05 March 2011

Darling Bud of May?

Set masa. Ok. 10 minit. 10 minit untuk tulis ni.

Jordan sudah mahu masuk musim bunga. Siang sudah agak panas, malam masih sejuk. Sedikit sedih, kerana I love winter the most

Kita lihat gambar dahululah ya!






Begitulah antara hikmah kembara kan. 
Agar menghargai yang ada di tempat sendiri.



Saya paling suka gambar second last.



Gambar diambil di Qariah As Sorih, pada kunjungan sama.



Nama pokok ni kalau ikut tourguide lebih bertauliah, ialah cherry blossom.
Ada mirip-mirip sakura kan?
err, bukan saya pernah lihat sakura pun.
Orang arab panggil pokok luz.

Katanya, selepas sebulan dari sekarang, ada bahagian bunganya yang boleh dimakan. Sangat sedap (sekali lagi; 'katanya'.)
(kalau salah, maknanya dia menipu, atau saya yang salah faham. haha)


Tengok bunga-bunga ni saya automatik teringat Hanis. Menggelarkan dirinya 'darling bud of May'. hah.
Sekarang belum May lagi, tapi...kira halallah.

Now for Hanis.

Hanis sekarang di Tanjong Karang buat apa ya?
Pagi-pagi basuh baju, jemur kain, tunggu Zuhairah, Zafran, Zulaikha, Zahiruddin datang.
Main-main dengan Yaya dekat buaian depan rumah bawah pokok pelam.
Belajar masak. Tonton tv. Membaca?
Dan ya, tak langsung, tunggu orang masuk meminang. Haha.

Mesti boring kan kan kan???



Abang kat sini dapat belajar, jumpa lecturer, dapat tidur (dengan selesa tak sedar diri) dalam kuliah.
Dan lusa abang ada exam. Boleh tahan gak material dia.
Tapi makan tetap ok je.
'Study nombor satu, tapi makan bukan nombor dua kan'? hah

Mesti Hanis jeles kan kan kan???

Oh, takde point sebenarnya. Cuma, cukuplah abang katakan, abang rindu kalian berempat.
Hanis paling kurang la, sebab kita kan dah jumpa di Mesir, siap naik cruise lagi ( yang Hanis belanja )

Kalian tak rindu abang ke? Ok. Ngada.


_______________________________________

Err..nampaknya kena tambah lagi 10 minit.

Oh ya, tentang entri 'rajuk' tempoh hari.
Saya sebenarnya publish entri tu setelah beberapa hari menuliskannya. Dan sangat berat hati untuk publish sebenarnya. Sebab, ya lah kan, seolah kita membuka seluasnya seluruh jendela hati kita untuk dilihat orang.
Segan, kerna sudah pastilah terlihat cacat celanya.
Pada mereka yang benar-benar membaca.

Tapi, saya selalu memikirkan, yang kemudiannya jadi alasan utama saya memutuskan;
Tulisan itu, mungkin hanya 'disampaikan' kepada saya, sebagai hadiah untuk yang benar-benar layak menerima.
Siapa?
Kalianlah sebagai pembaca.

Dan apapun, moga taqwa, menjadi landasan kita. Penulis dan pembaca.
Biarlah ada, meski mungkin sedikit.


Rajuk hati itu sudah terhenti.
Ia membuka pintu dengan seulas senyum.
Rupanya, penawarnya kali ini ialah dengan mengetuk pintunya beramai-ramai.

Dan itu buat saya tersedar, di sini, saya dikelilingi orang-orang yang 'cantik' hatinya.
Sentiasa mahu membantu.
Sentiasa bercahaya.
Memikirkan ini, hilang risau saya.
Senyum.

Juga faktor masa.
Terkadang saya rasa, saya expect too much from this wrenched heart of mine.
Mungkin dia memang perlukan masa.
Menyuruh saya muhasabah.
Dan memandu saya kepada jawapan.

Alhamdulillah.
____________________________________________

Semalam saya menghadiri kuliah bulan, melawat Istana Poh, pagi ini saya bersarapan sejalur cahaya, dan baru sebentar tadi saya ke Al Hambra.

Indah.

Makanya, harus hati-hati.

Kerana kadang ( seperti di Madinah Az Zahra ),
ada racun berbisa di sebalik harum indah kuntuman bunga.

Racun, yang sedar atau tidak sedar,
  diletak diri saya  sendiri.


_________________________________________

Ok. Tepat. Gerak dulu!

Mohon doakan saya ya untuk exam!
dan untuk seluruh peperiksaan dan ujian, sepanjang jalan hidup saya.

Terima kasih.

Senyum.





18 comments:

Anonymous said...

oh, canteknye bunga-bunga tu! :D rase macam nak spend masa kejap, dan diri diam2 kat tepi pokok cherry blossom tuh. kamu pakai kamera ape ye? gambar cantek. :D

akak suke entri Rajuk kamu tuh, Haniff. :)

dan oh ye, part kamu bercakap dengan adik2 tuh... buat akak rindu kat adik2 akak jugak. sobs. T_T bile lah nak cuti panjang nih. T_T

oh, meng-emo pulak kat ruangan komen kamu. :D

Princess Nahdi said...

nice pic! tapi stakat ni xnampak lagi bunga2 mcm ni kat kawasan hijazi ni.. :), itulah kelebihannya blajar di JUST, boleh hayati ciptaan Allah lebih dari kami (masa dlm coaster)..

