Kelip-kelip
Diam-diam berembang diam
kelip-kelip datang bertandang
sayup-sayup bulan pun sayup
bintang nak tumbuh di tepi paya.
Riang-riang si kelip riang
tadi seri tambah gemilang
tiada api tiada pun gendang
irama cahaya bertingkah mesra.
Hinggap satu di tapak tangan
ingin kutanya siapa gerangan
mana asalmu menghias malam
mana hilangmu ketika siang?
Tanpa jawapan ia pun terbang
di daun berembang jua semayam
setia meneman ke hujung malam
cahaya terang tak kunjung kurang.
Indah nian alam yang sunyi
dilimpah rahmat suci Ilahi
kukenang pula lubuk di hati
apa yang berkelip, gelap begini?
Dalam hatiku Tuhan terdetik
ia tak mahu sendiri lagi.
Kg. Kuantan- Puchong
September 2015
17 December 2015
14 November 2015
Catatan Kurang Rambang
Aku rasa macam mana pun, penulis tulis apa yang ada dalam diri. Lebih-lebih puisi. Sebab selalunya ada kesan emosi. Atau lebih dalam dari itu, alir bawah sedar.
Yang pakar tentulah lebih mampu mengada-adakan. Menyelami orang, dan menulis dari situ. Seperti pelakon-pelakon filem yang kita suka, tentu sudah berkali-kali kita ketawa dan menumpahkan air mata kerana mereka, Tapi aku rasa exception proves the rule.
Jadi aku rasa persoalannya bukan verbal atau pemikiran datang dulu, tapi diri yang menulis, bagaimana dia dibina, dalam mana telaga jiwa, luas mana pengalaman hidup, dan apa yang pernah menghancurkannya.
Rasanya tiada penulis berazam ingin menulis tanpa etika. Untuk kita, penulis yang baru bermula, aku rasa tidaklah perlu terlalu ditekankan keperluan 'mencari dan menampilkan kebenaran'. Lebih penting rasanya, ditekankan kepentingan membangun peribadi yang baik, sehingga kebenaran tidak perlu disolek dalam tulisan, tapi mengalir, mengairi, dan menyuburkan jiwa khalayak.
Tentulah, sebenarnya tiada pertentangan pun. Masing-masing adalah bahagian dari yang lain. Cuma, kadang-kadang mendengar 'kebenaran' diseru-seru dipaksa-paksa ditekan-tekan agak menjengkelkan.
Ingatkah hari itu
kau mengkhabarkan mimpimu
jadi ksatria?
Lalu kau menangis
kau sebenarnya mahu
jadi pujangga.
Jumpa di fb, dalam hangat perbincangan/ perdebatan/ pertelingkahan, kutemui kata-kata berharga.
1. Oleh Mutalib Uthman
"Kau kena faham, orang Malaysia malas membaca, jadi perkara no 1 adalah, kena bagi depa rajin membaca.
Macam mana nak bagi mereka membaca? Sediakan buku-buku yang dekat dengan mereka."
2. Sayed Munawar
"Buku juga adalah penzahiran tinggi rendahnya nilai dalam mana ianya dinukilkan. Tidak mungkin semua baik. Sudah tentu bukan semua buruk.
Penerbit komersil (baca: bukan penerbit awam) juga adalah kepitalis yang responsif kepada tuntutan pasaran. Apa yang kita lihat dalam pasaran kini, pada hemat saya adalah status quo- tidak lebih dari itu."
3. Entah siapa, tak catat pula.
"Kreativiti untuk mencairkan idea yang berat kepada idea mudah difahami menggunakan bahasa selaras yang dekat dengan masyarakat- sebuah kekurangan dalam golongan akademik dan intelektual."
"Tapi kau lain."
Betullah, kau pun lain. Setiap orang berbeza kan, ada perwatakan, kelebihan, dan karenah masing-masing. Begitu jua kau, seingat aku.
Sepanjang perkenalan, kita belajar hidup dengan mereka, mereka belajar hidup dengan kita. Ada sisi peribadi yang kita kongsi, ada yang kita sembunyi. Ada beberapa, sengaja atau tidak, tahu (terlalu) banyak hal tentang kita.
Sejauh hidup, kita belajar mencintai manusia, dan bersyukur dicintai mereka.
Tapi tetap, kau lain.
Dalam grup, saya tanya, kalau dapat peluang nak jadi binatang, korang nak jadi apa. Jawabnya..ha
kelip-kelip - sadis & fatin
kucing - adli
zirafah - haziya
ikan air terjun - sadis
gajah - haziya
burung - iz
gagak - hidayu
kuda - syasya
ular - adli
kelekatu - aku
Quote daripada Hanis Zikri,
"Membacalah bila kau berkehendak tahu.
Menulislah bila kau tahu kehendakmu.
"Kau menunggu takdir sampai.
Tapi sampainya takdir, kau menunggu."

10 November 2015
Conteng Rambang VIII
Kadangkala kutanyakan juga
adakah detik ini
benar-benar berlalu?
Di negeriku hari ini tiada perang, katanya
cuma sekali ini orang-orang dengan muka berang
berlarian bertempik di jalan.
Rumah saya idam,
di tengah-tengah bahasa
dikelilingi kata-kata.
Sempena hari lahir sendiri. Haha tak malu.
Di mataku April, purnama nan mesra
di dadanya aku, bayi yang kembali.
Cuma sesekali kami berkelahi
seperti mawar dan durinya sendiri.
Bestari
tanah tinggi setaman anggur.
Kau kecintaan
memberi muda harapan.
Aku datang padamu, anak muda songkok senget
namun tak pernah benar pulang.
Apa benar sebuah lukisan baik memerlukan warna hitam?
Atau semata-semata sekadar pilihan?
Tulisan bawahbumi yang terngiang-ngiang untuk majlis perpisahan dentist dulu,
'....hanya kerana sebuah topeng bodoh
aku jadi cepat mahu menghilang
kembali ke duniaku sendiri
kembali ke dunia yang aku senangi."
Mana yang lebih kau suka?
Jawapan betul atau jawapan jujur?
Kerna kadang, memberi jawapan jujur seolah mementingkan diri sendiri.
Sejauh bicara, ada kata belum berlabuh
dan senja pun tiba di atas bumbung kita
malam akan meminta jawapan baru;
rumpun padi berehat dari pandangan dunia
bersunyi menafsir mimpinya sendiri.
Esok ia kan menatap mentari
dan berbakti lagi.
Laporan cuti 2 minggu akhir sebelum tahun 6
-Buat sate, 500 cucuk. Accomplished.
-Jalan Petra. Bermalam pacak khemah. Bintang dan galaksi! Puncak Ad Deir.
-Main Fifa World Cup dengan kawan-kawan. Champion team England!
-Main badminton Amman. Ganti string. Kenal ramai orang baru.
