Venice
I
Pedang, jika diberikan pada pengumpul barangan lama, akan jadi perhiasan. Disimpan, dirapikan, agar karat kusam tidak bertamu.
Pedang, kalau diberikan pada anak kecil bisa melukakan mencederakan, walau tidak mengena pada sasaran.
Pedang di tangan sebenar pahlawan, kilatnya menimbul segan, kerana sekian diguna di muka peperangan menegak keadilan.
II
Begitu jua buku, dan pembacaan.
Kita anak kecil, berhasrat menjadi pahlawan...
bukan pengumpul barangan lama yang punya sejarah, kecilnya mengorbankan jiwa tak berdosa!
1 comment:
nice..;)
Post a Comment