29 November 2011

Paella Sevilla


Punyalah semangat nak cari makanan ni dulu.
Sejak di Granada lagi.
Sampai saya tersilap sebut, sebetulnya pa-e-ya,
tapi saya sebut 'papeya'. haha. betik celah mana!

Penat-penat jalan di Sevilla, kami bernekad masuk kedai ni.
Tanya paella seafood. 

Rasanya?
Hmm, bagi saya, kurang menepati selera Asia kot.
Tapi, still, an experience.
=)



Harini, tengok Masterchef episod 26.
Chef Zubir masak paella valenciana.


Mula minit 26.

Pergh.
Sejuk-sejuk, lapar-lapar, penat-penat (study kononnya), sangatlah terliur.
Tak dapat makan, dapat tengok pun jadilah.
Rezeki mata.


27 November 2011

Seramai Manusia


I

Dalam Doaku

(Sapardi Joko Damono, 1989, kumpulan sajak
“Hujan Bulan Juni”)



Dalam doaku subuh ini kau menjelma langit yang
semalaman tak memejamkan mata, yang meluas bening
siap menerima cahaya pertama, yang melengkung hening
karena akan menerima suara-suara

Ketika matahari mengambang tenang di atas kepala,
dalam doaku kau menjelma pucuk-pucuk cemara yang
hijau senantiasa, yang tak henti-hentinya
mengajukan pertanyaan muskil kepada angin
yang mendesau entah dari mana

Dalam doaku sore ini kau menjelma seekor burung
gereja yang mengibas-ibaskan bulunya dalam gerimis,
yang hinggap di ranting dan menggugurkan bulu-bulu
bunga jambu, yang tiba-tiba gelisah dan
terbang lalu hinggap di dahan mangga itu

Maghrib ini dalam doaku kau menjelma angin yang
turun sangat perlahan dari nun di sana, bersijingkat
di jalan dan menyentuh-nyentuhkan pipi dan bibirnya
di rambut, dahi, dan bulu-bulu mataku

Dalam doa malamku kau menjelma denyut jantungku,
yang dengan sabar bersitahan terhadap rasa sakit
yang entah batasnya, yang setia mengusut rahasia
demi rahasia, yang tak putus-putusnya bernyanyi
bagi kehidupanku

Aku mencintaimu.
Itu sebabnya aku takkan pernah selesai mendoakan
keselamatanmu

________




Terharu dengan ini,
"Assalamualaikum. Abang, kakak, dan adik, salam Maal Hijrah ma ucapkan untuk anak-anak tersayang. Semoga perjalanan yang telah dan bakal ditempuh penuh limpahan rahmat, keberkatan, dan keredhaan Ilahi. Semoga anak-anak mama terus menimba kematangan dalam kehidupan, menghirup syahdu kemanisan iman, menjejaki tawadhu' para ilmuan sebagai insan pilihan agar dengannya kita punya landasan dan keseimbangan untuk tiba nantinya di satu perhentian yang membahagiakan. Amin. "



___________________________



II

Soe Hok Gie








'berbagi waktu dengan alam, kau kan tahu siapa dirimu sebenarnya'
'akan kutelusuri jalan yang setapak ini, semoga ku
temukan jawapan'








Keluh kerana resah, senyum kerana indah.
'Seramai manusia, seramai itu peneroka.'








___________________

err, bukanlah FELDA maksud saya. hah

24 November 2011

Andalus, awak bersedih ya?










thanks for this.
(yang ini faham la kan. hah)

23 November 2011

Na IV







aku belum lupa senyum itu
cuma kau jua meminta janji
untukmu, tiada lagi puisi...

hingga itu.

tiada siapa harus menunggu







_____________________________

ha, Sadis, kita buat sampai sepuluh jom. Bukan apa...isi masa lapang. hehe.