-Kejar target bacaan. Mula pelan-pelan dulu. Mula benda mudah.
-Iman dan Kekufuran, Badiuzzaman Nursi
-Bahagian kedua Mukaddimah
-2 buku puisi, Ridzuan Harun, Tuah Sujana
Beberapa quote daripada tulisan Goenawan Mohamad,
-Mungkin saya menyukai pagi karena di sana saya berlindung dari kecepatan detik.
-Jangan kutuk kegelapan, nyalakan lilin.
-Tapi, jangan sampai menelan kamu seluruhnya. Juga jangan kamu ditelan puisi seluruhnya. Selalu ada momen-momen yang saling menohok. Jangan satu hal pun menjadi total, karena diri kita sendiri tidak pernah total.
Tak tahu daripada siapa, mungkin juga Goenawan,
"Puisi ini adalah sebuah ikhtiar agar dunia privat bisa diungkapkan dan tak punah tertindas oleh bahasa orang ramai. Dunia privat saya adalah nasib saya, dan nasib, kata Chairil,
'adalah kesunyian masing-masing.'"
Gemerlapan IV
(tak habis edit, tak tau nak edit macam mana, takde mood. haha)
Adakah kau masih memandang bintang
dalam aneka cahaya gemerlapan
masihkah akan kita pilih
bintang yang sama.
Katamu, kita lebih kaya dari langit
kerna bisa mengecap indahnya
kitalah yang mempertaut bintang-bintang
memberinya nama
dan mewarisi cahaya.
Lanjutmu,
Sayang
kitalah yang mempertaut bintang
kita juga sepatutnya
bisa mengurainya.
Mana mungkin semua ini semata adalah pilihan
untuk yang bisa mencengkam, menggugat, dan melepaskan
justeru kekuatan mengalir, mencair dan hilang meruap
meninggalkan bejana-bejana berdenting, sunyi kemerlap
kata-katalah yang merakam semua, dan nanti akan ditanya.
Tak tahu siapa tulis,
"Sebuah puisi yang dipaksakan adalah perkahwinan tanpa cinta, bisa berjalan, memperbanyak turunan, tapi tak sepenuhnya sempurna, tak dicari, tapi kadang diterima."
matanya membuntang melihat langit terbentang
mengapa sampai begini indahnya
mengapa baru kali ini begini!
kata-kata yang hanya bisa bererti jika bersama.
kita merasa telah merosak segalanya
tapi bahkan mimpi membuat kita serasi.
Esok 22/6 akan ada kelas. OnG katanya, dan kau harus bersedia. Dengan apa?
Lab coat, baju bergosok. Ah, di mana mau mendapatkan itu? Solat dulu.
Puisi jarang sekali sekadar menyatakan kegembiraan. Mengapa ya?
Kubayangkan satu dunia
yang berisi cuma kita
atau kita ada
dalam semua.
Tapi akhirnya tak mungkin
kau hanya mampu menjadi kau
dan aku menjadi aku
dan kita adalah kata
yang tiada.
cuma manusia mati tak berbuat silap
cuma Laut Mati yang tak berombak.
Hai Delta Aquarids,
nak dengar satu cerita?
Siapa antara kita dapat lupa,
keindahan tangisan pertama
dari lagu-lagu
dari ayat quran
dari surat kekasih
sekaligus kita mengenal
nestapa dan bahagia.
Aku ingat lagi Dr Rashid Jomard pernah cakap, kurang lebih,
"The most precious thing is to sit down with your friends, discussing scientific things."
Berdasar apa yang kita suka. Setiap senyuman, setiap jabat tangan, semua punya makna. Dan sebenarnya setiap makna punya harga berbeza.

Conteng Rambang VII
"Apakah kau masih selembut dahulu
memintaku minum susu dan tidur yang lelap
sambil membenarkan letak leher kemejaku"
Petikan puisi Soe Hok Gie, dibaca semasa Malam Puisi Irbid yang pertama. Sebenarnya puisi ini kurang sesuai dideklamasikan, atau sekurangnya tidak oleh saya. Tapi, sebab suka dan begitu teringin berkongsi kesukaan ini, maka berlakulah apa yang berlaku. Bukan untuk semua, cuma siapa-siapa yang turut berkongsi suka yang serupa.
di matamu tiada lagi kesedihan dulu
meremang saat salju menatap dari langit
begitu katamu hidup;
mulai putih
indah dilihat orang
lalu cair hilang.
kita dan kata-kata
kita kan lebih tua
kalau bisa mati dahulu
dari kata itu.
kata-kata adalah kita
tak pernahnya sempurna.
tebuslah katamu semalam
hidup masih tawar-menawar
kitalah penjualnya.
selain pertandingan, dunia
menawarkan kasih sayang.
Manusia dan fikirannya satu-satu berdiri, berhadapan dengan kehidupannya yang dicerminnya sendiri. Manusia dan fikirannya mengamati, menyelami, sebati merasai, sebelum satu-satu dalam kehidupan menjadi semakin kecil. Kehidupan akhirnya hilang. Tinggal berdua, manusia dan fikirannya. Masing-masing masih bertanya, "Mengapa Tuhan?"
Semua ini, kanan dan kiri, seluruhnya sedang berlaku. Dan aku, aku. Dan aku, aku.
selain yang kau terima dari
ayah dan ibu, kita sebenarnya
punya lagi sebelas nama.
air mata membuka jalannya
berlalu di pipimu
keindahan memilih jalannya
berlaku di wajahmu
begitu dan kata-katamu
memberi sesuatu pada waktu
mengambil sesuatu dari aku.
Seperti secuil rasa tiba-tiba diminta memenuhi
sebuah gedung yang besar. Lantas ia terpinga-pinga,
meminta pembaca membantu.
Siapa kita penulis untuk meletakkannya di situ?
Orang dah penat berdiskusi, sekarang orang nak menikmati hasil seni.
(ayat yang aku pegang masa menulis skrip teater untuk Amanu II)
There is a tool for every task, there is a task for every tool.
(Entah kenapa salin bendalah ni)
Rangkap akhir dari Vesuvius yang tak siap,
sampai akhirnya, dunia
tetap terus mengumpul
yang hidup dan pernah hidup
yang hilang dan akan hilang
menanti ganti
dengan harapan
yang masih tajam.
"Popular culture, he believes, not only makes us stupid; it also makes us unable to act morally."
Herd mentality.
(Taktau ambil daripada mana)
Nota bab 'Manusia sebagai Individu', dalam Pesan-pesan Terbesar al Quran, tulisan Fazlur Rahman.
-Manusia tak diciptakan sekadar main-main.
-Tugas yang besar; dipertanggungjawabkan berjaya atau gagal.
-Punca penderitaan manusia
enggan melihat akibat melampaui sesuatu
tak bersiap untuk hari esok
tak faham tujuan-tujuan moral jangka panjang perjuangan manusia.
