dari sini
dari sini
Manusia, ribuan manusia bertawaf mengelilingi Kaabah. Puluhan ribu. Entahkan ratusan.
Kau melihat seorang tua bongkok beruban dalam keramaian, berjalan seorang tanpa gangguan.
Kau melihat seorang perempuan menggendong anaknya yang terlentuk lena.
Kau melihat seorang lelaki melindungi adiknya/isterinya dari rempuhan.
Kau melihat kanak-kanak di tepian riang berkejaran.
Kau melihat manusia pemurah membahagi kurma masak dan kurma muda.
Kau melihat manusia pemurah membahagi kurma masak dan kurma muda.
Kau melihat pakaian putih ihram, abaya hitam, seolah tiada perbezaan.
Kau melihat pejuang-pejuang hijau pekerja Masjidil Haram dengan tali merah itu, setia membersihkan.Kau melihat burung layang-layang sesekali terbang, lewat lincah kemudian hilang.
Kau melihat ramai berhiba memegang kiswah Kaabah, seolah mungkin ini kali terakhirnya di sini.
Kau melihat Hajarul Aswad direbutkan, manusia bertolakan. Kau terfikir, apa ia rela dikucup sedemikian?
Kau melihat 'trafik', agak lengang di Rukun Yamani, sesak semula di 'garisan niat' Hajarul Aswad.
Tawaf, di sini satu-satunya di dunia.
Kau terfikir, dengan 'pusingan' inilah tercipta kehidupan. Kitaran dan tenaga luar biasa. Setiap di alam bergerak, berubah. Pertukaran siang malam. Pergantian bulan mentari. Pusingan planet pada orbitnya. Pusingan usia manusia. Semuanya teratur. Diaturkan.
Sepertimana kita bermula, kita kan menemui akhirnya.
Dengan sepasang mata kau melihat, meminta hati benar memandang, merayu jiwa meneguhkan, bahawa di hadapanmu saat ini terbentang bukti agung;
'Alam dalam pelbagai ragamnya, beribadat kepada Tuhan.'
2 comments:
kalau cerita pasal haji atau umrah je,mesti pujian dilabuhkan oleh org arab dan bangsa2 lain,kata mereka,org malaysia paling tertib ketika haji,sekumpulan dan cantik tersusun.
Saya kadang2 bangga,kadang2 tertanya. Depa ni penakut kot,x berani jauh daripada kumpulan?
Jangan lupa masukkan nama abg dalam next trip pusing dunia.Nak juga try round dgn insan yg berjiwa hidup dan berhati kembang. Tapi trip yg very cheap,atau sponsored je la! :)
Oh, yakah?
Mungkin mereka, di akhir pujian itu, juga ingin mengucapkan ayat terakhir abang kat atas tu! hehe
eh, kat mana abang sekarang ni?lama tak dengar cerita. haaaa
=)
Post a Comment