Gambar biasa? Tunggu hingga anda lihat gambar seterusnya.
Haaaaa. Do note the scale.
Ustaz Solihin: Ui, boleh tahan. Gayat. Ana tak biasa tempat tinggi-tinggi.Camne kita nak turun ni??
Haniff: Takpe Ustaz, tu kita fikir kemudian.
Sekarang tangkap gambar dulu, buat-buat macam berani.
Time ni tak boleh blah. Seriau tengok diorang main pegang-pegang tangan lak.
Tapi paling seriau bila kat tempat setinggi ini, tanpa alat keselamatan, tengok hujung kain akhwat berkibar meleret menyapu tanah. Yup, ada yang panjat atas tu dengan baju kurung, ada berjubah. Fergh. Kalaulah terpijak....urgh.
__________________________________
Selepas itu, ada yang mengkhabarkan, 'menyesal aku naik atas.'
Ada pula yang beritahu 'menyesal tak naik atas.'
Diam termenung.
Dahulu, saya seorang yang sering begitu. (sekarang masih lagi sebenarnya)
Lepas membuat pilihan, dari yang sekecil-kecilnya, saya akan menyesal.
Contoh ini, buat kesekian kalinya, buat saya berfikir,
'mengapa sebenarnya saya menyesal?'
Adakah keadaan saya setelah membuat keputusan itu sangat teruk?
lalu kita membayangkan 'begitu' lebih baik?
hanya membayangkan?
rasa-rasa sedemikian selalu menyesakkan saya.
rasa-rasa sedemikian buat saya menyalahkan diri sendiri.
rasa mengalahkan saya.
Betapa syukur bukan mudah.
mencapainya adalah perjalanan.
adalah latihan.
Diam termenung.
Dalam banyak keadaan, saya kira,
keputusan itu adalah terbaik buat kita.
Cuma mungkin, hikmahnya belum terbuka.
Berat. Saya tak rasa saya benar faham
apa yang telah dan akan saya katakan.
Bahagia ialah
mengetahui
kita telah kehilangan semalam
dan esok belum datang.
Bahagia ialah menghargai
saat ini.
Alhamdulillah.
_____________________
Tadi hantar Hanis ke airport.
Sempatlah merasa masakan, walaupun tak seberapa.
Harapnya ini benar-benar menjadi kenangan membina masa hadapan.
6 comments:
menarik sgt smpi pnjat atas tu!
Bahagia ialah menghargai
saat ini.
Alhamdulillah.
*mekasih~ sbb sama2 mengingatkan. =]
*ade hutang (baca:tugasan) yg tak tertunai agy.maafin.tunggu kasik stabil emosi dlu,bisa enggak? :D
naik separuh jeh..heh.
ade hikmahnye kan..
pasti ada hikmah :)
He puts us in a situation, surely He will get us out for it.
And see how are we going to respond
p/s hehe nanti tunggu gambar grand canyon
Bahagia ialah menghargai
saat ini.. setuju!
live for the present..
ok, ni boleh masuk dlm list tempat-mesti-pergi.
Kak Izzah,
yup, yup. sangat thrill.
bila-bila akak ke wadi rum, bolehlah panjat. tapi jangan la pakai kain, seriau orang.
Qus,
haha. kalau time kita sama2 tak stabil, memang terbalik lah nampaknya. nasib baik teammate lain ok. hah
=)
Wan,
Hikmah. Aku rasa kan, rahsia hikmah ni, kalaupun mungkin kita faham, takkan pernah sepenuhnya.=)
Ha, aku betul-betul tunggu!
Fadh,
=)
Banyak impian.
satu-satu ya!
Atiqah,
Petra pun separuh kan.
simpan tenaga kot untuk lain kali?
hah.
Post a Comment