-Merasa cukup hanya hidup dari hari ke hari, bahkan dari jam ke jam. Akibat fitrah dah terpesong, akibat perbuatan sendiri, akibat tiada inisiatif untuk berubah.
"Mengingat Tuhan dan kehadirannya memberi erti dan tujuan dalam kehidupan. Membuang Tuhan dari kesedaran manusia bererti membuang makna dan tujuan hidup manusia itu sendiri.
(Kesannya) manusia terperangkap dalam hal-hal kecil mengorbankan kesepaduan hidup itu sendiri."
-Dalam Islam, tiada point of no return.
Aku masih ingat puisi pertama
kutulis untukmu, cuma kata-kata biasa
mentah dan remaja.
Kata-kata itu akhirnya
menemui jalannya ke hatimu
aku berulang-alik di situ.
Clinical round dengan Dr Tariq Jabari.
Kami dibawa berjumpa beberapa pesakit doktor, bertanya tentang tanda-tanda dalam histori yang buat kita suspek kanser. Yang tercatat,
-alternating constipation & diarrhea
-pencil like stool
-incomplete evacuation
-straining
-blood on defecation-surface stool
-abdominal pain and distention
Antara doktor favorit saya. Full moustache, not so full hair. Always appear calm, exuding aura of confidence, like a soviet master (for whatever that means)
Selalu nampak solat jemaah, tasbih di tangan.
Sesi belajar dengannya selalu kemas, dan membekas.
Terima kasih cikgu.

26 October 2015
Nak pilih buku mana?
Dalam kembara
bawalah sebuah buku agung
sunyi membuka jalan
merenung kebenaran
menyerap keindahan
atau
bawalah sebuah buku bosan
agar kau kurang membaca
dan lebih banyak
melihat kehidupan.
21 October 2015
Damai
Kalau duri katakan duri
usah diraut ditikam jari
kalau benci katakan benci
usah didendam di dalam hati.
Usah diraut ditikam jari
seperti serai tajam di tepi
usah didendam di dalam hati
kita selesai di hari ini.
Seperti serai tajam di tepi
namun harumnya kalah kasturi
kita selesai di hari ini
damai kasih taut kembali.
Namun harumnya kalah kasturi
hingga tersebar di celah padi
damai kasih taut kembali
moga membenih menumbuh budi.
Spaoh.
usah diraut ditikam jari
kalau benci katakan benci
usah didendam di dalam hati.
Usah diraut ditikam jari
seperti serai tajam di tepi
usah didendam di dalam hati
kita selesai di hari ini.
Seperti serai tajam di tepi
namun harumnya kalah kasturi
kita selesai di hari ini
damai kasih taut kembali.
Namun harumnya kalah kasturi
hingga tersebar di celah padi
damai kasih taut kembali
moga membenih menumbuh budi.
Spaoh.
Balas Surat II
Siapa tahu entah berapa kali saya mengulang baca tulisan ini.
Demi semangat yang mengakar di dalamnya.
Demi tulus jiwa yang menasihatkan.
Demi permata kata-kata, sampai dan mendiam.
2011. Sekarang 2015.
Saya masih tertunduk membacanya.
__________________________________
Salams Haniff yang dimuliakan,
Semoga Kebahagian Rahmat-Nya sentiasa menaungi hari-hari Haniff.
Dapat dirasakan dari e-mail Haniff betapa sengsaranya jiwa Haniff dalam mendepani hari-hari getir peperiksaan. Benar, ia boleh di katakan musibah jiwa kerana kegundahan hati, tetapi, kuatkan lah kesabaran Haniff, kerana sabar itu adalah penghancur musibah yang terkuat, namun semestinya diiringi dengan usaha. Dan insyaAllah, dengan limpah kurniaNya yang Maha Suci, musibah ini akan berubah menjadi kemudahan dan kenikmatan - pelebur dosa dan mendatangkan rasa bersyukur dari hati yang paling luhur.
Kerana Sang Maha Pengasih itu sedang memudahkan langkah-langkah Haniff menuju ke syurga, sesuai dengan sabda Rasulullah, junjungan kita yang termulia, mahkluk paling indah pernah dicipta - "Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga".
Aduhai indahnya!
Haniff pasti tahu bahawa dalam menentukan tingkatan ahli hadis, ia bergantung kepada sedikit atau banyaknya hadis yang di hafal, termasuk riwayat sanad, hukum sanad dan mustanadnya. Kalau tidak silap saya, Imam Ahmad b. Hanbal itu telah menghafal lebih kurang satu juta hadis, tetapi sempat membukukan hanya 27, 668 hadis sahaja. Dan saya sangat pasti bahawa Imam Bukhari yang telah dinobatkan sebagai Amirul Mukminin fil Hadith itu telah menghafal lebih dari itu. Sekiranya kita baca sirahnya dalam perjuangan menuntut ilmu, tidak akan terbanding dengan mana-mana pun pelajar zaman sekarang. Menyusun kitab Al-Jami' yang berisikan 600,000 hadis sahaja mengambil masa selama 16 tahun.
Begitulah. Peperiksaan ini diadakan untuk menguji para pelajar. Sistem ini diguna pakai dari dahulu sehingga sekarang. Dan bagaimana para guru mahu menilai sekiranya tiada satu pembelajaran yang sistematik? Bagaimana kita mahu meletakkan darjat Imam Shafiee, Imam Bukhari, Imam Muslim? Sedangkan untuk di panggil hafiz jua memerlukan kekuatan penghafalan yang luar biasa, dan akan diuji sebelum ia benar-benar di panggil hafiz.
Agama dibina dari produk-produk 'exams' ini lah, insyaAllah. Dan seterusnya, negara dibina dari mereka-mereka yang cemerlang. Haniff pasti tahu, di Andalusia dahulu, pemuda yang bukan hafiz al-Quran tidak akan dipanggil untuk berperang menjaga perbatasan, masyaAllah.
Maaf kalau saya menuliskan begini. Tapi Haniff perlu melihat rasionalnya keperluan exams. Dan exams mana-mana subjects pun memerlukan daya penghafalan yang sangat jitu. Saya jua dulu seperti Haniff, bahkan pernah menanyai takdir mengapa saya dikehendaki belajar dan seterusnya menghafal segala teori economi yang bukan Islami, teori yang dangkal dan tidak masuk akal sama sekali ini. Saya tidak pernah melihat betapa bergunanya teori ini pada kehidupan saya pada masa itu, dan saya tahu, sekiranya saya tidak bekerja sebagai economist, teori-teori itu tidak akan pernah membawa sebarang erti pada hidup saya.
