27 May 2011

tentang mata sekali lagi

Hari ini baru dia percaya. Sebuah tulisan punya sepasang mata.
Kadang ia ingkar, liar memandang dunia.
lalu sang penulis terdiam, mata ini, sekali ini, apa harus ditundukkan?

Cuma sayang, mata bukan lagi duduk termilik
ia bebas semahunya.
menyoroti jalan-jalan kelam sempit.
jejak tak terjejak
biru dunia.
merah dunia.
ungu dunia.
saksi sendiri wajah derita wajah bahgia,
menyusuri asal ia tercipta.

Maka di hujung usia itu,
dia berpesan,
Wahai penulis,
cermatlah dengan ribuan mata
terlahir dari celah jemarimu.
Ratusan setelah jasadmu pulang
ribuan itu tetap kan berkeliaran.

dengannya
kemanusiaan memandang kehidupan.

______________________________________


Saya simpan rangkap akhir. hehe.

6 comments:

Anonymous said...

kalau orang tanya aku, kenapa baca puisi kau?

sebab aku rasa ia ibarat mindtwister.
kena cari betul2 maknanya.
dalam, tapi penuh pengajaran.

teruslah menulis.
manfaatkan kelebihan.

dah2. baca buku!

Anonymous said...

bila hati dijadikan penglihatan..
bila tulisan terhasil dari lubuk hati..
maka yang dilihat dan yang tertulis, susah mahu dipisahkan.

tapi walau tak tertulis di kertas pun, Tuhan tetap tahu.

terima kasih ya. idea baru ni. =>

nurhidayah said...

terkadang menulis pun akn smpi satu masa kite mula rse xselesa.

rse takut

takot kate2 kite menuntut pembuktian di mahkamah agong kelak

moga yg ditulis dr hati tu sebenrnya dtg dari hati yg sentiasa sedar tuhan sentiasa melihat.


selamat kembali!

Jamilah Mohd Norddin said...

dalam. deep.

kepalakotak said...

ni sebab tutup blog kejap hari tu?

tepianmuara said...

Raihana,
jangan begitu tuan, segan saya.

cuma perjalanan orang yang mahu mencari. harapnya ditemukan.

tapi, ya, terima kasih untuk semangat.


>Anon

SENYUM.

teruskan menulis tau!

ya, Tuhan tetap tahu.




>nurhidayah
=)

terima kasih sudi singgah cik hidayah.

'moga yg ditulis dr hati tu sebenrnya dtg dari hati yg sentiasa sedar tuhan sentiasa melihat.'

moga. setiap masa.
Amin.



>Kak Jamilah
=)


>Penchenta
awak memang suka senyum kan.
hah

=)


kepalakotak,
mungkin. ha.