INTAN said...

bukan mirip-mirip sakura tapi cherry blossom tu memang sakura pun..

tapi part boleh makan tu akak xsure..mungkin, sebab cherry kan~

btw, thanx untuk rajuk tu. terkesan~

Anonymous said...

selamat belajar, haniff.

=>

Nuha Muneerah Abd Hakim said...

:)

bagi senyum je. aci tak? selamat untuk exam, kamu!

Akhyar said...

gud lak exzeng lah abangnye.

huak!

kakashi said...

Munurut abang wiki, a cherry blossom is ..... known as Sakura. rujukannya di sini

Nak tangkap gambar juga, boleh jadi calon Salam Perantauan. Hehe

Dan boleh cuba telan =D

|nurhidayah| said...

ah

sukenye entri nih.maybe bcoz of dat flower.

bkn ke bunga sakura tuh cherry blossom?

zikri said...

ni darling bud of May nak ckp.
jeles tu half part jew. duk sini dpt ngadap muka mak abah. pahala free gitu.ke abg yg jeles sebenanye~ lalala.
haa.org kat sini boleh je masuk meminang utk abg..nak ke..
(tgh angkat kening ni)hahaha.

Anonymous said...

ala, selalunya I will be among the first to comment.

Huh, ma minal qalbi dakhala al-qalb kan? *betul ke tak aku tulis, dah teroxidised da bahasa arab aku. Plus, you are a good writer haniff. I am the witness (amongst la) of the expansion of your superfluous aesthetic creative talent :)

Ok, seriously macam bunga sakura.

NidzamYatimiRamli said...

10 min + 10 min... 20 min utk post yg cukup style...kalau tambah lagi 10 min?? haaha..

gamba kali ni beso2 kan...macho2

selamat menempuhi jalan juang yang panjang ye bro... cari dan tadahlah mutiara ilmu di sana sebanyaknya agar balik kang boleh kongsi ngan aku..he..salam

Shakeena said...

jawab exam betul2 anip.maaf aku selalu abaikan fon aku skrg.haish.susakan kau je.aku sihat sni.jgn risau.kau tu jaga diri nip :)

tepianmuara said...

Rossarina,
Memang sangat-sangat cantik.
Kan kan kan.

Pakai kamera handset, Nokia X2.=)

Moga darinya ada kebaikan buat saya, akak, dan semua.

Adik? memang sangat rindu adik-adik. Tapi bila jauh la. Bila dah dekat buat tak berapa nak layan, enjoy the silence..ha

That's ur specialty. Ratu drama kan. lalala.






Princess Nahdi,
Tula, kena gerak jalan-jalan sikit.
tempat ni pun bukannya betul2 di jalan utama irbid-JUST. kena masuk kampung sikit.

Ala, sekali-sekala lawatlah JUST tu. ataupun buat perjalanan pergi balik je. hah




Kak Intan,
Ooooo. asal tak bagitau awal-awal?
(ok. kami tak tanya).

Kalau tak boleh feeling lebih2 sikit mengingatkan buku Sakura Mengorak Kelopak, tulisan Arena Wati.

yup, begitulah. tengok nanti.

err. segan sebenarnya. yang baik, kalau ada, ambillah ya.



Anonymous,

=>

terima kasih, cekgu!!!



wardah, (takut dengan duri)
terima kasih.
selamat ya di mesir.



Akhyar,
Fuhh...
Keri, terima kasih la jadi orang pertama temankan aku kat taman bunga ni.

tak tau aku camne nak bunyikan 'huak' tu.
hah



Kakashi,
terima kasih ya.

salam perantauan.
tajuknya,
'Kami di Jordan, bukan Jepun'

hah.




nurhidayah,
=)


ya ya ya. Saya baru tahu. ish ish ish.



hanis,
that's the point.
sama2 jeles
hah

ok! malam ni abang bagi alamat. haha.




syazwan,
senyum-senyum.


lalalala.
lebih sangat tu wan.
kecik je aku kalau nak banding dengan kau.


kan kan.






Nidzam,
rindu ngan kau zam.
baik-baik teguh-teguh ya di sana!

sama-sama kita kongsi, insyaAllah.
wasalam.



Kina,
ha. glad to hear that.
ya ya ya.
asal bunyi sayu?
you both will be just fine.
senyum.

tepianmuara said...

Adik,




err..adik ni perempuan ya.
(macam soalan sengal. cuma kalau lelaki, ajak pergi sama2)

Teksi. sebab masuk kampung. dan mintak pakcik tu tunggu. saya kena haritu 6 JD.

kalau nak naik MPV boleh gak, ajak la ramai2 kawan.
dan tempah tu agak ke dalam sikit la, jadi jangan pergi sorang2.

ok?

adik said...

err..^^


baik, insyaAllah..

terima kasih..^^

Frodo Baggins said...

sakura ~ 2 minggu?


>>____<<

tepianmuara said...

>Frodo

lebih kurang la.
memang tak lama mana.

Shakeena said...

maneee ade sayuu lahh :PP
haha!
:)