01 November 2010

Untuk Adik Saya Hanis Zikri

Salam.



Baru call mak. Dan merasa sayu rindunya mak pada dua anaknya yang dipinjamkan ke tanah ini.
( Seorang ibu layaknya bukan hanya ditelefon-minta-restu-kerana-esok-periksa kan?)


Lalu mahu kongsikan puisi adik saya, Hanis Zikri.



JAUH

semalam masih ada
malam-malam berteman
melodinya semarak jiwa ria
dicicipi segenap ruang
kuncupan jarak yang memisahkan
jua masa yang membezakan

amanah tetap janji
jauhku untuk mendekat
melamar bahagia akhirat
mendakap dunia yang kejap

kerana kasih fitrah itulah
ayuh musafir hikmah juang
pedoman hidup punya ertinya
erti pada makna
makna untuk agama!


Ya, Hanis. Abang takde surat cinta macam abah beri.
( Takde sape pernah dapat any sort of-surat-cinta dari abang ok).
(Hmm, err, kena fikir balik statement nh)

 Abang pun (lagilah) tak cakap, seperti mak,  'nanti mesti rindu abang kan'.

Hanis ke Mesir dulu pun abang tiada titipkan apa-apa pesan 'istimewa'. 
Ya ya ya, abang tahu, you did expect something.
cuma kadang itu buat kita segan tuk menunaikan.

haih.


Puisi di atas, akan tiba balasnya, InsyaAllah.
( Biasa tak orang duet buat puisi? Kita cuba jom!ha )


Hanis di Mesir bukan sekejap. 

Kutiplah mutiara-mutiara pengalaman dari lautan kehidupan.
Juga kalam ilmu dalam debu-debu halus menggelisahkan.

Kerana di tanah ini, pelangi lebih dihargai.





Sila jangan pulang dengan tangan kosong.





( Err, maksud abang, sila balik bawa akak ipar, ok? )

haha.





9 comments:

Anonymous said...

salam...
suke bace puisi2 yg ditulis....

truskan usaha....

pakurawan said...

balasnya nanti ukirkan disini ya.

Miss X said...

Wowowowow!

Ini hot betul nih! Hahaha

Anonymous said...

haha ok.
hanis pasti tidak balik dgn tgn kosong :)

Anonymous said...

wah, satu cabaran untuk hanis. hehe.

Err.. memang tak sabar ke nif? walaupun apa pun, sila buat kenduri dalam bulan 6 hingga 8 ye. sekian.

nurdia said...

haniff dan hanis deduanya... harus pulang ngan sesuatu yg bakal membanggakan kedua rang tua nya kan...kan... moga kalian kan berjaya ngan cemerlang

tepianmuara said...

>Anonymous

wsalam.

terima kasih




>hazen

Hmm..hmm..

tengoklah bagaimana nanti, tak janji.
(tapi kau akan bacalah, kalau sudi)



>intonasi

cis.

mende lak hot2 ni.
manusia-manusia sini dah stat sejuk.

ha.




>Anonymous

ok..ok

gurau2





>aeisyulillah

alahai wan.

jauuuuuh lagi di depan.

takde nak fikir-fikir pun sekarang.

=)




>Cikgu nurdia

ya ya ya.

Doakan ya cikgu.

zikri said...

cik abg,u did it again..huu.
pepon,btol ke nk ni?bkn kat mesia dh ade ke?ooops.
haa..klu camtu nk adek ipar abg jugaklah..hahaha

tepianmuara said...

ish,

dia ni pun sama.
tu pula yang dilihat.
abang saja letak, 'disguise' untuk orang lain..
jewer kang.


haiyaaa.