22 November 2011

aku bertanya dan pohon itu melagukan kisahnya.




deru keras dari hujung lembah
adalah khabar ngeri
dari
ribut deras
dan pepasir merah
dari
selangit dendam
dan bahang amarah.

bagai ombak ia tiba
menghempas tanpa belas
ranting tersentak
dahanku berderak.

bagai guruh ia tiba
merusuh tanpa resah
daunan luruh
tubuhku merapuh

dalam lirih aku mengaduh
"ribut adalah sengsara
murka yang mendera"

dalam lirik ia berbisik,
"akarmu; tak tersentuh olehku."

"nanti, tegaklah kembali
selagi bumi
selagi mentari
masih merai."

"nanti, tegaklah kembali
jangan sekali goyah terbongkah
teruslah memberi teduh
kafilah yang singgah."

kepada ribut
tiada siapa pernah bertanya
bagaimana jiwanya

ia berlalu
membawa rahsia
pesan purba.





_______________________________________


- 'This too shall pass.' Ayat yang mampu memberi harapan tika sedih, memberi peringatan tika seronok. Tapi, apa benar hidup adalah pergantian musim gembira dan kecewa; bahagia dan sengsara?

- Semalam merayau, terlihat, dan..mahu pinjam yang ini. 
"..because ignorance is sometimes a bliss :) maturity is an option. And currently choosing a line in between."

Senyum. Begitulah di sini. Currently. I wonder what will be said five years from now.


19 November 2011

18 November 2011

Agak-agak siapa lagi comel?

Yang ini....




Atau ini?







haha!
P Ramlee Seville.



Serius kena hamun dia baca ni sat lagi.
lalala


Gelak baca status Keri tadi,
'Andai kasturi hilang harum,
mawar tak berkuntum,
.....
esok tetap exam!'

Begitulah perasaan malam exam.




Selamat exam(s) para penggigi sekalian!


14 November 2011

Sedapnya!





Rasanya satu hari nanti, saya rasa sangat berbangga untuk beritahu pada anak cucu cerita ini.


Atuk kenal Buyong dari sekolah lagi.
Orangnya manis-manis, bercermin mata. Muda dari usianya.
Tak kenal, akan melihatnya pendiam.
Sudah kenal, banyaklah butir bicara.


Atuk kenal Ajis pulak masa mula-mula sampai Jordan.
Orangnya comel-comel, murah sungguh dengan senyuman.
Atuk pernah ketuk pintu rumah dia pagi-pagi, 
mintak tolong masak untuk program, dia bangun tak merungut pun.

Buyong masak sedap, siap belajar rasmi ada diploma lagi.
Ajis masak sedap, sentiasa ada jiwa meski tanpa diploma.

Dah lama Buyong masak. 
Dah lama Ajis masak.

Bila makan masakan diorang,
fergh!
rasa tak sia-sia dilahirkan
 dan mengambil keputusan datang ke Jordan.


Mereka tak berebut periuk.
Mereka tak berebut tungku.
Mereka tak kata 'aku masak lebih sedap!'
Mereka masak sama-sama.

Beras, cili, daging, dan rempah pun tak pernah bersungut.
Mereka gembira bekerjasama dengan Buyong dan Ajis.
Buyong dan Ajis adalah sahabat mereka.







Kadang-kadang jari Buyong tercedera sedikit, tapi dia berlapang dada.
Pisau memanglah tajam. Luka akan sembuh.
Mereka tetap bersama.

They lived happily ever after.




__________________________________________

Cuma ya, atuk risau juga, cucu-cucu semua tertipu dengan dunia.

13 November 2011

Terbang Bebaslah






 II
 Kebenaran, ada kala, tak perlu dibongkarkan,
 kerna kambus lenanya, menitip aman semua.

III
Terbang bebaslah
menggapai tenang biru langit
dengan sayap perak itu
sedaya mahumu.

Namun,
Tinggalkan jejak-jejak perjalanan,
agar nanti di hujung kembara,
Lelah dan rindu.
kau masih bisa,
menoleh ke belakang...

