Setiap orang seolah berada dalam perlumbaannya masing-masing.
Pelumbaan dengan diri sendiri.
Perlumbaan dengan masa.
Perlumbaan dengan pesaing lain.
Setiap orang seolahnya mengerah seluruh tenaga,
sedaya mampunya, sedaya mahunya.
Adatnya, yang terpantas akan sampai dahulu ke garisan penamat.
Yang terpantas akan menang,
dan mendapat habuan.
Nafsu, dunia, syaitan, manusia.
Menjadi unsur menggeluti perlumbaan.
Perlumbaan.
Adakah cubaan untuk mengetahui siapa terkehadapan dan siapa ketinggalan?
Atau medan meneroka sempadan upaya diri?
Ada orang ketagih dengan kemenangan dari perlumbaan.
Meninggalkan menjadi satu kepuasan.
Ada orang berputus asa di tengah jalan.
Berdiam sekadar memerhatikan.
Ada orang tidak mensasarkan menang.
Penyertaan baginya adalah bukti wujud dan meraikan.
Berapa pantas sebenarnya kita boleh bergerak?
Sedang tahu, nanti dalam 'perlumbaan' yang lain, akan ada yang
bergerak sepantas kilat, terbang bersayap, berlari, berjalan,
dan ada yang merangkak.
Dalam perjalanan dunia, perlumbaan sungguh tidak dapat dielakkan.
Dalam keriuhan, melihat yang lain meluru melepasi kita,
cubalah pastikan
di mana landasan,
di mana garis penamat kita.
untuk apa kita berlumba.
dan lebih penting,
untuk siapa.
Tiada siapa mahu salah berlumba.
4 comments:
dalam dan bermakna,
kadang terleka lari lari sampai terlupa perlumbaan sebenarnya nanti,bukan sekarang.
akan tiba nanti dimana tiada peduli siapa..hanya sibuk mengira bagaimana nasib diri sendiri..
dalam.
Terkesan.
Terkesan.
ainaa,
itulah. selalu lupa. selalu lupa.
anon,
ya, kecuali Nabi agung kita itu. kecuali baginda.
Selawat.
Wan,
mula2 aku ingat siapalah ni.
=)
alhamdulillah.
Post a Comment