deru keras dari hujung lembah
adalah khabar ngeri
dari
ribut deras
dan pepasir merah
dari
selangit dendam
dan bahang amarah.
bagai ombak ia tiba
menghempas tanpa belas
ranting tersentak
dahanku berderak.
bagai guruh ia tiba
merusuh tanpa resah
daunan luruh
tubuhku merapuh
dalam lirih aku mengaduh
"ribut adalah sengsara
murka yang mendera"
dalam lirik ia berbisik,
"akarmu; tak tersentuh olehku."
"nanti, tegaklah kembali
selagi bumi
selagi mentari
masih merai."
"nanti, tegaklah kembali
jangan sekali goyah terbongkah
teruslah memberi teduh
kafilah yang singgah."
kepada ribut
tiada siapa pernah bertanya
bagaimana jiwanya
ia berlalu
membawa rahsia
pesan purba.
_______________________________________
- 'This too shall pass.' Ayat yang mampu memberi harapan tika sedih, memberi peringatan tika seronok. Tapi, apa benar hidup adalah pergantian musim gembira dan kecewa; bahagia dan sengsara?
- Semalam merayau, terlihat, dan..mahu pinjam yang ini.
"..because ignorance is sometimes a bliss :) maturity is an option. And currently choosing a line in between."
Senyum. Begitulah di sini. Currently. I wonder what will be said five years from now.
9 comments:
macam gambar edit.
i choose to say the same thing, perhaps?
because there's no enough of knowing. and no definition of maturity.
suka!
Huu, memandangkan kat sini susah nak cari buku melayu.
Mungkin aku patut beralih ke english literature pulak? haha
Agreed at the last part.
More than I could
memang bukan gambar saya ambil.
tapi tak edit pun, I took it as it is.
tempat sama, dan memang pokok yang sama.
yep, but, still, we have to choose. even 'without knowledge, without maturity'.
=)
Wan!!
terkenang sembang kita (Husni included) di tangga asrama jam 1 pagi semasa yang lain lena.
fuhhh.
kau tak perlu 'beralih' pun, cuma meneruskan. =)
currently, there are reasons and limitations :)
Allahu musta3an~
thanks btw ^^
there'll always be reasons and limitations.
should be.
=)
lawa pokok tu kan..
=)
tulis padam balik.
yup. (angguk)
indah pokok itu di situ.
senyum.
nice..
Post a Comment