Keluar Science Hall 2,
"Aaaaaa..hujannnn!"
Terus senyum-senyum sengih-sengih.
Naik 'gonggok merah' untuk ke mujamma', berebut, berpadat-padat macam sardin. hah.
Turun, tiba-tiba terasa untuk melewatkan balik.
Fikir sejenak. Saya memutuskan menikmati hujan di pinggir tasik.
Berjalan perlahan.
Hujan turun sekejap lebat sekejap rintik, namun tetap setiapnya bilah-bilah halus yang mesra.
Tiba di tasik.
Dongak ke atas.
Langit yang telah berhari-hari gemilang birunya diliputi awan berat gelap saat ini; darinya bilah-bilah itu berputik, mekar, dan kini gugur. Teringat puisi-puisi Sapardi Djoko Damono, seorang penyair pencinta hujan,
" Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan
kepada hujan yang menjadikannya tiada."
Hening. Saya pejam mata. Diam. Cuba mendengar suara nurani sendiri. Seperti kaktus, hujan, pokok, batuan, itik, dan burung, dia juga bergembira. Dia turut mahu meraikan. Dia masih hidup dan berdenyut. Subhanallah. Alhamdulillah.

Hujan, Jalak, dan Daun Jambu
Hujan turun semalaman. Paginya jalak berkicau dan daun jambu bersemi;
Mereka tidak mengenal gurindam dan peribahasa, tapi menghayati adat kita yang purba
Tahu kapan harus berbuat sesuatu, agar kita manusia, merasa bahagia.
Mereka tidak pernah bisa menguraikan hakikat kata-kata mutiara,
Tapi tahu kapan harus berbuat sesuatu, agar kita merasa tidak sepenuhnya sia-sia.

Burung-burung menari berkumpulan di ruang udara. Tidak kisah sayapnya basah. Kembang kuncup meluncur menjunam, melereng, mengapung, dan menjulang. Pantas dan tangkas. Bukankah Ar-Rahman jua yang menahan mereka di udara.
Itik terbang rendah mengocak air. Berkuek berkomunikasi dengan bahasanya. Menyelam sekali sekala. Dan seperti selalu, saya menanti ia timbul semula tidak lama kemudian.
Berteduh sebentar di bawah rendang pokok. Duduk di bangku mengelap cermin mata. Memerhati daunan dan bijian merah berliuk kecil ditiup angin. Tarik nafas dan kembali melangkah.
Saya mara hingga benar ke batuan pinggir tasik. Sedikit licin. Membuang pandang sekali lagi. Titis hujan yang menimpa muka tasik membentuk riak dan sempadan garis-garis yang begitu indah. Berbeza berubah coraknya tatkala hujan melebat dan merintik.
Dengan langkah satu-satu saya susuri lengkung pinggir tasik. Kali ini sambil menatap air yang menakung menyambut sahabat barunya dari langit. Berubah berkalih warna, biru hijau dengan paduan berbeza. Begitu terlihat pada zahir pandangan setiap berlainan marhalah.
Tiba di sudut kiri di seberang, terdapat sebatang 'sungai' mengalir ke tasik. Jernih. Saya cuba hayati deruan airnya.
' aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih,
seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung.'
Hening. Saya pejam mata. Diam. Cuba mendengar suara nurani sendiri. Seperti kaktus, hujan, pokok, batuan, itik, dan burung, dia juga bergembira. Dia turut mahu meraikan. Dia masih hidup dan berdenyut. Subhanallah. Alhamdulillah.
' Kerana alam itu bertasbih pada-Nya, kerana itu ia tak pernah gagal mentarbiyah manusia.'
Kasut putih seluar putih sudah berlumur lecak. Saya kemudian mendaki bukit kecil, jalannya batuan yang tersusun. Rumput yang telah mati menguning bertompok di kiri kanan jalan. Di sebalik rekahan, terlihat sekumpulan semut hitam berlindung. Kota mereka mungkin. Perlahan ia tergetar bergerak. Kesejukan? Entah.
Bau hujan berbaur bau tanah yang basah cukup menyegarkan.
Berbeza tentunya dengan tanah air, bau hujan sentiasa sebati dengan bau rerumputan tebal segar, dengan lambaian kelapa, dan khusus di kampung, terkadang bauan masin air laut yang diterbangkan angin.
Namun masih. Namun masih tetap mengujakan.
Hujan. Ais dan api pun bisa beralah..
Hujan. Ais dan api pun bisa beralah..
Setelah beberapa lama, dari hujung tasik, awan berkalih, jendela langit kembali terbuka. Cahaya menyerbu masuk. Saya menanti juga, tapi mungkin pelangi tidak tiba hari ini, atau bukan untuk saya.
Hujan masih belum berhenti. Saya melangkah pulang. Lencun kebasahan, menggeletar kesejukan, namun tersenyum puas. Perasaan 'ditemukan' yang sukar digambarkan.
Alhamdulillah.
6 comments:
amik post orang.
mencik!
pukul berapa korg habis kelas?
akak dengar ada berita bas berlanggar dengan lori otw ke JUST.
petang. 6 orang meninggal dan ramai cedera..taktahu ada malaysians ke tak.
(kalau akak tak silap faham la..berita ni in arabic).
err..meremang!
*otw ke/balik JUST*
anon,
?
bukan memang rutin ke saya tulis pasal hujan bila turun hujan. =)
eh, kat sana hujan gak ke?
eh, ke salah orang ni?
Anon,
Allahu a'lam
tak tahu lagi berita exact. kami balik dalam jam 3 tadi.
Moga arwah dicucuri rahmat.
Fuh, muhasabah gak untuk kita. Kalau ke jamiah niat memang nak studi, Alhamdulillah. Kalau tak..pergh. meremang.
Wah teruknya hujan. Alhamdulillah kau tak apa-apa nep.
Seronoknya merasai hujan. Kami kat sini selalu sediakan payung sebelum hujan, atau sekurang-kurangnya windbreaker.
Tambah lagi aku naik basikal - haha, fokus nak balik rumah je la.
Lupa akan nikmatnya hujan.
Terima kasih :)
alhamdulillah masih sempat merasa kesejukan hujan and menanti kemunculan pelangi...insan ini yg sentiasa melusuri karya anda dah tidak mampu menahan kesejukan hujan jauh sekali menatap keindahan warna pelangi...
Post a Comment