09 March 2011

Pulang III


Seperti telah saya tuliskan di sini, perjalanan pulang kami dari Barca ke Amman sepatutnya melalui Mesir.
Namun disebabkan krisis @ revolusi yang semua sedia maklum, penerbangan Egypt Air kami tu dibatalkan.


Dengan pengurusan cekap pihak Egypt Air, penerbangan kami digantikan dengan Jordanian Air direct ke Amman pada waktu yang sama. 
Lega sungguh kami.
Duit sudahlah sipi-sipi sahaja di tangan.
Maggi ada lagilah dalam 5-6 bungkus.
Cuak gak la kalau tangguh lama-lama.


Masuk kapal terbang. Orang tak ramai. Buat macam kapal sendiri pula.
Ke hulu ke hilir tukar-tukar tempat.

Beralah, saya memilih tempat di sebelah kiri.

Penerbangan bermula jam kurang lebih jam 3 petang.
Dan seperti biasa, pemandangan sangat cantik.

paling suka yang ini.





Mengambil kesempatan 'berehat' menonton Legend of the Guardian dan Toys Story 3.
Yang kedua tu tak sempat khatam.

Kemudian kami merentasi laut.



Ha...sini

"Whoa, amazing, wonderful, terbaik. Hyperbola pula. Tapi memang sampai terus. "

( copy paste komen Kak Balqis )

Timing video ni rasanya sangat fit dengan sajak tu. Kalian bacakanlah.
Cuba sesuaikan 'tapi masih mengundang pertanyaan' tu pada part silau kat hujung video.
Well, that will lead to 'some' interpretation, which may be misleading. 
Tak tahu, yang itu kena tanya penulis.
Selamat mencuba! ha.





Oh, yang ini saya main bisik-bisik. hah.

Dalam video ni versi spontan, lepas tulis terus baca ( bisik ).
Sori terbalik. Pusing kepala atau pusing laptop la ye.
Dan sorilah, memang tak pandai sajak-sajak ni pun.


Saya edit semula rangkap pertama dan kedua, menjadi seperti yang tertera di bawah ni.


Shafaq-Mu merentang ufuk,
menyala buana langit,
Telah Kau gilirkan,
Mentari berangkat pulang.

Awanan biru hamparan terbentang,
laksana dataran luas tak berpenghuni,
namun sarat menyimpan,
ribuan rahsia kehidupan.

Kau hiaskan alam sebegini sempurna ya Tuhan,
dan betapa,
buat kami manusia,
Kau ciptakan mata,
Darinya,
keindahan mengalir ke muara hati,
untuk dilepaskan,
memperdalam lautan iman.



Teringat lagi semasa darjah tiga, atau empat, mak meminta saya dan Hanis membaca sajak. 
Dari buku teks Bahasa Melayu saya waktu itu. Sajak tentang Menara Condong Teluk Intan kalau tak silap.

Bantai sahajalah.

Saya cuba dulu. Kemudian Hanis.

Tahu mak kata apa?

"Abang tak ada bakat la. Hanis boleh. "
haha.

Mum, you are so true! =)






Kita tunggu Sadis punya pula!
Master keluar last-last ye dak.


5 comments:

pakurawan said...

kau jangan kau jangan

ada video aku, putus tunang!

tepianmuara said...

sadis,

ish kau ni,
kesian dak perempuan tuu..
tak pasal2.

(buat tak faham)

haha!

::alifdalmim:: said...

seronoknya berjalan..

Nur said...

Salams,

Sajak Menara Condong Teluk Intan?

Did we have that? In our BM syllabus?

tepianmuara said...

alifdalmim,
=)

alhamdulillah



Kak Nur,
ya ya ya.
begitulah seingat saya.

mungkin juga silap. kalau sebenarnya baca buku lain.