Tetapi Haniff lain. InsyaAllah segala teori yang Haniff belajar, akan dipakai guna untuk seluruh umur hidup Haniff. Saya tahu betapa beratnya hidup sebagai seorang pelajar perubatan, dan hidup sebagai seorang doktor, sangat berat Haniff, sangat. Tapi Haniff, seperti rakan-rakan Haniff yang lain, dan para doktor sekalian diseluruh dunia, telah dipilih, dan terpilih khusus oleh-Nya di dalam bidang yang sangat mulia ini selepas bidang agama.
Have I told you how much I envy you guys?
Doktor punya kesenangan untuk bergerak ke merata tempat atas nama bantuan kemanusiaan, terlebih lagi doktor lelaki. Ke Mekkah dan Madinah atas nama pegawai perubatan semasa musim haji, ke Somalia atas nama doktor untuk bantuan perubatan, ke medan perang, ke negara-negara miskin.
Mudahnya mengaut pahala setinggi langit. Tingginya darjat kalian.
Kuatkanlah hati Haniff untuk ikhlas kerana-Nya. Kerana ikhlas adalah senjata untuk memudahkan segala-galanya di dalam hidup. Dan janji Allah swt, Dia tidak akan pernah membiarkan dan meninggalkan orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang membuat kebaikan.
Saya pernah menulis sebuah entry untuk seorang rakan yang hampir capek dalam pembelajarannya. Mungkin jua saya boleh tujukan untuk Haniff dan rakan-rakan seperubatan:
Do you know why I love doctors so much?
Because of their beautiful hands. Your beautiful hands. Because you learn, re-learn, de-learn and will learn things, the most honourable things, that will save lives.
And of course their beautiful hearts. Your beautiful heart.

Mengenai mimpi itu, menurut rakan saya, mimpi adalah sebahagian dari tanda kenabian. Sebahagian dari jalan menuntut ilmu. Sayangnya, dizaman moden ini, mimpi disia-siakan, tidak lagi ditakwilkan untuk digunapakai. Seperti mimpi Raja yang ditakwilkan oleh Nabi Yusuf itu, ia sangat signifikan untuk negara, bahkan negara-negara jiran mereka. SubhanAllah, berbahagialah Haniff, kerana bermimpikan guru-guru Haniff. Berbahagialah kerana mimpi-mimpi Haniff yang 'berisi' dan penuh hikmah. Kerana tidak mungkin Sang Maha Pengasih itu, sengaja-sengaja menakdirkan Haniff bermimpi sedemikian rupa. Jangan terasa mahu gila atau apa. InsyaAllah, mungkin ia akan menjelma di dalam realiti. Atau sahaja, dengannya Haniff lebih memperoleh kebahagiaan , kepandaian, atau apa sahaja dari Kurniaan-Nya Yang Maha Luas, tidak sekarang, mungkin di masa hadapan.
Kalau lah boleh saya mencadangkan, ingin saya cadangkan supaya Haniff mencatatkan mimpi-mimpi tersebut. Ia, ia jua merupakan sebahagian kenangan indah semasa di Jordan, bukan?
Rindulah pada kenangan, atau pada bau jambu, atau pada jambu itu sendiri. Kerana pada saya, kerinduaan itu adalah satu anugerah-Nya yang sangat berharga sekali. Rindu menandai otak saya masih berfungsi. Rindu mengandalkan hati saya yang masih lembut, rindu menunjukkan saya adalah manusia yang lemah, yang sangat lemah, ingin sekali berpaut pada Tali-Nya Yang Maha Kuat. Tukarkanlah rindu Haniff kepada doa, supaya ia menjadi satu ibadah yang dapat menghantarkan Haniff ke pintu Syurga.
Demikianlah saudara Haniff yang dimuliakan. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya yang sangat panjang ini. Mohon maaf sekiranya ada yang terasa di hati, tidak, tidak sesekali saya berniat mahu mencalarkan hatimu yang cantik itu.
Semoga Kelembutan-Nya memudahkan segala-gala urusan Haniff. Teriring doa semoga Allah swt mengijabahi segala doa dan harapan Haniff.
Salams.
Surat II
Surat bertarikh 30 Disember 2011.
Menyelak diri sendiri.
Just because.
______________________________________________________
Assalamualaikum kak. Apa khabarnya?
Pertamanya, maaf mengganggu. Sekali lagi.
Cuma, err, rasa nak ceritakan ini pada akak.
Sekarang mendekati final exams. 2hb, 7hb, dan 12hb. Sedang dalam fasa bertungkus lumus belajar. Atau sejujurnya hari ini, memberi cuti untuk diri, setelah exam semalam.
Fasa exam. Jadinya, waktu tidur saya pula disesuaikan. Seusai maghrib, selalunya, dalam jam 6.30 malam saya sudah lena. Bangun terjaga nanti dalam jam 1 pagi. Kemudian, study. Ya, musim sejuk ini, agak selesa juga begini.
Belakangan ini, saya sering sahaja mimpi. Mimpinya aneh-aneh pula. Mimpikan guru-guru. Mimpikan cerita-cerita panjang. Dan peliknya, mimpi-mimpi itu 'berisi'. Seolah ada hikmah yang sangat signifikan. Macam menonton movie. 'Saya' dalam mimpi selalunya tidak memainkan peran aktif, tapi baris-baris kata, raut muka, saya ingat dengan jelas sekali selepas terjaga dari lena.
Mula-mula seronok juga. Penat-penat belajar, mahu lena, tahu akan menonton.
Tapi, setelah lebih seminggu, gila apa aku ini? Adakah otak terlalu aktif sehingga membentuk imej-imej sedemikian. Tapi kenapa tiada satu pun things 'medical'?
Wondering what's going inside my mind? haha. gelak tapi, entahlah, macam risau juga.
Berkenaan exam. Entahlah. Terfikir juga, tiadakah penilaian yang lebih baik selain exam ini? Dari darjah satu, kita menghadapi exams. Pemberian biasiswa berdasarkan exam. Penilaian masyarakat, kadang-kadang, berdasarkan exam. Sepertinya tidak dapat dielakkan.
Bagaimana ya exams ini dari sudut ekonomi kak? Tertanya siapa sebenarnya yang untung, siapa yang rugi? Bolehkah sebuah negara dibina dengan produk-produk exams ini? Bagaimana Nabi kita, Muhammad yang gagah anggun itu, memberikan ujian kepada sahabat-sahabatnya?
Bila sembang dengan kawan-kawan, ramai juga yang sebenarnya tidaklah berminat mengambil medik. Tapi ya, sekali lagi, kerana keputusan SPM 'terlalu baik', ibu bapa, guru-guru menyarankan mengambil medik. Kerana mereka 'mampu' untuk lulus temuduga, mampu mendapat 'biasiswa'. Seolah satu tragedi.
Saya tidaklah kurang yakin, bahawa kerjaya ini memang mulia. Kerana orang-orang terdahulu yang berada dalam bidang ini sebelum ini. Dedikasi mereka merintis jalan. Menemukan penawar. Menyediakan hidup untuk merawat.
