09 October 2011

Widuri (Elok Bagai Rembulan, Indah Bagai Lukisan)


Di suatu senja di musim yang lalu
Ketika itu hujan rintik
Terpukau aku menatap wajahmu
Di remang cahaya sinar pelangi
Lalu engkau tersenyum
Ku menyesali diri
Tak tahu apakah erti senyummu

Widuri
Nyanyian asal : Bob Tutupoli


1. Terjumpa perkataan 'pedusa' dalam buku Ayahku, tulisan Hamka. Teringat sebuah buku lain, Bicara Pedusi. Ke laman DBP, 'bertanyakan' definisi, 'pedusi' bermaksud perempuan atau isteri. Terimbas semula bincang dengan rakan tempoh hari,

" Dia tanya, 'tak tahu ke maksudnya?'"
Aku buat-buat tahu jelah."

"Kalau aku teka, mesti aku cakap ada kaitan dengan dewa dewi Greek."

"Wei, tu Medusa laa! Dewi kepala banyak ular tuu."

Sama-sama gelak.




2. Alang-alang ke laman DBP, mencari makna satu perkataan minang, melarat pula rasa ingin tahu saya untuk perkataan-perkataan minang yang lain. Teruslah menyelongkar. Mencatit perkataan-perkataan jarang digunakan, juga pepatah petitih indah.

Contoh:

' hendak ucok dilawan damai, hendak perang giling peluru'
tidak menolak kehendak musuh atau lawan.

'tingkalak menghadap bukit, lukah menghadap hilir'
segala sesuatu mengikut adat kelazimannya.

'biasa disayak dibawa ke dulang, biasa di awak dibawa ke orang.'
mencela orang lain yang melakukan sesuatu yangg tidak baik, tetapi diri sendiri pun gemar melakukannya.

Indah dan bijak kan nenek moyang kita. Teringat tulisan Latif Mohidin dalam 'Catatan', pada fragmen 'Baca dan Baca itu Lain';



" Orang Eropah, orang Jepun membaca buku dalam gerak perjalanan harian - di dalam bas, di dalam kereta api. Kita di Nusantara 'membaca' juga dalam perjalanan hidup ini. Kita baca gerak keluarga (dari desa ke kota); kita baca gerak alam. Kita baca gerak nasib - takdir kita sendiri. "


Bagi saya, sekalian ribuan pepatah itu bukti hasil 'pembacaan' Nusantara.

Kemudian terjumpa ini, Kamus Pepatah, Bidalan, dan Perumpamaan susunan Ainon Mohd, dan Prof. Emiritus Dr Abdullah Hussain. Fuh, serasa mahu beli.




3. Penat-penat menyelusuri perkataan-perkataan Minang, saya terfikir untuk menjejak pula bahasa ibunda, bahasa Jawa. hah. 'Page' bertukar 'page', yang menarik dicatat, terjumpa perkataan 'widuri'. Teringat lagu yang selalu juga terdengar dalam kereta bila sama-sama layan klasik fm. Juga lagu (kalau tak silap) yang TYT Datuk Duta nyanyikan semasa AKA tahun pertama dulu. Serius mantap suara beliau. (teringat komen senior)

Terus google cari gambar, bagaimana gerangan widuri ini. Jumpa gambar yang saya letak di atas tu. Bunga. Lawa!




4. Buka youtube, cari lagunya. Bob Tutopoli di Malaysia. Sedang layan lagu, mak saya di tanah air menelefon. Senyum. Angkat. Seperti biasa, Mak menanyakan, mengkhabarkan. Tiba-tiba terlintas.

"Mak, mak ingat tak lagu Widuri?"
"Bob Tutupoli?"
"A'ah. Itulah."

Kemudian, saya minta mak nyanyikan. haha. Mak dengan 'rela hati', suara serak-serak lewat malam (tetapi tetap merdu) memenuhi permintaan si anak. Selesai sahaja nyanyi part-part yang masih diingati, mak bertanya,

"Ni ada lagu tema untuk apa-apa ke?", bernada nakal.
"takde. takde. terjumpa je lagu ni tadi.", dengan selirih senyum.

Mak cerita (arwah) Lek Esah, kalau menyebut penyanyi ni, mesti edit jadi 'tutulpuli'. Maksudnya, 'nasi pandan yang diletak sambal'. Mak gelak. Saya senyum. Tahu ada tersirat sebalik gelak itu, gemersik rindu.


4. Indonesia-Malaysia, tolonglah jangan bergaduh. Plis. Dua-dua saya sayang.


5. Argh. Entri ini manifestasi saya masih gagal untuk fokus. Sepatutnya waktu studi. Internet terbentang, buku (anatomy) terlentang. hah.

6. Ha, takut tulip kuning cemburu, saya letak jugalah. =)




-sebuah kedai bunga di Cordova-


7. Saja nak cukupkan tujuh. ( Kes tak perasan no 4 dua kali).  Selamat, selamat jalan buat bulan.









11 comments:

Unknown said...

haha! nasib baik aku tau apa maksud pedusi.

:D

Anonymous said...

asyik buku hamka ja?
bacalah tulisan lain pula~

tepianmuara said...

hazen,
haha.

kaulain kaulain.

amacam steak tcet....(xtaw eja)?


anon,
err, baru habis baca dua buku penulis lain.

tapi dah memang favourite penulis, maka, begitulah. =)

Anonymous said...

cantiknya widuri..dimsia ada ke...

tepianmuara said...

wiki kata ada.
tapi memang tak pernah jumpa.

Anonymous said...

oh widuri tuh bunga. haha.

Pedusi, aku ingat kuda hercules yang ada sayap tuh - tetapi itu ialah Pegasus.

Aku rasa ada buku yang banyak dialog minang karya Ainon Muhammad kot. Psal lawyer2 gak la. aku baca kat library sambest. huu

tepianmuara said...

syazwan,

haha. pegasus.

aku teka buku yang kau maksudkan, 'Mencari Locus Standi', karya Nisah Haji Haron. aku ingat beliau ada gunakan perkataan 'bersipongang' = bergema dalam tu.

dan aku teringat latar time aku baca ialah dom B.4.3. hah

~PENCHENTA~ said...

Padat! Suka!

Nur said...

Dan bulan mau kemana?

tepianmuara said...

=)

Bulan saya berangkat pergi.
Tidak pula dikhabarkan pada saya mahu ke mana. Cuma mampu melepas dengan rela.

tepianmuara said...

penchenta,

aiya, macam mana padat pulak. sekadar ditulis bersiri-siri. hah.

=)