10 November 2011

Plaza Espana



(untuk yang tidak ke Sevilla)



Plaza ni terletak di Maria Luisa Park.

Pertama sampai waktu malam. Terlewat sedikit. Sudah tutup.
Tapi hujan turun tenyai-renyai, memujuk.

Esoknya kami pergi dalam keadaan kelaparan, membeli popcorn masin tepi jalan, kacang madu (?), dan kerepek kuning cambest.
Oh, juga berlaku insiden 'sarung tangan' yang membaraikan tawa paling dahsyat sepanjang kembara.


Dan ya, entri ringkas kali ni didekasikan khas buat mereka yang bertanya,
'Ada apa kat Sevilla we?'





Pandangan dari tepi.

Tempat Anakin Skywalker dan Padme Amidala berjalan bersama R2-D2 dalam filem Star Wars : Attack of The Clones.




Makcik ni termerokok. Sejuk kot (?)



Jubin-jubin yang diatur membentuk gambar, setiap bahagian mewakili negeri-negeri di Sepanyol, menonjolkan kisah signifikan di tempat tersebut.
( argh, asal rasa ayat aku macam pening niii )

Tentu lebih bermakna kalau anda sudah tahu sejarah-sejarah tempat itu, dan dapat menafsir mesej di sebalik gambar yang tertera.



Sebagai contoh. Nak tau apa pakcik tu tengok? Gambar seterusnya.



Boleh zoom untuk lebih jelas. Sangat menyedihkan.
Menunjukkan tentera ( raja?) muslim melutut, simbolik meyerahkan kekuasaan kepada tentera Kristian di Cordova, yang lain bersorak gembira.


Toledo. Tak tahu gambar menunjukkan apa specifically.
Tapi Toledo ni terkenal sebagai tempat harmoni perkembangan budaya, di mana penduduk Islam, Kristian, dan Yahudi bekerjasama memajukan bandar. Ya, macam Cordova juga.


Simetri

'lalu bertuahkah menjadi sang mawar?'



Dayung, bukan kayuh macam kat Aqabah.
=)



Oh. Err..





kat baju belakang pakcik ni ada tulis 'Ferrari'.
We went like, 'fuyooo'.
hah.

'Alaa, ni pun nak tangkap gambar?'
"Seni", sepatah Sadis jawab.
Entah. Tapi saya sangat gembira dengan jawapan itu.






 Itu jelah. Cuma nak kata, plaza ni sangat cantik.
Tapi, tengok gambar pun dah cukup kan? hah.


11 comments:

arina said...

salam Anip. oh akak setuju dengan Anip. plaza nih memang sangat cantik. especially at night. :) dan hahaha ye, akak pun suka tangkap gambar daun mase kat spain hari tuh. :D

atiqah said...

owh nampknyer, star wars tak dpt transformer pon tak dpt...

byk belajar erti redha sepanjang musafir joden..=)

Kina said...

cantikkkkkkkk! bsnyee bsnyeee :)

nima said...

one more thing,
klu pi spain, tryla cuba crocan; badam bersalut caramel=kacang bersalut madu [?] =_="

liyana nadhirah said...

kalau x pergi toledo, berbaloi x??

~PENCHENTA~ said...

Percayalah cakap sadis tu! Haha.


Eh. Cordova bukan bumi Islam eh?

Naqiyan Anis said...

Untunglah,budak balik jordan bawak autograf tepianmuara. Haha.

Menarik jugak plaza ni ye,terima kasih lah pd yg bertanya. Manalah tau ada rezki nk ke sana,ada jugak idea sikit2. ;D

Raihana Nazri said...

untunglaaa. ade tepianmuara jadi pemandu arah. haha

*espana bila mau jejak aku nih????

travelog ko ke spain, semua labelled as Kembara Spain-Itali kan?

Wan Tu Tri said...

alhamdulillah, seronok gila :)

tepianmuara said...

Kak arina,
Daun kering tu, tentu dah melalui perjalanan panjang kan.
dia lahir atas kurniaan daun terdahulu. Bila sampai masa, dia pula harus memberi laluan.

Oh, tulah, tak dapat tengok waktu malam.



Atiqah,
Nanti sat agi adalah orang buat filem naik bot kat Aqabah. kau tunggu jelah.

masa tu boleh belajar erti syukur. hah.=)


Kina,
Kelembutan?
ha


Kak Nima,
YES!
haplessly waiting for help. =_="
yup, namanya crocan. sangat sedap. (cuma macam mahal)

Tapi kan, akak memang ada cara menegur yang stylo. I'm wondering, akak belajar ke natural?

tepianmuara said...

liyana,
hmm, kembara kalian 7 hari kan. Pendapat saya, pilih 3 atau 4 tempat,
kenal puas-puas.

terpulanglah nak ke mana. Malaga dan Gibraltar tu bes je.

sebab takut habis masa dalam perjalanan. Kalau terpaksa jugak gerak jauh-jauh, pastikan memang berbaloi. all the best.


Penchenta,
Aku percaya dengan sepenuh hati. hah.

Ya, Cordova bumi Islam. Once.


Anis,
Autograf? err..haha
Spain dan Turki bagi aku memang wajib-pergi.


Raihana,

Ok, tu perli.
Hmm, tak semua gak kot, rasanya ade je aku terlepas pandang. but most of them, yes.
Eh, kau bukan kene balik Malaysia ke?hah

Wan,
Yup Wan, gila seronok!=)
eishh, mana no US????