Namun, terfikir, dapatkah 'kami' merawat sekiranya 'kami' sendiri terluka.
Mungkin sebenarnya saya masih gagal. Gagal untuk bersyukur. Saya diberi peluang berkelana ke tanah barakah ini, ya, juga kerana exam. Lalu terbuka pelbagai peluang untuk saya membaiki diri. Bukan, bukan saya menyesal, tapi..masih tertanya-tanya.
Lain dari itu, saya amat merindukan bau daun jambu. Keduanya; jambu batu, dan jambu air. Juga bau daun pelam hadapan rumah. Segar sekali. Lagi-lagi setelah hujan.
Sekian sahaja rungutan pelajar medik yang hampir gila menjelang exam. haha.
Terima kasih kerana membaca, kerana benar itulah tujuan saya menulis ini.
=)
Moga akak baik-baik sahaja.
Assalamualaikum.
22 September 2015
06 September 2015
Pertemuan
Malaga, Spain. 2012.
di lapangan ini, ia seolah perpisahan pertama
aku tak sempat bertanya
siapa kita pada pertemuan kedua.
Hubungan
Mahu tulis ringkas tentang ini. Human Livestock Interaction, yang kami pelajari dalam kelas Farm Animal, subjek elektif semester ini.
Awal-awal lagi diberitahu,
" A significant relationship exists between the personality of the stockperson and the productivity of the herd."
Rewarding experiences.
" Working with animals may provide stockpeople with benefits such as companionship and a commitment and interest that offers both responsibility and a sense of satisfaction for the health and welfare of lives other than their own and their families."
" Satisfying desire may occur at the expense of satisfying some serious needs."
_________________________
Catatan tergantung.
Dibiar tergantung. Haha

dari puisi ke puisi II
Oleh Zurinah Hassan
Bus Stand Klang
Setiap yang sampai di sini
bukan untuk berhenti
kau yang menerima berjuta ketibaan
menghantar berjuta pemergian
yang pergi dan melupakan.
Perjalanan lebih membuatkan kita
memandang ke hadapan
dari menoleh ke kiri kanan
waktu jadi terlalu suntuk untuk berkenalan
dengan mereka yang berhenti di sini
lelaki berkulit pekat
perempuan berambut karat
yang menumpang berumah di sini
kiranya perhentian ini lebih berbudi
daripada Dayabumi.
Di sini yang sampai
bukan untuk berhenti
yang berhenti
bukan bererti sudah sampai.
_________________________________
Kukunjung Stesen Itu
Dari Subang ke Tanjong
Karang, di sini aku singgah
membeli perjalanan
dan menjual
seberkas kenangan.
Bukan sekali kau memberita
remaja sepasang juita, dan
manis temu pertama
sejak terik berkerut
hingga senja meredup;
pahit bibir percuma
janji yang turut larut
bersama surutnya hidup.
Kau yang dewasa dahulu
memberitahu
tiket kertas yang koyak
tetap sama warnanya
tapi diri yang rosak
ditebus mahal harganya.

Tahun 5
Hari ini hari terakhir round kami di tahun lima.
Saya pun tak kira entah ada berapa kali rotation, harung saja.
Cuma taunya,
______________________________
Catatan tergantung.
Dibiar tergantung.
Haha
Emas Quetta
Bagaimana kalau tiba-tiba
seribu tembikai susu
bergetar dan meretak
menetas seribu naga
mengepak ke angkasa.
Seribu petani geletar
seribu naga angkasa
meraung mengaum nyaring
berkilau menyerigai taring.
Seratus petani lari
seribu naga bertebar
nafas mengah, dengus keras
layah megah, langkah deras.
Naga berhembus seribu
nafas- tanpa nyala api;
terhambur cuma syiling emas
berdenting menimpa zink
menggiling melenggang jalan.
Petani gembira penuh
tiba sudah masa membungkus
derita hidangan semalam, menjamah
senyuman, senyuman esok.
Hari itu di Quetta
emas tiba-tiba tiada harga.
Haniff Zikri
Tanjong Karang.
satu hari, 2009
Katanya dari petikan dalam Tunggu Teduh Dulu, Faisal Tehrani.
Salsabila Fahim.
Kerja Tuhan siapa tahu.
Cuma itu dua rangkaian kata dan nama yang saya ingati daripada novel ini. Ok, tipulah kalau cuma betul-betul bermaksud cuma. Saya juga ingat cover buku berwarna biru, novelnya yang tebal sebagai contoh. Tapi nanti jadi panjanglah pulak kan.
Saya baca novel ini dua kali. Sekali 2009, sekali lagi dua tahun lepas. Saya perasan sesuatu.
Tentang nama blog ini; tepianmuara.
Semasa awal memilih, saya cuba memerah kepala mencari apa-apa kata yang rasanya kurang biasa digunakan, belum digunakan, yang rasa-rasanya sesuai untuk blog, pada masa itu (dan hingga kini) saya anggap suatu kompleks catatan peribadi. Setelah beberapa nama ditolak kerana sudah ada, timbul dalam benak saya suatu nama, ya tanpa suspens, tepian-muara.
Saya tidak tahu awalnya dari mana kata itu timbul, mungkin kerana Tanjong Karang memang bersahabat dengan laut, jadi saya juga menyukai muara sebagai mulut yang menghantar darat pada laut.( Cis, mende pelik sangat ayat aku ni.) Saya memilih itu, dan hingga kini setia dengannya.
Saya tidak tahu ada sesuatu yang lain.
Hingga dua tahun lepas.
Rupanya kata 'tepian' dan 'muara' telah digandingkan lebih dahulu oleh Faisal Tehrani dalam Tunggu Teduh Dulu.
Mungkin juga kebetulan semata-mata, tapi itulah.
Kerja Tuhan siapa tahu.
haha

Pediatrics
Edinburgh, 2012
Pagi ini kulupa namamu
adakah semalam mimpi
atau kau benar pernah terjadi.
Malam makin panjang
ini kulelapkan mataku
sampai nanti esok terang
lenyap kita dalam diam.
_________________________________
Round Pediatrics di KAUH sangat bes. Dr Rola, Dr Samah Abu Rahmah, Dr Hala. Seminggu seorang cikgu. Ambil satu dua kes, follow up seminggu. Dalam klinik, dapat jumpa banyak patient dengan macam-macam presentation. Tiga-tiga cikgu penyabar, masih boleh senyum lepas kami tak dapat jawab soalan.
Banyak dapat belajar, sembang, bincang. Belajar sabar juga, antaranya. Haha.
Minggu depan exam Pediatrics.
Setengah jam history, setengah jam PE.
Saya tengah cuba mengurangkan masa diam cuma bertentang mata dengan doktor.
Doakan berjaya ya!
_____________________________
Saya cuba tulis sesuatu, tapi sesuatu yang terhasil masih ini-ini. Haha.