..kan terbentang jalan pulang..

Sepetang di Pinggir Bukit


Antara maghrib dan isya'.
Priceless.





ha, sepetang di pinggir bukit tu lagu nyanyian Sudirman. Jangan risau, liriknya 'berpatutan'.

12 November 2011

Wadi Rum : Tentang Pilihan

Gambar biasa? Tunggu hingga anda lihat gambar seterusnya.

Haaaaa. Do note the scale.

Ustaz Solihin: Ui, boleh tahan. Gayat. Ana tak biasa tempat tinggi-tinggi.Camne kita nak turun ni??
Haniff: Takpe Ustaz, tu kita fikir kemudian. 
Sekarang tangkap gambar dulu, buat-buat macam berani.


Time ni tak boleh blah. Seriau tengok diorang main pegang-pegang tangan lak.
Tapi paling seriau bila kat tempat setinggi ini, tanpa alat keselamatan, tengok hujung kain akhwat berkibar meleret menyapu tanah. Yup, ada yang panjat atas tu dengan baju kurung, ada berjubah. Fergh. Kalaulah terpijak....urgh.


__________________________________

Selepas itu, ada yang mengkhabarkan, 'menyesal aku naik atas.'
Ada pula yang beritahu 'menyesal tak naik atas.'

Diam termenung.

Dahulu, saya seorang yang sering begitu. (sekarang masih lagi sebenarnya)
Lepas membuat pilihan, dari yang sekecil-kecilnya, saya akan menyesal.

Contoh ini, buat kesekian kalinya, buat saya berfikir,
'mengapa sebenarnya saya menyesal?'
Adakah keadaan saya setelah membuat keputusan itu sangat teruk? 
lalu kita membayangkan 'begitu' lebih baik?
hanya membayangkan?
rasa-rasa sedemikian selalu menyesakkan saya.
rasa-rasa sedemikian buat saya menyalahkan diri sendiri.
rasa mengalahkan saya.

Betapa syukur bukan mudah.
mencapainya adalah perjalanan.
adalah latihan.

Diam termenung.

Dalam banyak keadaan, saya kira, 
 keputusan itu adalah terbaik buat kita.
Cuma mungkin, hikmahnya belum terbuka.

Berat. Saya tak rasa saya benar faham 
apa yang telah dan akan saya katakan.

Bahagia ialah 
mengetahui
kita telah kehilangan semalam
dan esok belum datang.

Bahagia ialah menghargai 
saat ini.



Alhamdulillah.

_____________________
Tadi hantar Hanis ke airport.
Sempatlah merasa masakan, walaupun tak seberapa.
Harapnya ini benar-benar menjadi kenangan membina masa hadapan.


11 November 2011

Selamat Hari Lahir Dik

Saya masih ingat 'bergaduh' dengan Hanis,
'abang nak adik lelaki',
'adik nak adik perempuan'.

Saya ketika itu berumur empat tahun (atau kurang).
Bermula 'ingatan sedar' saya kepada dunia.

Bersungguh mahu ikut ke klinik bersalin. Hanis ditinggal di rumah Mak Ani.
Kami ke Sabak Bernam.

Saya ingat minta abah belikan sepapan daun terup kecil. 
Kemudian, saya koyakkan sehingga menjadi satu-satu.

Saya ingat minta mbah belikan patung Power Ranger Putih,
siap dengan pedang, pastu boleh tukar kepala (?).

Saya ingat main terup dengan Lek Zakaria, 
ketika itu agak baru bernikah dengan Lek Jaja; dan 'bergaduh antara 'J' dan '10' mana lagi tinggi. 

Saya ingat Pakde Marais menegur abah.
Katanya abah kelihatan pucat.



Berbaur antara kenangan-kenangan itu, adik bongsu saya dilahirkan.
Alhamdulillah.
Dari celaah pintu, saya lihat doktor mengangkat adik saya.
Lambat, akhirnya dia menangis. Lega.
Tangisan pertama.



