14 November 2011

Sedapnya!





Rasanya satu hari nanti, saya rasa sangat berbangga untuk beritahu pada anak cucu cerita ini.


Atuk kenal Buyong dari sekolah lagi.
Orangnya manis-manis, bercermin mata. Muda dari usianya.
Tak kenal, akan melihatnya pendiam.
Sudah kenal, banyaklah butir bicara.


Atuk kenal Ajis pulak masa mula-mula sampai Jordan.
Orangnya comel-comel, murah sungguh dengan senyuman.
Atuk pernah ketuk pintu rumah dia pagi-pagi, 
mintak tolong masak untuk program, dia bangun tak merungut pun.

Buyong masak sedap, siap belajar rasmi ada diploma lagi.
Ajis masak sedap, sentiasa ada jiwa meski tanpa diploma.

Dah lama Buyong masak. 
Dah lama Ajis masak.

Bila makan masakan diorang,
fergh!
rasa tak sia-sia dilahirkan
 dan mengambil keputusan datang ke Jordan.


Mereka tak berebut periuk.
Mereka tak berebut tungku.
Mereka tak kata 'aku masak lebih sedap!'
Mereka masak sama-sama.

Beras, cili, daging, dan rempah pun tak pernah bersungut.
Mereka gembira bekerjasama dengan Buyong dan Ajis.
Buyong dan Ajis adalah sahabat mereka.







Kadang-kadang jari Buyong tercedera sedikit, tapi dia berlapang dada.
Pisau memanglah tajam. Luka akan sembuh.
Mereka tetap bersama.

They lived happily ever after.




__________________________________________

Cuma ya, atuk risau juga, cucu-cucu semua tertipu dengan dunia.

7 comments:

Anonymous said...

Raja bersiong menunggu hidangan,

dititis darah manis,
teruna seorang.


bahaya ni!



atok anep pun pandai masak tu cu!



:)

Wan Tu Tri said...

Buyong!

nurdia said...

hanif... aper lagi menu istimewa tu... beriani daging, kari daging je tu....

Anonymous said...

tiap-tiap aku terseksa menghidu masakan diorang.

oh warung nyiqoue !

-cidak-

Anonymous said...

atok tok tok,
masakkan utk sy jugak!;D ,anat

tepianmuara said...

anon,

mandai je akak ni. haha


Wan tu for (me),

haaaaa. yup, serius legen dia kat sini.



Cidak,
aku cadang ko pindah. haha



Anat,
kau datang umah aku sibuk main PS2 kan. hahaha.

cukup keji.

ok2. lenkali datang aku masak, insyaAllah

tepianmuara said...

cikgu Nur,

haaa.rasanya yang istimewa!