Ha
19 August 2015
Petang Tanjong Karang
Menulislah,
dalam dirimu ada berahi dendam pada penulisan.
Langsaikan sampai timpas.
Biar bah berlalu dan berlaku lagi.
Tidak semua, tapi hanya yang berani akan tiba di pantai.
18 August 2015
Hahaha
Katamu setelah beberapa waktu,
"Kita cuma teman biasa."
Dengan tawa dan tangis yang sama.
Lalu apa yang akan kucari pada matamu
sekali ini kita bertemu?
24 June 2015
Manusia dan Hal-hal yang Belum Selesai
Kita membacanya.
Kita cuba menilainya.
Kisah ujian-ujian para Nabi menjadi kisah-kisah yang dihidangkan kepada kita sejak kecil. Nabi Ibrahim 'sanggup' menyembelih anak setelah mendapat isyarat mimpi. Khidir membunuh budak, disaksikan Nabi Musa. Nabi Adam diturunkan dari syurga. Nabi Isa dituhankan manusia. Dan yang lebih dekat dengan kita, ujian demi ujian dalam perjuangan Nabi Muhamad shallallahu 'alaihi wa sallam dan para sahabat.
Ekstrim. Sangat ekstrim. Dalam hidup sehari-hari kita, tiada ujian sebesar ini, sedahsyat ini, sesuai mungkin dengan peran kita yang tak sebesar, sedahsyat mereka. Sesuai mungkin dengan darjat kita, tak setinggi mereka. Tidak, tentulah saya tidak menafikan penderitaan manusia yang sedang berlangsung di seluruh dunia; kebuluran, perang, wabak penyakit; cuma telahan saya kebanyakan kita, sekurangnya yang berpeluang membaca ini, hidup dengan agak selesa.
Dari kisah Nabi-nabi itu, hinggap pipit-pipit fikir pada ranting minda saya. Berwarna warni pula.
- Manusia dicipta memang bukan untuk menetap hanya di syurga. Ada yang sepertinya takkan 'kembali'.
- Takdir memang takkan mampu difahami sepenuhnya. Manusia perlu belajar menghargainya.
- Seingat kita, kita hadir dari 'tiada'. Namun selepas ini, kita akan 'ada','ada','ada'.
- Nabi-nabi dibangkitkan untuk membuat pembaikan. Adakah sebaliknya juga betul, bahawa ada manusia yang dibangkitkan untuk membuat kerosakan? Seperti kata-kata keramat yang kononya dilafaz Genghis Khan,
"I am the punishment of God...If you had not committed great sins, God would not have sent a punishment like me upon you."
- Saya, seperti manusia lainnya, berkemungkinan ke syurga. Juga berpeluang ke neraka. Tiada manusia akan suka-suka memilih neraka. Saya tidak punya pilihan untuk 'tiada'.
- Men are vincible and vulnerable. Mereka perlu begitu, tidak sepenuhnya merasa berkuasa. Sesiapa yang mahu melangkah memangkah Tuhan, dalam sejarah selalu dihukum.
- Saya terfikir, dalam diri manusia-manusia yang mencintai Tuhan dan merasa Tuhan mencintainya, terfikirkah atau terdetik bagaimana dalam hati mereka akan rasa kasihan dan sayang kepada manusia-manusia lain yang membenci Tuhan, dan merasa Tuhan membencinya. Saya tidak tahu kalau janji Nabi Ibrahim yang halim itu untuk mendoakan bapanya dapat dijadikan contoh di sini.
- Kita adalah 'sesuatu'. Bila melihat diri dalam cermin, atau menyentuh wajah sendiri, atau membuat auscultation mendengar degup jantung sendiri, terasa bahawa tangan, wajah, kulit, dan degup ini bukan 'aku'. Aku adalah 'sesuatu' yang lain. Yang sedang berada di sini. Aku menumpang. Lalu, adakah fikiran yang menyatakan ini kepadaku adalah aku?
-Telah banyak angkatan yang sudah-sudah. Ada kisah mereka yang harum dalam sejarah. Ada angkatan berbuat onar, menjemput laknat Tuhan. Saya berpeluang ke kawasan Mount Vesuvius, ke runtuhan Pompeii yang ditimpa lapisan demi lapisan gunung berapi itu. Saya ke Laut Mati, agak berkali-kali, tempat dikatakan Kaum Luth dibalikkan, yang atas menjadi bawah.
Di tempat-tempat ini, saya diminta Tuhan mendapatkan pengajaran. Tempat-tempat ini mencatat sejarah hitam. Tapi, mengapa ya, anehnya, di tempat-tempat ini saya merasakan satu ketenangan. Adakah kerana ia dibersihkan (dari manusia), dan makhluk lain tak mampu berbuat dosa?
___________________________________
Memang benar ada manusia yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah. Benar juga ada manusia mulia yang mensucikan Tuhan, yang menyeru pada kebaikan. Keduanya telah dan akan ada sepanjang zaman. Tetapi beyond keduanya, ada yang kita semua tidak tahu. Rahsia yang dipegang Tuhan, Hanya.
Tidak lama berselang kemudian, pipit-pipit itu, satu demi satu akan hinggap semula. Akan kuapakan mereka semua?

18 June 2015
Azimat I
Abang,
dah dewasa usiamu sayang
Apapun yang ditempuh sepanjang perjalanan
Adalah latihan kematangan
buat seorang insan.
Pahit manis semasin garam di lautan
Adalah lambungan
dari percikan gelora kehidupan
Yang tak mungkin
punya kesudahan.
Dari itu
bukanlah kejayaan
Andai kita tak punya kekuatan
Tuk berlabuh di tepian
Lantas cuma membenar diri
Terhempas dilambung ombak
ganas dan melemaskan.
Kita bagaikan tetamu
di pondok kehidupan
Bersenda di beranda permasalahan
Langsung bersimpuh
di tikar kedewasaan.
Biar selembut sutera dirasakan
Pun mengkuang berduri asal anyaman
Lelumpur hanyir buat basahan
Hingga mana akar bertunjang
Subur menyangga daunan
Di sanalah duduk lunjur kita
tuk meraut tajam pemikiran
merenung para marhaen
yang tak bisa kenal erti kemewahan
Namun arif dik jalur keinsafan
kerna segalanya anugerah Tuhan.
Ingat anakku belaian bonda
Jalananmu baru bermula
Usah kau teruja
dik kata nista
Pun puja menggila
selagi maya ada putarannya
Kau luruskan rasa
ingin membela
Pada mereka yang tak upaya.
18;44, Mama
26 Mei 2015
17 June 2015
Sederhana
Boleh sahaja kau memilih kesederhanaan
kerana semua yang besar dan agung
akhirnya kan tenggelam dan runtuh.
Tapi bukankah sederhana juga
sesuatu yang agung?
Ada masa
Ada masa kata-kata tak
membuktikan apa-apa.