Muhammad Khamim Zikri bin Mohd Nahrawi
Kini mencecah umur 16 tahun.
Dia seorang yang ...

... rajin dan berdikari.


.. juga seorang atlet.


dan err, suka bergaya (?). hah


Satu yang amat menonjol ialah dia sangat kemas. 
Ke sekolah pagi-pagi wajib baju bergosok tajam tepi.
Kalau depan cermin, fergh, semua ditiliknya.
Well, stark difference.




Sebenarnya satu kerisauan saya ialah, dia kurang membaca. 
Tak kisahlah surat khabar, novel, atau bacaan informatif lainnya. 
Tapi dia sangat pandai menarik hati orang ketika berbicara. ha

Ok, saya risau, kerna kurang membaca, dia kurang menulis.
Mahu dan err, mampu.
Tapi saya silap.

Membaca karangannya untuk peperiksaan pertengahan tahun Bahasa Inggeris buat saya tergamam kagum.
Person You Admire.
No surprise, he picked my mom.
Wrote about it beautifully.

Baca juga karangan Bahasa Melayu. Mantap.
Cuma belum terbaca puisinya. =)

Hmm, bangga berbaur kagum berbaur terharu.

Saya kira setiap abang dan kakak akan merasa gembira bila melihat adik-adik melepasi pencapaian mereka pada peringkat umur tertentu; berharap pada masa yang sama kita tidak menetapkan target yang terlalu rendah. Saya maksudkan semua segi untuk yang ini.
Pada saya, cemburu paling gembira adalah cemburu buat keluarga.



Khamim, anggaplah 16 tahun ini sebagai hadiah dari Tuhan; 
dan berusahalah sentiasa untuk memberi hadiah lebih baik.

Ya, kita takkan mampu.
Bukan itupun soalnya.
Kita boleh mahu.

InsyaAllah.






selamat ulangtahun melahirkan buat mak!
moga anak ketiga mak ini akan menyejukkan mata di akhirat nanti.


10 November 2011

Plaza Espana



(untuk yang tidak ke Sevilla)



Plaza ni terletak di Maria Luisa Park.

Pertama sampai waktu malam. Terlewat sedikit. Sudah tutup.
Tapi hujan turun tenyai-renyai, memujuk.

Esoknya kami pergi dalam keadaan kelaparan, membeli popcorn masin tepi jalan, kacang madu (?), dan kerepek kuning cambest.
Oh, juga berlaku insiden 'sarung tangan' yang membaraikan tawa paling dahsyat sepanjang kembara.


Dan ya, entri ringkas kali ni didekasikan khas buat mereka yang bertanya,
'Ada apa kat Sevilla we?'





Pandangan dari tepi.

Tempat Anakin Skywalker dan Padme Amidala berjalan bersama R2-D2 dalam filem Star Wars : Attack of The Clones.




Makcik ni termerokok. Sejuk kot (?)



Jubin-jubin yang diatur membentuk gambar, setiap bahagian mewakili negeri-negeri di Sepanyol, menonjolkan kisah signifikan di tempat tersebut.
( argh, asal rasa ayat aku macam pening niii )

Tentu lebih bermakna kalau anda sudah tahu sejarah-sejarah tempat itu, dan dapat menafsir mesej di sebalik gambar yang tertera.



Sebagai contoh. Nak tau apa pakcik tu tengok? Gambar seterusnya.



Boleh zoom untuk lebih jelas. Sangat menyedihkan.
Menunjukkan tentera ( raja?) muslim melutut, simbolik meyerahkan kekuasaan kepada tentera Kristian di Cordova, yang lain bersorak gembira.


Toledo. Tak tahu gambar menunjukkan apa specifically.
Tapi Toledo ni terkenal sebagai tempat harmoni perkembangan budaya, di mana penduduk Islam, Kristian, dan Yahudi bekerjasama memajukan bandar. Ya, macam Cordova juga.


