08 March 2011

rintik hujan, titis kenangan, wajah masa depan.

Beberapa hari mendung-mendung, tapi tak hujan-hujan...
sehinggalah pagi semalam.

Alhamdulillah.

Sangat teruja.
Mengenangkan hujan selepas ini ( biasanya ) akan jadi lebih jarang, saya memutuskan untuk 'turun padang' main hujan. Hah. Seperti yang selalu saya nikmati di Malaysia.

Pusing-pusing sekitar kawasan rumah.




Saya pun lupa bila saya develop habit main hujan.
Atau mungkin boleh saya katakan hobby. Hobby dari hubb, kecintaan. =)
Bukan sedari kecil pastinya. Mungkin semasa tingkatan tiga, cuti hujung minggu pulang dari asrama.

Saya ada beberapa memori dengan hujan.

Hujan lebat di gelanggang takraw sekolah sebelum prep petang.
Hujan awal pagi di Tanjong Karang.

Hujan malam akhir di Istanbul.
Hujan rintik angin kencang di Sevilla.
Hujan segan-segan Irbid yang sentiasa disambut gembira.

Yang terindah tentulah di Tanjong Karang.

Kalau hujan lebat sikit, dan tiada geluduk dan beledek ( petir dan guruh ), saya hampir pasti akan keluar rumah dan berjalan-jalan. Kalau nak pusing-pusing jauh sikit, naik basikal. Kalau nak lagi jauh, naik motor.
Experiencing rain.

Selalunya, bila saya pulang, dengan basah kuyup, dari pintu belakang, mak akan menyambut dengan tuala, menyuruh mandi.


" Ish, Abang ni, apela main hujan, demam nanti!"

I snapped playfully,

"Mak ni...Dah mak sebut demam, memanglah abang demam. Cuba mak cakap, 'mainlah hujan, nanti sihat', mesti abang jadi sihat!"

Mak terdiam.
Saya gelak-gelak, sengih-sengih.

Saya tahu, diam mak, sebahagiannya kerana,
"Ish, dia ni..dinasihat salah, tak dinasihat salah."

Dan sebahagian yang lain, kerana pengertian yang lebih dalam.
Diam mak, kerana tahu, kata si ibu kepada si anak, bisa saja jadi penawar paling mujarab, jua racun paling berbisa.

Memahaminya, setelah tergelaksengih, saya tersenyum.

Diam mak kerana sayang.

( Saya bukanlah memaksudkannya sebenar-benarnya, sengaja mengusik mak. Tentu sahaja sepanjang jalan hidup ini, saya perlukan nasihatnya! )

Apa istimewanya hujan??
Saya ada mencoret tentang ini ketika hujan pertama saya di Irbid tahun lalu, di sini


"Hujan dan Sudirman.
Hujan  dan kehidupan.
Hujan dan aliran ketenangan.
Hujan dan simbolik penyucian diri dari dosa silam.
Hujan dan keindahan anugerah Tuhan, bukti bagi tiap yang menyaksikan.
Hujan dan keagungan hisab Allah, tiada satu titis pun menimpa bumi melainkan dalam pengetahuan-Nya."




Cerah semula, langkah diteruskan.


Setiap kali main hujan ni, saya rasakan perkara yang hampir sama,

Alam menjadi sunyi.
Pandangan cerah.
Udara bersih.
Hawa dingin membaluti tubuh.

.

Bunyi hujan menjadi alunan suara alam paling indah.
Dan titis hujan;
Kadang halus, membelai mesra,
Kadang kasar, menampar sayang.
bergiliran tak putus menimpa wajah,
Hati berbisik,
"Inilah rahmat nikmat berkat,
dari Tuhan buat seluruh manusia, seluruh makhluk dunia"

Kita bersembang, mengomel, merayu.
dan dalam titis hujan, kita merasa diraikan,
merasa didengarkan sepenuh perhatian.

Setiapnya mengingatkan.
Setiapnya mengingatkan.

Mana mungkin alam dan kehidupan ini,
dengan aturan ukuran hujan,
pergantian siang malam,
kehidupan yang dipasang-pasangkan,
pohonan pelbagai hijau nyaman,
dijadikan tanpa Tuhan.

Allah.

Tenang.
Kerana dalam bersendirian, kita tetap tidak keseorangan.

Allah.




Saya terkesan banyak sungguh perihal hujan disebut dalam Al Quran.
Satu antaranya;



Allah lah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, dan Allah membentangkannya di langit menurut yang Dia kehendaki, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila dia menurunkannya kepada hamba-hamba-Nya yang Dia kehendaki tiba-tiba mereka bergembira.




Padahal sebelum hujan diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah berputus asa.

Maka perhatikanlah bekas-bekas dari rahmat Allah, bagaimana Allah menghidupkan bumi setelah mati (kering). Sungguh, itu bererti Dia pasti (berkuasa) menghidupkan yang telah mati. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.


Hujan, peringatan, wasilah azab kepada yang murka, lambang kuasa Tuhan.

Teringat sebelum ini, khatib beberapa minggu berturut-turut menyampaikan khutbah tentang hujan. Tentang maksiat. Tentang azab hukuman Allah. Kerana hujan turut lewat daripada biasa.


Hujan, harapan, kehidupan, perumpamaan dunia, perumpamaan kebangkitan, lambang kuasa Tuhan.


Harapnya sampai bial-bila saya akan 'komited' dengan hujan, biarpun saya tak tahu bagaimana wajah saya esok hari.  hah.


                                                                                                              

4 comments:

Iqin said...

kadang2 benda yang selalu ada, bila dah takde/jarang2 depan mata lagi tambah-tambah kita value.

Anonymous said...

Ha. maknanya salah satu perkara yang perlu dibuat sebelum aku fly, kalau kita sempat jumpa ialah main hujan!

Ok.

kena buat solat sunat istiqlal la macam tuh.

NidzamYatimiRamli said...

hujan dgn diri aku sekarang macam sedang bergaduh.

hujan je aku mengeluh.

sebab sekarang dah jadi rider kriss em 110cc.

dulu viva dan trajet.

tepianmuara said...

anon,

ish. tulis 'senyum' je boleh?

tak pandai la buat emoticon nii. ha




iqin,

setuju! setuju!





syazwan,

ha, bukan takat main hujan, kita turun mandi laut jom!
PD?

haaaa


Kak Nur,
lalalalalala


Nidzam,
Ooooooo,

rempit berjaya lah nampaknya.
hati-hati ya kawan!