Cuma pedih dalam aluan.
Ada masa lirik mata tak
membuktikan apa-apa.
Cuma pahit dalam senyuman.
Tapi benar aku sayang.
16 June 2015
23 May 2015
akhirnya menjadi sukar dimengerti
I've been waiting for this.
Still, it hurts.
Eceh.
Exam dah habis, alhamdulillah.
Pelik rasa bangun pagi tak kena study. Hehe
Result keluar Isnin ni katanya.
Risauuuu, mohon doanya ya.
14 May 2015
Sudah Semalam
Sudah semalam, tapi seperti hari ini. seperti sedang berlaku, seperti sekarang. Aku pernah dan telah melihat sahabat-sahabat baikku semua diuji. Masing-masing dengan ujian cukup berat, suatu yang aku tidak rasa aku sanggup. Syukur aku belum, tapi ini langsung buat aku tertanya, bagaimana akan aku diuji? Mampukah aku hadapi? Adakah setelah reda ribut, aku menjadi insan yang lebih baik? Atau ribut akan sekali membawa pergi semangat hidup?
Bak kata Aan, 'mereka tidak tahu jatuh cinta dan mencintai adalah dua penderitaan berbeza.'
Aku selalu jatuh hati, aku tidak pernah tahu mencintai. Mengapa mahu menoreh lengan sendiri, melihat darahnya, lalu merawatnya semula?
Lalu apa setelah cinta?
Semakin dewasa, kita tahu cinta ada macam-macam warna. Macam-macam ragam. Ada cinta yang tambah asing semakin ia didekati. Cinta tak lagi semudah cinta sekolah rendah, sekilas tak perlu dipertanggungjawabkan. Segi-segi lain turut menuntut cinta. Cinta dan masa. Akhirnya, semampunya, mahu mereguk seluruh diri kita.
Lalu apa setelah cinta?
Sebelum, semasa, atau setelah cinta, ada lorong-lorong hidup memanggil untuk dijalani . Tentulah kita tidak mahu mati begini saja, dalam peluang yang sekali ini. Kita mahu hidup bermakna. Sekurangnya agar dunia ada kenangan baik untuk kita, bahwa kita pernah hadir, pernah entah bagaimana berjasa, pernah memberi warna.
Jauh mana, banyak mana, dengan tangan mana lagi kau mampu memberi?
Bagaimana kau membeban kesalahan dan meneruskan hidup?
Bagaimana kau memaafkan dan meluaskan hari depan dengan harapan?
Bagaimana kau tak lagi merasa kehilangan dan tersenyum dengan indah di tangan?
Kau takkan tahu sebelum merasakan. Kau dan aku takkan faham sebelum faham. Ada Tuhan, sebenarnya ada Tuhan yang memegang cerita. Segala yang rancak, segala hening, semua dituliskan. Dengan tangan kita sendiri. Dengan pena kita. Dengan darah kita sendiri.
Mampukah kita tersenyum dan menerima Tuhan?
Akankah Tuhan tersenyum dan menerima kita?
17/4/2015
Bangun pagi terpinga-pinga.

08 May 2015
Bendera
Dulu kufikir matari itu terbit
seperti pengawas menaikkan bendera
setiap perhimpunan pagi.
Ada lagunya, dan naiknya harus sama.
Lalu kutau matari itu terbit
bila bumi berkalih, mau mengagih cahaya
pada wajahnya yang kedua.
Bagaimana pun terbitnya
atau terbit terbenam semula,
pagi adalah hari baru
jasad dan jiwa kembali berhimpun
menghadapi nasib baru.
04 May 2015
saya selalu menulis untuk perempuan
perempuan yang membiarkan dirinya dibaca
perempuan yang menanti soalan
perempuan yang selalu tahu dan merelakan
perempuan yang tersenyum menyembunyi dendam
perempuan yang menyambut setelah tewas perang.
aku selalu menulis untukmu
perempuan bunga, dengan warna sederhana
perempuan bulan, dengan nyaman cahaya
perempuan awan, ingin meneduhkan
namun gelisah membuatku basah,
jua aku menulis untukmu, perempuan jauh
yang terbit selalu dalam doaku.
kutulis untuk adik, nama dan matamu
membangkit jiwa dan nadiku
akhirnya untuk ibu
perempuan yang paling mencintai aku.
saya selalu menulis untuk perempuan
kerana perempuan adalah keindahan
yang tidak saya fahami
yang gagal saya atasi.
4 Mei 2015
Buku Past Years Pediatrics (2006-2013)
________________________________
Kejap saya kejap aku, bantailah.
Frasa 'paling mencintai aku' saya curi daripada Rendra. Dia mengungkap juga untuk ibunya, 'wanita yang paling mencintai aku'. Bagitau awal-awal.
Frasa Rendra itu selalu senyap-senyap membuat saya menangis. Getarnya dalam dan menggerunkan. Kerana setelah semua, itulah yang paling benar. Mungkin hanya itu.
Pediatrics ni persediaan paling ke laut. Siapa suruh join program, Haha. Rentak habis lari. Tapi tak juga menyesal. Sekarang usaha habis baik, moga ada pertolongan Tuhan. Aamiin.
Selamat malam, perempuan.
Selamat malam, malam.

03 May 2015
sesederhana itu
senja tiba sampai gelita
bayang tenggelam di tebing malam
yang lena yang bermimpi tak sama
bulan teduh di hujung senyuman
13 April 2015
Follow Up DM
Pagi ini aku menatap matahari, sekilas sahaja. Aku tahu tak mampu menentangnya. Aku tak pakai cermin mata hitam.
Jendela kubiar terbuka, biarlah matahari menghantar anak-anaknya ramai-ramai ke dalam, aku mahu bermesra dengan cahaya, cahaya bin matahari. Hairan juga aku, saban hari lahir sahaja cahaya ini, siapa ibunya begitu rajin? Atau siapa bapanya begitu gagah, berfikiran luas, dan takutkan kematian? Atau siapa yang layak dipasangkan dengan matahari, perempuan atau lelaki? Atau memang ia sendiri?
Di sisiku satu cahaya menumpang riba. Lama ia diam sahaja.
Kuelus rambutnya, diam. Kubelai pipinya, tetap diam.
Kusentuh bibirnya, ia berkerdip. Ada cahaya lain dalam matanya.
Aku merasa harus bertanya,
"Setelah perjalanan panjang ini, tidak rindukah kau pada matahari?"
Ia lalu menatapku dalam-dalam.
Aku berkerut tidak faham, tapi aku suka matanya. Bening.
"Ya, aku rindu. Tapi aku sudah menemuimu."

05 April 2015
Rantai dan Helai Hidup.
“Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah
mematikan kami dan kepada-Nya kami kembali.”