Simetri

'lalu bertuahkah menjadi sang mawar?'



Dayung, bukan kayuh macam kat Aqabah.
=)



Oh. Err..





kat baju belakang pakcik ni ada tulis 'Ferrari'.
We went like, 'fuyooo'.
hah.

'Alaa, ni pun nak tangkap gambar?'
"Seni", sepatah Sadis jawab.
Entah. Tapi saya sangat gembira dengan jawapan itu.






 Itu jelah. Cuma nak kata, plaza ni sangat cantik.
Tapi, tengok gambar pun dah cukup kan? hah.


Mentari Bulan Bumi



Cinta mentari pada bulan
lantaran rindunya pada bumi.

Tidak syaratnya bumi tahu.




_____________________

Empat hari Jaulah Jordan,
lelah dan rindu,
kan terbentang jalan pulang.

05 November 2011

Selamat Datang

Miram dan Ihab
Queen Alia-Cairo Airport
Bahagian kedua bulan pertama, 2011.
Mereka pulang dan kami memulakan perjalanan.




(Selamat datang 'anak-anak angkat Sungai Nil'!)

03 November 2011

Secawan Kopi Panas

Keluar Science Hall 2,

"Aaaaaa..hujannnn!"

Terus senyum-senyum sengih-sengih.

Naik 'gonggok merah' untuk ke mujamma', berebut, berpadat-padat macam sardin.  hah.
Turun, tiba-tiba terasa untuk melewatkan balik.

Fikir sejenak. Saya memutuskan  menikmati hujan di pinggir tasik.
Berjalan perlahan.
Hujan turun sekejap lebat sekejap rintik, namun tetap setiapnya bilah-bilah halus yang mesra.

Tiba di tasik.
Dongak ke atas.
Langit yang telah berhari-hari gemilang birunya diliputi awan berat gelap saat ini; darinya bilah-bilah itu berputik, mekar, dan kini gugur. Teringat puisi-puisi Sapardi Djoko Damono, seorang penyair pencinta hujan,

" Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan
kepada hujan yang menjadikannya tiada."




Hujan, Jalak, dan Daun Jambu
Hujan turun semalaman. Paginya jalak berkicau dan daun jambu bersemi;
Mereka tidak mengenal gurindam dan peribahasa, tapi menghayati adat kita yang purba
Tahu kapan harus berbuat sesuatu, agar kita manusia, merasa bahagia.
Mereka tidak pernah bisa menguraikan hakikat kata-kata mutiara,
Tapi tahu kapan harus berbuat sesuatu, agar kita merasa tidak sepenuhnya sia-sia.



Burung-burung menari berkumpulan di ruang udara. Tidak kisah sayapnya basah.  Kembang kuncup meluncur menjunam, melereng, mengapung, dan menjulang. Pantas dan tangkas. Bukankah Ar-Rahman jua yang menahan mereka di udara.

Itik terbang rendah mengocak air. Berkuek berkomunikasi dengan bahasanya. Menyelam sekali sekala. Dan seperti selalu, saya menanti ia timbul semula tidak lama kemudian. 

Berteduh sebentar di bawah rendang pokok. Duduk di bangku mengelap cermin mata. Memerhati daunan dan bijian merah berliuk kecil ditiup angin. Tarik nafas dan kembali melangkah.

Saya mara hingga benar ke batuan pinggir tasik. Sedikit licin. Membuang pandang sekali lagi. Titis hujan yang menimpa muka tasik membentuk riak dan sempadan garis-garis yang begitu indah. Berbeza berubah coraknya tatkala hujan melebat dan merintik. 

Dengan langkah satu-satu saya susuri lengkung pinggir tasik. Kali ini sambil menatap air yang menakung menyambut sahabat barunya dari langit. Berubah berkalih warna, biru hijau dengan paduan berbeza. Begitu terlihat pada zahir pandangan setiap berlainan marhalah.

