...

titt..!
tekan butang like utk puisi nh!
=)

Nur said...

Salams,

I don't appreciate this place, in fact, I hate it. I could not comprehend why we went there, it was just a ruined castle, with red stones and nothing else that interest me. I am never an archeologist nor a historian.

On the contrary, my dad loved it. Love its design, its landscape, its vastness and its beauty.

However, after knowing its history, I feel a little a bit ashamed for not at least trying to like it. Well, your post and your friends' posts have contributed to the fact that this tragic place indeed needs more than a little attentions, it needs well-deserved respect and reverence, from me anyway.

tepianmuara said...

=)

Itulah.
Tak kenal maka tak cinta kan.

Saya tiba di sini setelah melawat Al Hambra. Memanglah berbeza. Al Hambra terpelihara baik. Di sini hanya tinggalan bata yang hampir sudah tidak berupa.

Namun bila dilihat sejarahnya, saya hampir sangat yakin, tempat ini pada zaman gemilangnya, adalah lebih indah dari Al Hambra.

Duduk menghadap tinggalan runtuhan masjid, langit biru tanpa tiang , saujana rumput, dan siulan angin, saya menyimpulkan sesuatu,

'Binaan manusia,
walau bagaimana gahnya, takkan mampu menandingi binaan Tuhan.'

binaan Tuhan lebih kekal (walau di dunia fana ini) dan lebih menakjubkan. Cuma ia terlalu dekat hingga kadang tak 'terlihat'.

dalam kekaguman kita pada sesuatu selalunya tersirat kekaguman lebih besar.

=)