Aku lahir setiap hari, lalu aku mati setiap hari. Aku hari
ini hanyalah rantai dari aku-aku yang telah mati. Lu, lus lalu ga, gal telah
lebih dulu dikenali aku-aku yang telah mati. Aku yang hidup hari ini hanya
menyampaikan menyambungkan dan harapnya mempersaudarakan aku-aku yang telah
mati dengan aku-aku yang bakal hidup. Terlahir aku hari ini terpikul dosa-dosa
aku semalam, ternyaman oleh bayu bakti semalam, namun lebih dahsyat terkadang
terbeban kenang-kenang amal yang sentiasa tidak mampu aku-aku sepanjang zaman
memastikan.
Seluas alam dan sejemput rasa dalam dada ini selalu
berbisik, dan kadang berteriak, Tuhan itu ADA. Mengetahui dan merasai Tuhan itu
ada adalah sebesar-besar nikmat bagi aku sepanjang zaman. Tuhan selalu
tersenyum dan membuka pintu. Tuhan menyulami hidup selalu dengan keindahan.
Juga ada luka dan ujian. Tentunya dengan banyak persoalan.
Persoalan tentang kebenaran dan kebatilan. Betul salah, mana
yang menuntut siksa, mana yang menjemput bahagia.
Ramai manusia berjalan atas titian dan menyenangi sempadan.
Ramai manusia melangsungkan hidupnya mengelak jawapan.
Namun pasti, tiada siapa ingin melepas kebenaran setelah
mencicip lazatnya.
Cuma sebentar lagi, aku hari ini
tetap akan mati.
29 March 2015
Fokus
Moga jiwa dan jasad saya dapat fokus,
exam berturut. Grand Finals.
Redah.
Lepas tu jalan-jalan, balik.
Dan saya mahu merancang semula hidup.
Mohon doa kawan-kawan. =)
exam berturut. Grand Finals.
Redah.
Lepas tu jalan-jalan, balik.
Dan saya mahu merancang semula hidup.
Mohon doa kawan-kawan. =)
17 March 2015
Conteng Rambang VI
(Dalam buku tulang biru, saking sukanya aku pada buku ni, sampai mintak tolong rai beli satu lagi masa dia ke Spain. Terima kasih!)
I love you a lot.
Just like I love books.
Maybe a little bit less.
Kerisauan penyair.
Kerisauan seorang ayah.
Saya serahkan buku ini
pada nilai terendahnya.
Ajaib sungguh manusia
bisa membuat Tuhan murka.
(Tulis sebab tertanya-tanya keistimewaan manusia, lepas
tulis rasa bersalah pula.)
Nah, burung kecil itu, harus kuhalau
atau kutonton sahaja?
“Cahaya suci riwarna pelangi
harum sekuntum bunga rahsia
menyinggung daku terhantar sunyi
seperti hauri dengan kepaknya.”
“Aduh, kasihan hatiku sayang
alahai hatiku tiada bahagia
jari menari doa semata
tapi hatiku bercabang dua.”
(Dua rangkap ini ditulis Amir Hamzah, antara penyair favorit
saya.)
Bagaimana agaknya penyair-penyair di dalam neraka,
masihkah bisa berbahasa?
Siapa mendengarkan?
Atau tinggal hanya sesal diam yang panjang.
Ya Allah!
Si penyair risau
dunia tak lagi indah.
Si penguasa risau
dunia tak lagi mudah.
Hidup orang yang malas, memang malas.
Hidupnya pun ditulis oleh orang lain.
(Tapi kalau orang lain yang tulis, maknanya dia power la
kan. Haha)
Ia mengucup tanganmu, matanya memerah,
“terima kasih, terima kasih.”
“Because I’m good, because I’m qualified.”
Seronok dengar Musa Hitam memberi pesan, seperti paman-paman
yang mesra, sungguh-sungguh mahu kebaikan buat anak buahnya.
Osce dan penantian.
Misteri.
Debarnya menunggu.
Tak bersedia, dan boleh ditembak di mana-mana.
Bantuan boleh jadi tak semena-mena.
Akhirnya yang ditanya,
‘ectopic kidney’, ‘tertelan biji tembikai’.
Celah mana nak tahu!
“We accept the love we think we deserve.”
Teringat Kugy, eh Hermione, eh Emma.
Masa muda untuk buat silap.
Masa tua untuk berehat.
“Bisa jadi suatu saat akan menjadi jelas bahawa peradaban
merupakan tingkat kehidupan yang paling akhir dan menjadi titik bagi langkah
pertama menuju kerosakan.”
“Manusia adalah anak kebiasaan-kebiasaannya sendiri dan anak
segala sesuatu yang ia perbuat. Dia bukanlah produk dari tabiat dan
temperamennya.”
(Dua-dua atas ni quote dalam Mukaddimah Ibnu Khaldun,
terjemahan Indonesia penerbit dah lupa.
Aku tak tau apa keza ‘kebiasaan’ dan ‘tabiat’. Apa agaknya
kata asal dalam bahasa Arab ya.)
Dan kita tahu, saat semua perlambangan
telah habis digunakan menurut hasrat
masing-masing, yang tinggal akhirnya
hanya dua; dirimu dan makna.
Salju menjadi salju
kerna tak membeku
tetapi meluruh.
Rindu menjadi rindu
kerna tak tergapai
tetapi sampai.
Penyair mungkin diadili dengan kata-kata yang bukan
ilhamnya,
yang diusahakan, dicarisuaikan sungguh-sungguh,
bagai memilih pengapit buat sepasang pengantin
yang sudah segak menanti di laman.
Mungkin juga kadang, ilham terjadi berkali-kali dalam satu
puisi.
Untunglah. Haha.
“menyampah pada luahan, omelan muda mudi tentang hasrat tak
kesampaian.”
Haha
Apa yang sampai membezakan
bulan dan mentari?
Apa yang sampai menampilkan
mimpi malam ini?
Bulan kecil, tetapi dekat
mentari gah, tetapi jauh.
Setelah membaca Fire and Ice, oleh Robert Frost.
Fire destroys. Api memusnah, atau begitu fikir kita.
Yang terbakar bertukar rupa. Hilang.
Tinggalannya, kalau ada, abu yang rapuh.
Ice retains the form of things of which she destroys.
Masa terhenti.
Mungkin penghentian masa adalah seksa terbesar untuk alam.
Sekurangnya api melepaskan.
Buat manusia yang penat-penat berfikir tentang kehidupan:
Hidup sajalah!
Kalian akan lebih penat setelah jawapan.
(Hahaha, emo pasal apa ntah saya tak tau.)
Kelip-kelip kusangka api
kalau api mana puntungnya.
Merah-merah kusangka hati
kalau hati mana kasihnya.
Impian?
Hidup dalam masa,
yang main hari, exam makin jauh.
Setelah sekian lama, khabarkan padaku kawan,
is maturity still an option?
Subscribe to:
Posts (Atom)