Tiba di sudut kiri di seberang, terdapat sebatang 'sungai' mengalir ke tasik. Jernih. Saya cuba hayati deruan airnya. 
' aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, 
seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung.'







Hening. Saya pejam mata. Diam. Cuba mendengar suara nurani sendiri. Seperti kaktus, hujan, pokok, batuan, itik, dan burung, dia juga bergembira. Dia turut mahu meraikan. Dia masih hidup dan berdenyut. Subhanallah. Alhamdulillah. 



' Kerana alam itu bertasbih pada-Nya, kerana itu ia tak pernah gagal mentarbiyah manusia.'

Kasut putih seluar putih sudah berlumur lecak.  Saya kemudian mendaki bukit kecil, jalannya batuan yang tersusun. Rumput yang telah mati menguning bertompok di kiri kanan jalan. Di sebalik rekahan,  terlihat sekumpulan semut hitam berlindung. Kota mereka mungkin. Perlahan ia tergetar bergerak. Kesejukan? Entah. 

Bau hujan berbaur bau tanah yang basah cukup menyegarkan.
Berbeza tentunya dengan tanah air, bau hujan sentiasa sebati dengan bau rerumputan tebal segar, dengan lambaian kelapa, dan khusus di kampung, terkadang bauan masin air laut yang diterbangkan angin. 
Namun masih. Namun masih tetap mengujakan.


Hujan. Ais dan api pun bisa beralah..

Setelah beberapa lama, dari hujung tasik, awan berkalih, jendela langit kembali terbuka. Cahaya menyerbu masuk. Saya menanti juga, tapi mungkin pelangi tidak tiba hari ini, atau bukan untuk saya. 

Hujan masih belum berhenti. Saya melangkah pulang. Lencun kebasahan, menggeletar kesejukan, namun tersenyum puas. Perasaan 'ditemukan' yang sukar digambarkan.
Alhamdulillah.

01 November 2011

Lelaki dan Ais

di Uludag, Turki

di Ajloun, Jordan




“Lelaki, kata-katanya seperti ais.
 Sesaat sahaja boleh digenggam,
 sesaat kemudian tanpa sedar,
 ia mengalir hilang daripada genggaman, 
meninggalkan jari-jari yang sakit.”

Bahruddin Bekri, dalam tulisannya di sini

____________________

Teringat terlihat buku-buku Bahruddin Bekri di Pesta Buku Selangor semasa pulang ke tanah air tempoh hari. Cuma belek-belek, kemudian memburu buku seterusnya. Hari ini baru tahu, betapa menyesalnya saya!

Entah. Membacanya memberi rasa magis, rasa sama ketika saya membaca cerpen-cerpen awal Faisal Tehrani. Saya juga tidak tahu adakah gaya berceritanya sama atau bagaimana, tapi...begitulah.

_______________________

Sungguh janggal ditanyakan tentang lelaki oleh orang-orang tersayang.
Terkebil-kebil saya tak bersuara.
Bagaimana saya harus membalas?
Mengatakan yang sejujurnya?
Bagaimana jika 'sejujurnya' pada saya, sebenarnya hanya setitis air sebuah lautan?

Haruskah saya beri amaran,
" Lelaki, walau bagaimana baiknya dia, tetap seorang lelaki."
Ayat yang seolah seimbas saya faham, namun tetap mengandung rahsia yang dalam.

Atau saya memilih berdiam?
" Kebenaran adakala tak harus dibongkarkan, kerana kambus lenanya menitip aman semua."
Lalu seperti membiar dia terkapar merasai sendiri pahit pengalaman.

Bagaimana jika saya katakan,
"Tuan kenalkanlah pada saya. Saya lihat subuhnya."?
Siapa pula saya menghakimi demikian.

Akhirnya, saya serahkan kepadanya tulisan ini,
jua dari Bahruddin Bekri.

Terima kasih.