14 March 2011

Merenung Alam





Senja Irbid. Untuk 'anon entri bawah'.





Kadang merenung alam,
jiwaku bertanya,
'mengapa aku sebegini cinta?'

Lalu terlintas,
bahawa,

Bulan memilih pencintanya.
Senja memilih pencintanya.
Bunga memilih pencintanya.
Hujan memilih pencintanya.

Dan manusia,
hanya membalas cinta.

Pabila rentetan pilihan itu tiba pada TUHAN,
aku...



diam lama




dan berdoa.

7 comments:

Anonymous said...

terima kasih,

sungguh-sungguh.
namun saya merasa tamak. seperti tak mahu yang lain membaca.

:)

-yang tidak suka bunga, harap bunga bisa jatuh cinta kepadanya-

Unknown said...

sangat lama.

Anonymous said...

betul lah.

warkahskrin said...

Aduhai.

Cair aku baca.
Ayat yang kau cipta.

Kemudian tertunduk muka.
Ayat kau menusuk jiwa.
Teguran tidak langsung buat aku.
Supaya sentiasa cinta itu.
Kepada Tuhan yang satu.

Anonymous said...

this is it.
this is it.

terima kasih sebab letak.

|nurhidayah| said...

memang benar manusia sekadar membalas cinta atau istilah yg lebih saya suka:manusia hanya menyalurkan cinta dan kasih syg,puncanya adalah Allah,punca segala cinta.

silapnya kita skrg bila terlalu mengharap kekalnya cinta manusia,atau terlalu bergantung pada cinta manusia,regardless it's from our parents,friends,husbands,wives and those surrounding us.

tatkala kita berharap,ketika itu kita akan kecewa.

bukan bermkna kita xboleh berharap,cuma biarlah pergantungan itu pada yg sepatutnya

tepianmuara said...

anon,

not mine to give.

bunga? belum masa mungkin?



hazen,
Allah.


anon,
=)


warkahskrin,
wah, abang dayat kita berpuisi di sini ya.
=)

moga-moga.
semua untuk Yang Satu.



anon,

haaa,
tapi kamera handset tak cukup power ..
tapi cukuplah untuk evoke memmories.


nurhidayah,
terima kasih untuk ini.

kerana cintalah alam ini masih 'berlangsung'.
kerana cinta jugalah alam ini akan menemui penghujung.

alam.
dan diri.